Dulu masa kat sekolah, pernah berlaku sebuah episod rusuhan kaum yang agak havoc jugak la sekitar pertengahan tahun 2005 sehingga awal tahun 2006. Bukan rusuhan kaum yang macam racial riot tahun 1969 tu sebab amatlah tak logik racial riot boleh berlaku di dalam sebuah sekolah Kebangsaan Agama yang dah sah-sah semua student berbangsa Melayu.Rusuhan kaum yang dimaksudkan di sini adalah rusuhan antara kaum manusia dan kaum jin. Histeria, kena rasuk dan sebagainya merupakan antara senario yang terjadi di waktu itu. Memang meruncing betul keadaannya. Terdengar jeritan mangsa-mangsa yang dirasuk di sana-sini, kat banggunan kelas, kat asrama kat surau, hampir setiap masa pulak tuh.
Ada orang bagitau aku, makhluk-makhluk halus tue datang mengganggu sebab ada beberapa student yang mempunyai semangat yang hampeh serta keberanian yang tak bertempat telah pergi melepak di ‘tempat’ makhluk itu bertandang sebelum tu. Kesan dari tindakan bijak mereka itu, maka terjadilah perkara ini.
Bengang gak la sebab ‘tempat’ yang dimaksudkan tue adalah di atas tangki air sekolah aku tue. Cengkudu tol! Takde tempat lain ke bebudak tue nak melepak. Tak cukup dengan melepak di kaki lima surau dan di tepi-tepi tangga banggunan kelas dan asrama, atas tangki air pun boleh pulak dijadikan port melepak. Hasilnya, satu sekolah jadi huru-hara.
Memang betul-betul huru-hara. Ustaz-ustaz dan ustazah-ustazah sibuk betul nak overcome benda ni. Banyak program serta aktiviti sekolah terpaksa ditangguhkan dek kerana perkara ni. Nak buat macam mana, asyik terdengar bunyi jeritan mangsa rasukan je. Yang tak menjerit pulak hidup di dalam ketakutan (tak semua la).
Aku adalah di antara mereka yang hidup di dalam ketakutan tue. Tak tahan betul. Terngiang-ngiang je bunyi jeritan mangsa yang dirasuk tuh. Lain sungguh nada dan tonnya. Meremang segala bulu yang ada kat badan aku nie. Takut siot! Jiwa pun jadi kacau, nak buat apa pun rasa tak senang. Tapi, baiknya, masa tue aku dah jadi macam wali Allah la pulak.
Sebab masa tue, all the time mulut nie asyik berzikir je. Sambil berjalan, sambil duduk, sebelum nak tidur dan sebagainya. Ayat Kursi jangan cakap la, sekali dekat lima puluh kali aku ulang. Obvious lar, nak jauhkan diri dari benda-benda halus nie dengan pendinding yang ghaib je la kan macam bezikir dan membaca ayat suci Al-Quran. Tapi, kalau difikirkan balik, ada worthiness ke buat macam tue?
Berzikir bukan sebab takutkan Allah, tapi sebab takutkan yang selain dari Allah iaitu makhluk-makhluk-Nya specifically kaum jin tue la. Bukan boleh buat main, takut yang terlampau terhadap yang selain Allah boleh bawak kepada Syirik kecil ooo. Zikrullah dicampurkan dengan amalan Syirik kecil, tak ke lebih merbahaya bunyinya tu. That’s how typical hamba yang tak sedar diri punya behave. Cari Tuhan masa dalam susah je, masa jin-jin tue tak serang, takde pulak nak berzikir tahap wali macam tu.
Itu satu isu. Isu yang lain pulak timbul masa tue adalah tentang bahayanya rasukan tue.
Di kala aku di dalam ketakutan tue, aku pun express kan lah rasa tersebut kepada seorang kenalan rapat aku ni. Aku kata aku takut sangat tengok bebudak sekolah tue semua kena rasuk. Dengan selamba badaknya kenalan aku nie cuba menenangkan aku dengan mengatakan yang rasukan jin nie kira tak bahaya la sangat kalau nak dibandingkan dengan rasukan iblis dan syaitan.
Pa benda pulak member aku nie? Melalut ka apa. Bila pulak setan pandai rasuk orang? Menghasut or menggoda tue ada la. Dan tak silap aku jugak, aku pernah dengar yang setan tue pun ada yang dikategorikan sebagai jin jahat sebab kedua-duanya diciptakan dari api. Aku minta ulasan lanjut member aku berkenaan kenyataannya itu.
Katanya, kalau kita andaikan budak yang tengah kena rasuk jin tue pegi mencuri duit mak dia, berdosa tak dia? Tak kan, sebab itu bukan diri dia. Walaupun tue jasad budak tue, tapi state of mind budak tue berada di bawah kawalan jin yang merasuknya itu.
Compare dengan keadaan di mana budak tue tak dirasuk jin pun, tapi dia pi mencuri duit mak dia, berdosa tak? Mestilah berdosa sebab perbuatan mencuri tu dilakukan di dalam keadaan budak tue control state of mind dia sendiri.
Hah! The later one tue la keadaan di mana seseorang itu dikatakan sedang dirasuk syaitan dan iblis. Dia sedar perbuatan mencuri yang dia buat tue salah baik dari sisi pandang Agama mahupun secara moralnya, tapi dia masih tetap nekad melakukan hal tersebut. Sebabnya, dia di waktu itu sedang dirasuk syaitan.
Bila seseorang tue dirasuk jin, kita akan katakan yang dia tue sedang berada di bawah arahan jin yang merasuknya itu sebab jin tue dah tutup dominasi tuan punya badan untuk control daerah akalnya, tapi bila seseorang itu dirasuk syaitan, dia tetap masih mengawal kuasa pemikiran dan tindakannya itu, tetapi kuasa bisikan dan pujukan syaitan yang sebenarnya sudah menguasai kehendak tindakan itu biarpun ia dilaksanakan di bawah sedar.
Jadi, mana lebih bahaya? Rasukan jin atau syaitan? Kalau dirasuk jin, yang dirasuk cuma menyusahkan orang lain secara zahir sahaja, tetapi bila dirasuk syaitan, dia bukan sahaja menyusahkan orang lain, malah menzalimi dirinya sendiri juga termasuk orang lain bukan sekadar zahir, malah turut memberi effect kepada rohani.
Pencuri, penipu, pengampu, pembunuh, penzina, tinggal solat dan sebagainya, semua mereka merupakan contoh manusia yang dirasuk syaitan. Mereka dirasuk, tetapi mereka sedar akan apa yang mereka sedang lakukan biarpun sedang dirasuk. Mereka sedar yang mereka sedang berzina, mencuri, membunuh dan memacam lagi.
Itu lebih bahaya. Fizikal diri yang dirasuk itu tidak rosak, tetapi batin dan rohani mereka yang akan rosak. Akhlak jadi tercela, budi jadi terhina, Iman pun punah. Hasilnya, mereka akan menghadapi bahaya yang lebih besar menimpa fizikal mereka di Akhirat kelak. Dan syaitan pun bersorak riang dengan kemampuannya merasuk manusia itu. Kemampuan yang hebat. Merasuk manusia tanpa langsung membuatkan manusia itu terasa dirinya itu dirasuk.
Sungguh terlalu halus pujuk rayu syaitan itu. Hidden agenda nya amat sukar untuk dibaca. Dia mampu membuatkan yang halal itu jadi haram dan yang haram itu jadi halal. Yang haram itu nampak indah, yang halal itu nampak susah.
Sedikit sebanyak aku relief dengan kenyataan member aku tue terhadap ketakutan yang melanda aku terhadap rasukan jin di waktu itu. Malah, aku jadi bertambah takut dengan rasukan syaitan yang nyata lebih menggila dan lebih merbahaya berbanding rasukan jin. Rosak akal dan minda terhadap rasukan itu berbanding rasukan jin.
Namun, lebih menyedihkan, ketakutan aku cuma di waktu itu sahaja. Kini, aku tak heran pun, selalu aku suka melayan rasukan syaitan itu. Kenapa? Adakah kenyataan itu masih tidak cukup memberi ancaman dan ketakutan? Entahlah…

0 Komentar:
Post a Comment