Indahnya Rahmat-Mu...

May 29, 2012

0 Komentar
Kalau bukan kerana Rahmat-Mu Tuhan,
Aku telah kecewa bahkan putus asa.


Siapalah yang dapat bersihkan daripada dosa,
Siapalah yang mampu meninggalkan kesalahan dan kesilapan.
Siapalah di kalangan hamba-hamba-Mu,
Yang boleh sempurna ibadahnya.


Tiada siapa yang boleh, 
Tiada siapa yang mampu,
Tapi dengan Rahmat-Mu legalah hatiku,
Dan setiap hamba-hamba-Mu.


Pabila terbuat dosa,
Hamba-Mu mohon ampun,
Engkau ampunkan,
Walau sebesar manapun kesalahan.
Hamba-Mu mohon maaf,
Engkau maafkan mereka.


Setelah setiap hamba bermujahadah,
Tapi masih juga tidak sempurna,
Dengan Rahmat-Mu Engkau terima,
Bahkan ada jalan lain lagi untuk hamba-hamba-Mu selamat.


Engkau arahkan semua hamba-hamba-Mu,
Mencari berkat dan syafaat yang mulia,
Berkat dan syafaat Nabi, sahabat boleh selamat,
Juga berkat ibu bapa, guru dan orang soleh,
Engkau ampunkan mereka.


Bahkan dengan takut sangat dengan taranya,
Sifat takut juga boleh memberi syafaat,
Oleh kerana jalan-jalan Rahmat-Mu amat banyak,
Hatiku dan hamba-hamba-Mu rasa lega semula.


Begitulah kasih sayang-Mu Tuhan,
Demi untuk keselamatan hamba-Mu,
Di Akhirat.........


Dengan Rahmat-Mu, Diwani

Kecewa, Gembira, Bahagia...

May 28, 2012

2 Komentar
Kecewa

23 haribulan Mei tahun 2012 adalah tarikh yang mana aku mengalami kekecewaan yang agak mengecewakan hati ini jugaklah. Hampir sebulan aku preparekan diri aku agar sihat tubuh badan, boleh memperoleh waktu yang lapang agar aku boleh spendkan waktu maghrib aku dengan tenang pada tarikh tersebut di masjid negeri Selangor.

Semuanya adalah kerana aku ternampak iklan kedatangan seorang tokoh ulama’ kontemporari di dunia moden ini, Doktor Zakir Naik, ke masjid negeri Selangor untuk berkongsi ilmu bersama kaum muslimin di negara Malaysia yang tercinta ini. Aku datang agak lewat jugak sebab ada kerja sikit, tapi aku usahakan untuk settle kan semua kerja secepat mungkin agar aku dapat juga lapangkan waktu maghrib 23 haribulan itu.

Selesai solat sunat rawatib, aku jadi pelik, apahal sorang ustaz melayu yang aku pun tak berapa kenal sebenarnya tiba-tiba pergi mengisi kekosongan kerusi penceramah kat bahagian depan dewan solat tu pulak? Bukan Doktor Zakir Naik ke yang sepatutnya berada di depan tu? Cepat-cepat aku check balik gambar banner iklan ceramah tu dekat henpon. Adakah aku dah salah tarikh atau salah tempat?

Aku lihat, memang tak salah langsung akan tarikh dan tempatnya. Memang aku berada pada tarikh dan tempat yang betul. Tapi, mana dia Doktor Zakir Naik? Aku cuba tanya jemaah yang lain, rupanya ceramah tersebut terpaksa dibatalkan atas sebab-sebab tertentu.

Oh kecewa gila! Dekat sebulan kot aku menanti tarikh ni. Semata-mata untuk bertemu secara live dengan tokoh yang bagi aku sangat hebat dan antara yang aku kagumi juga. Patut la takde langsung iklan pasal ceramah Doktor Zakir Naik dekat mana-mana papan kenyataan masjid tu. Pelik juga. Sepatutnya event yang bagi aku besar macam tu kena la dipromosikan secara meluas. Rupanya event tu dah terbatal dan aku tak tahu pun pasal tu.

Mungkin kat Malaysia ni ramai yang tak kenal siapa Doktor Zakir Naik. Beliau memanglah tak sefeymes Mat Luthfi, Najwa Latiff mahupun ustaz Azhar Idrus (sekadar menyebut beberapa nama), tapi di peringkat antarabangsa, ilmunya tu dah memberi manfaat yang banyak pada masyarakat.

Beliau adalah tokoh yang amat expert dalam bidang religion comparision. Berapa banyak dah paderi-paderi Kristian yang ajak beliau berdebat dan semuanya tak mampu menolak kebenaran yang beliau dah sampaikan. Berapa banyak dah non-Muslim di India tu yang beliau dah Muslimkan. Aku amat bersyukur sebenarnya yang aku mampu mengenalinya di saat beliau masih hidup ni.

Tak seperti Sheikh Ahmad Deedat. Seorang lagi tokoh dalam bidang yang sama di dunia moden ni, tapi aku hanya mampu mengenalinya di waktu beliau sudah tak ada lagi kat atas muka bumi ni. Tahun 2008 baru aku kenal siapa akan Syeikh Ahmad Deedat tu dan mula mengagumi kehebatan ilmunya sedangkan beliau dah kembali ke Rahmatullah sejak tahun 2005 lagi. Tahun yang mana di waktu itu aku dok sibuk afundi Mawi dekat Akademi Fantasia. Sayangnyaaa!

Sedih jugalah bila difikirkan akan fakta tu, tapi nak buat macam mana. Diri ni yang lalai dan tak pandai menghargai nikmat Allah atas muka bumi ni. So, untuk tebus balik rasa sedih tu, memang aku dah berazam sesangat yang aku nak pergi tengok dan dengar ceramah Doktor Zakir Naik secara live dah alang-alang beliau masih hidup ni.

Sekali batal la pulak. Kecewa jugalah adanya. Tapi, nak buat macam mana. Mungkin atas sebab yang tak dapat nak dielakkan la tuh. Atau mungkin bukan rezki aku lagi. Atau mungkin aku yang sebenarnya tak layak untuk berjumpa dengan tokoh ulama’ sehebatnya itu langsung. Kinda sad isn’t it? =(




Gembira

20 haribulan Mei tahun 2012 adalah tarikh yang mana aku telah mengalami sindrom kegembiraan yang amat dahsyat. Setelah lebih lapan tahun aku mencurahkan kesetiaan yang tiada berbelah bahagi, akhirnya kesetiaan tersebut telah membuahkan hasil.Dalam lapan tahun itu juga aku telah membuang masa lebih dari dua jam setiap minggu di hadapan televisyen bagi menunjukkan kesetiaan aku itu.

Biar dimaki, dihina dan dicerca mereka-mereka yang memiliki sifat iri yang tidak bertempat, namun, oleh kerana aku percaya, percaya bahawa kejayaan pasti akan datang menerpa, akhirnya, kelab bolasepak kesayangan aku, Chelsea FC, berjaya juga merangkul kejuaraan paling berprestij yang amat diingini oleh hampir setiap pemain bolasepak professional di peringkat antarabangsa, kejuaraan Champions League atau dalam bahasa ibunda, kejuaraan Liga Juara-Juara.

Tepat jam 5:32 pagi, Didier Drogba dengan jayanya menjaringkan gol penalti yang telah membuatkan kelab yang telah aku support sejak aku form 3 dulu berjaya lift trofi champions league tuh. Walaupun aku tak dapat pegang pun trofi tu yang mana hanya mampu aku lihat melalui kaca tv, namun the feeling was soooo ohsem!

Hepi sangat! Bagi seorang peminat kelab bolasepak Chelsea FC yang agak kritikal teruknya, memenangi trofi kejuaraan tersebut memang sudah menjadi impian aku untuk melihatnya sejak tahun 2005. Tarikh di atas secara tak langsung telah menamatkan penantian aku yang selama ni amatlah menyeksakan dan menensenkan.

Walaupun aku hanya mampu berkongsi kegembiraan ini hanya dengan seorang sahaja classmate aku, namun aku tetap gembira. Senyum sampai ke telinga kot. Namun, masih jua kedengaran suara-suara sumbang yang tetap mahu memperlekehkan kemenangan kelab terbaik dunia itu. “Menang penalti, nasib!”, “Baru menang sekali dah bising!”, “Chelsea tak layak menang malam tu, Bayern yang dominate game!”, “Ni semua agenda konspirasi illuminati.”, akan tetapi, aku biarkan sahaja suara-suara sumbang itu pergi bagai angin lalu.

Sampai ke hari ni kot aku rasa gembira sangat dengan kemenangan tersebut. Rasa macam nak lompat-lompat sorang-sorang sambil menjerit-jerit anthem song Chelsea, atau memakai jersi Chelsea FC sepanjang tahun ini, atau mengecat hitam kulit aku sama macam kaler kulit Didier Drogba. Walaubagaimanapun, emotional intelligence aku berjaya melarang aku dari melakukan perkara-perkara yang tak membawa pekdah kepada diri, masyarakat dan negara itu.

But still, i wanna tell the whole world that, Im one happy gentleman!





Bahagia

25 haribulan Mei tahun 2012 adalah tarikh yang mana padanya aku merasai kebahagiaan yang rasanya aku tak pernah rasa sebelum ni. Malam tarikh tersebut, sah lah seorang member yang amat aku sayangi, bergelar suami kepada pasangan pilihan hatinya. Member yang amat rapat dengan aku sejak sekolah menengah sehinggalah ke hari ini. Member yang terlalu banyak memori yang aku simpan bersamanya sehingga ke hari.

Senyum, tangis, hilai tawa, memang terlalu banyak aku dan dia harungi bersama sejak form 4 dulu. Dan aku tak tahu kenapa, berita perkahwinannya dengan pasangannya itu membuatkan aku rasa tersangatlah bahagia dan terharu.

Mungkin kerana dua tahun kebelakangan ni, asal aku jumpa dengan dia je mesti aku akan cakap macam ni dengannya, “aku rasa, hang ni kena kawin cepatlah.” Aku tak sangka ia dah jadi suatu doa pula bagi member aku ni dan tak sangka sememangnya doa itu sudah dikabulkan Allah. Ni bukan aku yang syok sendiri eh, kawan aku tu sendiri yang bagitau.

Sememangnya aku bercakap macam tu dengan niat nak bergurau. Tapi, di sebalik gurauan tu sebenarnya memang i meant every single word yang aku guraukan tu. Ini adalah kerana beberapa sebab yang bagi aku kawan aku ni perlu menikah cepat untuk memelihara dirinya. Tak perlulah aku cerita apa sebabnya, kang jadi melalut-lalut pulak entry kali ni.

Melihatkan keadaannya yang sedang duduk di hadapan wali pasangannya tu, membuatkan aku recall balik segala kenangan aku bersama member aku ni sejak sekolah dulu sehingga ke hari ni. Sama-sama jadi badut sarkas depan junior form 1, bergaduh kerana hal-hal yang remeh-temeh, cerita macam-macam masalah hidup sampai tiga empat pagi masa kat dalam dorm, sama-sama lawan geng-geng skinhead sekolah, main wrestling dalam dorm sampai punah abeh harta benda milik kerajaan, travel ke banyak tempat sama-sama ke dunia yang kitorang sendiri tak pernah jejak, semuanya manis belaka!

Dan pada tarikh tersebut, kawan, teman dan sahabat yang aku amat sayangi dan kasihi ini telah melangkah setapak lagi kepada suatu kehidupan yang pastinya jauh lebih mencabar. Namun, aku percaya dan sangat percaya, dia pasti mampu mengharunginya, bersama isteri yang dikasihinya.

Selesai akadnya, dia datang memeluk aku erat. Aku rasa macam terharu sangat. Pelukannya itu entah pelukan yang ke berapa juta kali entah yang telah dia berikan pada aku, tapi pelukan yang kali ini lebih kuat rasa kasih seorang kawannya serta besar rasa bahagia yang disalurkan kepada jiwa aku. Aku dapat rasa bahagianya dan sememangnya aku sangat bahagia dapat merasa kebahagiaanya.

Kalau memang benarlah hanya sekadar gurauanku sahaja selama ini telah menjadi doa, aku kini secara serius memohon ke hadrat Ilahi semoga rasa cinta dan kasihnya dia pada isterinya semakin bersemi dari hari ke hari, dan semoga dia mampu menjadikan isterinya itu ketua bidadari yang setia menantinya di pintu syurga yang Allah berikan padanya kelak. Amin Ya Rabb.



Apparently Mei 2012 adalah sangat menarik.........:D

7 Perkara...

May 6, 2012

0 Komentar
Ibrahim bin Adham berkata, 

"Telah datang kepadaku beberapa orang tetamu, dan saya tahu mereka itu adalah wakil guru tariqat. Saya berkata kepada mereka, berikanlah nasihat yang berguna kepada saya, yang akan membuat saya takut kepada Allah s.w.t. Lalu mereka berkata, 

"Kami wasiatkan kepada kamu 7 perkara, iaitu :

· Orang yang banyak bicaranya janganlah kamu harapkan sangat kesedaran hatinya.
· Orang yang banyak makan janganlah kamu harapkan sangat kata-kata hikmat darinya.
· Orang yang banyak bergaul dengan manusia janganlah kamu harapkan sangat kemanisan ibadahnya.
· Orang yang cinta kepada dunia janganlah kamu harapkan sangat khusnul khatimahnya.
· Orang yang bodoh janganlah kamu harapkan sangat akan hidup hatinya.
· Orang yang memilih berkawan dengan orang yang zalim janganlah kamu harapkan sangat kelurusan agamanya.
· Orang yang mencari keredhaan manusia janganlah harapkan sangat akan keredhaan Allah s.w.t. daripadanya."


Lelaki Yang Kuat...

May 5, 2012

0 Komentar


Petang tu aku pulang lewat sikit dari masjid lepas solat Jumaat, memandangkan elok lepas salam tadi, tah camna baru tongkat dagu kejap terus terlelap. Lama tak lama aku tertido dalam masjid tu, bila aku bangun je tinggal guard Masjid je yang tengah buat usrah sesama diorang sambil baca Quran. Sampai dekat pukul tiga kot, takde sapa pun kejut aku.

Sampai je kat rumah, terus aku rebahkan diri atas katil. Penat betul hari tu. Almaklumlah, musim exam. Malam semalam aku tak tido langsung mengadap notes dan buku-buku fotostet, serta muvie kat dalam laptop. Nak buat cmna, sok pagi ada satu paper lagi nak kena jawab. Memang ikat kepala laa punya tekun mentelaah pelajaran. Sambil-sambil rasa menyesal sebab taknak study awal-awal bila sedar yang banyak gila topik nak kena cover dalam masa dua hari je.





Ngantuk kat masjid tadi rasanya tak hilang lagi. Rasa macam nak terlelap lagi je. Aku mengambil posisi yang lebih selesa untuk melelapkan mata. On the verge nak tertutup rapat mata tu, tetiba je henpon aku berbunyik tanda ada sms baru masuk. Argh! Potong stim sungguh. Dah sikit punya baik nak landing tu. Terus aku check, siapakah gerangan yang berani mengganggu putera raja yang kacak ini hendak beradu.

“Salam, apa khabar bro?”

Rupanya sms dari seorang member kamceng aku dari kampung, Eman Manan (opkos la bukan nama sebenar).

Sorang-sorang aku tergelak baca mesej mamat sorang ni. Tak pernah-pernah seumur hidup nak mesej tanya khabar, tetiba hari tu tah apa mimpi dia teringat nak mesej aku bertanyakan khabar. Aku pun reply la balik.

“Wlkmsalam, alhamdulillah sihat, apa hal bro?”

“xda apa, saja tanya. Amacam exam bro?”

“boleh la, tensen gak r. Hg pa khabaq weh?”

“oh, aku baru lepas xcidnt. Dah seminggu dah.”

Serius aku terkejut gila baca mesej dia yang terakhir tuh, like what? Terus aku call dia nak tau apa yang dah jadi sebenarnya. Dan kitorang pun berbual lah. Memang dia baru lepas ditimpa kemalangan seminggu lepas. Tapi sekarang dah ada kat rumah dah pun.  

Katanya, satu kereta sudah hentam dia dari belakang masa dekat traffic light. Dia tak cedera sangat pun. Tapi aku tak percaya. Sebab dia cerita motor yang dia bawak tu memang dah tak nampak macam motor dah. Kalau motor pun dah tak macam motor, boleh bayang la macam mana keadaan penunggang tu kan.

Aku pun bagi la kata-kata peransang sikit moga-moga dia boleh bersabar dengan dugaan yang Allah beri padanya tu. Macam-macam yang aku fikir masa tu. Jiwa kacau jugak la. Ikutkan hati, macam nak balik penang hari tu jugak nak pegi tengok keadaan Eman yang sebenarnya. Tapi, nak buat macam mana, tengah musim exam kot masa tu. Ada lagi dua minggu lagi nak habis. Serius aku risau.

Aku dan Eman memang berkawan rapat. Antara kawan yang selalu juga aku doakan kebahagiaan buatnya secara spesifik. Suka, duka, senyum, tangis aku hampir semuanya aku kongsikan dengan Eman. Dia pulak memang jenis yang pandai bagi motivasi jugak. Bila aku bahagia dia turut merasakan kebahagiaan, bila aku tersilap dia betulkan tanpa selindung-selindung langsung.

Rapat tak rapatnya dia ni dengan aku, rasanya banyak jugak rahsia pasal hidup aku ni dia dah tahu. Sampai tahap kalaulah masa depan nanti aku jadi perdana menteri Malaysia, dialah orang pertama yang aku nak sumbat masuk dalam ISA memandangkan potensinya yang cukup tinggi untuk menjatuhkan aku dari tampuk kepimpinan dengan rahsia-rahsia hidup aku yang dia dah pegang tuh.




Elok habis je paper final aku, petang tu jugak aku balik. Esoknya terus aku datang ke rumah Eman yang takde la jauh sangat dari rumah aku. Ada la beli-beli sikit buah tangan berupa sekotak mainan Tora memandangkan Eman memang suka main mainan dalam kotak Tora tu. Sebelum nak sampai tuh, bermacam-macam visual yang buruk berkenaan keadaan Eman muncul dalam minda aku. Tangan kaki bersimen, kepala kena balut macam The Mummy Return tuh. Serius!

Ni semua sebab Eman dah cerita awal-awal dulu yang motornya tu memang dah tak nampak macam motor dah sekarang ni. Sampai-sampai je aku kat laman rumah Eman, terkejut gila bila aku tengok dia selamba je datang kat aku dengan keadaan sihat tubuh badan sambil berlari-lari anak dengan muka macam tengah main dengan kucing.

Ceh! Ok je. Aku kena prank ke apa ni? Teguran aku yang pertama pada Eman, “Hang ni sungguh ka baru lepas accident ni?”

“Betui la. Awat?” balas Eman sambil buat muka tak bersalah dan sememangnya dia langsung tak bersalah.

Ketawa besar kitorang bila aku cerita balik kat Eman visual-visual ngeri yang aku bayangkan akan perihal keadaan Eman sebelum ni. Memang Eman terlibat dalam kemalangan hari tu dan memang benar katanya, kecedaraan yang dialaminya amatlah kecik. Tak masuk wad langsung pun. Hari accident tu, pegi hospital, jahit tangan sikit, balik lah.

Eman tunjukkan tangannya yang memang nampak hampir pulih cuma masih juga kelihatan bekas jahitan. Alah, tempat jahit tu pun sikit je. Tapi, yang menjadi persoalan sekarang ni, kenapa motornya teruk gila rosak, tapi dirinya cedera sikit camtu je? Katanya, memang tak nampak macam motor dah. Habih ekzos, enjin, body kit semua kena tukar sebab memang dah rosak. Mujurlah boleh claim insurans, kos nak repair motor tu satu sen Eman tak perlu keluar.

Dia sendiri pun tak dapat nak pastikan kenapa jadi camtu. Bila difikir-fikirkan balik, hairan dan pelik jugalah. Katanya, masa kena hentam tu, memang dia rasa macam tercampak sikit, tapi memang dah tak tau motor tu pegi mana. Tau-tau bila bukak mata, dia dah terbaring kat tepi jalan dan orang ramai mengerumuninya nak bagi bantuan.

Aku rasa mesti Allah dah utus malaikat rahmat nak selamatkan member aku ni. Sampai dah tercampak-campak ni, motor pun dah tercampak ke mana pun tak tahu, tapi still kecederaan yang dialaminya tak terlalu teruk.  

Eman ada satu habit yang aku rasa tak ada pada member-member aku yang lain. Dia ni memang jenis particular sesangat kalau sebut bab solat. Kalau kitorang pegi lepak mana-mana, masuk je waktu solat, Eman la orang pertama yang akan tanya aku, “Kita nak solat kat mana ni bro?”

Habit yang buat aku rasa sangat-sangat senang nak berkawan dengannya. At least ada orang yang ingatkan aku yang waktu solat dah masuk dan kena segerakan. Kekadang aku sakat jugak dia, “Alah, waktu panjang lagi. Rilek lah.”

Memang konfem lah dia akan bermasam muka dengan aku dek kerana respon remaja akhir zaman aku tuh. Seronok juga bila tengok dia merajuk cenggitu. Pastu, tetiba aku terus bawak pergi memana masjid atau surau yang ada di tepi-tepi jalan, nampak mukanya kembali senyum dan hepi bila dapat tau yang dia sudah kena sakat sama aku. Haha. Eh, kat mana tadi?


Hah, accident, cerita pasal accident. Aku pun jadi curious la nak tahu, macam mana kemalangan tu boleh jadi. Eman pun ceritakanlah. Accident tu berlaku masa awal pagi. Masa tu dia on the way nak pergi jogging kat satu tempat rekreasi kat daerah kitorang ni. Selalu dia pegi ngan aku, tapi, dah masa hari kejadian tu aku takde kat Penang, so dia decided nak pergi sorang-sorang.

Masa nak sampai ke traffic light tempat kejadian tu, Eman lihat lampu dia dah berubah ke warna kuning. Satu lagi perkara yang menarik pasal Eman ni, dia ni memang jenis law-abiding citizen sikit. Secara undang-undangnya, bila lampu dah warna kuning tu, itu bermaksud yang kita kena bersedia untuk berhenti.

Namun, dah menjadi habit masyarakat kita, lampu kuning tu bermaksud bersedia untuk accelerate. Aku lebih suka nak ikut habit masyarakat kita tuh berbanding habit Eman. Dia cukup bengang bila naik kereta dengan aku sebab aku suka langgar lampu isyarat. Alah, kalau kita dah pasti keadaan selamat, langgar je la ye dak.

So, bila dah tengok lampu bertukar warna kuning, Eman pun slowkan lah motornya tu. Sekali, nasib tak baik, pemandu kereta kat belakangnya waktu tu punya sikap tak bertamadun seperti aku juga bila memandu kereta. Nampak lampu kuning je tekan minyak kuat-kuat. Entah macam mana, mungkin pemandu belakang tu tak expect yang Eman nak berhentikan motor sedangkan dia rasa sempat nak langgar lampu isyarat tu.

Akibatnya, kena hentamlah Eman dari belakang. Serius, kalau aku kat tempat Eman, mau sebulan trauma. Ye lah, kita tak tau apa pun, tetiba kena hentam dari belakang. Bukan takat fizikal je boleh injured, boleh kena nervous shock juga tu. Sebab hentaman tu datang tanpa langsung kita diberi amaran atau kemungkinan dalam minda yang kita ni is about to be hit. Serius terkejut.

Yang best tu, kata Eman, orang sekeliling yang testified scene tu nampak pemandu kereta tu terus blah dari tempat kejadian sebaik melanggar dirinya tu. Pergh! Ada unsur-unsur jenayah terancang ni. Tapi, memang kalau in case kemalangan ni, orang yang melanggar tu adalah lebih baik disarankan untuk segera blah dari tempat kejadian.

Ini penting, sebab kita tak tahu sapa yang kita langgar tu. Entahnya family atau kawan-kawan mangsa ada di sekeliling tempat kejadian, buatnya kita berhenti kat situ, mau kacau bilau jadinya. Entah kena belasah ke, apa-apa ke. Tambah pulak masyarakat kita ni memang kuat beremosi, terutama bila cakap soal politik. Sama-sama Muslim pun sanggup bergaduh.  

Padahal berbeza fahaman politik dan warna bendera parti je. Yang fanatik sangat kenapa? Tak boleh ke dalam jiwa tu nak ada sikap toleransi yang tinggi sikit. Kata 1 Malaysia la, reformasi la. Sepatutnya minda kita yang harus di reform dan transform kan dulu dalam nak menempuh dunia moden ini. Tun Mahathir pun dah state dalam Wawasan 2020 bilamana...... Okeh saya dah melalut, sekian!  




Back to the story. Tapi, bila dah lari tu kena straight pegi pejabat polis dan buat laporan lah. Janganlah lari balik rumah, tukar nombor plate kenderaan, pastu sembunyi dalam bilik tido senyap-senyap. Dah sah-sah la itu langgar lari namanya. So, ada betul jugalah tindakan orang yang melanggar Eman waktu tu.

Namun, sambung Eman, bila dia dah sampai kat hospital, dah siap berbalut tangan apa semua, dia terkejut gila bila kat luar bilik doktor, ada dua orang India, sorang laki sorang perempuan yang sedang menunggunya kat luar. Rupanya, perempuan India tu la yang merupakan pemandu kereta yang melanggar Eman sebentar tadi.

Perempuan India tu mengaku yang dialah yang bertanggungjawab melanggar Eman pagi tadi lantas terus meminta maaf pada Eman akan tindakannya tu yang memang reckless gila bila bawak kereta sampai pengguna jalan raya lain yang jadi mangsa. Lepas dia blah tu, dia tak pergi jauh. Hanya melihat dari jauh apa yang jadi seterusnya lepas tu follow ambulans yang bawak Eman ke hospital. Lelaki yang ada bersamanya tu adalah abangnya yang sengaja diajak bersama untuk menemannya meminta maaf kepada Eman. So, Eman pun maafkan lah...

Hah! Macam tu je maafkan? Akan macam terkejut sikit bila Eman cerita yang dia maafkan je perempuan India tu on the spot masa tu.

“Lepas dia dah hentam hang tiba-tiba dari belakang, sampai tercampak jauh dari motor, motor pulak rosak sampai dah tak nampak macam motor, hang boleh maafkan macam tu je?” kata aku sedikit beremosi.

“Ya laa. Habih tu hang nak suruh aku buat apa? Suruh dia main muzik gamelan kat aku dulu baru aku nak maafkan ka?” balas Eman sedikit konpius dengan respon aku.

“Kalau aku la kat tempat hang, alah kalau sapa-sapa je la kat tempat hang, mesti dah naik angin gila-gila dah. Dah langgar orang teruk-teruk pastu senang-senang je nak minta maaf. Apa? Ingat dia langgar anak ayam ke apa nak settle senang-senang macam tu? Claim la apa-apa yang boleh hang claim. Duit ganti rugi apa-apa ke. Mintak je la, konfem dapat punya.” Kata aku, masih dalam keadaan emosi.



“Alah, tak rugi pun memaafkan orang. Lagipun masa tu dia datang cara baik. Minta maaf pun secara baik. Nak expect apa lagi. People do mistake kan. And they always deserve a second chance.” Kata Eman tiba-tiba speaking London.

“Ya laa. Maaf tu, maaf la. Tapi, kita nak kena kasi ajar sikit pompuan tu. Biar dia beringat sikit bila bawak kereta lepas-lepas ni. Sound sikit kasi dia ada akai. Jangan dok bawak kereta teruk-teruk pastu bila dah langgar orang, senang-senang je nak mintak maaf.” Kata aku tak habih-habih dengan emosi. Aku sendiri naik menyampah.

“Jangan la berkeras sangat nak pertahan ego kita. Orang datang pada kita minta maaf cara baik. Kan lebih baik kita maafkan je. Kalau kita kat tempat dia, mestilah perkara yang paling kita harapkan adalah kemaafan dari orang yang kita dah buat salah. Masa tu, perempuan India tu harap sangat aku maafkan dia. Kan elok kalau aku permudahkan dan damaikan hatinya dengan kemaafan aku.

Hang tau dak abang dia kata apa. Dia kata, “Kalau orang lain mesti tada maaf-maaf ini macam. Banyak-banyak terima kasih ya.” Kan bagus tu. Tambahan ini dah macam bagi immpression yang baik pada dia akan habit kita orang Islam. Dan opkos kita sebagai orang Islam memang Nabi saw ajar untuk jadi pemaaf kan.” Terang Eman panjang lebar.

“Tapi, takkan hang tak marah dengan apa yang dia da buat? Ye la, pasal kecuaian dia, hang yang terpaksa tanggung akibatnya. Takkan nak lepaskan dia hanya dengan beri maaf je?” Kata aku yang masih tak berputus asa menegakkan pendapat sendiri.

“Marah tu memang la marah. Kalau nak ikutkan marah aku, memang bertambah tensen la aku jadinya. Kan perasaan marah tu buat jiwa jadi tak tenteram. Dah la tangan aku baru lepas berjahit masa tu. Da cukup tensen da tu. Rasanya, dengan beri maaf dan lupakan kemarahan aku waktu tu dah cukup nak hilangkan rasa tensen dalam jiwa aku. Serius beb, hati jadi lebih puas dengan memaafkan orang yang harapkan kemaafan kita.” Balas Eman selamba.

“Tapi...” Aku masih cuba mencari hujah nak rebut balik kenyataannya tu.

“Dah! Takda tapi-tapi. Lagipun orang dah datang cara baik. Kan elok kita sambut cara baik. Tak rugi pun buat baik sesama manusia. Lain la kalau depa datang marah-marah ke apa. Haa, kalau macam tu depa ngan hang sekali boleh tau la kasaq tak kasaq aku ni. Lagipun aku takda la injured teruk sangat. Nak repair motor pun aku tak keluaq satu sen langsung sebab boleh claim insuran.” Kata Eman memotong cakap aku tadi.

“Ooo, betui gak tu. Erm, eh sekarang panggung ada cerita apa baru eh? Jom layan muvie esok?” Kata aku terus mengubah topik melihatkan situasi perdebatan ketika itu yang nampak macam aku nak kalah.

Eman yang juga seorang kaki panggung yang amat tegar, dengan mudah ikut sama mengubah topik lantas melupakan terus soal perdebatan sebentar tadi.



 Secara konklusinya, merujuk kepada sabda Nabi SAW yang mulia, “Lelaki yang kuat bukanlah dia yang mampu mengalahkan lawannya di dalam suatu pergaduhan, tetapi adalah dia yang mampu mengawal dirinya saat dia sedang marah.” (HR Bukhari & Muslim), sungguh Eman adalah antara lelaki yang paling kuat pernah aku kenal. Semoga aku mampu emulate perwatakan dirinya.

*Sebenarnya, initially nak tulih rasa marah dan kecewa yang amat sangat dalam diri di ketika ini. Sekali terkeluar cerita ni pulak. Considering this writing as an attempt to overpower my temper, and ego...T___T