Berpaut Pada Sabdanya...

Jun 4, 2010


Di dalam kedai buku Popular yang sememangnya popular, berjalan lah seorang aku sendirian menuju ke suatu destinasi yang telah ditetapkan sejak mula aku menjejakkan kaki ke dalam banggunan pusat membeli-belah Pacific. Destinasi yang diperkotak-katikkan tersebut adalah kedai game yang terdapat di dalam kedai buku Popular itu.

Kebanyakan orang masuk ke dalam kedai tersebut kerana hendak mencari dan membeli bahan-bahan bacaan yang berguna juga yang tak berguna. Namun, tidak bagi aku kerana hati ini lebih berkenan untuk mencari game-game terbaru PS2 atau PSP yang terdapat di kedai game yang terdapat di dalam kedai buku tersebut.

Hapa ke pelik, macam mana boleh pulak diorang bukak kedai game dalam kedai buku tue aku pun tak tau. Ah! Pedulik apa aku, yang penting aku dapat membeli game-game terbaru yang terdapat di pasaran melalui kedai itu. Segera aku mempercepatkan langkah-langkah aku menuju ke kedai tersebut.

Di sepanjang perjalanan aku itu, aku lihat banyak orang kat dalam kedai buku itu. Orang muda, kanak-kanak malah masyarakat separuh abad juga turut kelihatan di dalam kedai tersebut membelek-belek buku yang terdapat pada rak yang telah disediakan. Aku pun tak paham apa la yang diorang minta sangat dok lepak kat kedai nie lama-lama sangat.

Aku bukanlah seorang yang minat sangat pada benda yang penuh dengan tulisan itu. Jadi, sememangnya membaca bukanlah minat aku mahupun hobi di waktu lapang. Aku masuk kedai buku nie pun sebab nak pegi kedai game yang terdapat di dalamnya. Melihatkan ramai jugak rakyat Malaysia nie yang minat membaca, jiwa ini langsung tidak terdetik untuk merasa dengki mahupun iri hati dengan budaya mereka yang hebat itu. Maka, berjalanlah aku dengan selamba badaknya.

Semakin hampir aku ke destinasi yang nak dituju, secara tetiba aku terasa mata ini tertarik kepada sesuatu objek yang sebelumnya aku tak impress langsung. Aku tak pasti objek apakah itu, tapi yang aku dapat rasa objek tersebut mempunyai muka surat dan ianya terletak pada susunan-susunan buku pada salah satu rak yang ada di kedai tersebut.

Aku tangguhkan sebentar perjalanan ke kedai game lantas menukar laluan aku ke arah objek yang attract aku sebentar tadi. Nyata, objek tersebut merupakan sebuah buku novel. Apa yang membuatkan aku tertarik padanya adalah kulit bukunya itu yang bagi aku cun gak la. Kalernya yang ala-ala gold gitu, dengan lakaran Masjid Biru Istanbul dan karikatur seorang manusia yang berserban yang beraut wajah sedikit serius itu sudah cukup membuatkan aku terkesima untuk mengetahui perihal buku tersebut dengan lebih mendalam.

Aku capai buku tersebut dari tempat asalnya dan aku dapati, tajuk buku tersebut adalah ‘Sultan Muhammad al-Fateh – Penakluk Konstantinopel’. Aku tak tahu kenapa, aku jadi sangat-sangat tertarik dengan tajuk tersebut terutamanya dengan perkataan ‘Konstantinopel’ itu. Pa benda pulak ‘Konstantinopel’ tuh? Macam ganas je bunyiknya. Sebab aku terbayangkan filem ‘Constantine’ lakonan Keanu Reeve bila terbaca perkataan ‘Konstantinopel’ tu.



Penulis buku tue namanya Abdul Latip Talib. Aku tak kenal pulak penulis tue. Aku try belek-belek isi buku tersebut, nyata memang novel tersebut novel yang tipikal. Penuh dengan tulisan, hitam dan putih, takde gambar dan sebagainya. Macam bosan la pulak bila tengok isinya tu. Tapi, jiwa ini tetap tertarik pada buku ni.

Terasa macam nak beli la pulak buku tu. Tapi macam nak tergelak pulak bila aku rasa macam tu. Seumur hidup aku, tak pernah langsung aku beli buku-buku novel nie secara sukarela. Secara terpaksa macam buku novel KOMSAS time sekolah menengah dulu ada la. Tue pun, mana pernah aku baca habis buku-buku tue semua.

Kecuali, buku novel ‘Perlumbaan Kedua’ masa form 4 dulu sebab aku curious giler nak tau arnab ke kura-kura yang menang. Last-last, kecewa aku sebab kura-kura jugak yang menang. Baik tak payah cerita ‘Perlumbaan Kedua’ kalau akhirnya sama jugak macam perlumbaan pertama dulu walaupun jalan ceritanya berbeza.

Tapi, naluri nie nak sangat beli novel tu. Nak sangat-sangat tau pa benda ‘Konstantinopel’ yang nak diceritakan. Akhirnya, aku beli la jugak buku tersebut walaupun hati ney berat la jugak nak gunakan duit yang ada untuk dibelanjakan untuk membeli buku tersebut yang sepatutnya aku gunakan untuk membeli game PS2 atau PSP. Nak buat macam mana, naluri kecil ini besar tarikannya.

Seminggu aku kena gelak dengan adik aku sebab beli novel tu. Ye lah, abang dia yang dia kenal nie mana pernah membaca mana-mana bahan bacaan yang berbentuk novel seumur hidupnya kat rumah apatah lagi membelinya sendiri. Tensen jugak la aku dengan budak ni. Kang aku hempuk jugak kepala dia pakai novel yang baru aku beli tu. Bukannya nak beri semangat atau dorongan kepada abangnya yang macho ni. Sabar je laa.

Perlahan-lahan aku baca buku novel 300 muka surat lebih tu dan akhirnya setelah hampir setengah tahun, mampu jugak aku habiskan pembacaan buku tersebut. Susah sungguh menjadi pembaca novel amatur ni. Sikit punya susah aku nak baca satu persatu mukasurat novel Sultan Muhammad al-Fateh tuh. Kekadang jemu, segan, malas, boring dan sebagainya. Akhirnya, tahulah aku bahawa Konstantinopel tue nama kerajaan Rom Byzantine timur yang kini dikenali sebagai Istanbul setelah berjaya dimasuki Sultan Muhammad.

Yang baiknya, selepas separuh buku tersebut aku baca, sedikit sebanyak minat aku terhadap membaca novel telah ter developed. Dan sungguh, minat aku untuk membaca buku yang penuh dengan tulisan tanpa sebarang gambar katun telah bermula dari novel Sultan Muhammad al-Fateh ini. Kini, aku antara peminat besar novel-novel karangan Abdul Latip Talib yang majoriti besarnya berkisar tentang para pejuang agama terdahulu. Antaranya, novel Saidina Abu Bakar, Saidina Umar, Umar Abd Aziz, Salahuddin al-Ayubi dan banyak lagi.

Hasil daripada pembacaan aku terhadap novel-novel tersebut, aku dapat suatu kesimpulan yang paling initial sekali dalam setiap kejayaan semua pejuang tersebut iaitu mereka begitu yakin dan tersangat yakin dengan dua warisan Nabi saw iaitu firman Allah melalui kitab agung Al-Quran serta sunnah dan sabda baginda saw. Kerana keyakinan yang begitu pure serta genuine maka setiap perjuangan mereka berakhir dengan cemerlang, kalau bukan untuk masyarakat, tetapi untuk saham mereka sendiri di akhirat sana.

Aku amik contoh cerita tentang Sultan Muhammad al-Fateh ney udah la. Tema utama perjuangan Sultan Muhammad untuk menakluk Konstantinopel bukanlah kerana nak habaq mai kat dunia yang kerajaan Turki Uthmaniyah di ketika itu di bawah pimpinannya terlampau kuat sampai Kerajaan Konstantinopel yang utuh selama bertahun lamanya tu mampu dijatuhkan, akan tetapi, ia adalah kerana terlalu sangat yakin dengan janji Nabi saw bahawa Konstantinopel pasti akan disinari dengan cahaya Islam suatu hari nanti melalui sabda baginda saw;

“Konstantinopel akan jatuh ke tangan seorang ketua yang baik, yang memiliki tentera yang baik serta rakyat yang baik.”

Beliau determined giler nak pastikan yang dirinya itulah yang dimaksudkan oleh Nabi Muhammad saw. Bukan beliau sorang je, ramai lagi pemimpin-pemimpin Islam yang dah cuba untuk menakluk Konstantinopel sebelum zamannya macam Saidina Ali bin Abi Talib, Muawiyah bin Abu Sufian, Sultan Sulaiman Abdul Malik (Umaiyah), Khalifah Harun al-Rasyid dan termasuk juga ayahanda Sultan Muhammad sendiri iaitu Sultan Murad. Namun, kesemua mereka gagal dan menemui jalan buntu.

Mereka semua sama juga seperti Sultan Muhammad, bukanlah tujuan nak takluk Konstantinopel tue sebab nak bermegah-megah dengan kekuatan kerajaan sendiri, tapi sebab nak jadi pemimpin yang baik yang telah disabdakan Nabi saw pada masa hidup baginda. Ye lah, bila kita merupakan orang yang mampu tawan Konstantinopel, sememangnya kita ney sudah memiliki sebuah tentera yang baik dan rakyat yang baik malahan kita sendiri Nabi saw dah iktiraf sebagai ketua yang baik. Sapa taknak oi.

Kerana Konstantinopel itu Nabi saw dah gazette kan untuk pemimpin Islam yang baik sahaja untuk ditakluk. Setelah menghayati sabda Nabi saw tersebut, fahamlah Sultan Muhammad al-Fateh bahawa kota Konstantinopel yang begitu kuat kubunya tue takkan mampu dirempuh masuk oleh tentera yang kuat dan terlatih, tetapi ia hanya akan dimasuki oleh tentera yang baik yang dipimpin oleh pemimpin yang baik yang memiliki rakyat yang baik. Di sini dah nampak sebenarnya kebijaksanaan beliau di dalam nak melaksanakan misi ini.

Jadi, beliau lebih menekankan aspek rohaniah di dalam mendidik dan melatih tenteranya. Diajar untuk beramal soleh dan berakhlak mulia, bersikap jujur dan sebagainya. Rakyatnya di sekitar jajahan Turki Uthmaniyah juga dididik dan diasuh setiap masa agar senantiasa bertaqwa kepada Allah, para peniaga bersikap jujur, orang kaya pemurah, orang miskin penyabar, anak-anak menghormati ibu bapa dan sebagainya.


Kemuncak effort yang perlu diusahakan adalah pemimpin itu sendiri merupakan seorang pemimpin yang baik.

Sultan Muhammad al-Fateh ni memegang tampuk kepimpinan selaku pemangku ayahandanya bila usianya mencecah 19 tahun lebih kurang. Di usia sementah itu, sepatutnya kepimpinannya pasti akan terdapat banyak kepincangan dalam pentadbiran sebab dia takde pengalaman, muda pulak tu. Usia macam tue kita boleh katakan sebagai usia remaja la kan.

Seperti yang selalu diperkotak-katikkan pada hari ini, usia remaja adalah masa di mana jiwa manusia itu mudah memberontak. Suka mencuba benda-benda baru terutamanya benda-benda yang bodoh dan tak mendatangkan apa-apa manfaat melainkan keseronokan yang amat sedikit dan sementara. Tue pasal la remaja hari ni sekor-sekor perangai macam iblis kampung. Seks bebas, buang anak, dadah, mat rempit, kurang ajar dengan mak ayah, guru-guru dan sebagainya. Ntah la sampai bila benda ni semua nak berakhir dan sampai bila la aku sendiri mampu bertahan untuk elak benda-benda nie semua?

Berbeza dengan Sultan Muhammad al-Fateh. Di usia yang kononnya naluri tengah memberontak, dengan harta kekayaan yang melimpah-ruah yang dimilikinya, dengan pangkat dan kuasa yang ada pada genggamannya, dia boleh dapat keseronokan yang ada di dunia ini lebih daripada orang biasa macam kita ni. Hiburan, makanan yang sedap-sedap, wanita yang cantik dan sebagainya, petik jari je dah boleh dapat. Malah, diceritakan jugak yang beliau memiliki raut wajah yang kacak dan hensem. Perggh! Sempurna beb!

Tapi beliau bukan orang biasa, bukan juga remaja biasa. Bila maharaja Constantine cuba mengganggu kekuatan imanannya dengan menghadiahkan wanita-wanita penghibur istana yang paling cun sekali dekat kerajaan Konstantinopel serta pemain-pemain orkestra yang mampu memainkan muzik-muzik yang indah-indah lagi mengasyikkan, dengan selamba rock nya Sultan Muhammad al-Fateh suruh dihantar pulang semua perhiasan-perhiasan duniawi tu kembali ke tempat asalnya sambil mengatakan yang seumur hidupnya, beliau tak pernah berhibur melainkan dengan mendengar alunan bacaan al-Quran dan zikrullah atau membacanya sendiri.

Fuh! Memang kaw lah Iman brader al-Fateh nie. Kalau aku di posisinya, mesti kalau aku mampu tahan pun, aku suruh balik jugak, tapi jangan la balik semua, tinggal la sikit. Alang-alang dah sampai jauh-jauh nie, nak jugak tau hiburan yang macam mana wanita-wanita tue leh buat dan muzik yang macam mana yang kata indah sangat tue. Lemahnyaa!!

Dan yang paling jelas sekali qualified nya Sultan Muhammad al-Fateh untuk mendapat pengiktirafan dari Nabi saw sebagai pemimpin yang baik adalah di ketika nak melantik Imam besar masjid Aya Sophia sebaik penaklukan kota Konstantinopel yang mana ulama’ besar kerajaan Turki Uthmaniyah masa tue iaitu Syeikh Syamsudin Al Wali tak mampu nak jadi imam kerana sudah uzur. Mahsyur kisah ni.



Untuk cari pengganti Syeikh Syamsudin Al Wali, Sultan Muhammad kumpulkan semua orang Islam yang turut sama menyertai kempen penaklukan Konstantinopel. First, beliau tanya, sapa yang pernah tinggal solat fardhu lima waktu boleh duduk. Takde sapapun duduk. Then, ditanya pulak, sapa yang pernah tinggal solat sunat Rawatib boleh duduk, hampir separuh dari mereka duduk. Akhir sekali, ditanya pulak sapa di antara mereka yang pernah tinggal solat sunat Tahajud boleh duduk. Sekali semua duduk daa.

Sultan Muhammad al-Fateh cuak la sebab semua duduk, macam mana nak cari pengganti Imam ni? Sambil terlupa pulak yang masa tue dia sorang je berdiri dan tak duduk. Baru Sultan Muhammad teringat yang sejak dia akil baligh, memang dia tak pernah langsung tinggal solat sunat Tahajud. Maka, rasmilah pelantikan Sultan Muhammad al-Fateh yang ketika tue dah berumur 21 tahun untuk jadi imam menggantikan ulama besar mereka.

Boleh nampak kan betapa layaknya beliau untuk menjadi orang yang dimaksudkan Nabi saw dalam sabda baginda saw sebagai ketua yang baik. Malah, yang makin membuatkan aku rasa impress giler adalah cerita Sultan Muhammad al-Fateh ney berlaku 800 tahun lepas Nabi Muhammad saw ceritakan tentang penakluk Konstantinopel tuh.

Subhanallah, utuhnya keyakinan mereka pada sabda Nabi saw. Sedih aku. Hidup kat dunia hari nie, sabda Nabi saw terkadang ada yang tak diendahkan. Amik mana-mana yang rasa kena dengan kehidupan sendiri je. Yang sedikit susah dan perlu banyak usaha dengan mujahadah itu yang selalu tak diendahkan. Dah nak sama dah dengan perangai orang-orang Yahudi dan Nasrani. Patutlah diri nie mudah sangat hanyut dan terkapai-kapai dengan kehidupan ni.

Itu cuma salah satu contoh saja. Para pejuang Islam yang agung, para sahabat, tabi’in, salafussoleh, mujahidin, mujtahid, semuanya punya sifat yang sama. Sangat-sangat yakin dengan janji-janji Allah dan utusan agung-Nya, Nabi Muhammad saw. Sebab dari situ mereka mampu bergerak di dalam kehidupan dan perjuangan mengikut acuan Nabi Muhammad saw biarpun jasad baginda sudah tak kelihatan.

Diri aku nie bagaimana? Solat lima waktu pun tak larat nak jaga, dah tue, ada je alasan nak ngelat. Amalan-amalan sunat yang lain jangan cakap la. Akhlak tak terpelihara langsung. Sebijik-sebijik ikut tarbiah setan. Pergaulan dengan masyarakat langsung tak terjaga. Main redah je mana yang rasa seronok. Tetiba nak bercakap soal perjuangan, memang jauh panggang dari api lah.

Sedih kalau difikirkan balik. Sebab berjuang itulah tujuan hidup ni. Allah swt bagi roh kat jasad nie bukan suka-suka sekadar nak pegi belajar universiti, kawin atau kerja dan sebagainya. Dia cipta semua kemudahan hidup ni macam melihat dan mendengar semua sebab Dia nak test layak ke tak roh ney masuk ke syurga. Kalau tak, sendri mau ingat la.

Hidup memang kena sangat-sangat berjuang. Berjuang berbakti kepada masyarakat. Didik dan asuh serta pandu mereka yang tersesat kembali ke jalan-Nya. Sampaikan Islam pada mereka yang masih tak terima petunjuk. Bukan sekadar duduk depan laptop, surf internet, main facebook dan sebagainya. Nak bejaya kat Akhirat bukan senang beb.



So, bila nak berjuang, kena la ikut style yang Nabi saw promote. Ikut jalan didikan baginda serta tarbiyah dari Allah. Baru la sentiasa benar perjuangan tue. Ditambah pulak dengan rasa cinta, kasih dan sayang yang teramat sangat buat Zat Yang Maha Suci serta utusan-Nya itu, barulah hidup kat Akhirat bahagia dan berjaya. Sebab orang berjuang nie hidup kat dunia mana senang. Difitnah, dicerca dan dihina oleh musuh Allah, malah terkadang terbuang dari kampung halaman sendiri, memang itulah sunnahnya.

Tapi, aku masih di sini. Aman, tenang, rilek melepak dan buat benda-benda tak berpekdah untuk diri sendiri apatah lagi untuk orang lain. Susah benar nak fikirkan nasib sendiri di Akhirat nanti, tue pasal la kurang kesedaran atas benda-benda nie semua. Yang tahu, cuma kepentingan hidup di dunia je, macam-macam la perkara yang tak sepatutnya diberatkan. Entahlah sampai bila aku nak berterusan begini.

Apa-apa hal pun, ayuh semua! Kita berselawat ke atas junjungan besar baginda Nabi Muhammad saw dengan penuh rasa cinta, kasih, sayang dan rindu yang teramat sangat………


0 Komentar:

Post a Comment