Nun di sana cita-cita kita,
Akhirat namanya,
Di dunia ini bukan tempat tinggal,
Di sini hanya sebentar, tidak kekal.
Betulkan niat dari sekarang,
Tukar sikap kita yang merugikan,
Quran dan Sunnah jadikan panduan,
Agar besok kita tidak kekesalan.
Biar susah sedikit kerana Tuhan,
Untuk menghindar kesusahan yang besar,
Yang tidak sanggup ditanggung badan,
Ambillah iktibar kalau mahu sedar.
Di sana tiada taulan yang membela,
Amal Ibadah itulah pembela kita,
Ayuh bersegeralah membuat kebajikan,
Jangan dilalaikan oleh nafsu dan syaitan.
Pangkat dan harta tidak akan kekal,
Bahkan apa yang ada akan ditinggal,
Hidup di dunia hanya sementara,
Buatlah persiapan untuk ke sana.
Ayuh bersegeralah menuju Allah,
Taatilah Dia, minta ampun pada-Nya,
Mati bila-bila masa boleh tiba,
Jangan sampai kita tidak bersedia...
Akhirat namanya,
Di dunia ini bukan tempat tinggal,
Di sini hanya sebentar, tidak kekal.
Betulkan niat dari sekarang,
Tukar sikap kita yang merugikan,
Quran dan Sunnah jadikan panduan,
Agar besok kita tidak kekesalan.
Biar susah sedikit kerana Tuhan,
Untuk menghindar kesusahan yang besar,
Yang tidak sanggup ditanggung badan,
Ambillah iktibar kalau mahu sedar.
Di sana tiada taulan yang membela,
Amal Ibadah itulah pembela kita,
Ayuh bersegeralah membuat kebajikan,
Jangan dilalaikan oleh nafsu dan syaitan.
Pangkat dan harta tidak akan kekal,
Bahkan apa yang ada akan ditinggal,
Hidup di dunia hanya sementara,
Buatlah persiapan untuk ke sana.
Ayuh bersegeralah menuju Allah,
Taatilah Dia, minta ampun pada-Nya,
Mati bila-bila masa boleh tiba,
Jangan sampai kita tidak bersedia...
-Nada Murni-

0 Komentar:
Post a Comment