Petang tu aku pulang lewat sikit dari
masjid lepas solat Jumaat, memandangkan elok lepas salam tadi, tah
camna baru tongkat dagu kejap terus terlelap. Lama tak lama aku
tertido dalam masjid tu, bila aku bangun je tinggal guard Masjid je
yang tengah buat usrah sesama diorang sambil baca Quran. Sampai dekat
pukul tiga kot, takde sapa pun kejut aku.
Sampai je kat rumah, terus aku rebahkan
diri atas katil. Penat betul hari tu. Almaklumlah, musim exam. Malam
semalam aku tak tido langsung mengadap notes dan buku-buku fotostet,
serta muvie kat dalam laptop. Nak buat cmna, sok pagi ada satu paper
lagi nak kena jawab. Memang ikat kepala laa punya tekun mentelaah
pelajaran. Sambil-sambil rasa menyesal sebab taknak study awal-awal
bila sedar yang banyak gila topik nak kena cover dalam masa dua hari
je.
Ngantuk kat masjid tadi rasanya tak
hilang lagi. Rasa macam nak terlelap lagi je. Aku mengambil posisi
yang lebih selesa untuk melelapkan mata. On the verge nak tertutup
rapat mata tu, tetiba je henpon aku berbunyik tanda ada sms baru
masuk. Argh! Potong stim sungguh. Dah sikit punya baik nak landing
tu. Terus aku check, siapakah gerangan yang berani mengganggu putera
raja yang kacak ini hendak beradu.
“Salam, apa khabar bro?”
Rupanya sms dari seorang member kamceng
aku dari kampung, Eman Manan (opkos la bukan nama sebenar).
Sorang-sorang aku tergelak baca mesej
mamat sorang ni. Tak pernah-pernah seumur hidup nak mesej tanya
khabar, tetiba hari tu tah apa mimpi dia teringat nak mesej aku
bertanyakan khabar. Aku pun reply la balik.
“Wlkmsalam, alhamdulillah sihat, apa
hal bro?”
“xda apa, saja tanya. Amacam exam
bro?”
“boleh la, tensen gak r. Hg pa khabaq
weh?”
“oh, aku baru lepas xcidnt. Dah
seminggu dah.”
Serius aku terkejut gila baca mesej dia
yang terakhir tuh, like what? Terus aku call dia nak tau apa yang dah
jadi sebenarnya. Dan kitorang pun berbual lah. Memang dia baru lepas
ditimpa kemalangan seminggu lepas. Tapi sekarang dah ada kat rumah
dah pun.
Katanya, satu kereta sudah hentam dia
dari belakang masa dekat traffic light. Dia tak cedera sangat pun.
Tapi aku tak percaya. Sebab dia cerita motor yang dia bawak tu memang
dah tak nampak macam motor dah. Kalau motor pun dah tak macam motor,
boleh bayang la macam mana keadaan penunggang tu kan.
Aku pun bagi la kata-kata peransang
sikit moga-moga dia boleh bersabar dengan dugaan yang Allah beri
padanya tu. Macam-macam yang aku fikir masa tu. Jiwa kacau jugak la.
Ikutkan hati, macam nak balik penang hari tu jugak nak pegi tengok
keadaan Eman yang sebenarnya. Tapi, nak buat macam mana, tengah musim
exam kot masa tu. Ada lagi dua minggu lagi nak habis. Serius aku
risau.
Aku dan Eman memang berkawan rapat.
Antara kawan yang selalu juga aku doakan kebahagiaan buatnya secara
spesifik. Suka, duka, senyum, tangis aku hampir semuanya aku
kongsikan dengan Eman. Dia pulak memang jenis yang pandai bagi
motivasi jugak. Bila aku bahagia dia turut merasakan kebahagiaan,
bila aku tersilap dia betulkan tanpa selindung-selindung langsung.
Rapat tak rapatnya dia ni dengan aku, rasanya banyak jugak rahsia
pasal hidup aku ni dia dah tahu. Sampai tahap kalaulah masa depan
nanti aku jadi perdana menteri Malaysia, dialah orang pertama yang
aku nak sumbat masuk dalam ISA memandangkan potensinya yang cukup
tinggi untuk menjatuhkan aku dari tampuk kepimpinan dengan
rahsia-rahsia hidup aku yang dia dah pegang tuh.
Elok habis je paper final aku, petang
tu jugak aku balik. Esoknya terus aku datang ke rumah Eman yang takde
la jauh sangat dari rumah aku. Ada la beli-beli sikit buah tangan
berupa sekotak mainan Tora memandangkan Eman memang suka main mainan
dalam kotak Tora tu. Sebelum nak sampai tuh, bermacam-macam visual
yang buruk berkenaan keadaan Eman muncul dalam minda aku. Tangan kaki
bersimen, kepala kena balut macam The Mummy Return tuh. Serius!
Ni semua sebab Eman dah cerita
awal-awal dulu yang motornya tu memang dah tak nampak macam motor dah
sekarang ni. Sampai-sampai je aku kat laman rumah Eman, terkejut gila
bila aku tengok dia selamba je datang kat aku dengan keadaan sihat
tubuh badan sambil berlari-lari anak dengan muka macam tengah main
dengan kucing.
Ceh! Ok je. Aku kena prank ke apa ni?
Teguran aku yang pertama pada Eman, “Hang ni sungguh ka baru lepas
accident ni?”
“Betui la. Awat?” balas Eman sambil
buat muka tak bersalah dan sememangnya dia langsung tak bersalah.
Ketawa besar kitorang bila aku cerita
balik kat Eman visual-visual ngeri yang aku bayangkan akan perihal
keadaan Eman sebelum ni. Memang Eman terlibat dalam kemalangan hari
tu dan memang benar katanya, kecedaraan yang dialaminya amatlah
kecik. Tak masuk wad langsung pun. Hari accident tu, pegi hospital,
jahit tangan sikit, balik lah.
Eman tunjukkan tangannya yang memang
nampak hampir pulih cuma masih juga kelihatan bekas jahitan. Alah,
tempat jahit tu pun sikit je. Tapi, yang menjadi persoalan sekarang
ni, kenapa motornya teruk gila rosak, tapi dirinya cedera sikit camtu
je? Katanya, memang tak nampak macam motor dah. Habih ekzos, enjin,
body kit semua kena tukar sebab memang dah rosak. Mujurlah boleh
claim insurans, kos nak repair motor tu satu sen Eman tak perlu
keluar.
Dia sendiri pun tak dapat nak pastikan
kenapa jadi camtu. Bila difikir-fikirkan balik, hairan dan pelik
jugalah. Katanya, masa kena hentam tu, memang dia rasa macam
tercampak sikit, tapi memang dah tak tau motor tu pegi mana. Tau-tau
bila bukak mata, dia dah terbaring kat tepi jalan dan orang ramai
mengerumuninya nak bagi bantuan.
Aku rasa mesti Allah dah utus malaikat
rahmat nak selamatkan member aku ni. Sampai dah tercampak-campak ni,
motor pun dah tercampak ke mana pun tak tahu, tapi still kecederaan
yang dialaminya tak terlalu teruk.
Eman ada satu habit yang aku rasa tak
ada pada member-member aku yang lain. Dia ni memang jenis particular
sesangat kalau sebut bab solat. Kalau kitorang pegi lepak mana-mana,
masuk je waktu solat, Eman la orang pertama yang akan tanya aku,
“Kita nak solat kat mana ni bro?”
Habit yang buat aku rasa sangat-sangat
senang nak berkawan dengannya. At least ada orang yang ingatkan aku
yang waktu solat dah masuk dan kena segerakan. Kekadang aku sakat
jugak dia, “Alah, waktu panjang lagi. Rilek lah.”
Memang konfem lah dia akan bermasam
muka dengan aku dek kerana respon remaja akhir zaman aku tuh. Seronok
juga bila tengok dia merajuk cenggitu. Pastu, tetiba aku terus bawak
pergi memana masjid atau surau yang ada di tepi-tepi jalan, nampak
mukanya kembali senyum dan hepi bila dapat tau yang dia sudah kena
sakat sama aku. Haha. Eh, kat mana tadi?
Hah, accident, cerita pasal accident.
Aku pun jadi curious la nak tahu, macam mana kemalangan tu boleh
jadi. Eman pun ceritakanlah. Accident tu berlaku masa awal pagi. Masa
tu dia on the way nak pergi jogging kat satu tempat rekreasi kat
daerah kitorang ni. Selalu dia pegi ngan aku, tapi, dah masa hari
kejadian tu aku takde kat Penang, so dia decided nak pergi
sorang-sorang.
Masa nak sampai ke traffic light tempat
kejadian tu, Eman lihat lampu dia dah berubah ke warna kuning. Satu
lagi perkara yang menarik pasal Eman ni, dia ni memang jenis
law-abiding citizen sikit. Secara undang-undangnya, bila lampu dah
warna kuning tu, itu bermaksud yang kita kena bersedia untuk
berhenti.
Namun, dah menjadi habit masyarakat
kita, lampu kuning tu bermaksud bersedia untuk accelerate. Aku lebih
suka nak ikut habit masyarakat kita tuh berbanding habit Eman. Dia
cukup bengang bila naik kereta dengan aku sebab aku suka langgar
lampu isyarat. Alah, kalau kita dah pasti keadaan selamat, langgar je
la ye dak.
So, bila dah tengok lampu bertukar
warna kuning, Eman pun slowkan lah motornya tu. Sekali, nasib tak
baik, pemandu kereta kat belakangnya waktu tu punya sikap tak
bertamadun seperti aku juga bila memandu kereta. Nampak lampu kuning
je tekan minyak kuat-kuat. Entah macam mana, mungkin pemandu belakang
tu tak expect yang Eman nak berhentikan motor sedangkan dia rasa
sempat nak langgar lampu isyarat tu.
Akibatnya, kena hentamlah Eman dari
belakang. Serius, kalau aku kat tempat Eman, mau sebulan trauma. Ye
lah, kita tak tau apa pun, tetiba kena hentam dari belakang. Bukan
takat fizikal je boleh injured, boleh kena nervous shock juga tu.
Sebab hentaman tu datang tanpa langsung kita diberi amaran atau
kemungkinan dalam minda yang kita ni is about to be hit. Serius
terkejut.
Yang best tu, kata Eman, orang
sekeliling yang testified scene tu nampak pemandu kereta tu terus
blah dari tempat kejadian sebaik melanggar dirinya tu. Pergh! Ada
unsur-unsur jenayah terancang ni. Tapi, memang kalau in case
kemalangan ni, orang yang melanggar tu adalah lebih baik disarankan
untuk segera blah dari tempat kejadian.
Ini penting, sebab kita tak tahu sapa
yang kita langgar tu. Entahnya family atau kawan-kawan mangsa ada di
sekeliling tempat kejadian, buatnya kita berhenti kat situ, mau kacau
bilau jadinya. Entah kena belasah ke, apa-apa ke. Tambah pulak
masyarakat kita ni memang kuat beremosi, terutama bila cakap soal
politik. Sama-sama Muslim pun sanggup bergaduh.
Padahal berbeza fahaman politik dan
warna bendera parti je. Yang fanatik sangat kenapa? Tak boleh ke
dalam jiwa tu nak ada sikap toleransi yang tinggi sikit. Kata 1
Malaysia la, reformasi la. Sepatutnya minda kita yang harus di reform
dan transform kan dulu dalam nak menempuh dunia moden ini. Tun
Mahathir pun dah state dalam Wawasan 2020 bilamana...... Okeh saya
dah melalut, sekian!
Back to the story. Tapi, bila dah lari
tu kena straight pegi pejabat polis dan buat laporan lah. Janganlah
lari balik rumah, tukar nombor plate kenderaan, pastu sembunyi dalam
bilik tido senyap-senyap. Dah sah-sah la itu langgar lari namanya.
So, ada betul jugalah tindakan orang yang melanggar Eman waktu tu.
Namun, sambung Eman, bila dia dah
sampai kat hospital, dah siap berbalut tangan apa semua, dia terkejut
gila bila kat luar bilik doktor, ada dua orang India, sorang laki
sorang perempuan yang sedang menunggunya kat luar. Rupanya, perempuan
India tu la yang merupakan pemandu kereta yang melanggar Eman
sebentar tadi.
Perempuan India tu mengaku yang dialah
yang bertanggungjawab melanggar Eman pagi tadi lantas terus meminta
maaf pada Eman akan tindakannya tu yang memang reckless gila bila
bawak kereta sampai pengguna jalan raya lain yang jadi mangsa. Lepas
dia blah tu, dia tak pergi jauh. Hanya melihat dari jauh apa yang
jadi seterusnya lepas tu follow ambulans yang bawak Eman ke hospital.
Lelaki yang ada bersamanya tu adalah abangnya yang sengaja diajak
bersama untuk menemannya meminta maaf kepada Eman. So, Eman pun
maafkan lah...
Hah! Macam tu je maafkan? Akan macam
terkejut sikit bila Eman cerita yang dia maafkan je perempuan India
tu on the spot masa tu.
“Lepas dia dah hentam hang tiba-tiba
dari belakang, sampai tercampak jauh dari motor, motor pulak rosak
sampai dah tak nampak macam motor, hang boleh maafkan macam tu je?”
kata aku sedikit beremosi.
“Ya laa. Habih tu hang nak suruh aku
buat apa? Suruh dia main muzik gamelan kat aku dulu baru aku nak
maafkan ka?” balas Eman sedikit konpius dengan respon aku.
“Kalau aku la kat tempat hang, alah
kalau sapa-sapa je la kat tempat hang, mesti dah naik angin gila-gila
dah. Dah langgar orang teruk-teruk pastu senang-senang je nak minta
maaf. Apa? Ingat dia langgar anak ayam ke apa nak settle
senang-senang macam tu? Claim la apa-apa yang boleh hang claim. Duit
ganti rugi apa-apa ke. Mintak je la, konfem dapat punya.” Kata aku,
masih dalam keadaan emosi.
“Alah, tak rugi pun memaafkan orang.
Lagipun masa tu dia datang cara baik. Minta maaf pun secara baik. Nak
expect apa lagi. People do mistake kan. And they always deserve a
second chance.” Kata Eman tiba-tiba speaking London.
“Ya laa. Maaf tu, maaf la. Tapi, kita
nak kena kasi ajar sikit pompuan tu. Biar dia beringat sikit bila
bawak kereta lepas-lepas ni. Sound sikit kasi dia ada akai. Jangan
dok bawak kereta teruk-teruk pastu bila dah langgar orang,
senang-senang je nak mintak maaf.” Kata aku tak habih-habih dengan
emosi. Aku sendiri naik menyampah.
“Jangan la berkeras sangat nak
pertahan ego kita. Orang datang pada kita minta maaf cara baik. Kan
lebih baik kita maafkan je. Kalau kita kat tempat dia, mestilah
perkara yang paling kita harapkan adalah kemaafan dari orang yang
kita dah buat salah. Masa tu, perempuan India tu harap sangat aku
maafkan dia. Kan elok kalau aku permudahkan dan damaikan hatinya
dengan kemaafan aku.
Hang tau dak abang dia kata apa. Dia
kata, “Kalau orang lain mesti tada maaf-maaf ini macam.
Banyak-banyak terima kasih ya.” Kan bagus tu. Tambahan ini dah
macam bagi immpression yang baik pada dia akan habit kita orang
Islam. Dan opkos kita sebagai orang Islam memang Nabi saw ajar untuk
jadi pemaaf kan.” Terang Eman panjang lebar.
“Tapi, takkan hang tak marah dengan apa yang dia da buat? Ye la, pasal kecuaian dia, hang yang
terpaksa tanggung akibatnya. Takkan nak lepaskan dia hanya dengan
beri maaf je?” Kata aku yang masih tak berputus asa menegakkan
pendapat sendiri.
“Marah tu memang la marah. Kalau nak
ikutkan marah aku, memang bertambah tensen la aku jadinya. Kan
perasaan marah tu buat jiwa jadi tak tenteram. Dah la tangan aku baru
lepas berjahit masa tu. Da cukup tensen da tu. Rasanya, dengan beri
maaf dan lupakan kemarahan aku waktu tu dah cukup nak hilangkan rasa
tensen dalam jiwa aku. Serius beb, hati jadi lebih puas dengan
memaafkan orang yang harapkan kemaafan kita.” Balas Eman selamba.
“Tapi...” Aku masih cuba mencari
hujah nak rebut balik kenyataannya tu.
“Dah! Takda tapi-tapi. Lagipun orang
dah datang cara baik. Kan elok kita sambut cara baik. Tak rugi pun
buat baik sesama manusia. Lain la kalau depa datang marah-marah ke
apa. Haa, kalau macam tu depa ngan hang sekali boleh tau la kasaq tak
kasaq aku ni. Lagipun aku takda la injured teruk sangat. Nak repair
motor pun aku tak keluaq satu sen langsung sebab boleh claim
insuran.” Kata Eman memotong cakap aku tadi.
“Ooo, betui gak tu. Erm, eh sekarang
panggung ada cerita apa baru eh? Jom layan muvie esok?” Kata aku
terus mengubah topik melihatkan situasi perdebatan ketika itu yang
nampak macam aku nak kalah.
Eman yang juga seorang kaki panggung
yang amat tegar, dengan mudah ikut sama mengubah
topik lantas melupakan terus soal perdebatan sebentar tadi.
Secara konklusinya, merujuk kepada
sabda Nabi SAW yang mulia, “Lelaki yang kuat bukanlah dia yang
mampu mengalahkan lawannya di dalam suatu pergaduhan, tetapi adalah
dia yang mampu mengawal dirinya saat dia sedang marah.” (HR Bukhari
& Muslim), sungguh Eman adalah antara lelaki yang paling kuat
pernah aku kenal. Semoga aku mampu emulate perwatakan dirinya.







0 Komentar:
Post a Comment