A Reason To Smile...

Sep 30, 2012

0 Komentar

Hari tu aku call mak aku jap. Ada hal sikit yang nak dibicarakan. Terus aku cari nama mak aku kat recent call punya list then call je lah. Lama juga nak menunggu mak nak angkat tepon masa tu. Mungkin mak aku silent kan fon kot ataupun tertinggal fon tu dekat dapur ke memana ke. Sabar je aku menanti tepon mak nak berangkat.

Memang betul-betul takde orang nak angkat kot tu. Aku pun dah mula ingat nak call mak lain kali je. Belum sempat aku alihkan fon aku dari telinga, tetiba berjawab la pulak henpon tuh. Oh yeah!

“Helo.”

Aik! Apa hal suara laki lak ni? Ler, rupanya adik aku yang angkat. Kebetulan masa aku call tu hari weekend. No wonder la dia yang angkat, balik cuti ujung minggu la tuh. Mentang-mentang kampus dia dekat-dekat umah je.

“Assalamualaikum. Mak mana?” kata aku dengan nada serius.

“Waalaikumussalam. Mak keluaq sat. Pi umah depan tu. Depa ada buat kenduri,” jawab adik aku juga dengan nada serius.

“Oh. Tak ikut?” tanya aku.

“Maleh ah,” jawabnya penuh simple dan bosan.

“Oooo...”

-keadaan senyap sebentar hampir 10 saat-

“Hai awak. Buat ape tu?” kata aku tiba-tiba.

“Gila ka apa dia ni? Dok awak-awak apa. Tadak gheja ka. Bila nak balik Penang?”

Maka bermulalah perbualan aku dan adik aku yang memula tadi aku dry dan bosan namun tetiba bertukar jadi rancak pulak dengan penuh hilai tawa akibat terhibur dengan jenaka-jenaka budak sekolah tadika yang masing-masing cuba sampaikan. Tak pasal-pasal burn abeh kredit fon aku akibat seronok sangat menyembang sampai setangah jam lebih.

Aku dan adik aku ni memang tak boleh duduk sekali. Dari kecik lagi. Memang kitorang akan jadi bising gila dengan gelak ketawa yang kekadang aku rasa macam endless je. Sebab sebenarnya dalam adik-beradik aku, aku ngan adik aku la yang paling rapat sekali. Dah berapa banyak kali dah aku ngan adik aku tu kena marah ngan mak, ayah dan abang-abang aku akibat kitorang ni selalu sangat buat bising tak kira la dalam rumah ke, dalam keta ke, kat kampung ke, even kat masjid pun kitorang boleh buat hingaq jugak.

Tu pasal kalau pegi masjid dengan dia, masuk-masuk masjid tu aku akan cari tempat duduk yang jauh dari adik aku. Sebab memang konfem lah kalau kitorang duduk dekat-dekat mesti kitorang akan buat bising kat dalam masjid tu dengan bunyi gelak ketawa.

Memang aku ngan adik suka bergurau sesama sendiri sejak kecik lagi. Sebab bagi aku, adik aku ni memang kelakar sikit orangnya. Aku cakap ‘bagi aku’ sebab aku tengok dan perati dia dengan orang lain macam serius gila je. Tapi bila dengan aku ja dia suka buat lawak sikit. Tambah pulak dengan aku ni yang memang jenis perangai macam Mr Bean sikit, sure bising punya lah.

Actually, bukanlah bergurau je keja kitorang. Memang seriously kitorang rapat. Dalam adik-beradik aku, memang aku rasa aku betul-betul boleh masuk dengan dia je. Banyak sangat benda aku suka bualkan dan share dengan dia as saudara kandung aku sebab rasanya kitorang dua orang memang share banyak minat yang sama.

Dah tu lagi berapa banyak rahsia aku dengan dia je yang tau sebab memang banyak kali gak la bila kitorang bersembang tu, mesti ada disclaimer, “jangan bagitau sesapa eh,” ataupun “jangan bagitau mak ngan ayah eh.” Hahaha!

Bukan takat bersembang je. Banyak aktiviti-aktiviti remaja aku aku buat berdua dengan dia je instead of dengan adik-beradik yang lain. Main game bola sampai dua tiga pagi, tengok wayang, makan KFC, main badminton, main boling dan banyak lagi.

Tapi, sebenarnya ni semua dah tak berlaku dah. Cerita lama je tu. Setahun dua kebelakangan ni sebenarnya, hubungan aku dengan adik aku sekarang ni dah tak serapat ,macam masa kitorang kecik-kecik dulu. Especially sejak dia masuk universiti.




Tak rapat bukan bermaksud kitorang bergaduh. Cumanya memang dah tak rapat macam kawan yang kamceng dah la. Masing-masing buat hal sendiri. Dah tu jarang berjumpa pulak. Nak call dengan mesej memang tak la. Yang boleh call tadi memula tu pun bukannya aku call dia, tapi aku call mak aku kan.

Aku pun tak kisah sangat pasal tu sebenarnya. Aku faham, masing-masing dah makin membesar. Dah ada hidup sendiri. Environment sendiri. Cuba untuk buat banyak benda-benda baru. Make friends, experience life, make mistakes, be independence and etc. Kekadang bila aku fikir balik, memang sedih juga. Tapi, nak buat macam mana? Takkan aku nak kongkong hidup dia selamanya nak rapat dengan aku je.

Takpa lah. So long as kitorang tak begaduh tu kira ok la. Memang jarang sangat berjumapa dan berbual-bual selalu macam dulu sekarang ni. Tapi, bila time kitorang terserempak je kat rumah (bila dah guna perkataan ‘terserempak’ tu boleh paham la betapa susah nye nak berjumpa even kat dalam rumah), memang konfem akan bising jugak satu rumah denga hilai tawa kitorang. Ada je benda yang nak dibualkan.

Tapi kan, tapi kan! Nak jadi cerita, awal tahun hari tu, tetiba ja Tuhan takdirkan supaya mak dengan ayah bagi tiket free dengan bonus tahunan kat aku ngan adik aku pergi bercuti kat Langkawi. Sebenarnya, bukanlah Langkawi tu yang buat aku rasa tak boleh lupa. Sebab dua tiga bulan sebelum tu pun aku dah temankan mak pergi Langkawi tu. Yang buat aku rasa hepi sangat adalah kerana yang pergi vacation tu cuma aku dengan adik aku je. Kitorang dua orang je kot.

Sebabnya adik aku tengah cuti sem masa tu. Dia angin sikit sebab takda sapa nak ajak dia jalan-jalan masa dia cuti sebab masa dia tengah kelas dulu merata gak la kitorang satu family pegi jalan-jalan sebab kebetulan masa aku cuti sem memang dah teli dengan masa free family aku. Tapi unfortunately masa tu adik aku tak cuti pulak. Sebab tu la mak ngan ayah bagi duit kat dia suruh pegi jalan-jalan kat memana dan aku pulak yang disuruh untuk teman dia sebab kebetulan masa tu aku tengah cuti mid-sem.

Seronok gila. Dari dalam flight nak pergi tu sampailah kat dalam flight nak balik, asyik bergelak je kitorang tak abeh-abeh. Aku rasa macam muda lima tahun je bila duduk dengan dia sepanjang tiga hari tu. Macam masa kitorang budak-budak dulu. Benda-benda yang kitorang bualkan semuanya mengarut-mengarut dan tak menggambarkan kematangan usia kitorang.

Cerita balik kisah-kisah masa kecik dulu, memori-memori yang buatkan masing-masing tersenyum dan tak kering gusi juga dibuatnya. Ditambah pulak dengan aktiviti-aktiviti budak-budak sekolah rendah yang kitorang buat berdua seperti melawat taman buaya, tengok semangkuk beras terbakar yang tersangatlah bosan, panjat telaga tujuh dan lain-lain.

Ditambah pulak dengan aktiviti-aktiviti remaja akhir zaman yang turut sama kami lakukan seperti usha minah mat saleh kat tepi-tepi pantai yang berpakaian macam la suhu langkawi tu 50 darjah celcius, lepak kat kedai makan sampai subuh semata-mata kerana nak tengok Chelsea lawan Barcelona (gila betul pegi langkawi semata-mata nak tengok bola), main jet ski, naik parachut, argh! Bestnya!

Tapi yang paling buat aku rasa seronok sangat adalah cuma aku dan adik aku je yang buat semua aktiviti tuh. Rasa macam kitorang rejuvenate balik. Hubungan kitorang kembali semula macam dulu. Tak sangka pulak adik aku tu masih lagi sporting dan kelakar macam masa kitorang rapat dulu. Sebab setau aku lepas dia masuk universiti dulu memang dia macam jadi agak serius sikit.

Dan yang paling penting sekali, dia masih respect aku sama macam dulu. Bersama dengan dia buat aku sedar yang sebenarnya masih ada lagi orang dekat atas muka bumi ni yang masih hormat dan percaya dengan aku. Segala keputusan yang nak dibuat semua dia serah dekat aku. Dia nak pegi mana-mana pun dia mintak izin aku dulu. Aku gembira sebab dia masih sedar yang aku ni abang kandung dia (walaupun sekarang ni height scale dia dah lebih sikit dari aku. Argh!).

Dah lah. Makin panjang aku tulih makin tercabar pula ego kelakian aku ni. T.T

Cumanya, satu benda je yang aku teringin nak bagitau dia, tapi aku yakin yang aku takkan bagitau dia di sepanjang hidup ni. Certainly aku sangat sayangkan dia. Macam mana aku sayangkan diri aku, macam tu lah aku sayangkan dia. Macam mana aku harap Allah kasihkan aku, macam tu jugaklah aku harapkan semoga Allah kasihkan dia. Macam mana aku berharap Allah beri kebahagiaan kepada aku dalam hidup di dunia, di alam kubur dan di hari Akhirat, macam tu jugalah aku harapkan agar Dia berikan itu semua kepada adik aku tu.




Aku benar-benar berterima kasih kepada-Mu Allah kerana menganugerahkan budak laki-laki muka Korea mix Bangla tu untuk jadi adik kandung aku. Menjadikan dia untuk selalu menghormati aku. Serta selalu membuatkan aku tersenyum dan gembira bila bersamanya. Ampunkan dosa aku dan dosanya ya Allah. Semoga hubungan kami berdua akan terus kekal sampai ke syurga. 

Amin ya Rabb.........

A Message Without A Recipient...

Sep 10, 2012

0 Komentar
Salam...

Baru je sampai ke shah alam hari tu, cik Anis da merajuk dengan aku. Tanak bercakap langsung. Aku buat lawak pun dia bolayan je sambil buat muka masam mencuka. Dia gitau dedi dia yang bibik nenek dia lagi baik dari aku. Bibik tu balik Indon tau jugak balik shah alam balik, aku ni balik penang tak reti-reti nak balik shah alam semula sampai tinggal dia sorang-sorang takde kawan. (padahal bibik tu balik Indon 3 bulan, aku balik penang tak sampai dua bulan kot. Tak paham betul! -___-")

Jenuh gak la aku dok memujuk dia. Dah memacam muka lawak badut da aku buat kat dia nak bagi dia senyum balik kat aku. At last, lepas tiga jam lebih baru la dia nak layan aku balik jadi member dia. Haha. Sikit punya hingaq kitorang main kejar-kejar kat dalam butik Ustazah dekat Jakel tuh. Sampai bukan takat dia je kena marah ngan dedi dia, dengan aku-aku sekali kena marah. Lantak lah. Seronok pulak main nyorok-nyorok ngan dia dalam butik tu.

Tau tak, dia bagitau family mentua abang aku yang aku ni bukan pakcik dia, tapi lebih pada abang dia. Aku tau la muka aku macam Jay Chow, tapi pangkat pakcik tetap le pakcik ye dak. Dah tu pulak sekarang ni dia ada habit suka lompat tiba-tiba naik belakang aku sambil menjerit kuat-kuat nama aku masa aku tengah duduk bersila. Kalau jantung aku problem memang dah lama dah kiok. Haha!

Oh aku sayang betul dengan cik Anis tu.

K...Salam...

T___T

Umpama Dua Jari...

Sep 4, 2012

0 Komentar

I woke up yesterday morning with a feeling of a terrible sad. Susah nak digambarkan macam mana rasa sedihnya tu. Tersangat la tak best rasanya. Kekadang kita ingat kita mampu tanggung perkara yang kita memang dah expect akan kenyataannya yang menyedihkan tu. Tapi, sebenarnya perasaan yang terpaksa ditanggung tu lebih perit berbanding apa yang diandaikan dulunya tu. Tengok, aku tulih apa ni pun dah melalut-lalut dan berbelit-belit jadinya.

Jantung ni berdegup kencang jadinya. Tak sangka betul sebenarnya ada perkara yang tetap kita rasa berat nak tanggung walaupun kita sendiri dah boleh jangka akan terjadi sebelumnya. Tapi, sebenarnya yang buat jiwa semakin sakit ni adalah kerana pohon rendang yang dulunya ada untuk aku selalu ukir padanya segala resah dan masalah, kini sudah tiada. Yes, im talking about you hulk! Bimbang juga macam mana nak mengharungi hidup selepas ini tanpa keberadaan kamu. But dont worry, sooner or later i will be able to get over it...

Balik je aku dari klinik untuk medical check-up di tengaharinya, tetiba mak panggil aku yang sorang-sorang terperap dalam bilik. Tak habih-habih melayan kerenah hati dan perasaan yang bergelora ni. Aku sahut panggilan mak dengan nada tak ceria. Mak pun tak tahu langsung yang anaknya yang muka macam Jang Geun Suk nie sedang dirundung kesedihan yang amat unusual.



Rupanya mak nak minta tolong aku pergi hantar barang-barang terpakai untuk didermakan kat sebuah rumah anak yatim yang berdekatan. Ada la sikit, kain cadar, pakaian dan sebagainya. Aku cakap ok je. Elok juga, at least aku boleh keluar sebentar jalan-jalan sambil cuba nak lupakan kerenah jiwa yang entah apa-apa ni. Lagipun tempat nak pergi ke rumah anak-anak yatim tu memang agak cantik juga pemandangannya.

Masa bawa keta tu, otak ni asyik suka-suka ati dia ja nak bercelaru. Dengan radio pun bukak lagu entah hapa-hapa. Deejay pun buat lawak syok sendiri ja. Makin tensen pulak aku jadinya. Cepat-cepat aku tutup radio tu dan buka mp3 henset lagu-lagu nasyid. Layan juga. Liriknya pun tak melalaikan. Yelah, jiwa dah susah ni la baru nak cari lagu-lagu nasyid. Masa tengah hepi dulu, seronok ja layan lagu-lagu k-pop gangnam kejadah suma tu.

Sampai je aku ke rumah anak-anak yatim tu, tak sangka pulak masa tu ramai anak-anak seumur 5 ke 6 tahun ada tengah berlari-lari kat sekeliling laman tu. Hepi je wajah diorang. Sampai je keta aku tu, mata-mata diorang semua beralih pada keta aku yang membuatkan diorang berhenti berlari-lari tadinya. 

Elok aku keluar keta je, semua diorang dalam lima enam orang kalau tak silap datang mengerumuni aku. Dengan muka penuh kegembiraan, diorang datang salam dan kucup tangan aku. Adeh! Camna tah rasanya, dah la tadinya tengah sedih, sekarang ni melihatkan anak-anak yang tak ada ibu dan ayah tu datang kucup tangan aku dengan wajah yang berseri-seri, rasa nak bergenang pula air mata ni.

Aku tahan juga mata ni dari mengalirkan barang setitis pun air mata. Aku senyum. Senyum melihat keletah anak-anak tu. Nampak riang biarpun nasib mereka memang sebenarnya langsung tak sebaik nasib aku. Yang membesar di sepanjang dua puluh tahun lebih ni dengan kehadiran mak dan ayah di hadapan mata. Makin sebak pulak hati ni.

Kanak-kanak yang terakhir datang kat aku tu aku tahan kejap dia lalu terus aku tanya, “Ustaz ada?”

“Ustaz eh? Sat nak pi panggil.”

Semangat betul kanak-kanak tersebut berlari pergi ke kediaman ustaz yang menjaga diorang selama ni yang mana tak jauh pun sebenarnya dari banggunan asrama diorang tu. Kanak-kanak yang lain pegi sambung main lari-lari balik. Terhibur rasanya jiwa aku ni melihatkan keletah diorang.

Dari jauh aku tengok budak yang pegi panggil ustaznya tadi buat isyarat ‘tunggu sekejap’ kat aku sambil berdiri di hadapan pintu rumah ustaznya tu. Aku ingat dalam nak isi masa menunggu tu, elok aku pergi berjalan terus ke pintu rumah ustaz mereka tu.

Melihatkan aku yang tengah berjalan nak ke rumah ustaz tu, dua tiga orang kanak-kanak dari mereka yang sambung main lari-lari tadi tetiba ja berlari memintas aku pegi dekat member diorang yang pegi panggil ustaz mereka tu. Aku dengar je perbualan diorang.

“Ustaz mana? Awat tak panggil lagi?”

“Dah panggil dah. Sat lagi ustaz keluaq la.”




Tersenyum je aku sorang-sorang tengok gelagat diorang. Tapi hati ni pula terharu melihat wajah mereka masing-masing. Walaupun tak beribu dan tak berbapa, tapi, masih boleh jalani kehidupan seperti biasa dengan gembira dan ceria. Aku di usia diorang mana ada macam ni. Takdenya nak duduk dalam asrama dengan kawan-kawan yang rata-rata sebaya. Hanya menagih kasih sayang dari seorang ustaz yang hanya sebagai penjaga semata-mata. Malahan makan pakai pun terpaksa mengharap sumbangan orang ramai. Allahu Robbi! :’|

Pastinya, aku tak akan mampu membayangkan bagaimana perasaannya berada di tempat diorang. Jiwa yang sedih tadinya kini bertambah sedih pula bila mengenangkan yang diri ini jarang benar mensyukuri akan nikmat kasih sayang ibu dan ayah yang Allah telah beri di sepanjang hidupku ini. Selama ni buat tak kisah pun dengan diorang. Terkadang tu boleh pula buat lebih kurang je hingga hilang hormat seorang anak pada orang tuanya. Sedih dan malu pula jadinya. :’(

Tak lama lepas tu, ustaz diorang pun keluar dari rumahnya. Muda lagi ustaz tu rupanya. Macam sebaya aku je. Kalau tua pun mungkin tua dua tiga tahun je. Aku pun mengucapkan salam dan berjabat mesra dengannya sambil menyatakan hasrat kedatangan aku ni iaitu untuk mendermakan sedikit barang keperluan untuk kebajikan anak-anak yatim yang tinggal kat situ.

Tersenyum je ustaz tu sambil pada masa yang sama meminta sekumpulan kanak-kanak yang aku lihat sejak dari sesampainya aku tadi untuk mengangkat barang-barang yang ada dekat belakang bonet kereta tu. Settle suma barang diangkat, terus aku beredar dari perkarangan rumah anak-anak yatim tadi tu.

Jiwa aku bertambah sedih pula di perjalanan pulang ke rumah berbanding perjalanan masa nak datang tadi. Aku terfikir, kenapa mesti aku melayani kesedihan dengan cara yang melampau, sedangkan di dunia ni lebih ramai lagi manusia-manusia yang jauh lebih kurang bernasib baik berbanding aku.

Kanak-kanak tadi, Tuhan uji mereka untuk membesar tanpa ibu dan ayah. Namun masih mampu tersenyum gembira sedang mereka terpaksa membesar tanpa kasih sayang kedua ibu dan ayah. Tak seperti aku, yang membesar sambil dapat melihat dan merasai kasih sayang kedua ibu dan ayah. Makan pakai, tempat tinggal, wang ringgit, semuanya cukup. Biarpun tak semewah anak-anak owner NAZA mahupun anak-anak chairman SYABAS, tapi sememangnya cukup dan terlalu wajar untuk disyukuri. Tapi, jarang benar aku terfikir pasal ni apatah lagi bersyukur.

Ini baru anak-anak yatim di sini. Macam mana dengan anak-anak yatim di Palestin, Syria dan Burma. Sudah la ibu ayah dibunuh, bekalan makan disekat, tempat tinggal pun diroboh dan dimusnah dan lebih menyedihkan, mungkin tiada sapa yang sanggup untuk menjadi penjaga mereka kerana masing-masing ada tanggungjawab lain yang terpaksa didahulukan. Lebih lagilah jiwa mereka harus kuat nak hadapi ujian ini.



Tak hairanlah anak-anak yatim ni Allah swt muliakan dan Dia perintahkan pada mereka yang mampu untuk membela nasib mereka. Malahan, adalah satu dosa yang besar seandainya seorang Muslim itu memakan harta anak yatim secara zalim.

Nabi SAW juga dah mengatakan yang orang-orang yang membela dan menjaga anak-anak yatim di dunia ini akan duduk dekat dengan baginda SAW  di Akhirat nanti. Dekatnya umpama rapatnya dua jari telunjuk dan jari hantu. Tetiba aku teringatkan lagu Kasih Sejarak Dua Jari dari Muadz. Betapa mulianya darjat mereka yang membantu dan mempermudahkan urusan hidup anak-anak yatim ni. Sehingga dapat duduk bersebelahan pula dengan baginda SAW.

Dengan keadaan aku sekarang ni, memang aku tak mampu nak membela mereka. Aku sekadar mampu mendoakan kesejahteraan mereka dan semoga Allah Yang Maha Mulia dan Maha Tinggi memelihara dan membela nasib mereka sehingga mereka menjadi hamba-Nya yang Soleh dan bertaqwa.

Alhamdulillah, seusai ziarah aku ke rumah anak-anak yatim itu sudah mampu menenangkan jiwa aku yang mulanya terlampau asyik melayan kesedihan. Terima kasih wahai Allah kerana mendidik dan mengingatkanku agar tidak terlampau berlebih-lebihan di dalam bersedih dengan memanggil aku pergi menziarahi rumah anak-anak yatim itu. 



Didikan-Mu benar-benar luar biasa dan teramat menakjubkan caranya ya Allah.........

Beruntungnya Orang Jujur...

Sep 3, 2012

0 Komentar

Rasulullah SAW bersabda : "Sesungguhnya kejujuran itu mengantarkan pada kebaikan dan kebaikan itu mengantarkan ke surga. Sesungguhnya seseorang yang senantiasa berkata jujur hingga dia disebut sebagai "shiddiq" dan sesungguhnya dusta itu mengantarkan pada kejahatan dan kejahatan itu mengantarkan ke neraka. Sesungguhnya seseorang yang senantiasa berdusta dia akan dituliskan di sisi Allah SWT sebagai "kadzdzab" (sang pendusta)".
(HR. Bukhari dan Muslim)

Anas RA berkata, "Dalam hampir setiap khutbahnya, Nabi SAW selalu berpesan tentang kejujuran. Beliau bersabda,
'Tidak ada iman bagi orang yang tidak jujur. Tidak ada agama bagi orang yang tidak konsisten memenuhi janji'." 
(HR Ahmad, Bazzar, Thobroni)

Rosululloh bersabda ;" tinggalkanlah urusan yang meragukanmu, lakukanlah suatu pekerjaan yang tak meragukanmu. Sesungguhnya kejujuran itu menyebabkan ketenangan sedangkan dusta menyebabkan kebimbangan( keraguan.)" (HR.Turmudzi)

Awan Yang Random...

Sep 1, 2012

0 Komentar
Kekadang ada awan yang selalu kita harapkan buat tempat berteduh. Sebab ia selalu ada di situ untuk kita berlindung dan rasa selesa dari bahang cahaya matahari yang menyinar. Kerana terlalu selesa, makanya kita terlupa yang awan itu takkan kekal di situ. Ia akan pergi ke tempat lain pula atau mungkin berubah menjadi rintik-rintik hujan yang membasahi bumi.

Dan pada masa yang sama, kita tak pernah bersedia pun nak menghadapi keadaan tu. Tak pernah nak mempersiapkan diri langsung nak menghadapi kenyataan yang awan itu bakal pergi. Kerana terlalu selesa berteduh di bawah lindungan  awan yang selalu kita sangkakan ada itu. Dan bila ia pergi, dengan tiba-tiba pula, huru-hara keadaan kita jadinya.

Rasa takut, bimbang, gementar dan segala rasa yang tak best aku bercampur-aduk kat dalam jiwa ni. Yang akhirnya menggoncang kedudukan kita yang dahulunya stabil dek kerana terlalu selesa berlindung di balik awan itu.

Kalau ia pergi, mungkin boleh dikejar semula. Macam mana kalau ia lenyap terus menjadi rintik-rintik hujan? Menjerit meraung biar serata alam mendengar rasa derita yang tertanggung pun tiada gunanya. 

Fahamlah diri, bahawa awan itu bukan ada di situ untuk tetap kekal menaung jasad dari bahang terik mentari. Tetapi hanya sekadar tempat persinggahan sementara bagi mempersiapkan diri untuk menghadapi panasnya matahari atau kacau bilau ribut taufan yang bakal melanda yang entah bila masanya. Awan itu datang hanya untuk memberi waktu untuk kita perbetulkan diri, perelokkan prinsip, persiapkan rohani dan jasmani bagi menghadapi bala dugaan yang sedang menanti di luar daerah lindungan awan itu.

Kerna yang pasti, awan itu tak pernah kekal di situ. 

Sampai masa ia pergi, di kala waktu diri ini sedang asyik menikmati nyamannya naungan awan itu, tanpa langsung bersedia mempersiapkan diri untuk menghadapi hidup di luar lingkaran teduhannya, entahlah. Tetiba taktau pulak nak tulis macam mana nak describe rasanya itu. Sebab sepatutnya kena selalu sedar diri. Yang hidup ini tak semudah berlindung di balik awan. 

Kini aku tak tahu, sama ada mahu mengejar awan yang pergi, atau menunggu awan yang lain, atau berdiri teguh menempuh terik mentari dan amukan ribut tanpa mengharapkan mana-mana awan lagi yang membantu perjalananku untuk sampai ke destinasi yang terakhir.

p/s: im really bloody scare of entering into this coming semester. Can i just hit any fast forward button to finish off this final year and immediately get the scroll and quickly bring all these black n white student, firm, mooting whatsoever life to an end, cant i?