Kalau Engkau Miskin -Final Episode-

Sep 26, 2009

0 Komentar

“Bukti? Bukti yang macam mana?”, tanya Sumayyah sedikit confius. Sulaiman sekadar melirikkan senyumannya sambil berkata, “Malam nie, you ikut je I.” Kata Sulaiman ringkas. Sumayyah sedikit cuak mendengarkan request Sulaiman yang sedikit sebanyak menggetarkan jiwanya. “Ikut pegi mana?”, tanya Sumayyah mula menunjukkan reaksi kurang senang. “You tak percayakan I ke? Kata you sayangkan I.”, kata Sulaiman sekali lagi menguji kesetiaan Sumayyah. Sumayyah rasa macam tak best la pulak, tapi, memang Sumayyah betul-betul sayangkan Sulaiman. Buatnya Sumayyah refuse permintaan Sulaiman tue, tak pasal-pasal esok Sulaiman pegi cari betina lain. “Oklah.”, jawab Sumayyah walaupun masih tak confident dengan jawapannya itu.


Kerana Cinta...

Sampai ke sebuah hotel mewah di pinggir bandar, Sulaiman memberhentikan kereta mewahnya. Sumayyah dah mula menduga apa benda yang Sulaiman nak buat dengannya. Yelah, sampai usung ke hotel ney, dah sah-sah nak wat keje durjana serta tak berpekdah untuk jangka masa panjang tu. “Kita nak buat apa berhenti dekat sini?”, tanya Sumayyah sebaik keluar dari kereta Sulaiman. Sulaiman tak menjawab soalan cepu mas tersebut, dia sekadar diam membisu seribu bahasa.

Sumayyah mengulangi soalan yang sama buat kali kedua, kali ini, sedikit berkeras sambil wat-wat merajuk manja dekat Sulaiman. Melihatkan keadaan aweknya yang macam nak cancel kan ja agenda malam ni, Sulaiman segera menghampiri Sumayyah sambil memegang erat tangannya, “Sayang, you kena percayakan I. I janji, apa-apa yang jadi lepas malam ni, I yang akan bertanggungjawab. Serius I janji.”, kata Sulaiman sambil menambahkan lagi kekacakkan wajahnya dengan menaikkan sedikit kening belah kirinya macam The Rock mahupun Ziana Zain.

Sumayyah yang termakan pujuk rayu Sulaiman yang tak sampai semenet tue, terus bersetuju untuk ikut Sulaiman naik ke bilik hotel. Lagipun, ok la jugak, kat hotel mewah, bukannya kat dalam kereta, kat dalam semak mahupun kat bawah tangga. Sulaiman terus bawak Sumayyah naik ke tingkat atas hotel tanpa perlu check-in dulu di kaunter. Nampak sangat Sulaiman dah plan awal-awal lagi nak wat keje tu. Sumayyah buat dono je, alah, bukan orang lain, balak sendiri jugak, sok-sok mesti kena kawin gak kan. Namun hati Sumayyah masih berdebar-debar. Baginya, dia masih belum bersedia untuk semua ini. Tapi dah Sulaiman yang tercinta dah pujuk rayu ala-ala filem hindustan. Kesian la pulak kalau nak ditolak.

Selalu Ada Gak Bebudak Muda Yang Bodo-Bodo Sikit Dok Wat Keje Tue Dalam Kereta.

Sampai lah ke bilik yang dituju. Tinggi gak la tingkatnya, kira bukan bilik biasa la yang di booking Sulaiman. Sebaik sahaja mereka masuk ke bilik tersebut, alangkah terkezut beruknya Sumayyah bila melihat, ada dua orang lelaki lagi yang siap menunggu di kamar tersebut. Kalau dilihatkan dari raut wajah mereka, yang sorang tue, nampak cam innocent, yang sorang lagi pulak dah macam gangster kampung. Ah sudah! Macam dah ke lain dah ah plan si Sulaiman ni. Sumayyah mula rasa takut.

“Kenalkan, yang nie member I, Spark.”, kata Sulaiman kepada Sumayyah sambil menudingkan jari kepada mamat yang muka innocent tu. Sumayyah tak berkata apa-apa walaupun Spark memberi isyarat ‘Hai’ kepadanya.“Apa ni semua sayang?”, Sumayyah mula rasa tak sedap badan. “Sayang, malam nie, you ikut dia.”, jawab Sulaiman ringkas.

Sumayyah terkejut dengan keterangan Sulaiman itu yang nampaknya macam nak menjual harga dirinya kepada orang lain. “You suruh I ikut dia? You ingat I nie apa? Pelacur?”, jawab Sumayyah sambil meninggikan suaranya. Sulaiman yang kurang senang dengan tindakan Sumayyah tue, yelah, awek sound depan-depan member, jantan mana tak tercabar beb, terus menghayunkan penampar kepada Sumayyah yang tak la terlalu kuat, tapi cukup untuk buat Sumayyah tersungkur jatuh ke lantai yang berkarpet tue.

“Aku dah bagi macam-macam kat kau, beli itu beli ini, sekarang ni aku mintak tolong kau sikit je kau dah banyak bunyi ek!”, kata Sulaiman kepada Sumayyah dengan nada yang sedikit rendah dengan harapan Spark tak terdengar perbualan mereka itu. Sulaiman lalu mengheret Sumayyah naik ke atas katil utama bilik dengan sedikit kasar supaya Sumayyah tak melawan. Memang Sumayyah tak melawan pun, sakit kena penampar tadi pun tak habis lagi, nie kena seret pulak, dia tue dah la pompuan.

Dah Bagi Macam-Macam, Mekap Mahal, Beg Tangan Mahal, Suruh Berkorban Sikit Takkan Tak Boleh...
Sebaik Sumayyah rebah ke katil, Sulaiman terus memberambuskan dirinya sambil diiringi mamat yang sorang lagi yang muka cam gangster kampung tue. Boleh jadi, mamat tue bodyguard Spark sebab dari tadi muka dia satu patern je-buat brutal-, muka Spark aje macam kera kena terajang kepala sampai biol. “Spark, hutang aku settle tau.”, kata Sulaiman sebelum keluar dari bilik kepada Spark. Spark cuma diam sambil tersenyum. Mungkin dah tak sabar nak tibai Sumayyah agaknya.

Tahulah Sumayyah bahawa Sulaiman berhutang dengan Spark, tapi mungkin tak mampu nak bayar, jadi dirinya lah yang akan menjadi mangsa keadaan. Kaya-kaya Sulaiman tue, takkan hutang pun tak boleh bayar. Entah berapa juta hutang Sulaiman tue sampai Sumayyah yang terpaksa menjadi barang gantian kepada nilai mata wang ringgit.

Spark lalu datang menghampiri Sumayyah sambil bodyguard nya sekadar berdiri di pintu utama sambil memegang video camera secara curik-curik. Boleh jadi, Spark tue dah ada bini, so, bodyguard tersebut boleh mengambil kesempatan untuk mengugut majikannya itu untuk memberikan rakaman tersebut kepada isterinya, Spark tue pun namanya ja yang macam orang muda, tapi muka dah macam datuk orang dah pun. Entah sapa lah yang bagi nama ‘Spark’ tue kat dia. Tak kena langsung.
Kata Orang, Syok Gak Merakam Benda-Benda Macam Ni.
“Tue la kau, nak bercinta pun dengan taik judi, kan tak pasal-pasal kena jadi anak ayam.”, kata Spark sambil merenggangkan tali pinggangnya dan membuka kot nya. Sumayyah sekadar terdiam tak berkata apa-apa. Dia benar-benar tak sangka yang Sulaiman sanggup mengkhianati kesetiaannya. Taik judi pulak tue. “Alaa jangan la masam je muka tue, senyum la sikit, abang banyak duit tau. Kau layan abang baik-baik malam ni, lepas tue abang bayar ek.”, kata Spark tak sabar-sabar nak memuaskan shahwatnya. Pelan-pelan Spark datang menghampiri Sumayyah.

Sumayyah dari tadi hanya memikirkan bagaimana nak melarikan diri dari bilik tue. Nak keluar kot pintu, bodyguard cabuk tue dok menjaga la pulak, hanya satu jalan je yang boleh digunakan untuk melarikan diri. Tingkap kaca berhampiran katil tu. Tapi kalau keluar kot tue pun susah gak, takkan nak terjun pulak lepas tu, tak silap Sumayyah, masa naik lif tadi, bilik nie berada di tingkat 21.

Masak gak la kalau nak terjun, kalau hidup pun mesti dah tak macam orang hidup dah dengan patah habis tulang sana-sini. Nak harapkan Superman, Batman, Ultraman dan Kamen Raider Kuuga datang menyelamatkan, diorang tue semua hero dari luar negara, mana la diorang nak tau Sumayyah nak terjun banggunan kat Malaysia nie.

Kalau Gotenks Ada Pun, Dia Duduk kat Jepun, Mana Sempat.

Tapi Sumayyah nekad, daripada menjadi mengsa kerakusan nafsu si tua tue, baik mati je. “Aku bukan pelacur!!!”, jerit Sumayyah kepada Spark lalu terus berlari menuju ke arah tingkap cermin tersebut. Tekejut tenuk jugaklah Spark dengan bodyguardnya pada tindakan Sumayyah itu. Tapi Sumayyah tak terus melompat terjun ke bawah, dia sekadar bergayut di tepi tingkap macam Spiderman.

“Jangan dekat! Nanti aku terjun!”, jerit Sumayyah kepada Spark dan bodyguardnya. Mereka benar-benar tak sangka Sumayyah senekad itu. “Jangan buat benda bodoh, turun balik ke sini!”, jerit Spark kepada Sumayyah, langsung tak mengendahkan ugutan Sumayyah untuk terjun. Perlahan-lahan Spark dan bodyguardnya menghampiri Sumayyah untuk menangkapnya.

“Aku cakap jangan dekat la bodoh! Korang ni tak paham bahasa ke!” Sumayyah dah macam orang hilang akal. Dia dah tak kisah dah akan keselamatan dirinya yang kalau tersilap sikit tue, memang dah tergilincir jatuh tingkat 21. Spark lansung tak mengendahkan ugutan tersebut. Baginya, kalau dia tak dapat Sumayyah, hutang Sulaiman masih belum terlangsai. Nak mintak hutang tue satu hal pulak nanti, mesti Sulaiman akan kata yang dia dah bayar guna Sumayyah.

Spark terus meluru ke arah Sumayyah untuk menangkapnya secepat mungkin. Melihatkan tindakan spontan Spark, Sumayyah terus terjun keluar dari banggunan tersebut. Spark dan bodyguardnya benar-benar tak menyagka yang Sumayyah betul-betul terjun banggunan. Bergegar satu banggunan hotel mendengar jeritan Sumayyah yang ala-ala cerita seram Korea di ketika dia nak jatuh sampai ke bawah. Kebanyakan penyewa hotel menjengukkan kepala mereka ke tingkap untuk melihat apa yang berlaku.

Sumayyah jatuh tepat ke atas jalan utama di belakang banggunan hotel. Namun matanya masih boleh melihat. Banyak darah yang keluar dari kepala dan hidung Sumayyah dan dia dapat melihatnya sendiri. Dirasakan bahawa tulang-belulangnya tak mampu lagi digerakkan, macam dah mati fungsi. Mulut pun dah tak mampu nak berkata apa-apa apatah lagi nak menjerit mintak tolong. Dirasakan ajal sudah makin hampir kepadanya, namun dia keseorangan di situ, belakang banggunan hotel tue jalan gelap, takde sapa yang nak lalu-lalang, malam pulak tu.

Cuma ada sebilangan penduduk hotel yang ternampak kejadian itu yang meluru turun ke bawah, tapi tak sampai-sampai lagi. Spark dan bodyguardnya, segera memblahkan diri mereka dari hotel tersebut bimbang ada orang mengesyaki mereka. Sumayyah kaku di situ keseorangan, sakit seksa akibat hentakan ke permukaan jalan itu benar-benar terasa. Cuma dia pelik, kenapa tak mati? Adakah dia harus merasai seksa ini terlebih dahulu? Tiba-tiba satu cahaya muncul di hadapan Sumayyah, semakin hampir cahaya tersebut datang kepada Sumayyah. Rupa-rupanya itu lampu sebuah treler besar yang dipandu oleh pemandu mabuk yang dipandu tepat ke arah jasad Sumayyah.

Sumayyah terkejut, benar-benar terkejut, tak sangka begini cara ajal datang menjemputnya. Semakin lama semakin hampir lori treler tersebut menghampiri jasad Sumayyah yang terbujur kaku di situ. Sumayyah tak mampu nak berbuat apa-apa. Nak menggerakkan sebatang jari pun tak boleh, apatah lagi nak mengelak dari digilis treler tersebut. Semakin hampir treler tersebut padanya lalu........

.....”Ya Allah!!!”.

Tersedar Sumayyah dari tidurnya. Rizal yang baru pulang dari surau terdengar akan jeritan kakaknya itu terus datang ke arah tempat Sumayyah tidur. “Kenapa kak Sue? Tiba-tiba menjerit ni?”. Sumayyah masih terpinga-pinga, apa sebenarnya yang dah terjadi. Dilihat wajah adiknya yang berjubah dan berserban, dengan pondok buruk tempat tinggalnya itu, tahulah Sumayyah yang dia sekadar bermimpi. Perlahan-lahan Sumayyah menangis sambil memeluk adiknya, tapi takde la erat-erat, sebab adiknya tue lelaki. Rizal menenangkan kakaknya itu yang sedang menangis teresak-esak.

“Kenapa kak? Mimpi buruk ek?”, tanya Rizal selepas menenangkan kakaknya. Sumayyah menceritakan mimpinya itu kepada Rizal dari A sampai Z. Rizal mendengar dengan sepenuh perhatian. “Sekarang nie, akak pergi mandi, ambil wudhu’, lepas tu buat solat Sunat. Sempat lagi ni, sementara nak tunggu waktu sahur. Rizal tak tahu kenapa akak boleh mimpi sampai macam tue sekali, tapi Rizal rasa akak lebih tahu kenapa. Jadi, mengadulah kat Dia.”, kata Rizal sebaik mendengar cerita kakaknya dari part 2 sampai la ke episod nie.

Sumayyah menurut permintaan adiknya tue. Memang dia tahu, mimpi tersebut datang sebab sikapnya itu yang tidak redha akan kemiskinan yang Tuhan duga kepada keluarganya. Malah, Tuhan dah kabulakan pun permintaanya untuk merasai hidup macam orang kaya. Sumayyah terus bermunajat menyesali akan sikapnya itu. Dia merasakan bahawa mimpi itu adalah Tarbiyah Tuhan kepadanya untuk membuatkan dirinya sedar akan kesilapannya.

Selesai bermunajat, Sumayyah segera ke dapur untuk menyiapkan apa-apa yang patut untuk makan sahur. Makcik Kalsum memang dah ada kat dapur dah, so, Sumayyah tolong-tolong sikit je la. Esok dah nak raya, Sumayyah kembali bersemangat untuk menjalani kehidupan sehari-harian biarpun dalam kemiskinan. Siapkan je la apa-apa yang termampu. Walaupun ala kadar, Sumayyah tak henti-henti mengucapkan syukur kepada Ilahi. Yelah, kalau kaya pun, Ibadah tak dijaga, keluarga huru-hara, nak buat apa. Baru Sumayyah sedar yang biarpun hidupnya selama ini serba kekurangan, tetapi hatinya selalu bahagia....


P/S: Kalau engkau miskin, tetapi tidak bersabar, pasti bila engkau kaya engkau tidak akan bersyukur...

Renungan Di Pagi Syawal

Sep 20, 2009

0 Komentar

Ramadhan telah meninggalkan kita,
Syawal menjelang menandakan hari raya,
Kehidupan biasa bermula semula,
Ramadhan hadapan belum tentu kita jumpa.

Di hari raya ini koreksilah diri sendiri,
Layakkah hari ini kita berhari raya,
Hari raya hanya untuk orang-orang bertaqwa,
Selain mereka tidak layak merayakannya.

Renung kembali segala amalan di bulan Ramadhan,
Adakah meningkat dari sebelumnya,
Bertambah baikkah kita dari masa ke semasa,
Sesuai dengan meningkatnya umur kita.


Renung pula ke hadapan bagaimana nasib kita,
Apakah kita mati di dalam Husnul Khatimah,
Kerana nafsu selalu mendorong kejahatan,
Juga syaitan yang sentiasa melalaikan.

Ingatlah hari raya bukan untuk bersuka ria,
Ia hari bersyukur, menggembirakan yang tak punya,
Memberi bantuan mereka yang tidak berada,
Maaf bermaafan kita sesama kita.

Bertimbang rasa kita sesama manusia,
Bersimpatilah dengan mereka yang susah,
Berkasih sayang itu sangat diperintahkan,
Bahkan sesuai dengan fitrah manusia…

Kalau Engkau Miskin -Part 4-

Sep 17, 2009

1 Komentar

“Emba’ Haliza sama emba’ Noor”

Jawab Marni penuh kepastian. Sebab memang selalu sangat dua orang member kamceng Sumayyah tue datang ke rumah. Sampai Marni pun dah boleh kenal Haliza dan Noor walaupun kedua-duanya tak pernah pun berkenal-kenalan dengan Marni.

Segera Sumayyah ke pintu masuk utama untuk bertemu dengan Haliza dan Noor. Lalu dijemputnya kedua-dua anak dara pingitan tue masuk ke rumah. Sebelum masuk, Haliza bertanyakan sesuatu kepada Sumayyah, “Mak ayah you ada kat umah tak?”. Pelik jugaklah Sumayyah dengan pertanyaan tersebut, “Takde, diorang dah keluar dah pagi tadi. Apsal tanya?”.

Tersenyum lebar Haliza mendengarkan jawapan tersebut, “Cantek lah tue. Noor, line clear laa, hehe.”. Tiba-tiba entah dari mana datangnya Noor mengeluarkan bungkusan makanan KFC. Terkejut beruk Sumayyah dibuatnya, segera dijemput masuk ke rumah takut-takut ada orang nampak. Boleh menimbulkan fitnah kalau ada orang nampak bungkusan KFC tue time tengah-tengah hari bulan Ramadhan ni.

Mereka pun berkumpullah di ruang tamu sambil bungkusan KFC tue diletakkan di atas lantai sepertinya bakal dibedal kurang lima minit lagi. “Giler ah, macam mana you all boleh beli KFC bulan-bulan posa ni?”, tanya Sumayyah sedikit hairan. “Kitorang beli kat drive-thru KFC kat Petronas depan tu, cashier dia Chinese maa.”, jawab Noor penuh riak. Bagai pucuk dicita, ulam mendatang, dah laa perut dah lapar tahap pelarian dah, elok sangat la Haliza dan Noor bawak KFC tuh.

Tibai KFC di kedai KFC jugak di bulan Ramadhan merupakan satu idea yang agak bangang gak laa untuk ponteng puasa, take away sudaa...
Tanpa menghiraukan puasanya yang tinggal lagi setengah hari, Sumayyah pun dengan rakus dan tamak halobanya membedal KFC tersebut sambil dibantu oleh Haliza dan Noor selaku temannya di dunia dan Akhirat. Memang Haliza dan Noor dah plan baik punya nak monteng puasa kat rumah Sumayyah, sebab kalau nak monteng kat rumah sendiri, parents masing-masing masih concern lagi bab-bab puasa nie, buatnya kantoi, masak gak laa nak menjawab. Family Sumayyah memang dah obvious dah tak berapa nak ambil peduli sangat hal-hal berkaitan Agama ni. So, tempat yang paling sesuai sekali untuk membuat perkara-perkara yang tak bermoral selayaknya hanya di rumah Sumayyah.

Selesai menamatkan riwayat ayam goreng KFC tadi, Haliza mengeluarkan sekotak Winston sebagai dessert pulak. Dihulurkan sebatang pada Noor dan diterima baik pemberian tersebut dengan penuh rasa berterima kasih. Sumayyah buat bodo je melihatkan tingkah laku bodo kedua-dua membernya itu. Haliza turut menghulurkan sebatang rokok buat Sumayyah, namun ditolak secara baik oleh Sumayyah.

"Rokok nie membahayakan kesihatan korang dan orang sekeliling korang.", pesan Encik Mamat (gambar)

Haliza yang kurang senang dengan penolakan tersebut lalu menyuarakan pendapatnya, “Ye laa, orang kaya, batang murah-murah nie mana nak makan.”. Gelak besar tiga sekawan tersebut mendengarkan lawak Haliza yang sedikit lucah bunyinya. Namun, tanpa mereka sedari, ada mata yang sedang melihat mereka sejak tadi.

Nun di dapur, Marni mengintai di satu sudut yang mampu ditembus pandangan dari dapur ke ruang tamu sejak daripada ayam goreng KFC tue dah dimakan separuh. Sedih Marni melihatkan telatah ‘neng’nya yang dengan selamba badak membatalkan puasanya itu. Namun, lebih sedih lagi mengenangkan nasibnya yang terpaksa bekerja di banglo mewah milik Tan Sri Salleh ni. Dah la laki bini perangai macam binatang, anak-anak pun tak ketahuan.

Kalau tak mengenangkan gajinya tiap-tiap bulan yang mencecah empat angka tue, dengan ibunya di kampung yang tengah sakit tenat, nak pakai duit banyak, dah lama dah Marni kerja sapu sampah tepi jalan atau di premis-premis swasta mahupun kerajaan seperti teman-teman Indon dan Banglanya yang lain seperti Azizah, Mas Asila, Abdul Rahman dan lain-lain.

Biarpun hidupnya sebagai amah di rumah Tan Sri Salleh kira ok jugak lah, bilik orang gaji untuknya pun selesa, makan minum semua ditanggung, sedap-sedap pulak tue, namun dia tak pernah bahagia, Imannya selalu terseksa melihatkan perangai ahli rumah tersebut yang masing-masing dah macam orang tak ada agama.

Duduk rumah besar pun, kalau hati tak tenang, nak buat apa...

Tengah Marni leka dengan lamunannya, tiba-tiba Noor ternampak Marni mengintai melalui sudut kecil tersebut, terkantoi la pulak intipannya itu. Segera Marni beredar menghilangkan diri dari pandangan Noor.

“Orang gaji you yang nama dia tak komersial langsung tue, kerja lagi ke kat sini?”, tanya Noor kepada Sumayyah berkenaan Marni. “Marni la nama dia, ye laa, she still here. Takkan dah kena pecat pulak. Rajin la budak tue.”, terang Sumayyah. “Ooo, kerja kat sini lagi budak tu. Hmm, you nasihat la sikit budak tu Sue.”, kata Noor mengemukakan cadangan.

“Nasihat pa pulak?”, tanya Sumayyah kurang mengerti kehendak soalan. “Ye laa, asyik dok pakai tudung tue apa hal? Tak rimas ke? I yang tengok nie pun rimas tau. Kalau dah kemaruk sangat nak pakai, pakai kat luar rumah dah ah. Nie sampai dalam rumah pun pulun nak pakai, belagak alim la budak tu.”. kata Noor sedikit emosi.

“Biarla, dia tak kacau I, buat apa I nak bising. Lagipun elok sangat la dia bertudung, bila dia tak pakai tudung lagi I tak suka. Lawa la Marni tue, rambut dia smooth tau, combine dengan muka dia yang cute kononnya tu, boleh jadi model tau.”, terang Sumayyah penuh hasad dengki. “Hmm, entah-entah dia dok nak tackle bapak u Sue, baik u jaga-jaga.”, kata Haliza membangkitkan isu.

“Kalau dia nak dah lama dia dah jadi mak tiri I tau, bukan I tak tau bapak I tue dah lama dok pasang niat nak kawin dengan dia. Even adik I yang you dok admire tue pun dok nak try je Marni tu. Nasib baik si Marni tue kira cam kuat Iman la jugak kononnya.”, kata Sumayyah kepada Haliza.

Haliza yang kurang berpuas hati terus membentangkan hujah, “Eleh, hipokrit je tue. Konon pakai tudung tue baik sangat la. Kadang-kadang girl macam kita nie yang lagi mulia dari pompuan macam Marni tue tau. Macam classmate kita, si Elisa tue, konon baik sangat laa, pakai tudung labuh la, tutup aurat la, tapi…”, dan bermulalah segmen umpat-mengumpat yang rasanya, kalau nak ditulis satu-satu, lagi lapan belas episod pun belum tentu cerita nie habis. Selepas kenyang makan daging ayam KFC, kini mereka memulakan sesi makan daging sesame saudara pulak.

Daripada makan daging saudara sendiri, baik makan daging burger...

Lebih kurang pukul 4 petang, oleh sebab dah kehabisan modal untuk bersembang atau kehabisan rokok nak disedut, kedua-dua member kamceng Sumayyah pun balik la ke rumah masing-masing. Agak lega jugak hati Sumayyah sebab Rizal sejak dari tadi tak keluar-keluar langsung dari bilik, tido mampos agaknya. Kalau tak, mesti kena gelak kaw-kaw punya sebab memang benar jangkaan Rizal, time Zuhur lagi dia dah berbuka puasa.

Waktu berbuka dah dekat, Sumayyah teringat akan Marni yang solo-solo je puasa hari ni. “Bukak puasa makan apa Marni?”, tanya Sumayyah kepada Marni.”Saya udah bikin gorengan neng.”, jawab Marni yang masih kecewa dengan Sumayyah sebab tak menyempunakan puasanya barang sehari. “Cukup ke? Tak makan nasik?”, tanya Sumayyah buat-buat concern. “Nanti malam baru saya makan neng, lepas tuan sama puan makan.”, jawab Marni.

“Nak buka puasa pun makan lebihan kitorang ke? Nah ambik nasik ayam nie saya beli tadi.”, kata Sumayyah sambil menghulurkan bungkusan nasi ayam yang dibelinya di param (PAsar RAMadhan) berdekatan sejurus selepas memasukkan duit lima ribu yang ingin dipinjam Rizal ke dalam akaun Rizal sebentar tadi. Marni pun menerima pemberian tersebut dalam kekecewaan, namun tetap hepi sebab boleh laa bukak puasa makan nasik daripada makan gorengan je. ‘Gorengan’ tu bahas Indon laa, maksud dia ‘cucoq’ kata orang utara.

Masyuk gak berbuka dengan Nasi Ayam...

Tak lama kemudian Dopod Sumayyah berdering menandakan ada panggilan masuk. Hepi kemain Sumayyah beli melihat Sulaiman yang membuat panggilan, segera Sumayyah menjawab panggilan tersebut. Isi conversation mereka tak dapat ditulis kerana ia sedikit sebanyak mampu membuatkan sesetengah pembaca nak termuntah bila membacanya kerana nilai bahasanya yang terlalu jiwang dan penuh dengan unsur-unsur asmaradana dan bermadu kasih yang agak melampau. Umumnya, isi penting daripada perbualan mereka yang memakan masa hampir sejam tue hanyalah jemputan Sulaiman untuk dinner pada malam nie di sebuah restoran ternama je.

Maka bersiap-siaplah Sumayyah untuk dijemput Sulaiman dinner pada malam ini. Malam minggu la katakan, kira suitable time la untuk para kapel di seluruh pelusuk negara nak dating, makan-makan, jalan-jalan kat shopping complex, tengok wayang dan sebagainya.

Walaupun raut wajah Sumayyah yang kata orang dah natural beauty, namun mekap yang dikenakan boleh kata melampaui batas gak la. Yelah, nak jumpa yang tersayang laa katakan.

Kemudian, mereka pun pergi la makan-makan di restoran ternama tersebut, kemudian Sulaiman bawak Sumayyah pergi jalan-jalan di salah sebuah shopping complex yang besar bagak saiznya di bandar, sembang-sembang, pegang-pegang tangan, jalan berdua-duaan. Habis jalan-jalan, layan late nite movie pulak. Layan cerita romantik Hollywood dengan harapan rasa cinta dan kasih sayang di antara mereka semakin mekar. So sweet!!!

Malam pun dah makin lewat, tibalah masa Sulaiman nak menghantar Sumayyah pulang ke rumah. Di dalam perjalanan, sambil Sulaiman drive ‘Maserati’ nya tu, sempat jugak Sulaiman menguji keteguhan cinta Sumayyah padanya.

“Sayang, you cintakan I tak?” tanya Sulaiman sebaik melepasi tol highway. “Mesti la you. By God, I love you. Even more than I love myself, greater than that sayang. Berapa ribu kali you tanya pun, I takkan boring untuk jawab yang you’re the only one in my heart.”, jawab Sumayyah dengan nada yang penuh mengasyikkan. “Serius?”, tanya Sulaiman mahukan kepastian.“I swear sayang, serius.”, jawab Sumayyah penuh keyakinan tanpa was-was.

Tersenyum Sulaiman mendengarkan sumpah cinta aweknya itu.
“Kalau macam tu, boleh tak you buktikan?”

Bersambung

Rasai Kehebatan Tuhan

Sep 15, 2009

0 Komentar


Bila aku lihat rumah orang besar,
Dengan taman-taman bunganya yang indah,
Keretanya yang besar menjalar dengan megah,

Terus menerpa ke dalam fikiranku,
Dan terus terasa di jiwaku,
Meluncur ke mulutku,
“Hebatnya tuan yang empunya.”



Tapi hairan bukan,
Aku tak terasa kehebatan Tuhan,
Padahal Tuhan miliki lebih dari itu,
Nasib manusia Tuhan yang menentukan.

Dia miliki langit bumi dan seluruhnya,
Dunia dan Akhirat Dia yang punya,
Manusia dan seluruh makhluk dicipta-Nya,
Malam dan siang Tuhan yang mentadbirnya.


Setiap saat aku melihatnya,
Aku tidak terasa apa-apa,
Aku pandang bersahaja,
Aku tak terasa Maha Agungnya Yang Empunya.

Tidak aku kagum dengan Tuhan Pencipta,
Mujur rumah besar itu orang yang punya,
Kalau aku yang punya tentu aku kagum dengan diri aku pula.



Kalau Engkau Miskin -Part 3-

Sep 14, 2009

0 Komentar


Hanya satu nama sahaja yang terlintas di benak pemikiran Sumayyah yang baginya amat sinonim dengan istilah ‘hubby’ tue.

“Sulaiman?”

Barulah Sumayyah teringat yang Sulaiman sememangnya buah hati pengarang jantung pisangnya selama ini. Sendirian Sumayyah tersenyum mengenang kembali mimpinya yang semalam yang mana Sulaiman ada menghadiahkan dia sekeluarga sekotak buah tamar Yusof Taiyoob. Apa tidaknya, balaknya yang tersayang tu bukan calang-calang orang di dunia realiti ini. Sulaiman Bin Tan Sri Dato’ Seri Al Fahim, anak orang kaya tuu. Tengok kereta Maserati yang dipakai Sulaiman pun dah tahu berapa kaya bapaknya yang merupakan ahli perniagaan terkenal.

Kalau setakat buah tamar sekotak tue, jangan haraplah nak dijadikan hadiah buat Sumayyah. Beg tangan Christian Dior tue pun kira busuk-busuk hadiah laa yang pernah diberi Sulaiman kepada Sumayyah. Tue pun masa diorang belum comfirm lagi diisytiharkan sebagai kapel yang bertauliah. Time Sulaiman tengah dok mengayat Sumayyah laa kiranya.

Melihatkan jam mnunjukkan hampir pukul 6, Sumayyah terus naik ke biliknya. Niat asal nak sambung tido je, tapi, disebabkan timbul sedikit takut ke dalam diri Sumayyah bimbang mimpi semalam tiba-tiba bersambung la pulak, terpaksalah Sumayyah membatalkan niatnya itu Hari ni pun hari Sabtu, mana ada sekolah. Sumayyah mengambil keputusan untuk melayan DVD ‘Camp Rock’ bagi mengelakkan rasa mengatuk menyelubungi dirinya. Balik-balik cerita ‘Camp Rock’ tue ja yang dilayan Sumayyah, tengok laa berapa juta kali pun, tak boring-boring, kadang-kadang kalau dah naik berbulu asyik tengok benda yang sama bertukar ke cerita ‘High School Musical’ pulak.

Tengah syok-syok melayan DVD tiba-tiba Dopod Sumayyah berbunyi, kalau mendengarkan tonenya tue, boleh diramal bahawa ada mesej yang baru masuk dalam inbox. Segera Sumayyah check Dopod tersebut, memang terdapat satu mesej yang tertulis, “Morning syg, how’s ur doing? Ku rindu laa kat syg, Sender: Khushairi”. Sendirian Sumayyah tergelak membaca mesej jiwang karat 99 tersebut yang dihantar oleh salah seorang admirernya, Khushairi. “Bila laa mamat poyo nie nak sedar yang dia dah kena main, bodoh betul.” Bisik hati Sumayyah.

Memang Sumayyah mempunyai sejenis perangai terkutuk yang dipraktikkan sejak dia sedar akan keayuan yang dimilikinya masa form 2 dulu iaitu, suka main jantan. Bukan takat Khushairi je yang menjadi mangsa Sumayyah, jantan-jantan perasan yang lain seperti Zulfikry, Ahmad Hadi, dan ramai lagi, turut menjadi barang permainan Sumayyah. Tapi yang paling kritikal sekali Khushairi lah, mati-mati dia ingat yang Sumayyah memang syok habis kat dia.

Memang Sumayyah suka mempermainkan lelaki, tak kira berapa ramai pun.



Sumayyah rilek je, selaku playgirl yang professional di abad ini, orang-orang macam Khushairi tue kira biasalah untuk dihadapi dalam menjalani kehidupan sehari-harian. Kalau tak mengenangkan kekayaan yang dimiliki oleh mak bapak Khushairi, takdenye Sumayyah nak melayan perasaan syok sendiri yang ada pada Khushairi padanya. Lebih Sulaiman berbanding Khushairi adalah, dari segi rupa paras. Sulaiman tue, kalau duduk bersebelahan dengan Andy Lau, boleh gempar satu dunia yang Andy Lau selama ini mempunyai seorang kembar yang bernama Sulaiman. Lain pula kisahnya dengan Khushairi, kalau dinilai raut wajahnya itu, rasanya elok sikit daripada tembok besar China. Begitulah, cinta Sumayyah setulus ikhlasnya hanya untuk Sulaiman walau berjuta lelaki pun yang dipermainkannya.
Cuba teka, yang mana Sulaiman, yang mana Khushari.

Lepas habis melayan DVD, Sumayyah pun bersiap-siaplah, mandi, mekap dan sebagainya. Nak tido balik pun, rasa macam tak berapa nak mengantuk dah. Cumanya, masih ada lagi kemusykilan yang membelenggu kepala otak Sumayyah. Baju apa yang nak dipakai hari ni? Yelah, hari nie kan baru masuk bulan Ramadhan, ingat nak pakai baju yang sopanlah sikit, tanak la yang ketat-ketat sangat, walaupun yang ketat-ketat tue la yang feveret Sumayyah nak pakai, baru la seksi sikit.

Bagi Sumayyah, keseksian itu penting untuk support keayuan yang dimilikinya. Betapa puas hati Sumayyah apabila melihat lelaki-lelaki di sekelilingnya memandang dirinya, so, untuk menarik pandangan lelaki yang kononnya kuat Iman, dia kena la bagi seksi sikit pakaian tue. Sedang mencari baju kurung di dalam almari, baru Sumayyah teringat, baju kurung pink yang selalu dipakainya pada hari Jumaat tue baru masuk washing machine semalam, yelah, dah semalam hari Jumaat. Terpaksalah Sumayyah mengenakan kurung hitam yang rasanya dah dekat setahun lebih tak disentuh tue. Kaler pun hitam, mana menarik. Tapi pakai gak laa, 1st day Ramadhan.



Beriman macam mana pun, kalau dah nampak perempuan seksi, lentur beb!!!


Di ketika Sumayyah tengah syok layan kartun spongebob kat ruang tamu, tiba-tiba Sumayyah dikejutkan oleh satu suara yang agak familiar dengan mimpinya semalam, yang ala-ala Ning Baizura tu. “Marni!!! Ni apa kosong je meja nie? Breakfast mana?”. Bergegar satu rumah dek jeritan Puan Sri Kalsum memanggil Marni.

Marni segera datang, “Ampun bu, bukan saya enggak mau sedia’in makan, bukan ke hari ni…”, belum sempat Marni menghabiskan bait-bait liriknya, Datin Sri Kalsum terus menghayunkan servis penampar bernilai lima ringgit tepat ke sasaran mengena pipi Marni yang gebu walaupun agak susah nak menghayun penampar dek kerana kebaya ketat yang dipakai Puan Sri Kalsum tue, melimitkan pergerakannya. Tersungkur Marni dek penamapar yang dikenakan ke atasnya. “Kau nak menjawab ye, aku bayar kau bukan nak dengar kau punya alasan! Dah la aku banyak kerja hari ni!” herdik Puan Sri Kalsum.

Seketika kemudian, Tan Sri Salleh pun muncul dengan baju golf nye, “Apa nie Ma, pagi-pagi lagi dah bising ni?”, tanya Tan Sri Salleh inginkan penjelasan. “Pa tengoklah orang gaji cabuk nie, dia boleh tak siap breakfast pulak kat kita pagi ni.”, jelas Datin Sri Kalsum sambil menolak-nolak kepala Marni. “Apa nie Marni? Saya dengan ibu ada urusan pagi ni, yang awak tak siapkan sarapan tue pasal pa? Dah la kitorang dah lambat nie, nak tunggu awak siap breakfast sekarang mana sempat.” Kata Tan Sri Salleh pada Marni sedikit rendah nadanya. Bukan apa, depan Puan Sri Kalsum kena la cover sikit, kalau belakang Puan Sri Kalsum, bukan main lagi Tan Sri Salleh dok mengayat Marni suruh jadi bini nombor dua dia.

Orang dah siap-siap nak main golf, dia boleh tak siap breakfast pulak, sapa tak bengang.


Marni sekadar diam, dan sedikit menitiskan air mata dek tamparan Puan Sri Kalsum tadi, nak menjawab kang, tak pasal-pasal kena penampar lagi. Melihatkan air mata Marni yang mula menitis tue, Puan Sri Kalsum segera bersuara, “Hah, nangis pulak, dah buat salah nak nangis! Kitorang dah kutip kau dulu, bersyukur la sikit. Ingatlah sikit, dulu awak tue merempat je kat Indon takde keje, entah-entah dok melacur tepi jalan….” Dan banyak lagi penghinaan demi penghinaan yang dilemparkan Puan Sri Kalsum terhadap Marni, namun dialognya terpaksa ditapis untuk mengelakkan gangguan sensitiviti terhadap masyarakat Indonesia umumnya.

Sabar je la Marni mendengarnya, sebab ini bukan kali pertama dia kena sound dengan Puan Sri Kalsum. Ikutkan hati memang Marni nak blah je dari rumah tue dari dulu lagi, yelah, mana boleh tahan jadi hamba pada Puan Sri Kalsum yang dah macam Firaun tue, Tan Sri Salleh dengan Rizal pulak tak ubah macam Bujang Senang, dah berapa kali dah dua ekor buaya tue nak ambik kesempatan kat Marni, tapi selalu failed, mungkin Marni masih di bawah perlindungan Ilahi. Tapi apakan daya, gaji bekerja di rumah Tan Sri Salleh boleh tahan mewah jugaklah bagi seorang amah. Tambahan pulak nak membiaya bil rawatan ibunya di Bandung yang sakit kanser tue.

Tak tahan dengan caci maki ibunya itu, Sumayyah segera pergi ke tempat kejadian, “Ma, hari nie dah start bulan puasa la, tue yang Marni tak siap breakfast tue, breakfast mende, puasa kan.”, kata Sumayyah mengemukakan pembelaan. Terkedu tan Sri Salleh dan Puan Sri Kalsum mendengar keterangan pihak defendant. Giler malu, boleh pulak lupa hari ni dah masuk Ramadhan. Tan Sri Salleh segera berkata, “Macam nie sebenarnya Sue, Doktor Fauzi dah sahkan yang Ma dengan Pa ada gastrik, so, kitorang tak boleh puasa, bahaya. Marni, pergi siapkan breakfast, esok pun sama, sampai saya kata tak payah siapkan breakfast, baru awak tak payah siapkan, ok.?”.

Marni segera ke bilik dapur menyiapkan apa-apa yang patut, Sumayyah pulak pergi sambung layan Spongebob. Macam la Sumayyah tak tahu, mak dengan ayahnya tue mana ada gastrik, alah, Doktor Fauzi punya pengesahan sakit tue boleh beli la, tambahan pulak Doktor Fauzi memang doktor peribadi keluarga mereka. Tak lama kemudian, Puan Sri Kalsum dan suaminya pun keluar dari rumah menyelesaikan urusan masing-masing yang tak pernah settle tue. Sebelu keluar, Puan Sri Kalsum sempat bertanya kepada anak daranya tue, “Ada orang mati ke hari nie Sue?”. “Takdelah Ma, kenapa tanya macam tue pulak?” jawab Sumayyah sedikit curious. “Yang Sue pegi pakai baju kaler hitam gelap tue kenapa? Pegi tukar la, takut mama tengok.”, kata Puan Sri Kalsum. Segera Puan Sri Kalsum beredar, namun Sumayyah buat rilek je, malas melayan kehendak ibunya tu.


Kalau setakat baju kurung, apa kelas...


Dah dekat pukul 1 petang, perut Sumayyah dah mula bergemerincing, Sumayyah mula membuat muka tensen, nak makan tak boleh, nak berbuka je kang tak pasal-pasal kena gelak pulak dengan Rizal. Sabar je laa. Tiba-tiba loceng pintu berbunyi. Marni segera membuka pintu untuk melihat siapakah gerangan manusia yang memetik loceng itu. Seketika kemudian, Marni pun datang kepada Sumayyah.

“Neng, teman neng datang mau ketemu sama neng.”

Terkejut Sumayyah,
“Teman, sapa?”

Bersambung...

Wonder Woman

Sep 11, 2009

2 Komentar


Aku ada mengenal seorang wanita, yang bagiku sangat istimewa, tersangat istimewa, aku kenal dia di tempat aku belajar sekarang. Asiah namanya, classmate aku, tapi aku panggil dia Kak Asiah, semua orang panggil dia Kak Asiah, sebabnya, dah memang umurnya dah tak berapa remaja dah, 26 kalau tak silap. Pada pandangan aku, dialah wanita yang paling istimewa pernah aku kenal selama hidup aku ni. Nie kira untuk kategori jenis manusia yang boleh dikatakan sebaya ngan aku je laa, so, secara teknikalnya, mak aku excluded laa dari kategori nie.

Istimewanya seorang wanita yang bernama Asiah nie, dia dah berumah tangga, anaknya lima orang, tapi dia masih masih lagi study semester 1 Bachelor of Legal Studies. Bunyinya macam kureng sikit kan. Dulunya sebelum aku kenal dia, aku terpikir gak, kenapa lambat sangat perjalanannya? Sampai dah ada anak baru dok study degree lagi, hmm, dan banyak lagi sebenarnya persepsi buta yang telah aku andaikan tanpa usul periksa atau menjalani sebarang peperiksaan. Setelah dikaji dan diadakan research secara berperingkat-peringkat, maka dapatlah aku simpulkan, yang Kak Asiah memang wanita yang istimewa.


Lihat sajalah pada penampilannya sehari-harian, dengan jubahnya, tudung labuhnya, setiap hari, yang tue je lah style yang Kak Asiah peragakan dalam kelas, Cuma kalernya je yang berbeza-beza. Dunia zaman sekarang, pakai camtue boleh kata disastrous gak laa untuk dikenakan pada setiap hari bagi seorang pompuan (aku rasa laa). Yelah, nak berselubung sempurna macam tue tiap-tiap hari, sapa sanggup, budak-budak jantan yang aurat dari pusat ke lutut tue pun berapa ramai yang tak mau tutup bagi sempurna, apatah lagi nak berselubung habis macam tue. Nasib baik kerajaan banned pakai purdah, kalau tak, rasanya dengan purdah sekali Kak Asiah nak kenakan. Respek giler!!!

Laginya, Kak Asiah ada lima orang anak(recently). Yang aku pelik tahap tertingginya, macam mana result exam dia tetiap sem gempak giler? 3.98, 4.00,… Dengarnya, anak-anaknya tue semua duduk dengan dia, takdenya nak pass anak-anak kat mak bapak macam sesetengah wanita yang bekerjaya suka buat. Macam mana seorang wanita yang punya anak yang bukan satu, bukan dua, tapi lima orang, mampu memperoleh CGPA yang sepatutnya hanya mampu digapai oleh seorang student yang menghabiskan banyak masa-masa senggangnya hanya dengan mentelaah pelajaran?

Dah la anak-anak duduk dengan dia, suaminya pulak dengarnya jenguk seminggu sekali je, sebab suaminya kerja sebagai engineer Petronas kat Pahang. Maksudnya, di samping nak kena concentrate pelajaran, urusan anak-anak sehari-harian pun mesti nak kena diuruskan bersama, time kelas tue tataw la dia buat macam mana nak urus anak-anaknya tue tapi yang pasti, dia takkan abaikan anak-anak dia sebabnya dia mesti tahu tanggungjawabnya tambahan pulak dia seorang IBU.


Kalau dah namanya IBU, anak-anak mesti diutamakan walau apa jua keadaan sekalipun

Dalam kelas pulak, Kak Asiah antara yang paling aktif sekali. Bab-bab nak tanya soalan kat lecturer nie, serah kat beliau je la. Nak kemukakan pandangan yang kena pada topik, nak buat presentation depan kelas, nak settle assignment dan macam-macam lagi, Kak Asiah la yang paling excellent. Malas-malas aku nie pun kekadang terasa malu jugak dengan Kak Asiah, ye lah, sepatutnya budak-budak bujang yang kurang tanggungjawab macam aku nie la yang kena aktif sikit dalam kelas, nie tak, student yang banyak tanggungjawab lain dari pelajaran yang aktif.

Tak kira lagi bakat-bakat kurniaan Allah yang ada padanya, rilek je boleh menang johan pertandingan Tilawah antara student-student ipt kot kalau tak silap, masa tahun 2008 kat Universiti Petronas, hujung tahun yang sama gak dengarnya Kak Asiah jadi pendebat terbaik pertandingan debat Vice Chancellor. Wargghh!!! Kalau setakat masuk je aku tak heran beb, ini siap jadi yang terbaik antara yang terbaik satu Malaysia tuu. Itu pencapaian dia yang aku tahu je, yang aku tak tahu entah ada banyak lagi. Dan jangan dilupakan, Kak Asiah berjaya dalam masa yang sama bergelar seorang IBU yang mempunyai anak yang bilangannya bukan seorang dua.

Yang kes Kak Asiah lambat sikit tue, dengarnya before this dia buat Medic kat salah sebuah IPTA kat Malaysia yang lain dari tempat aku ni, tapi disebabkan kawin awal dulu, jadinya, pelajaran terpaksa distopped kan kejap la sebab dah baru kawin ney, banyak benda nak kena dimaintainkan. Tapi sebab minatnya pada ilmu, tak kisah la nak kena mula dari bawah balik even umur dah tak berapa nak suit. Bagi aku, Kak Asiah menyahut seruan Nabi saw, “Tuntutlah ilmu dari buaian hingga ke liang lahad”. Bukan macam sesetengah kita nie, yang kebanyakannya bajet umur 25 dah settle belajar dan dah ada kerja sendiri dan dah target nak kawin.

Kak Asiah merupakan contoh yang menunjukkan bahawa Islam tak pernah discriminate wanita even dunia dah advance, macam yang selalu dihebohkan oleh orientalis barat tue. Wanita nak belajar tinggi-tinggi, nak capai tahap yang terbaik, nak keluar dari stereotaip adat, buatlah, Islam tak pernah larang, tapi, hukum Agama tetap hukum Agama. Buatlah apa sahaja asalkan jangan lari dari Kehendak Tuhan.

Nak lebih dari lelaki sampai lelaki terpaksa bergantung pada wanita pun takpa, asalkan hukum Tuhan tak diketepi...

Mungkin aku tak tahu derita Kak Asiah dalam hidupnya, berjuang mencari ilmu sambil mendidik dan membesarkan anak-anaknya, tapi yang pasti, harga derita yang dibayar tak sedikit. Sebab semakin besar sebuah perjuangan, semakin besar harga derita yang perlu dibayar, dan semakin besar harga derita yang dibayar, semakin lumayan hasil ganjarannya, sebab setiap investment mesti ada untung ruginya, dan sesungguhnya, investment dengan Tuhan tak akan merugikan dan pasti menguntungkan. Namun, aku tak pernah langsung nampak derita di wajahnya kat dalam kelas, dengan senyumnya yang tak pernah lekang, semangatnya yang jelas dapat diperhati, kalaulah memang tinggi nilai derita yang Kak Asiah bayar dalam perjuangannya itu. That's why i'm telling that, she's special.

Tengoklah zaman Nabi dulu, isteri baginda, Khadijah, antara ahli perniagaan paling kaya sekali kat Makkah, Siti Aisyah, para sahabat rujuk kat beliau banyak gak nak tau pasal hadis Nabi, siap pernah jadi panglima perang lagi. The point is, wanita dalam Islam indeed berada dalam posisi yang terbela, tapi ia nampak tak terbela kerana sikap kebanyakan wanita Islam itu sendiri yang cuba untuk lari dari Hukum Tuhan. Human rights la, feminism la, fight to freedom la, dan macam-macam ideologi mengarut lagi lah yang wujud dalam dunia hari ni yang rata-rata cuba melawan Hukum Tuhan. Aku rasa, kalau banyak wanita yang seperti Kak Asiah kat Malaysia nie, aku pasti, isu-isu bodoh macam tue takkan timbul sebab Islam sesungguhnua tak pernah limit sikit pun hak wanita dari dulu, kini dan selamanya.

Apa yang aku nampak, Kak Asiah merupakan seorang wanita yang mampu berdikari, biarpun berapa banyak tanggungjawab pun yang Tuhan bebankan atas dia. Sememangnya satu ciri yang layak menjadi Isteri kepada seorang pejuang Agama. Sebab memang sunnah orang yang berjuang, selalu terpaksa pergi berjuang dan berkelana, terpaksa meninggalkan anak dan isteri, macam Nabi Musa as, terpaksa tinggalkan isterinya unttuk menyahut seruan Ilahi berdakwah kat Firaun. Aku tak tahu suami Kak Asiah berjuang atau tak untuk Agama, tapi, kalaulah suaminya itu seorang pejuang, pasti dia akan selalu memanjatkan syukur pada Rabbul Izzati di setiap ratap munajatnya sebab dikurniakan Isteri seperti Siti Hajar dan Ummu Sulaim yang bernama Asiah ini.


Balu Allahyarham Ustaz Asri Ibrahim, Nor Jannah: Contoh isteri seorang pejuang yang paling jelas...

Kalau Engkau Miskin -Part 2-

Sep 7, 2009

1 Komentar
“Neng, bangun neng, sahuur…”

Tiba-tiba kedengaran suara seorang wanita yang nadanya lebih ke arah loghat Marshanda dalam cerita ‘Soleha’. Perlahan-lahan Sumayyah cuba membuka matanya, nyata memang minah Indon pun yang ada di depan matanya.

“Bangun neng, udah sahur neh.”
“Pukul berapa sekarang Marni?”, Tanya Sumayyah yang masih blur.
“Yaa udah jam 5, makanan udah disiapin, saya nungguin di bawah ya”
“Ye lah.” Balas Sumayyah ringkas dan padat.

Sumayyah usha sekeliling biliknya yang besar bagak saiznya, dilihat katilnya yang kalau direbahkan anak kucing sekalipun boleh tenggelam empuknya, tv ada, pc pun ada, semuanya ada. Semenet diambil Sumayyah untuk refresh balik kepala otaknya yang baru bangun tido, diingat balik, ayahnya, Tan Sri Salleh, bukanlah penoreh getah seperti yang digambarkan, begitu juga dengan ibunya, Puan Sri Kalsum, jangan kata jual kerepek ubi, kuali nak goreng ubi tue pun Puan Sri Kalsum tak pernah sentuh setau Sumayyah.

“Ces! Mimpi rupanya, giler cuak, nasib baik tak miskin betul-betul.”, bisik hati Sumayyah sedikit lega. Di samping itu, baru Sumayyah teringat, hari nie baru masuk 1 Ramadhan, semalam entah apa mimpinya beria-ia sangat suruh Marni gerakkan dia sahur.

Segera Sumayyah turun ke bawah untuk menikmati juadah sahur yang disiapkan oleh Marni, amah Indon keluarganya. Dilihatnya juadah yang disediakan nampak gayanya macam hidangan makan untuk satu kepala aje, apa ke pelik, takkan dia sorang je nak bersahur. Sebaik sahaja Sumayyah duduk di kerusi meja makan yang diimport khas dari Itali tu, Sumayyah terus membuka suaranya yang serak-serak basah dek kerana baru bangun tido, “Marni, papa ngan mama tak sahur sekali ke?”

“Tuan sama puan kecape’an sih, kelmarin mereka pulang lewat dari parti rumah teman Tuan Salleh” kata Marni sambil meletakkan sudu dan garfu di hadapan Sumayyah.

Baru Sumayyah teringat, semalam ayah dan ibunya menghadiri parti di rumah Datuk Kamarul pasal nak celebrate Datuk Kamarul yang bebas dari tuduhan rasuah dua hari lepas. Sumayyah juga teringat gambar Datuk Kamarul di muka depan akhbar Utusan yang juga dua hari lepas yang bertajuk utamakan ‘KAMARUL BEBAS TUDUHAN’. Kes rasuah Datuk Kamarul memang mendapat liputan meluas seluruh Negara sejak 5 bulan lepas. Geli hati Sumayyah mengingatkan gambar tersebut yang mana Datuk Kamarul sedang mengaminkan doa seorang pak imam yang ada di depannya, “Giler hipokrit” bisik hati Sumayyah.

“Papa ngan mama sampai umah jam berapa Marni?” Tanya Sumayyah.
“Kurang lebih jam 4 tadi neng.” Jawab Marni sambil menuangkan jus epal campur ekstrak aloe vera ataupun bahasa pasarnya ‘lidah buaya’.

Kalau setakat Teh Ais, bukan standard Sumayyah laa...

Sumayyah terus menikmati hidangan sahur yang berupa spaghetti bersama sos cili spesel, yang macam kat Nando’s, yang memang menjadi feveretnya. Tengah syok-syok melayan makanan tersebut, tiba-tiba kedengaran bunyi pintu utama terbuka. Sumayyah rilek je, sebab dah tau tue mesti Rizal, adiknya. Dilihat kearah pintu utama untuk mencari kepastian, memang sah la itu Rizal. Melihatkan kakaknya yang tengah syok makan spaghetti sorang-sorang, Rizal pun datang menerpa ke arah kakaknya, kemudian duduk di kerusi bertentangan dengan kerusi Sumayyah.


Menjadi kebiasaan untuk Rizal pulang lewat malam...

“Marni, buat fresh oren, cepat sikit!!!” seru Rizal kepada Marni yang berada di dapur tengah menikmati hidangan sahurnya yang berupa lebihan spaghetti yang dimasaknya untuk Sumayyah tadi beserta tempe goreng dan air kosong. Segera Marni memenuhi permintaan Rizal itu.

Di meja makan, Rizal membisu seribu bahasa sambil buat muka toya depan Sumayyah, dikeluarkan sebatang rokok, dan dihisapnya buat melepaskan tensen di dada, Sumayyah yang naik rimas dengan keadaan adiknya itu segera bertindak balas, “Woi jantan! Ko tak nampak ke aku tengah makan nie? Nak menyedut-nyedut pegi mampos la kat bilik ko tue, bloody fool betul!” marah Sumayyah pada adiknya yang berpenampilan tak macam orang Malaysia langsung tue, Rizal wat dono je dengan telatah kakaknya.

Melihatkan keadaan adiknya yang dah macam orang kalah judi tue, Sumayyah cuba untuk slow talk dengan Rizal dengan harapan boleh la tau pa masalah yang sebenarnya terjadi seterusnya dijadikan modal untuk bergosip dengan kawan-kawan di sekolah nanti. “Nie apahal muka ko cam bajingan nie? Cuba ko story sikit kat akak. Who knows, I can do some favour.”.

Berubah raut wajah Rizal yang tadinya toya kepada wajah yang lebih kepada kanak-kanak mendapat cekelat Cadbury, “Pinjam aku 5 ribu kak.” Kata Rizal memulakan bicara. “Ko kalah race lagi ek tadi?” Tanya Sumayyah ingin tahu. “Ye laa, alah nanti aku bayar la balik, boleh ke tak?” balas Rizal sedikit kurang ajar.

“Bukan aku tanak bagi, but the thing is, banyak pulak duit ko nak bayar balik duit aku, kan dah abis banyak duit ko setting Evo ko yang cam tapir tu.” Kata Sumayyah dengan niat ingin memberi sedikit provokasi ke atas adiknya. “Alah kak, this weekend ada race lagi tau, kalau aku menang race tue, aku boleh bayar duit ko double la.” Jawab Rizal penuh keyakinan.

Rizal berkecimpung dalam arena lumba drift haram...

“Kalau menang la, kalau kalah macam mana?” kata Sumayyah inginkan kepastian. “Tolong la kak, penah ke aku tak bayar hutang ko, tadi pun aku kalah sebab kepala aku pening sikit, ko pun tau kan banyak race aku selalu menang, please la kak, if I don’t pay that damn 5 thousands, mau arwah aku kena belasah dengan racer-racer dadah tu” kata Rizal sedikit sebanyak berjaya memujuk Sumayyah untuk accept proposalnya.

“Kehkehkeh, macam la ko tak makan dadah, apsal tak mintak je kat awek-awek ko yang katanya keliling pinggang tuh?” tanya Sumayyah masih dengan niat untuk mem’provoke’ adiknya, “Diorang tu? Harap dressing je vogue, bajet anak VIP, nak pegi jamban dua posen tue pun mintak kat aku kak, ney kan pulak nak bagi 5 ribu, bertuah diorang nak bagi, nasib baik ‘barang’ best, kalau tak dah lama aku tinggal.”.

” Ye lah, sok aku bank-in masuk akaun ko, tapi ingat, bayar double ek, ko tak bayar double mati terbeliak ko nanti.” Jawab Sumayyah memotong dialog adiknya daripada melarat ke lain pulak jadinya.

Betapa hepinya Rizal mendengarkan keputusan kakaknya untuk meminjamkan duit 5 ribu tersebut. Tak lama lepas tue Marni pun sampai dengan fresh oren yang di minta Rizal sebentar tadi. Liar tangan Rizal mengambil gelas fresh oren dari Marni sambil meraba-raba tangan Marni, Ye lah, bukan takat suara Marni je yang macam Marshanda, raut wajah Marni juga tak ubah kiut macam Marshanda, entah-entah memang Marshanda. Sepantas kilat Marni menarik tangannya dan kembali ke dapur, nasib baik Marni punya basic agama yang utuh untuk melawan serakah nafsu Rizal yang sememangnya kasanova Malaya.

Diminum fresh oren tersebut bagai unta yang kehausan, tetapi masih ada lagi persoalan yang belum terungkai di pemikiran Rizal sejak tadi. Baru Rizal sedar yang jam masih pukul 5 pagi, apa masalah kakaknya tiba-tiba breakfast sikit punya awal.

“Giler awal ko breakfast hari ni kak, ada wake up called ke pagi nie?” Tanya Rizal sedikit curious. “Aku sahur la. Kan hari nie dah masuk bulan posa.” Jawab Sumayyah ringkas.

“HAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHA!!!!!!!!”

Bergema satu rumah dek kerana hila tawa Rizal yang tak terkawal langsung tuh. Mentang-mentanglah rumah besar, gelak kuat mana pun takkan sampai ke master bedroom Tan Sri Salleh dan Puan Sri Kalsum punya, sapa nak marah. “What so funny? Aku bersahur pun nak gelak ke?” Sumayyah kurang senang dengan reaction adiknya yang menggelakkannya sambil menghisap rokok yang masih lagi tersisa barang 2 inci. “Ko nak posa ke hari nie kak? Know what, this is so unbelievable, absolute miracle tau, Sumayyah binti Tan Sri Salleh puasa. Lawak la statement tue kak, jin mana la yang dah rasuk ko nie, hish, nonsense lah.” terang Rizal sambil meneguk fresh oren di atas meja.

“Eh, betul la, hari nie kan dah masuk bulan posa, aku nak puasa pun salah ke, ko dengki ek aku posa, malu la tue, aku posa ko tak posa.” Kata Sumayyah cuba membela dirinya sendiri. “Eleh, kerek pulak, ko baru sahur tau, belum cukup satu hari posa dah nak belagak ngan aku, for sure la kan, orang lain bukak posa time maghrib, tapi ko mesti time Zuhur lagi dah berbukak, dah siap moreh pun, kahkahkah!!! Nie lepas ni ko nak pegi bejemaah Subuh kat Masjid ke? Hehe.” tanya Rizal sedikit sinis.

Sumayyah yang dari tadi memuncungkan muka terus menjawab, “Aku cakap aku nak posa je kan, aku tak kata pun aku nak semayang, aku dah elok-elok nak tahan makan satu hari nie pun dah kira cukup baik tau.”. Rizal ketawa kecil mendengar jawapan kakaknya itu sambil menghabiskan sisa rokoknya. “Pelik-pelik la ko nie kak, kira lepas la nanti ko nak masuk syurga dengan posa ko yang baru nak mula nie? Apa la mimpi ko nie tiba-tiba nak posa pulak.”.

“Sebut pasal mimpi kan, ko tau tak, semalam aku mimpi weird giler, tiba-tiba kita hidup miskin sangat, ko pikir la, nak makan pun takde, ko pun ada gak dalam mimpi aku semalam, tapi aku tengok ko lain la.” Sumayyah cuba menukar topik untuk lari dari terus diperli Rizal. “Lain yang macam mana?” Rizal mula menujukkan minat tentang mimpi kakaknya tue.

“Ko tak macam nie, cakap pun berlembut je, kuat semayang, rajin pegi surau, pastue kan…”, belum sempat Sumayyah menghabiskan ayat, Rizal terus mencelah, “Dah la kak, aku ngantuk la, entah drama apa yang ko tengok semalam sampai mengarut-ngarut mimpi ko tue, eh, duit tue jangan lupa bank-in ek, by today gak tau, kalau tak mampos aku.”.

Rizal terus beredar dari meja makan untuk ke kamar tido. Sumayyah yang agak kecewa kerana adiknya tidak mahu mendengar cerita mimpinya yang semalam tue sampai habis, terus menyambung makan spaghetti yang tinggal sesuap dua lagi je tue. Belum sempat Sumayyah menjamah suapan yang terakhir, Rizal datang lagi dengan niat memberi sedikit peringatan, “Ko dah posa hari nie kan, jangan nak ‘ringan-ringan’ dengan ‘hubby’ kesayangan ko tue pulak, batal posa tue nanti, hahahaha!!!”. Tersentak dengan kata-kata adiknya tue, Sumayyah baru teringat.

“Hubby???”

Bersambung...

Menangislah Selalu...

Sep 5, 2009

0 Komentar


Menangislah selalu,

Nasib kita belum tahu,

Walaupun dalam petunjuk,

Belum tentu diterima.


Kita patut selalu pilu,

Mengenang nasib sendiri,

Kematian belum tentu,

Apakah dalam Iman,

Ataupun sebaliknya.



Kita patut selalu pilu,

Walaupun kita beramal,

Belum tentu diterima.


Walaupun dalam petunjuk,

Apakah sampai ke hujung,

Kita tiada masa ketawa,

Walaupun kita bertaubat,

Belum pasti diterima.


Menangislah selalu,

Penutup umur kita belum tahu,

Pintalah kepada Tuhan,

Agar petunjuk-Nya sampai ke Syurga.



Mawaddah

Kalau Engkau Miskin -Part 1-

Sep 4, 2009

0 Komentar


Kala senja Ramadhan itu, di waktu semua kaum Muslimin semua sedang bersiap-siap dengan juadah berbuka puasa, tak kisah lah juadah yang ringan-ringan dulu ke, mahupun yang berat-berat, terduduk sang anak gadis di salah satu sudut di sebuah rumah usang di hujung Kampung Kayu Kacak. Sumayyah namanya, anggun wajahnya walaupun tak mengenakan sebarang make up even yang murah punya yang selalu dijual secara langsung oleh Makcik Rogayah Jamu.

Setelah selesai menggoreng ikan kembung ataupun ikan temenung kata orang utara, diambik sedikit masa untuk melepaskan penat yang ditanggung akibat menyiang dan menggoreng ikan tersebut yang mana prosesnya mengambil masa tak lebih lima puluh minit pun. Actually, penat Sumayyah bukan kerana nak menyiapkan juadah berbuka tersebut, akan tetapi, hal yang sebenarnya Sumayyah dah naik penat dan tensen pasal balik-balik ikan temenung aje yang nak dimasak buat juadah berbuka, kalu tak digoreng, buat masak kicap. Kalu nasib baik sikit, boleh jugak la nak merasa masak lemak cili api atau pun masak asam pedas, itupun baru tiga kali bukak puasa Sumayyah berpeluang menikmati juadah yang beralternatifkan selain ikan goreng. Nak buat macam mana, kalau tak mengenangkan keadaan keluarganya yang mana ayahnya, Pak Salleh yang hanya bekerja sebagai penoreh getah tradisional nun di kebun getah hujung kampung tue, tue pun kebun orang lain, ayahnya cuma ambik upah je, dan maknya pulak, Makcik Kalsum hanya mampu menjual kerepek ubi yang dimasak tak sampai dua kuali satu hari tue, dah lama dah dia buat riot depan mak bapak dia mintak ubah menu bukak puasa tue. Apa kan daya, nasib badan, dilahirkan dalam keluarga yang boleh dikatakan miskin jugak laa.

Lusa dah nak raya, keluarga orang lain dah bersiap-siap dengan seribu satu jenis persiapan nak menyambut hari raya. Dengan baju barunya, perabot baru, kain keten baru, pinggan mangkuk baru, kuih raya yang bermacam-macam jenis, buluh pelita, buluh lemang, buluh meriam, bagi yang ganaz sikit akan bermain mercun, tak kisah ah mercun yang dibeli di kedai apek macam ‘kem’ kat Sungai Bakap tue, mahupun mercun buatan sendiri. Keluarga Sumayyah je yang cool dan tak menggelabah walaupun lusa dah nak raya.


Cool Keluarganya Umpama Embun Pagi

Baju, macam biasalah, recycle je yang lama punya, mana-mana yang dah berlubang tue, pass kat makcik Kalsum je la nak menampalnya. Alah, selain Sumayyah, cuma Rizal, adiknya sahaja lah yang nak melaram time hari raya pun, tue pun, semenjak dah mencapai umur akil baligh ni, Rizal dah tak kisah tentang pakaiannya, masa raya ke, masa tak raya ke, sebab Rizal cukup memahami keadaan keluarganya yang tak berapa nak berduit tu. Perabot pulak, harapkan sofa rotan yang YB daerah derma sepuluh tahun lepas masa kempen pilihanraya time tue je lah, kuat lagi rotannya tue. Kuih, kerepek ubi makcik Kalsum tue, kalau cicah dengan sos cili Aminah Hassan tue pun sedap jugak, tak payah susah-susah nak buat kuih dah, keluar modal lebih sikit je nak beli sos cili tu.

“Su! Dok tercegat apa lagi tu, dah masuk waktu nie.”

Jerit makcik Kalsum kepada anaknya yang cun tue, terkejut cipan Sumayyah dibuatnya, kalau nak panggil pun bagi la salam dulu, lemah semangat kesukanan Sumayyah dek jeritan yang tiba-tiba memecah kesunyian tue..

“Nak datang la nie!!!”

Balas Sumayyah selamba walaupun masih lagi dalam kejutan akibat jeritan makcik Kalsum yang ala-ala Ning Baizura tonenya. Macam biasa Rizal akan membacakan doa berbuka dan doa makan sambil diaminkan oleh Pakcik Salleh, makcik Kalsum dan Sumayyah, dan macam biasa jugak mula berbuka dengan sebijik buah tamar, takde la sebijik untuk semua, sebijik seorang la maksudnya.

Tamar Yusuf Taiyoob tue lah yang disedekahkan oleh Sulaiman, classmate Sumayyah kat sekolah, yang disedekahkan atas nama parents dia, Encik Fahim dan Puan Kamaliah, padahal tu trick Sulaiman je nak ‘meneckle’ Sumayyah untuk menjadi aweknya. Ikutkan hati, malas Sumayyah nak melayan pemberian tak ikhlas Sulaiman tu, tapi mengingatkan keluarganya yang sah-sah tak mampu nak beli buah tamar barang sekotak, terima je la. Sumayyah memang cukup anti benda-benda kapel nie, walaupun Sulaiman join Pemuda Pas dan juga RELA, namun Sumayyah tetap tak berkenan untuk menjalinkan hubungan dengannya atas tiket kapel. Bukan takat Sulaiman je, proposal jantan-jantan rebutan kat sekolahnya yang lain seperti Zulfikry, Kushairi, Ahmad Hadi, dan banyak lagi juga turut ditolak mentah-mentah oleh Sumayyah.

Setelah settle solat Maghrib berjemaah sekeluarga, barulah dibedal nasik yang dah dimasak berlaukkan ikan temenung goreng berkuahkan kicap kipas udang dan sambal belacan. Walaupun lauk yang sama dibuat berbuka saban hari, namun pakcik Salleh sekeluarga tetap hepi je time makan. Rizal tak henti-henti memuji masakan beregu handalan, makcik Kalsum dan Sumayyah, biarpun lauk yang sama yang dimakannya untuk hari yang ke second last puasa nie. Malahan, masa makan ni lah pakcik Salleh gunakan untuk bergurau senda dan bertanyakan perkembangan pelajaran Sumayyah dan Rizal, tambahan pulak, Rizal bakal menduduki peperiksaan PMR tahun ni, makin kerap la pakcik Salleh push Rizal supaya belajar rajin-rajin.

Dijadikan laa Sumayyah sebagai role model, ye lah, PMR akaknya tahun lepas excellent 8A. Bengang jugak Sumayyah ayahnya dok bukak cerita nostalgia tue, apa taknya, 8A tue la yang menyebabkan sebuah sekolah boarding school kat belah selangor tue hantar surat offer belajar kat situ, tapi sardin je pakcik Salleh bakar surat offer tue senyap-senyap sebab takut Sumayyah dapat tahu dan nak pergi ke boarding school tue, dia mana ada duit nak tanggung makan pakai dan tiket bas anaknya tue nak ulang alik dari Selangor nak ke utara nie. Last-last kantoi gak, member kamceng Sumayyah, Haliza dan Noor, terbagitau kat Sumayyah tentang tawaran tue lepas diorang check sendiri pakai internet, mau tak mengamuk Sumayyah time tue, tapi tue cerita lama la.

Lepas tue, sama-sama la diorang sekeluarga pergi berjemaah Isya’ dengan Tarawikh kat surau kampung. Settle Solat terus Sumayyah dan parentsnya balik ke rumah, Rizal macam biasa, lepas Isya’ terus stay kat surau sampai tengah-tengah malam baru balik, buat Ibadat lebih katanya, kadang-kadang time sahur baru sampai rumah. Tatkala Sumayyah sampai je rumah, siap-siap nak tido je la, nak kata lapar, biskut ‘pat sagi’ ngan teh panas yang dibedal time moreh tadi rasanya dah cukup untuk alas perut.

Rizal Juga Bersama Rakan-rakannya Overnight Di Surau

Di gelap malam itu, seperti biasa, sebelum tido, Sumayyah terus berfikir akan nasib dirinya, kenapalah hidup nie susah sangat, dah la miskin, rumah pun besar sikit daripada bangsal kereta Tok Ketua tue je, nasib baik empat beranak je yang duduk, buatnya makcik Kalsum termengandung sekali lagi lepas Rizal dulu, alamatnya roboh la rumah tu dek kerana overloaded dengan manusia. makan pun balik-balik yang sama, tempat tido pun alas toto je, pakaian jangan haraplah nak yang lawa-lawa, duit simpanan rasanya simpan lagi tujuh keturunan pun belum tentu cukup even nak buat bayar down payment Kancil, apa laa nasib, nak dikomplen, kang tak pasal-pasal kena sumpah jadik peti ais pulak, dah tau condition mak ayah macam mana, demand lebih-lebih apa kes.


Besar Sikit Daripada Pondok Nie La Rumah Sumayyah

Tapi, apa kan daya, susah sekali Sumayyah nak bersikap seperti adiknya, Rizal, bersyukur je dengan apa yang ada, Sumayyah tak, dari lahiriah je nampak cam Redha, tapi dalamannya, dia tak pernah berpuas hati dengan keadaan hidupnya yang serba kekurangan tuh. Kengkawan lain semua dah pakai henset, cikai-cikai pun yang Nokia 3310 nye model, ada yang dah ada lesen motor, selalu hang out kat town, jalan-jalan tengok wayang, makan kfc, beli baju baru, kasut baru, beg tangan baru, pergi spa, buat rawatan facial,… untuk Sumayyah, jangan harap la, beg sekolah yang dia dok guna tue pun yang pertama lah yang digunakan dalam hidupnya start darjah dua dulu.

Nie raya dah dekat, baju raya yang dah lima season tue jugak laa yang nak dipakai jugak nanti. Pelan-pelan air matanya mengalir di pipi, bukan yang pertama kali nye air mata tue, kalau dikumpul-kumpul sejak dari yang first punya dulu, mau cukup tujuh kolah Masjid tue gamaknya. Sedih sungguh rasa hati Sumayyah mengenangkan nasibnya itu. Hatinya pun berbisik…

“Ya Allah, ingin benar rasanya hidup macam orang kaya, bukan aku tak Redha dengan nasib ku ini, namun keadaannya benar-benar menghimpit diriku…”

Tak sampai semenet lepas tu, Sumayyah pun tertido….

Bersambung...