Kecewa, Gembira, Bahagia...

May 28, 2012

Kecewa

23 haribulan Mei tahun 2012 adalah tarikh yang mana aku mengalami kekecewaan yang agak mengecewakan hati ini jugaklah. Hampir sebulan aku preparekan diri aku agar sihat tubuh badan, boleh memperoleh waktu yang lapang agar aku boleh spendkan waktu maghrib aku dengan tenang pada tarikh tersebut di masjid negeri Selangor.

Semuanya adalah kerana aku ternampak iklan kedatangan seorang tokoh ulama’ kontemporari di dunia moden ini, Doktor Zakir Naik, ke masjid negeri Selangor untuk berkongsi ilmu bersama kaum muslimin di negara Malaysia yang tercinta ini. Aku datang agak lewat jugak sebab ada kerja sikit, tapi aku usahakan untuk settle kan semua kerja secepat mungkin agar aku dapat juga lapangkan waktu maghrib 23 haribulan itu.

Selesai solat sunat rawatib, aku jadi pelik, apahal sorang ustaz melayu yang aku pun tak berapa kenal sebenarnya tiba-tiba pergi mengisi kekosongan kerusi penceramah kat bahagian depan dewan solat tu pulak? Bukan Doktor Zakir Naik ke yang sepatutnya berada di depan tu? Cepat-cepat aku check balik gambar banner iklan ceramah tu dekat henpon. Adakah aku dah salah tarikh atau salah tempat?

Aku lihat, memang tak salah langsung akan tarikh dan tempatnya. Memang aku berada pada tarikh dan tempat yang betul. Tapi, mana dia Doktor Zakir Naik? Aku cuba tanya jemaah yang lain, rupanya ceramah tersebut terpaksa dibatalkan atas sebab-sebab tertentu.

Oh kecewa gila! Dekat sebulan kot aku menanti tarikh ni. Semata-mata untuk bertemu secara live dengan tokoh yang bagi aku sangat hebat dan antara yang aku kagumi juga. Patut la takde langsung iklan pasal ceramah Doktor Zakir Naik dekat mana-mana papan kenyataan masjid tu. Pelik juga. Sepatutnya event yang bagi aku besar macam tu kena la dipromosikan secara meluas. Rupanya event tu dah terbatal dan aku tak tahu pun pasal tu.

Mungkin kat Malaysia ni ramai yang tak kenal siapa Doktor Zakir Naik. Beliau memanglah tak sefeymes Mat Luthfi, Najwa Latiff mahupun ustaz Azhar Idrus (sekadar menyebut beberapa nama), tapi di peringkat antarabangsa, ilmunya tu dah memberi manfaat yang banyak pada masyarakat.

Beliau adalah tokoh yang amat expert dalam bidang religion comparision. Berapa banyak dah paderi-paderi Kristian yang ajak beliau berdebat dan semuanya tak mampu menolak kebenaran yang beliau dah sampaikan. Berapa banyak dah non-Muslim di India tu yang beliau dah Muslimkan. Aku amat bersyukur sebenarnya yang aku mampu mengenalinya di saat beliau masih hidup ni.

Tak seperti Sheikh Ahmad Deedat. Seorang lagi tokoh dalam bidang yang sama di dunia moden ni, tapi aku hanya mampu mengenalinya di waktu beliau sudah tak ada lagi kat atas muka bumi ni. Tahun 2008 baru aku kenal siapa akan Syeikh Ahmad Deedat tu dan mula mengagumi kehebatan ilmunya sedangkan beliau dah kembali ke Rahmatullah sejak tahun 2005 lagi. Tahun yang mana di waktu itu aku dok sibuk afundi Mawi dekat Akademi Fantasia. Sayangnyaaa!

Sedih jugalah bila difikirkan akan fakta tu, tapi nak buat macam mana. Diri ni yang lalai dan tak pandai menghargai nikmat Allah atas muka bumi ni. So, untuk tebus balik rasa sedih tu, memang aku dah berazam sesangat yang aku nak pergi tengok dan dengar ceramah Doktor Zakir Naik secara live dah alang-alang beliau masih hidup ni.

Sekali batal la pulak. Kecewa jugalah adanya. Tapi, nak buat macam mana. Mungkin atas sebab yang tak dapat nak dielakkan la tuh. Atau mungkin bukan rezki aku lagi. Atau mungkin aku yang sebenarnya tak layak untuk berjumpa dengan tokoh ulama’ sehebatnya itu langsung. Kinda sad isn’t it? =(




Gembira

20 haribulan Mei tahun 2012 adalah tarikh yang mana aku telah mengalami sindrom kegembiraan yang amat dahsyat. Setelah lebih lapan tahun aku mencurahkan kesetiaan yang tiada berbelah bahagi, akhirnya kesetiaan tersebut telah membuahkan hasil.Dalam lapan tahun itu juga aku telah membuang masa lebih dari dua jam setiap minggu di hadapan televisyen bagi menunjukkan kesetiaan aku itu.

Biar dimaki, dihina dan dicerca mereka-mereka yang memiliki sifat iri yang tidak bertempat, namun, oleh kerana aku percaya, percaya bahawa kejayaan pasti akan datang menerpa, akhirnya, kelab bolasepak kesayangan aku, Chelsea FC, berjaya juga merangkul kejuaraan paling berprestij yang amat diingini oleh hampir setiap pemain bolasepak professional di peringkat antarabangsa, kejuaraan Champions League atau dalam bahasa ibunda, kejuaraan Liga Juara-Juara.

Tepat jam 5:32 pagi, Didier Drogba dengan jayanya menjaringkan gol penalti yang telah membuatkan kelab yang telah aku support sejak aku form 3 dulu berjaya lift trofi champions league tuh. Walaupun aku tak dapat pegang pun trofi tu yang mana hanya mampu aku lihat melalui kaca tv, namun the feeling was soooo ohsem!

Hepi sangat! Bagi seorang peminat kelab bolasepak Chelsea FC yang agak kritikal teruknya, memenangi trofi kejuaraan tersebut memang sudah menjadi impian aku untuk melihatnya sejak tahun 2005. Tarikh di atas secara tak langsung telah menamatkan penantian aku yang selama ni amatlah menyeksakan dan menensenkan.

Walaupun aku hanya mampu berkongsi kegembiraan ini hanya dengan seorang sahaja classmate aku, namun aku tetap gembira. Senyum sampai ke telinga kot. Namun, masih jua kedengaran suara-suara sumbang yang tetap mahu memperlekehkan kemenangan kelab terbaik dunia itu. “Menang penalti, nasib!”, “Baru menang sekali dah bising!”, “Chelsea tak layak menang malam tu, Bayern yang dominate game!”, “Ni semua agenda konspirasi illuminati.”, akan tetapi, aku biarkan sahaja suara-suara sumbang itu pergi bagai angin lalu.

Sampai ke hari ni kot aku rasa gembira sangat dengan kemenangan tersebut. Rasa macam nak lompat-lompat sorang-sorang sambil menjerit-jerit anthem song Chelsea, atau memakai jersi Chelsea FC sepanjang tahun ini, atau mengecat hitam kulit aku sama macam kaler kulit Didier Drogba. Walaubagaimanapun, emotional intelligence aku berjaya melarang aku dari melakukan perkara-perkara yang tak membawa pekdah kepada diri, masyarakat dan negara itu.

But still, i wanna tell the whole world that, Im one happy gentleman!





Bahagia

25 haribulan Mei tahun 2012 adalah tarikh yang mana padanya aku merasai kebahagiaan yang rasanya aku tak pernah rasa sebelum ni. Malam tarikh tersebut, sah lah seorang member yang amat aku sayangi, bergelar suami kepada pasangan pilihan hatinya. Member yang amat rapat dengan aku sejak sekolah menengah sehinggalah ke hari ini. Member yang terlalu banyak memori yang aku simpan bersamanya sehingga ke hari.

Senyum, tangis, hilai tawa, memang terlalu banyak aku dan dia harungi bersama sejak form 4 dulu. Dan aku tak tahu kenapa, berita perkahwinannya dengan pasangannya itu membuatkan aku rasa tersangatlah bahagia dan terharu.

Mungkin kerana dua tahun kebelakangan ni, asal aku jumpa dengan dia je mesti aku akan cakap macam ni dengannya, “aku rasa, hang ni kena kawin cepatlah.” Aku tak sangka ia dah jadi suatu doa pula bagi member aku ni dan tak sangka sememangnya doa itu sudah dikabulkan Allah. Ni bukan aku yang syok sendiri eh, kawan aku tu sendiri yang bagitau.

Sememangnya aku bercakap macam tu dengan niat nak bergurau. Tapi, di sebalik gurauan tu sebenarnya memang i meant every single word yang aku guraukan tu. Ini adalah kerana beberapa sebab yang bagi aku kawan aku ni perlu menikah cepat untuk memelihara dirinya. Tak perlulah aku cerita apa sebabnya, kang jadi melalut-lalut pulak entry kali ni.

Melihatkan keadaannya yang sedang duduk di hadapan wali pasangannya tu, membuatkan aku recall balik segala kenangan aku bersama member aku ni sejak sekolah dulu sehingga ke hari ni. Sama-sama jadi badut sarkas depan junior form 1, bergaduh kerana hal-hal yang remeh-temeh, cerita macam-macam masalah hidup sampai tiga empat pagi masa kat dalam dorm, sama-sama lawan geng-geng skinhead sekolah, main wrestling dalam dorm sampai punah abeh harta benda milik kerajaan, travel ke banyak tempat sama-sama ke dunia yang kitorang sendiri tak pernah jejak, semuanya manis belaka!

Dan pada tarikh tersebut, kawan, teman dan sahabat yang aku amat sayangi dan kasihi ini telah melangkah setapak lagi kepada suatu kehidupan yang pastinya jauh lebih mencabar. Namun, aku percaya dan sangat percaya, dia pasti mampu mengharunginya, bersama isteri yang dikasihinya.

Selesai akadnya, dia datang memeluk aku erat. Aku rasa macam terharu sangat. Pelukannya itu entah pelukan yang ke berapa juta kali entah yang telah dia berikan pada aku, tapi pelukan yang kali ini lebih kuat rasa kasih seorang kawannya serta besar rasa bahagia yang disalurkan kepada jiwa aku. Aku dapat rasa bahagianya dan sememangnya aku sangat bahagia dapat merasa kebahagiaanya.

Kalau memang benarlah hanya sekadar gurauanku sahaja selama ini telah menjadi doa, aku kini secara serius memohon ke hadrat Ilahi semoga rasa cinta dan kasihnya dia pada isterinya semakin bersemi dari hari ke hari, dan semoga dia mampu menjadikan isterinya itu ketua bidadari yang setia menantinya di pintu syurga yang Allah berikan padanya kelak. Amin Ya Rabb.



Apparently Mei 2012 adalah sangat menarik.........:D

2 Komentar:

Azwina HazwaniF said...

terharu baca kat part doa tuk shakri tu.....last tu yang last tu T__T
and...
nak jugak jadik pengapit pengantik....arghh jelesnyaaa!!

Mehmed Aimi said...

bukan saye kate...woorang yg kate...
keberadaan pengapit lelaki kt majlis shakry tu telah menyerikan lagi pengantin...hehe...:p

Post a Comment