Mulai esok, aku bukan lagi budak belasan tahun. Ikut kalendar masihi begitulah adanya. Dah masuk dua puluh tahun dah budak sorang nih. Walaupun sebenarnya, kalau ikut kalendar Hijrah, umur aku memang dah masuk dua puluh tahun pun. Nak buat macam mana, aku hidup di negara yang tak ambil kisah sangat perkiraan tahun Hijrah nie, kecuali kalau nak tengok anak bulan hari raya Aidilfitri je la.
Dulu sorang member nie pernah meluahkan rasa risaunya dia bila nak masuk umur dua puluh tahun nie. Katanya, kalau dah masuk umur dua puluh, kita bukan lagi teenager. Sebab teenager mesti berumur dengan nombor-nombor yang ada perkataan ‘teen’ kat belakang. Macam ‘fifteen’, ‘sixteen’, ‘seventeen’ and so on. Tak syok la kalau tak bergelar teenager dah. Maksudnya diri nie dah masuk ke tahap umur yang lebih atas dari remaja, iaitu, Dewasa.
Bila dah masuk dewasa, time nie la masa yang paling sesuai nak berbicara soal tanggungjawab. Bukan masanya lagi nak main-main. Bukan masanya nak buat perangai tak matang, keanak-anakan dan sebagainya. Ini masanya nak bercakap soal akauntabiliti seorang diri yang bergelar manusia. Sounds biasa rite? Tapi member aku nie mengekspresi kan feeling nya itu dengan penuh rasa takut dan cuak. Sebab, tanggungjawab bukan perkara yang remeh temeh dan boleh dibuat main-main. Entahlah…Bagi aku pulak, aku terus merenung akan umur nie. Dah masuk dua puluh tahun, apa yang aku dah buat dalam masa sepanjang tue? Berapa banyak kebajikan yang aku dah buat? Amal Soleh aku meningkat tak dari hari ke hari? Aku tak nampak pun tue semua. Rasa macam kurang ja aku berkhidmat untuk diri sendiri dalam dua puluh tahun nie. Lebih banyak rasanya aku menzalimi diri sendiri.
Terngiang-ngiang di kepala hotak aku nie dengan pepatah yang mengatakan, “Bertuah kita jika dapat mencapai umur dan amalan seiring usia.” Seiring ke idak sebenarnya amalan dengan usia dua puluh tahun aku nie? Aduu ai, tak sedap badan betul. Kalau la esok dah tak berkedip mata ni, cukup tak segala amalan aku dalam dua puluh tahun nie nak lepas titian Sirat nanti.
Sejenak aku terkenang seorang sahabat Rasulullah saw yang agak feymes di zamannya sehingga kini iaitu Usamah bin Zaid ra. Benda paling signifikan sekali pasal beliau yang paling dikagumi oleh seluruh kaum Muslimin adalah beliau dilantik menjadi panglima perang oleh Rasulullah saw untuk melawan tentera Rom yang kuat giler masa tue biarpun umur beliau time tue tak masuk dua puluh tahun lagipun, diceritakan kira-kira lapan belas tahun umurnya masa tu.
Tambahan pulak, yang dipimpin tue bukan calang-calang sahabat, Abu Bakar as-Siddiq, Umar al-Khattab, Saad bin Abi Waqas, Abu Ubaidah al-Jarrah dan ramai lagi.
Pergghh! Tak boleh blah betul. Aku yang berumur lapan belas tahun pulak masih lagi dok buang masa melayan internet dan PS2. Sungguh kalau nak dibandingkan aku dan Usamah ibarat pusat bumi dengan hujung langit ke tujuh. Entah macam mana laa darjat Usamah bin Zaid tue yang mendapat mandat dari Rasulullah saw sendiri untuk memimpin tentera Islam di waktu umurnya masih lagi kata orang baru nak masuk universiti.
Macam tue la real great Muslim. Betul-betul buat aku rasa macam… Alamak! Layak ke nak join kelompok manusia yang berjaya di Akhirat nanti. Dengan diri yang macam ni, bangun subuh pun sikit punya liat, apa hal? Umur dah makin meningkat, usia dah makin singkat, ajal pun dah makin dekat. Dengan segala obstacles yang menggila atas muka bumi nie, mampu ke aku bertahan? Kalau tak makin teruk pun, at least remain la mana-mana yang masih boleh jaga.
Entahlah, hati yang menentukan, akal yang menafsir, sama ada mahu syurga di dunia semata, atau bahagia yang kekal selamanya di sana. Apa-apa hal pun, wish me myself hepi besday…

0 Komentar:
Post a Comment