Hari tu aku call mak aku jap. Ada hal
sikit yang nak dibicarakan. Terus aku cari nama mak aku kat recent
call punya list then call je lah. Lama juga nak menunggu mak nak
angkat tepon masa tu. Mungkin mak aku silent kan fon kot ataupun
tertinggal fon tu dekat dapur ke memana ke. Sabar je aku menanti
tepon mak nak berangkat.
Memang betul-betul takde orang nak
angkat kot tu. Aku pun dah mula ingat nak call mak lain kali je.
Belum sempat aku alihkan fon aku dari telinga, tetiba berjawab la
pulak henpon tuh. Oh yeah!
“Helo.”
Aik! Apa hal suara laki lak ni? Ler,
rupanya adik aku yang angkat. Kebetulan masa aku call tu hari
weekend. No wonder la dia yang angkat, balik cuti ujung minggu la
tuh. Mentang-mentang kampus dia dekat-dekat umah je.
“Assalamualaikum. Mak mana?” kata
aku dengan nada serius.
“Waalaikumussalam. Mak keluaq sat. Pi
umah depan tu. Depa ada buat kenduri,” jawab adik aku juga dengan
nada serius.
“Oh. Tak ikut?” tanya aku.
“Maleh ah,” jawabnya penuh simple
dan bosan.
“Oooo...”
-keadaan senyap sebentar hampir 10
saat-
“Hai awak. Buat ape tu?” kata aku
tiba-tiba.
“Gila ka apa dia ni? Dok awak-awak
apa. Tadak gheja ka. Bila nak balik Penang?”
Maka bermulalah perbualan aku dan adik
aku yang memula tadi aku dry dan bosan namun tetiba bertukar jadi
rancak pulak dengan penuh hilai tawa akibat terhibur dengan
jenaka-jenaka budak sekolah tadika yang masing-masing cuba sampaikan.
Tak pasal-pasal burn abeh kredit fon aku akibat seronok sangat
menyembang sampai setangah jam lebih.
Aku dan adik aku ni memang tak boleh
duduk sekali. Dari kecik lagi. Memang kitorang akan jadi bising gila
dengan gelak ketawa yang kekadang aku rasa macam endless je. Sebab
sebenarnya dalam adik-beradik aku, aku ngan adik aku la yang paling
rapat sekali. Dah berapa banyak kali dah aku ngan adik aku tu kena
marah ngan mak, ayah dan abang-abang aku akibat kitorang ni selalu
sangat buat bising tak kira la dalam rumah ke, dalam keta ke, kat
kampung ke, even kat masjid pun kitorang boleh buat hingaq jugak.
Tu pasal kalau pegi masjid dengan dia,
masuk-masuk masjid tu aku akan cari tempat duduk yang jauh dari adik
aku. Sebab memang konfem lah kalau kitorang duduk dekat-dekat mesti
kitorang akan buat bising kat dalam masjid tu dengan bunyi gelak
ketawa.
Memang aku ngan adik suka bergurau
sesama sendiri sejak kecik lagi. Sebab bagi aku, adik aku ni memang
kelakar sikit orangnya. Aku cakap ‘bagi aku’ sebab aku tengok dan
perati dia dengan orang lain macam serius gila je. Tapi bila dengan
aku ja dia suka buat lawak sikit. Tambah pulak dengan aku ni yang
memang jenis perangai macam Mr Bean sikit, sure bising punya lah.
Actually, bukanlah bergurau je keja
kitorang. Memang seriously kitorang rapat. Dalam adik-beradik aku,
memang aku rasa aku betul-betul boleh masuk dengan dia je. Banyak
sangat benda aku suka bualkan dan share dengan dia as saudara kandung
aku sebab rasanya kitorang dua orang memang share banyak minat yang
sama.
Dah tu lagi berapa banyak rahsia aku
dengan dia je yang tau sebab memang banyak kali gak la bila kitorang
bersembang tu, mesti ada disclaimer, “jangan bagitau sesapa eh,”
ataupun “jangan bagitau mak ngan ayah eh.” Hahaha!
Bukan takat bersembang je. Banyak
aktiviti-aktiviti remaja aku aku buat berdua dengan dia je instead of
dengan adik-beradik yang lain. Main game bola sampai dua tiga pagi,
tengok wayang, makan KFC, main badminton, main boling dan banyak
lagi.
Tapi, sebenarnya ni semua dah tak
berlaku dah. Cerita lama je tu. Setahun dua kebelakangan ni
sebenarnya, hubungan aku dengan adik aku sekarang ni dah tak serapat
,macam masa kitorang kecik-kecik dulu. Especially sejak dia masuk
universiti.
Tak rapat bukan bermaksud kitorang
bergaduh. Cumanya memang dah tak rapat macam kawan yang kamceng dah
la. Masing-masing buat hal sendiri. Dah tu jarang berjumpa pulak. Nak
call dengan mesej memang tak la. Yang boleh call tadi memula tu pun
bukannya aku call dia, tapi aku call mak aku kan.
Aku pun tak kisah sangat pasal tu
sebenarnya. Aku faham, masing-masing dah makin membesar. Dah ada
hidup sendiri. Environment sendiri. Cuba untuk buat banyak
benda-benda baru. Make friends, experience life, make mistakes, be
independence and etc. Kekadang bila aku fikir balik, memang sedih
juga. Tapi, nak buat macam mana? Takkan aku nak kongkong hidup dia
selamanya nak rapat dengan aku je.
Takpa lah. So long as kitorang tak
begaduh tu kira ok la. Memang jarang sangat berjumapa dan
berbual-bual selalu macam dulu sekarang ni. Tapi, bila time kitorang
terserempak je kat rumah (bila dah guna perkataan ‘terserempak’
tu boleh paham la betapa susah nye nak berjumpa even kat dalam
rumah), memang konfem akan bising jugak satu rumah denga hilai tawa
kitorang. Ada je benda yang nak dibualkan.
Tapi kan, tapi kan! Nak jadi cerita,
awal tahun hari tu, tetiba ja Tuhan takdirkan supaya mak dengan ayah
bagi tiket free dengan bonus tahunan kat aku ngan adik aku pergi
bercuti kat Langkawi. Sebenarnya, bukanlah Langkawi tu yang buat aku
rasa tak boleh lupa. Sebab dua tiga bulan sebelum tu pun aku dah
temankan mak pergi Langkawi tu. Yang buat aku rasa hepi sangat adalah
kerana yang pergi vacation tu cuma aku dengan adik aku je. Kitorang
dua orang je kot.
Sebabnya adik aku tengah cuti sem masa
tu. Dia angin sikit sebab takda sapa nak ajak dia jalan-jalan masa
dia cuti sebab masa dia tengah kelas dulu merata gak la kitorang satu
family pegi jalan-jalan sebab kebetulan masa aku cuti sem memang dah
teli dengan masa free family aku. Tapi unfortunately masa tu adik aku
tak cuti pulak. Sebab tu la mak ngan ayah bagi duit kat dia suruh
pegi jalan-jalan kat memana dan aku pulak yang disuruh untuk teman
dia sebab kebetulan masa tu aku tengah cuti mid-sem.
Seronok gila. Dari dalam flight nak
pergi tu sampailah kat dalam flight nak balik, asyik bergelak je
kitorang tak abeh-abeh. Aku rasa macam muda lima tahun je bila duduk
dengan dia sepanjang tiga hari tu. Macam masa kitorang budak-budak
dulu. Benda-benda yang kitorang bualkan semuanya mengarut-mengarut
dan tak menggambarkan kematangan usia kitorang.
Cerita balik kisah-kisah masa kecik
dulu, memori-memori yang buatkan masing-masing tersenyum dan tak
kering gusi juga dibuatnya. Ditambah pulak dengan aktiviti-aktiviti
budak-budak sekolah rendah yang kitorang buat berdua seperti melawat
taman buaya, tengok semangkuk beras terbakar yang tersangatlah bosan,
panjat telaga tujuh dan lain-lain.
Ditambah pulak dengan aktiviti-aktiviti
remaja akhir zaman yang turut sama kami lakukan seperti usha minah
mat saleh kat tepi-tepi pantai yang berpakaian macam la suhu langkawi
tu 50 darjah celcius, lepak kat kedai makan sampai subuh semata-mata
kerana nak tengok Chelsea lawan Barcelona (gila betul pegi langkawi
semata-mata nak tengok bola), main jet ski, naik parachut, argh!
Bestnya!
Tapi yang paling buat aku rasa seronok
sangat adalah cuma aku dan adik aku je yang buat semua aktiviti tuh.
Rasa macam kitorang rejuvenate balik. Hubungan kitorang kembali
semula macam dulu. Tak sangka pulak adik aku tu masih lagi sporting
dan kelakar macam masa kitorang rapat dulu. Sebab setau aku lepas dia
masuk universiti dulu memang dia macam jadi agak serius sikit.
Dan yang paling penting sekali, dia
masih respect aku sama macam dulu. Bersama dengan dia buat aku sedar
yang sebenarnya masih ada lagi orang dekat atas muka bumi ni yang
masih hormat dan percaya dengan aku. Segala keputusan yang nak dibuat
semua dia serah dekat aku. Dia nak pegi mana-mana pun dia mintak izin
aku dulu. Aku gembira sebab dia masih sedar yang aku ni abang kandung
dia (walaupun sekarang ni height scale dia dah lebih sikit dari aku. Argh!).
Dah lah. Makin panjang aku tulih makin
tercabar pula ego kelakian aku ni. T.T
Cumanya, satu benda je yang aku
teringin nak bagitau dia, tapi aku yakin yang aku takkan bagitau dia
di sepanjang hidup ni. Certainly aku sangat sayangkan dia. Macam mana
aku sayangkan diri aku, macam tu lah aku sayangkan dia. Macam mana
aku harap Allah kasihkan aku, macam tu jugaklah aku harapkan semoga
Allah kasihkan dia. Macam mana aku berharap Allah beri kebahagiaan
kepada aku dalam hidup di dunia, di alam kubur dan di hari Akhirat,
macam tu jugalah aku harapkan agar Dia berikan itu semua kepada adik
aku tu.
Aku benar-benar berterima kasih
kepada-Mu Allah kerana menganugerahkan budak laki-laki muka Korea mix
Bangla tu untuk jadi adik kandung aku. Menjadikan dia untuk selalu
menghormati aku. Serta selalu membuatkan aku tersenyum dan gembira
bila bersamanya. Ampunkan dosa aku dan dosanya ya Allah. Semoga
hubungan kami berdua akan terus kekal sampai ke syurga.
Amin ya Rabb.........



0 Komentar:
Post a Comment