Dalam Peperiksaan...

Apr 20, 2010

0 Komentar

Di suatu ketika dulu, di kala semua budak-budak tengah bersiap nak pegi prep petang, setting time masa tu lebih kurang hujung-hujung tahun 2006, masa dah dekat nak SPM la kiranya, aku berjalan bersama dengan ketua pengawas yang sebaya aku ni, meniti jalan di kaki lima banggunan Kemahiran Hidup. Perjalanan tersebut adalah dari surau nak balik ke asrama. Ye lah, masa pun dah lewat, jam menunjukkan hampir pukul 3 petang, prep start pukul lebih kurang 3.15 petang macam tue la, balik asrama pun nak ambik syarat je.

Jarang sebenarnya hal tersebut berlaku; aku berjalan dengan member aku tu. Memandangkan aku dengan dia agak tak sebulu dalam segenap hal masa sekolah dulu. Ada je benda yang kitorang nak argue kan kalau nak ikut sepanjang hidup kat sekolah tu. Kebanyakannya benda-benda yang bodoh dan tak masuk akal untuk diperbalahkan selaku remaja yang dah sepatutnya semakin matang.

Pasal awek la, pasal sapa lagi tere jawab Add Math la, pasal sapa lagi tinggi la, dan macam-macam lagi subjek-subjek yang ntah apa-apa. Tambahan pulak, memang muka dia macam hero filem Bangladesh sikit, dan dengan bermodalkan muka yang macam tue lah setiap form ada je awek representative yang admire kat dia, maka semakin menebal lah perasan hasad dengki yang terbuku di lubuk hatiku terhadap dirinya.

Ah, nak cerita pasal tue sampai esok lusa pun tak habis…

Berbalik kepada topik utama, di kala tengah berjalan di kaki lima tersebut dengan speed yang agak kura-kura lajunya, yelah, nak kena pegi prep petang, semangat pun agak rendah la, patut time-time camni layan tido baru syok, tiba-tiba dia bersuara, “Hang tau tak, sebenarnya exam nie Rahmat tau.”

Apa hal pulak mamat nie, main serbu tak pakai helmet pulak. Tapi, kenyataan tersebut membangkitkan rasa ingin tahu jugak la di dalam jiwaku ini. Aku tanya dia, kenapa macam tue pulak.

Katanya, “Ya laa, hang tak tengok ka, time nak exam nie la kawan-kawan kita tue, yang mana yang loqlaq tue suma, berubah jadi baik. Ada yang selalu baca Quran, banyakkan solat-solat sunat, ramai yang makin dekat dengan surau tue. Kan Rahmat tu, kerana exam manusia jadi berubah, mula nak mengenal Tuhan, tahu nak mengadu dan berharap pada-Nya. Yang tue pun hang tak boleh pikiaq ka?”

Cait, sempat lagi tue dalam tengah dok berceramah. Betul jugak apa yang dikatakan oleh member aku tue. Aku rasa, semua orang pun macam tue la, aku pun sama gak. Bagi yang hidupnya jauh dari Tuhan, bila datang time nak exam, baru nak mendekatkan diri dengan-Nya. Bagi yang dah already suka dekatkan diri dengan Tuhan, akan menggandakan usaha mereka untuk beribadat sebagai persediaan menghadapi peperiksaan.




Yelah, yang sebenar-benarnya yang nak menentukan jatuh bangunnya kemampuan manusia di dalam mengejar kejayaan nie hanyalah Tuhan, kalau diri kita nie sendiri selalu ingkar, tanak ikut syariat Tuhan, nak ke Tuhan kabulkan permohonan kita nak berjaya, tambah-tambah dalam exam yang nak dilalui tuh?

Tapi aku terfikir jugak la sebenarnya, macam ni ke adab yang sesuai antara hamba dengan Tuhannya? Bila dah terdesak baru nak cari Dia. Sebab nak exam baru nak selak Quran, langsung tak kering tubuh dengan air wudhu’, sejadah pulak dah boleh jadi macam selimut pasal dah selalu sangat guna. Tapi bila exam lambat lagi, haram nak sentuh benda-benda tue semua.

Tak kira lagi hubungan dengan mak ayah. Bukan main rapat lagi, selalu telefon, alasannya, doa mak ayah cepat sampai kat arasy, redha Allah ada pada redha kedua-duanya. Sebelum-sebelum tue takde pulak macam tue. Telefon mak ayah time duit poket dak kering je, lagi seronok nak habiskan kredit tue telefon awek atau pakwe yang tersayang je.

Aku tak rasa ini satu adab yang sesuai sebagai seorang hamba. Cari Tuhan time terdesak je, macam kalau contohnya kita ada seorang member. Member kita ni hanya kontek kita sebab nak pinjam duit je, pinjam motor ke, mintak tolong itu la, ini la, dan sebagainya. Kalau tak, takdenya member tersebut nak kontek kita.

Apa perasaan kita terhadap member yang jenis macam nie? Compare dengan sorang member yang selalu kontek kita, tanya khabar, tanya masalah kita dan sebagainya. Antara dua jenis member tersebut yang mana yang lebih kita suka? Tentulah yang the latter one kan.

Macam tu la jugak hubungan hamba dengan Tuhan. Hamba yang cari Tuhan time susah aje dengan hamba yang susah ke senang ke, maintain je hubungan dia dengan Tuhan, maintain high class la, yang mana Tuhan lebih sayang? Ha lu pikir la sendiri.

Tapi yang jadi masalahnya, kita sebenarnya tak kisah sangat dengan kasih sayang Tuhan tue. Apa yang kita kisah cuma reputasi kita di dalam kehidupan ni je. Macam dalam exam, kalau boleh kita mesti la nak berjaya. Kalau kat sekolah dulu kalau boleh nak gred A je, time kat IPT pulak mesti la score busuk-busuk pun nak pointer 3.5. Dan kita nampak cara nak dapatkan achievement tue, di samping nak kena study, kena la rajin-rajin letakkan dahi tue atas sejadah. Sebab pakar-pakar motivasi selalunya mesti cakap, nak exam, jagalah solat.

Padahal ibadat-ibadat tue semua tujuannya bukan untuk nak bodek Tuhan bagi kita dapat apa yang kita nak. Fungsi utama yang diseru supaya beribadat tue sebenarnya adalah untuk nak bagi Allah sayang kat kita. Tak kisah la time bila pun, time nak exam ke, time takde exam ke, kasih sayang Allah tue yang penting.



Kalau kita beribadat banyak-banyak semata-mata nak bagi dapat result yang elok dalam exam, kita kena ingat jugak, adakalnya yang kita sangka yang terbaik iu sebenarnya yang terburuk bagi kita, likewise, adakala yang kita sangka yang gagal tue sebenarnya yang terbaik buat kita. Semua-semua tue Allah je yang tau.

Itu la gunanya kita kena berusaha untuk cari cinta dan kasih sayang Allah semata-mata dalam Ibadat. Once Allah sayang kat kita, segala apa yang kita buat Allah akan bagi yang terbaik je untuk kita, sebab yang terbaik tue tak semestinya yang manusia biasa sangka yang terbaik.

Contohnya macam result exam yang gempak habis kita akan pandang sebagai yang terbaik dan kalau result bawah 3.00 tue kita pandang macam bangang giler.Aku ada satu mesej henpon yang aku dapat dari orang kuat surau kat UiTM Merbok tue yang juga merupakan bekas full-time roommate aku masa kat situ.

Bunyinya macam nie,“Bahagianya kekasih Allah dihadiahi ujian yang amat hebat, sebagai tanda kasihNya. Begitulah rupanya berkasih dengan Allah. Takkan dibiarkan terlena dalam kenikmatan yang melimpah, tetapi dilindungi dengan ujian dan cubaan yang tak berkesudahan… Allah Maha Tahu apa yang terbaik bagi hambanya.”

Maksudnya, segala result atas apa yang kita usahakan tue serahkanlah kepada Allah. Takyah la nak demand lebih-lebih. Sebab yang terbaik untuk kita tue boleh jadi yang kata rasa yang memang terbaik atau mungkin yang kita nampak tak baik. Allah sahaja Yang Tahu. Tugas kita, bersyukur bila hasilnya itu baik, dan bersabar bila hasilnya itu yang sebaliknya.



Kena ingat gak, orang-orang yang bukan Islam macam Cina, India dan sebagainya tue semua, Allah SWT still bagi diorang kejayaan dalam apa bidang yang diorang ceburi even diorang tak sembah Allah. Orang-orang yahudi dengan Kristian tue, kan majoriti diorang yang kuasai macam-macam bidang professional sekarang nie, macam Sains, Matematik, Ekonomi dan sebagainya. Diorang tak sembah Allah pun, malah ada di antara mereka yang memerangi agama Allah.

Kenapa Allah SWT bagi jugak diorang kejayaan demi kejayaan? Sebab kita kena ingat, kejayaan hidup atas muka bumi nie amatlah sedikit nilainya yang boleh nak affect kejayaan kita kat Akhirat kelak. Kan Allah dan rasul-Nya Muhammad saw dah ajar kita dah, kejayaan kat Akhirat tue yang utama. Yang tue yang patut kita rebut.

Kesimpulan dari apa yang aku nak cakapkan nie, jangan la cari Tuhan kerana ada sebab yang lain dari sebab mencari keredhaan, cinta dan kasih sayang-Nya.




Dan satu lagi aku nak kongsi dengan korang, pasal konsep nazar. Musim-musim exam nie banyaklah antara kita nie yang nak bernazar kan. Yelah, nak dapat result best kan.Sebenarnya, konsep nazar yang tepat menurut Ustaz Zulkhibri (Ustaz kat masjid Sungai Bakap) adalah bila kita dah dapat sesuatu benda yang kita nak tue baru kita sesuai untuk bernazar.

Macam contohnya aku nak beli kereta Maserati, so aku berusaha bekerja dan sebagainya, then aku mampu membeli kereta tersebut dengan jayanya. Lepas aku dapat kereta tue baru la aku bernazar nak posa ke, nak pegi umrah ke dan sebagainya. Baru la nampak nazar tue sebagai konsep seorang hamba nak melahirkan rasa syukur kepada Tuhannya.

Konsep yang salah adalah kita bernazar kerana nak dapatkan sesuatu perkara. Contohnya kes kereta Maserati aku tadi tue, aku tak dapat lagi kereta tu tapi dah aku bernazar siap-siap dalam hati, “Ya Allah, kalau Kau kurniakan kereta Maserati tue, aku akan posa sekian-sekian hari…”

Konsep yang macam nie sebenarnya tak berapa nak kena la. Macam kita letak syarat pulak kat Tuhan dalam nak menjalankan Ibadat kepada-Nya. Kiranya, kalau Tuhan bagi aku kereta Maserati baru la aku nak buat ibadat puasa tu. Oih, sapa hamba sapa Tuhan?

Macam contoh kalau kita jadi bos satu syarikat, datang seorang staff kita ni cakap kat kita, kalau kita bagi kat dia kereta syarikat baru dia nak kerja betul-betul. Nak ke kita nak melayan staff macam tu? Kalau aku kalu, aku reject je staff yang macam tue, ngabehkan boreh yoo……

Macam tu la yang common practice among kita-kita zaman sekarang nie. Suka bernazar untuk dapat result yang baik. Macam nazar kalau dapat straight A dalam SPM nak puasa seminggu ke, nazar nak berhenti berkapel kalau dapat pointer 4.00 ke dsb.

Sepatutnya nazar yang baik adalah setelah kita dah dapat apa yang kita kehendaki, macam kalau kita dah pun dapat result 4.00 then kita bernazar nak puasa seminggu, kiranya kita mewajibkan sesuatu ibadat ke atas diri kita sebagai tanda syukur di atas anugerah kejayaan yang Allah bagi kat kita. Tapi kalau nak proceed dengan style nazar yang common practice tu aku tak tau la ok ke tak, sebab tak pulak Ustaz tu larang, cumanya tak menunjukkan adab yang baik la antara kita dengan Tuhan.



-sekadar berkongsi-

Jin vs Syaitan...

Apr 18, 2010

0 Komentar
Dulu masa kat sekolah, pernah berlaku sebuah episod rusuhan kaum yang agak havoc jugak la sekitar pertengahan tahun 2005 sehingga awal tahun 2006. Bukan rusuhan kaum yang macam racial riot tahun 1969 tu sebab amatlah tak logik racial riot boleh berlaku di dalam sebuah sekolah Kebangsaan Agama yang dah sah-sah semua student berbangsa Melayu.

Rusuhan kaum yang dimaksudkan di sini adalah rusuhan antara kaum manusia dan kaum jin. Histeria, kena rasuk dan sebagainya merupakan antara senario yang terjadi di waktu itu. Memang meruncing betul keadaannya. Terdengar jeritan mangsa-mangsa yang dirasuk di sana-sini, kat banggunan kelas, kat asrama kat surau, hampir setiap masa pulak tuh.

Ada orang bagitau aku, makhluk-makhluk halus tue datang mengganggu sebab ada beberapa student yang mempunyai semangat yang hampeh serta keberanian yang tak bertempat telah pergi melepak di ‘tempat’ makhluk itu bertandang sebelum tu. Kesan dari tindakan bijak mereka itu, maka terjadilah perkara ini.

Bengang gak la sebab ‘tempat’ yang dimaksudkan tue adalah di atas tangki air sekolah aku tue. Cengkudu tol! Takde tempat lain ke bebudak tue nak melepak. Tak cukup dengan melepak di kaki lima surau dan di tepi-tepi tangga banggunan kelas dan asrama, atas tangki air pun boleh pulak dijadikan port melepak. Hasilnya, satu sekolah jadi huru-hara.

Memang betul-betul huru-hara. Ustaz-ustaz dan ustazah-ustazah sibuk betul nak overcome benda ni. Banyak program serta aktiviti sekolah terpaksa ditangguhkan dek kerana perkara ni. Nak buat macam mana, asyik terdengar bunyi jeritan mangsa rasukan je. Yang tak menjerit pulak hidup di dalam ketakutan (tak semua la).

Aku adalah di antara mereka yang hidup di dalam ketakutan tue. Tak tahan betul. Terngiang-ngiang je bunyi jeritan mangsa yang dirasuk tuh. Lain sungguh nada dan tonnya. Meremang segala bulu yang ada kat badan aku nie. Takut siot! Jiwa pun jadi kacau, nak buat apa pun rasa tak senang. Tapi, baiknya, masa tue aku dah jadi macam wali Allah la pulak.


Sebab masa tue, all the time mulut nie asyik berzikir je. Sambil berjalan, sambil duduk, sebelum nak tidur dan sebagainya. Ayat Kursi jangan cakap la, sekali dekat lima puluh kali aku ulang. Obvious lar, nak jauhkan diri dari benda-benda halus nie dengan pendinding yang ghaib je la kan macam bezikir dan membaca ayat suci Al-Quran. Tapi, kalau difikirkan balik, ada worthiness ke buat macam tue?

Berzikir bukan sebab takutkan Allah, tapi sebab takutkan yang selain dari Allah iaitu makhluk-makhluk-Nya specifically kaum jin tue la. Bukan boleh buat main, takut yang terlampau terhadap yang selain Allah boleh bawak kepada Syirik kecil ooo. Zikrullah dicampurkan dengan amalan Syirik kecil, tak ke lebih merbahaya bunyinya tu. That’s how typical hamba yang tak sedar diri punya behave. Cari Tuhan masa dalam susah je, masa jin-jin tue tak serang, takde pulak nak berzikir tahap wali macam tu.

Itu satu isu. Isu yang lain pulak timbul masa tue adalah tentang bahayanya rasukan tue.

Di kala aku di dalam ketakutan tue, aku pun express kan lah rasa tersebut kepada seorang kenalan rapat aku ni. Aku kata aku takut sangat tengok bebudak sekolah tue semua kena rasuk. Dengan selamba badaknya kenalan aku nie cuba menenangkan aku dengan mengatakan yang rasukan jin nie kira tak bahaya la sangat kalau nak dibandingkan dengan rasukan iblis dan syaitan.

Pa benda pulak member aku nie? Melalut ka apa. Bila pulak setan pandai rasuk orang? Menghasut or menggoda tue ada la. Dan tak silap aku jugak, aku pernah dengar yang setan tue pun ada yang dikategorikan sebagai jin jahat sebab kedua-duanya diciptakan dari api. Aku minta ulasan lanjut member aku berkenaan kenyataannya itu.

Katanya, kalau kita andaikan budak yang tengah kena rasuk jin tue pegi mencuri duit mak dia, berdosa tak dia? Tak kan, sebab itu bukan diri dia. Walaupun tue jasad budak tue, tapi state of mind budak tue berada di bawah kawalan jin yang merasuknya itu.

Compare dengan keadaan di mana budak tue tak dirasuk jin pun, tapi dia pi mencuri duit mak dia, berdosa tak? Mestilah berdosa sebab perbuatan mencuri tu dilakukan di dalam keadaan budak tue control state of mind dia sendiri.
Hah! The later one tue la keadaan di mana seseorang itu dikatakan sedang dirasuk syaitan dan iblis. Dia sedar perbuatan mencuri yang dia buat tue salah baik dari sisi pandang Agama mahupun secara moralnya, tapi dia masih tetap nekad melakukan hal tersebut. Sebabnya, dia di waktu itu sedang dirasuk syaitan.

Bila seseorang tue dirasuk jin, kita akan katakan yang dia tue sedang berada di bawah arahan jin yang merasuknya itu sebab jin tue dah tutup dominasi tuan punya badan untuk control daerah akalnya, tapi bila seseorang itu dirasuk syaitan, dia tetap masih mengawal kuasa pemikiran dan tindakannya itu, tetapi kuasa bisikan dan pujukan syaitan yang sebenarnya sudah menguasai kehendak tindakan itu biarpun ia dilaksanakan di bawah sedar.

Jadi, mana lebih bahaya? Rasukan jin atau syaitan? Kalau dirasuk jin, yang dirasuk cuma menyusahkan orang lain secara zahir sahaja, tetapi bila dirasuk syaitan, dia bukan sahaja menyusahkan orang lain, malah menzalimi dirinya sendiri juga termasuk orang lain bukan sekadar zahir, malah turut memberi effect kepada rohani.

Pencuri, penipu, pengampu, pembunuh, penzina, tinggal solat dan sebagainya, semua mereka merupakan contoh manusia yang dirasuk syaitan. Mereka dirasuk, tetapi mereka sedar akan apa yang mereka sedang lakukan biarpun sedang dirasuk. Mereka sedar yang mereka sedang berzina, mencuri, membunuh dan memacam lagi.

Itu lebih bahaya. Fizikal diri yang dirasuk itu tidak rosak, tetapi batin dan rohani mereka yang akan rosak. Akhlak jadi tercela, budi jadi terhina, Iman pun punah. Hasilnya, mereka akan menghadapi bahaya yang lebih besar menimpa fizikal mereka di Akhirat kelak. Dan syaitan pun bersorak riang dengan kemampuannya merasuk manusia itu. Kemampuan yang hebat. Merasuk manusia tanpa langsung membuatkan manusia itu terasa dirinya itu dirasuk.

Sungguh terlalu halus pujuk rayu syaitan itu. Hidden agenda nya amat sukar untuk dibaca. Dia mampu membuatkan yang halal itu jadi haram dan yang haram itu jadi halal. Yang haram itu nampak indah, yang halal itu nampak susah.

Sedikit sebanyak aku relief dengan kenyataan member aku tue terhadap ketakutan yang melanda aku terhadap rasukan jin di waktu itu. Malah, aku jadi bertambah takut dengan rasukan syaitan yang nyata lebih menggila dan lebih merbahaya berbanding rasukan jin. Rosak akal dan minda terhadap rasukan itu berbanding rasukan jin.

Namun, lebih menyedihkan, ketakutan aku cuma di waktu itu sahaja. Kini, aku tak heran pun, selalu aku suka melayan rasukan syaitan itu. Kenapa? Adakah kenyataan itu masih tidak cukup memberi ancaman dan ketakutan? Entahlah…

No More Teenager...

Apr 11, 2010

0 Komentar

Mulai esok, aku bukan lagi budak belasan tahun. Ikut kalendar masihi begitulah adanya. Dah masuk dua puluh tahun dah budak sorang nih. Walaupun sebenarnya, kalau ikut kalendar Hijrah, umur aku memang dah masuk dua puluh tahun pun. Nak buat macam mana, aku hidup di negara yang tak ambil kisah sangat perkiraan tahun Hijrah nie, kecuali kalau nak tengok anak bulan hari raya Aidilfitri je la.

Dulu sorang member nie pernah meluahkan rasa risaunya dia bila nak masuk umur dua puluh tahun nie. Katanya, kalau dah masuk umur dua puluh, kita bukan lagi teenager. Sebab teenager mesti berumur dengan nombor-nombor yang ada perkataan ‘teen’ kat belakang. Macam ‘fifteen’, ‘sixteen’, ‘seventeen’ and so on. Tak syok la kalau tak bergelar teenager dah. Maksudnya diri nie dah masuk ke tahap umur yang lebih atas dari remaja, iaitu, Dewasa.

Bila dah masuk dewasa, time nie la masa yang paling sesuai nak berbicara soal tanggungjawab. Bukan masanya lagi nak main-main. Bukan masanya nak buat perangai tak matang, keanak-anakan dan sebagainya. Ini masanya nak bercakap soal akauntabiliti seorang diri yang bergelar manusia. Sounds biasa rite? Tapi member aku nie mengekspresi kan feeling nya itu dengan penuh rasa takut dan cuak. Sebab, tanggungjawab bukan perkara yang remeh temeh dan boleh dibuat main-main. Entahlah…

Bagi aku pulak, aku terus merenung akan umur nie. Dah masuk dua puluh tahun, apa yang aku dah buat dalam masa sepanjang tue? Berapa banyak kebajikan yang aku dah buat? Amal Soleh aku meningkat tak dari hari ke hari? Aku tak nampak pun tue semua. Rasa macam kurang ja aku berkhidmat untuk diri sendiri dalam dua puluh tahun nie. Lebih banyak rasanya aku menzalimi diri sendiri.

Terngiang-ngiang di kepala hotak aku nie dengan pepatah yang mengatakan, “Bertuah kita jika dapat mencapai umur dan amalan seiring usia.” Seiring ke idak sebenarnya amalan dengan usia dua puluh tahun aku nie? Aduu ai, tak sedap badan betul. Kalau la esok dah tak berkedip mata ni, cukup tak segala amalan aku dalam dua puluh tahun nie nak lepas titian Sirat nanti.

Sejenak aku terkenang seorang sahabat Rasulullah saw yang agak feymes di zamannya sehingga kini iaitu Usamah bin Zaid ra. Benda paling signifikan sekali pasal beliau yang paling dikagumi oleh seluruh kaum Muslimin adalah beliau dilantik menjadi panglima perang oleh Rasulullah saw untuk melawan tentera Rom yang kuat giler masa tue biarpun umur beliau time tue tak masuk dua puluh tahun lagipun, diceritakan kira-kira lapan belas tahun umurnya masa tu.


Tambahan pulak, yang dipimpin tue bukan calang-calang sahabat, Abu Bakar as-Siddiq, Umar al-Khattab, Saad bin Abi Waqas, Abu Ubaidah al-Jarrah dan ramai lagi.

Pergghh! Tak boleh blah betul. Aku yang berumur lapan belas tahun pulak masih lagi dok buang masa melayan internet dan PS2. Sungguh kalau nak dibandingkan aku dan Usamah ibarat pusat bumi dengan hujung langit ke tujuh. Entah macam mana laa darjat Usamah bin Zaid tue yang mendapat mandat dari Rasulullah saw sendiri untuk memimpin tentera Islam di waktu umurnya masih lagi kata orang baru nak masuk universiti.

Macam tue la real great Muslim. Betul-betul buat aku rasa macam… Alamak! Layak ke nak join kelompok manusia yang berjaya di Akhirat nanti. Dengan diri yang macam ni, bangun subuh pun sikit punya liat, apa hal? Umur dah makin meningkat, usia dah makin singkat, ajal pun dah makin dekat. Dengan segala obstacles yang menggila atas muka bumi nie, mampu ke aku bertahan? Kalau tak makin teruk pun, at least remain la mana-mana yang masih boleh jaga.

Entahlah, hati yang menentukan, akal yang menafsir, sama ada mahu syurga di dunia semata, atau bahagia yang kekal selamanya di sana. Apa-apa hal pun, wish me myself hepi besday…

Kau Pergi Jua...

Apr 9, 2010

0 Komentar

Sedihnya mengenangkan dia, menghabiskan sebahagian besar usia hidupnya untuk berjuang, sedari usia remaja hinggalah ke akhir hayat, merantau ke sana sini, menyebarkan risalah Tauhid dengan cara tersendiri, sedih dan pilunya hati ini, bila mengenangkannya…

Ya Allah, muliakan dia di sisi-Mu, hamparkan tempat bersemayam terindah buatnya di sana, dan masukkanlah jua semangat juang yang Kau berikan padanya, buatku jua, Amin………

Nourishment's Threats...

Apr 7, 2010

0 Komentar
Tengah hari tue aku tak ambik lunch, jadinya, boleh tahan lapar jugaklah perut nie bila dah sampai ke petang langsung tak diisi. Aku pun tak tau apsal aku boleh taknak makan tengah hari tue? Benda-benda lunch nie sensitif beb. Mana boleh tangguh-tangguh. Boleh menghadapi risiko penyakit gastrik tau. Tapi berbeza hari tersebut. Aku dengan sengajanya tak nak makan tengah hari. Ah! Biarlah, bukannya boleh mati pun kalau tak makan lunch.

Bila da settle Asar je, perut nie dah makin menggelegak. Lapor sungguh. Tanpa melengahkan masa, aku pun text la member aku yang paling hensem pernah aku jumpa nie untuk accompanied aku makan petang time tu. Walau bagaimanapun, kebenarannya aku lebih hensem dari member aku nie biarpun dia lah member aku yang paling hensem pernah aku jumpa. Kebenaran sentiasa pahit kan?

Enough with all this nonsense. Berbalik kepada perjalanan aku nak pergi makan tu. Dah lapar giler nih. So, member aku nie pun boleh je nak teman aku pegi makan kat sebuah kedai makan nie, takkan kat kedai repair motor pulak kan. Di sepanjang perjalanan nak pergi makan tue, imaginasi aku benar-benar tak keruan mengenangkan nasik gorang ayam panas-panas yang bakal aku tibai kurang dari lima belas minit lagi.

Sesampai je kami ke gerai makan tersebut, tanpa banyak soal aku terus meminta order nasik goreng ayam yang dibayangkan sebentar tadi bersama telur dadar. Member aku nie pulak order nasi kosong dengan telur bungkus. Simple giler dia punya order. Aku tak sangka sebenarnya ada manusia yang boleh makan makanan yang sebegitu simple. Biarkan la dia. Bukan aku yang nak kena bayar kat dia pun.

So, setelah sepuluh ke lima belas minit kami berdua bersembang-sembang, maka sampailah makanan-makanan yang kami order tadi. Sedikit bengang jugak pabila melihat order member aku tue sampai dulu. Dah la aku tengah lapar tahap bola jiwa dah ni. Tercela sedikit kesabaran aku di waktu itu. Tapi, tak lama lepas tue, sampai la nasik goreng ayam bersama telur dadar yang aku tunggu-tunggu.


Setelah memasukkan makanan ke dalam mulut sesuap dua, tetiba secara spontan aku berkata kepada member aku, “Gagal la nasik goreng ayam ni.” Kelihatan air muka tak senang di wajah member aku tue terhadap komen pedas aku terhadap nasik goreng ayam tue. Memang ikhlas dari hati sanubari aku jugak sebenarnya kata-kata itu. Nasik gorengnya agak tak memuaskan hati la terutamanya bagi makhluk yang tengah lapar macam aku nie. Nak tak nak kena bedal jugaklah makanan tersebut.

Setelah habis nasik goreng ayam tersebut aku makan, terus aku order pulak roti canai di gerai yang bersebelahan dengan gerai nasik goreng ayam tadi tue. Terkejut member aku, yelah, takkan tak kenyang lagi kot? Nasik goreng ayam tadi pun rasanya dihidangkan penuh satu pinggan.

Memang aku dah kenyang pun, tapi tak puas laa. Aku dah la lapar dari tengah hari tak makan, tetiba dapat pulak makanan yang boleh diklasifikasikan sebagai ‘Gagal’. Aku tak peduli akan rasa kenyang tersebut, jiwa ini tetap mendamba alternatif lain yang mampu memuaskan keinginan perutku ini. Sekali lagi member aku menunjukkan reaksi tak senang sambil menggelengkan kepalanya. Ah! Peduli hapa aku, bukannya dia yang nak tolong bayar pun.

Tatkala sampai sahaja roti canai tersebut, terus aku menyambar secubit demi secubit untuk dimakan. Sekali lagi mulut tak berinsurans aku nie memberi komen, “Hmmm! Gagal lar kuah dia.”

Kali nie, member aku tak mampu menahan kesabaran lagi. “Tak baik la ko mengeluh dengan rezeki tu. Agak-agak laa. Sedap ke tak sedap ke, Tuhan dah bagi, syukur la. Compare diri tue dengan member-memver kita yang miskin tue. Makan sehari sekali je. Ko nie, sehari empat lima kali makan pun dok mengeluh jugak. Kufur nikmat tu!” kata member aku.

Aku diam je tanpa berkata apa-apa. Walaupun sedikit insaf jugak mendengar kata-katanya itu, namun majoriti besar perasaan ini rasa macam malas nak ambik port je akan nasihatnya tu. Dia bukannya tau pun aku tak makan dari tengah hari tadi. Aku pun membalas kembali, “Ah! Takde-takde, balik kang aku nak carik pulak kedai orang jual nasik lemak. Lapar ni.”

Pulang ke rumah selepas itu, lepas membedal nasik lemak yang dijanjikan, tiba-tiba perut aku rasa tak sedap. Rasa macam ketat giler. Hasilnya, Maghrib dan Isha’ malam tue terlaksanalah seperti bangkai yang tiada harga. Tungang terbalik sikit pun tak rasa apa. Tumpuan pun lebih kepada nak tidur je. Assignment pada malam tue yang sepatutnya dibuat pun habis burn macam tue je.

Keadaan tersebut berlarutan sampai ke esoknya. Subuh lesu, Zuhur pun lesu. Nilai Ibadat langsung tak dapat dirasa walau sedikit pun. Susah sangat hati nie nak hadir di dalam solat di kala perut tengah penuh dengan makanan. Aduu ai! Terasa rugi je akan Ibadat yang dibuat. Betul-betul macam solat yang tersekat di langit, dilipatkan kemudian dicampakkan kembali ke atas muka aku nie.

………

Sebenarnya, hal tersebut tak berlaku di waktu itu je. Banyak kali sangat-sangat aku ulang silap yang sama itu. Memang aku tahu, Ibadat takkan sempurna dengan perut yang penuh dengan makanan, tapi nak buat macam mana, nafsu terlalu mendesak sehingga selalu aku lupa kesan buruk yang bakal aku hadapi jika aku terlalu asyik melayannya.

Memang la, terkadang perut lapar, makanan yang terhidang kurang memuaskan, selalu atas sebab tersebut aku jadi bagai binatang buas yang mencari mangsa tak kira sebanyak mana asalkan keinginanku dapat dicapai. Gila betul.

Hasilnya, Ibadat pun lesu, Solat tak bermaya. Semuanya kerana makan yang berlebihan. Kalau setakat jaga Solat je, tapi Solat yang dipersembahkan tue tak bermutu, macam mana Solat tue nak bertindak sebagai penglindung diri dari perkara yang keji dan mungkar. In fact, kena ingat jugak, Allah ciptakan jugak neraka untuk orang-orang yang Solat. Iaitu untuk orang-orang yang Solat dalam keadaan yang lalai. Hati tak khusyu’. Jiwa tak hadir, pemikiran entah ke mana pergi.

Nak buat apa. Solat yang dibuat tue langsung tak mendidik jiwa. Padahal Solat tue tiang Agama. Sumber kekuatan umat Islam yang paling crucial. Solat yang sempurna ja yang mampu membentuk Muslim yang benar-benar beriman dan bertaqwa.

Agar ilham dan iktikad serta tindak-tanduk tue sentiasa kena dengan kehendak Tuhan. Sentiasa tepat dengan hukum dan perintah-Nya. Dengan Solat yang sempurna ja yang mampu mendidik hati untuk sanggup bermujahadah ke arah hidup yang sebegitu. Hidup yang berada di bawah didikan dan tarbiyah Tuhan.

Sungguh! Makan yang berlebihan melamahkan jiwa. Iman jadi lesu, nafsu jadi ganas. Dari situ lah punca segala masalah hati yang kritikal. Kan Nabi saw pun pernah warned kita yang perut nie ibu segala penyakit. Bukan penyakit fizikal je, penyakit hati pun sama. Shahwat pun boleh jadi ganas, akal pun jadi lembap, hati pun gagal menilai baik buruk tingkah laku.

Tolonglah wahai hati, jagalah kehendak makanmu………



Segan Giler...

Apr 3, 2010

0 Komentar
Dulu masa study asasi kat Kedah, pernah berlaku suatu kejadian yang pernah menggemparkan kerajaan jiwa aku. Di suatu malam tue, lepas Isha’ kalau tak salah, aku ajak la sorang member rapat ni pergi ke pasar malam yang diadakan di car park asrama perempuan di situ.

Bukan ada apa sangat pun kat pasar malam tue, gerai pun takde la banyak sangat, makanan pun biasa-biasa ja. Sedap lagi makanan kat dewan makan asrama aku tue. Tapi, malam tersebut aku bosan giler, tak tau nak buat apa. Walaupun sebenarnya assignment belambak lagi yang masih belum disiapkan, tapi malas pulak nak buat. So, secara deliberately aku consider yang malam tue takda apa nak buat even though ada je benda yang nak kena buat.

Lagipun, syok jugak sebenarnya pergi ke pasar malam tue. Boleh cuci mata nie sikit. Cuci mata ney dari Rahmat Allah sebenarnya. Ye lah, cuci mata dengan mengusha aweks yang dah sah-sah banyak bilangan kuantitinya di pasar malam tersebut sebab dekat sangat dengan diorang punya asrama. Syialan betul!

Back to the story, sebelum aku dan member aku ney bergerak ke sana, kami sempat singgah di dewan makan asrama lelaki. Dewan makan nie bukan macam yang kat sekolah punya sebab dewan makan kat sekolah makanan free, tapi dewan makan tempat aku makanan kena bayar, sepatutnya café laa kan, tapi sebab banggunan café tue sejibik macam dewan makan sekolah, so, semua bebudak panggil café tue dewan makan.

Sampai di dewan makan tersebut, aku beli lah teh ais bungkus. Syok gak berjalan-jalan sambil pekena teh ais sebab boleh tahan jauh jugak la nak menapak ke car park asrama perempuan tuh. Member aku tue tak beli apa pun, sebab dah aku yang beli, confirm aku terpaksa merelakan teh ais aku tue untuk dikongsi bersama dia.

So, bejalan laa kami menuju ke destinasi yang jaraknya kurang dari dua kilometer. Sedang aku dan member aku tue berjalan-jalan sambil bersembang-sembang kosong, di suatu selekoh di hadapan fakulti seni lukis, tiba-tiba, entah macam mana teh ais bungkus yang berada di tangan aku tue terlepas dari genggaman aku lantas jatuh ke atas surface jalan bertar di selekoh itu.

Terkejut kami berdua terhadap kejadian tersebut. Namun, yang paling tak boleh blah sekali, aku terus menarik tangan kawan aku tue untuk cepat-cepat blah dari tempat teh ais bungkus aku tue jatuh. Agak-agak dah jauh dah dari tempat kejadian, aku tenangkan semula keadaan yang tadinya agak gopoh.

Member aku kelihatan begitu tak puas hati sekali dengan immediate response aku tue lantas bertanya, “Apsal hang tak kutip balik teh ais tuh? Pi biaq pulak dekat tengah-tengah jalan, jadi sampah tau, takda moral langsung,” kata memberku yang berasal dari Sungai Dua itu.

Jawabku dengan penuh visi dan keyakinan, “Hang tak nampak ka tadi? Sikit punya ramai awek yang lalu dekat tepi jalan kat situ. Giler segan aku. Jatuh saham siot nak kutip balik teh ais tue. Kang apa awek-awek tue kata. Nampak sangat laa aku ney jantan yang hasty. Segan ooo,”

“Oo, segan. Segan awek tengok hang kutip sampah. Dengan Tuhan tak segan pulak hang pi biaq sampah tue tengah-tengah jalan,” balas memberku kembali.

…

Aku terkedu dan terpegun barang lima saat. Tiba-tiba, entah bagaimana aku rasa macam sangat tak senang hati dengan kata-katanya itu. Maksud kata-katanya itu penuh dengan implied main idea. Kata-kata yang macam panahan petir tepat menusuk ke dalam dadaku.

Melihatkan aku tak menjawab kembali, member aku tu terus mengajak aku meneruskan semula perjalanan menuju ke pasar malam. Sebab masa pun dah makin suntuk, kang tutup pulak gerai-gerai yang ada, free-free je berjalan jauh-jauh tanpa ada sebarang benefits yang diperoleh.

Namun, sehingga sekarang kata-kata memberku itu terus terngiang-ngiang di dalam kepala hotak aku ni. Lemahnya jiwa nie, lemahnya akal nie, lemahnya keyakinan ini. Pandangan manusia je yang selalu aku harapkan, pandangan Tuhan terlalu jarang sangat-sangat aku pedulikan. Sebab tue tak ada rasa segan dan malu dengan Tuhan.

Sudah sekian lama melakukan kerosakan demi kerosakan di atas muka bumi ini dengan sengaja tanpa menghiraukan pandangan Tuhan. Tanpa benar-benar meyakini yang Allah itu Maha Melihat. Tanpa ambil kisah langsung yang Dia sentiasa Tahu setiap gerak geri, percakapan, tingkah laku and even niat di dalam hati setiap makhluk ciptaan-Nya tidak kira di langit dan di bumi.

That’s why dosa itu semakin hari semakin developed di dalam daily conduct aku. Bukan semakin banyak sahaja, tetapi semakin pelbagai. Sebab jiwa ini terlalu kurang rasa malu dan segan dengan Tuhan. Hati ini lebih terkesan dengan pandangan manusia berbanding pandangan dan perhatian Tuhan. Entah berapa lama lagi jiwa ini akan berterusan begini. Risiko untuk hati ini mati sebelum waktunya juga adalah semakin tinggi possibility nya.

Punca sebenar masalah ini yang aku tahu adalah terlalu kurang rasa bertuhan di dalam jiwa. Rasa adanya Dia yang selalu ada dan memerhatikan setiap tingkah laku kita. Rasa itu sudah semakin luput. Jiwa terasa bebas melakukan apa sahaja kerana rasa diri diawasi sudah hampir tidak ada.

Sombongnya jiwa yang tak punya rasa bertuhan. Tak sedar diri! Datang ke dunia kerana kehendak-Nya, namun tuntutan-Nya langsung tak diendahkan. Tak peduli langsung yang Dia sedang mengawasi setiap detik setiap saat. Tak peduli segala hukum alam-Nya yang ditetapkan oleh Zat Yang Maha Suci itu sendiri.

Aku sudah lelah hidup begini. Sangat lelah! Aku tak tahu bila masanya dan di mana tempatnya aku perlu cari untuk merubah kembali segala-galanya. Merubah jiwa yang sudah kosong dan tak rasa bertuhan ini. Kembali seperti jiwa yang pernah wujud dahulu. Jiwa yang sangat takut dengan Tuhan, all the time, in every conduct. Jiwa yang sangat-sangat aware dengan tuntutan Dia terhadap semua benda.

Aku tersangat bimbang, andai dibiarkan keadaan ini berlarutan, Dia Yang Empunya dunia ini pula yang akan meninggalkan aku. Tak mengendahkan aku, membiarkan aku bahkan tak mempedulikan aku lagi terhadap apa sahaja yang aku inginkan dan lakukan. Kalau begitu yang terjadi, celakalah aku, aku cuma menunggu saat diri ini hancur sahaja.

Tiada apa lagi yang berharga aku boleh di dapat di dunia ini dan yang paling merugikan aku langsung tak akan diendahkan di Akhirat sana. Celakalah aku andai begitu destiny aku, tambah celaka kalau destiny yang begitu yang aku tetap pilih biarpun sudah jelas kenyataannya yang menyedihkan itu.

Wahai hati, berubahlah!