
Kala senja Ramadhan itu, di waktu semua kaum Muslimin semua sedang bersiap-siap dengan juadah berbuka puasa, tak kisah lah juadah yang ringan-ringan dulu ke, mahupun yang berat-berat, terduduk sang anak gadis di salah satu sudut di sebuah rumah usang di hujung Kampung Kayu Kacak. Sumayyah namanya, anggun wajahnya walaupun tak mengenakan sebarang make up even yang murah punya yang selalu dijual secara langsung oleh Makcik Rogayah Jamu.
Setelah selesai menggoreng ikan kembung ataupun ikan temenung kata orang utara, diambik sedikit masa untuk melepaskan penat yang ditanggung akibat menyiang dan menggoreng ikan tersebut yang mana prosesnya mengambil masa tak lebih lima puluh minit pun. Actually, penat Sumayyah bukan kerana nak menyiapkan juadah berbuka tersebut, akan tetapi, hal yang sebenarnya Sumayyah dah naik penat dan tensen pasal balik-balik ikan temenung aje yang nak dimasak buat juadah berbuka, kalu tak digoreng, buat masak kicap. Kalu nasib baik sikit, boleh jugak la nak merasa masak lemak cili api atau pun masak asam pedas, itupun baru tiga kali bukak puasa Sumayyah berpeluang menikmati juadah yang beralternatifkan selain ikan goreng. Nak buat macam mana, kalau tak mengenangkan keadaan keluarganya yang mana ayahnya, Pak Salleh yang hanya bekerja sebagai penoreh getah tradisional nun di kebun getah hujung kampung tue, tue pun kebun orang lain, ayahnya cuma ambik upah je, dan maknya pulak, Makcik Kalsum hanya mampu menjual kerepek ubi yang dimasak tak sampai dua kuali satu hari tue, dah lama dah dia buat riot depan mak bapak dia mintak ubah menu bukak puasa tue. Apa kan daya, nasib badan, dilahirkan dalam keluarga yang boleh dikatakan miskin jugak laa.
Lusa dah nak raya, keluarga orang lain dah bersiap-siap dengan seribu satu jenis persiapan nak menyambut hari raya. Dengan baju barunya, perabot baru, kain keten baru, pinggan mangkuk baru, kuih raya yang bermacam-macam jenis, buluh pelita, buluh lemang, buluh meriam, bagi yang ganaz sikit akan bermain mercun, tak kisah ah mercun yang dibeli di kedai apek macam ‘kem’ kat Sungai Bakap tue, mahupun mercun buatan sendiri. Keluarga Sumayyah je yang cool dan tak menggelabah walaupun lusa dah nak raya.
Cool Keluarganya Umpama Embun Pagi
Baju, macam biasalah, recycle je yang lama punya, mana-mana yang dah berlubang tue, pass kat makcik Kalsum je la nak menampalnya. Alah, selain Sumayyah, cuma Rizal, adiknya sahaja lah yang nak melaram time hari raya pun, tue pun, semenjak dah mencapai umur akil baligh ni, Rizal dah tak kisah tentang pakaiannya, masa raya ke, masa tak raya ke, sebab Rizal cukup memahami keadaan keluarganya yang tak berapa nak berduit tu. Perabot pulak, harapkan sofa rotan yang YB daerah derma sepuluh tahun lepas masa kempen pilihanraya time tue je lah, kuat lagi rotannya tue. Kuih, kerepek ubi makcik Kalsum tue, kalau cicah dengan sos cili Aminah Hassan tue pun sedap jugak, tak payah susah-susah nak buat kuih dah, keluar modal lebih sikit je nak beli sos cili tu.
“Su! Dok tercegat apa lagi tu, dah masuk waktu nie.”
Jerit makcik Kalsum kepada anaknya yang cun tue, terkejut cipan Sumayyah dibuatnya, kalau nak panggil pun bagi la salam dulu, lemah semangat kesukanan Sumayyah dek jeritan yang tiba-tiba memecah kesunyian tue..
“Nak datang la nie!!!”
Balas Sumayyah selamba walaupun masih lagi dalam kejutan akibat jeritan makcik Kalsum yang ala-ala Ning Baizura tonenya. Macam biasa Rizal akan membacakan doa berbuka dan doa makan sambil diaminkan oleh Pakcik Salleh, makcik Kalsum dan Sumayyah, dan macam biasa jugak mula berbuka dengan sebijik buah tamar, takde la sebijik untuk semua, sebijik seorang la maksudnya.
Tamar Yusuf Taiyoob tue lah yang disedekahkan oleh Sulaiman, classmate Sumayyah kat sekolah, yang disedekahkan atas nama parents dia, Encik Fahim dan Puan Kamaliah, padahal tu trick Sulaiman je nak ‘meneckle’ Sumayyah untuk menjadi aweknya. Ikutkan hati, malas Sumayyah nak melayan pemberian tak ikhlas Sulaiman tu, tapi mengingatkan keluarganya yang sah-sah tak mampu nak beli buah tamar barang sekotak, terima je la. Sumayyah memang cukup anti benda-benda kapel nie, walaupun Sulaiman join Pemuda Pas dan juga RELA, namun Sumayyah tetap tak berkenan untuk menjalinkan hubungan dengannya atas tiket kapel. Bukan takat Sulaiman je, proposal jantan-jantan rebutan kat sekolahnya yang lain seperti Zulfikry, Kushairi, Ahmad Hadi, dan banyak lagi juga turut ditolak mentah-mentah oleh Sumayyah.
Setelah settle solat Maghrib berjemaah sekeluarga, barulah dibedal nasik yang dah dimasak berlaukkan ikan temenung goreng berkuahkan kicap kipas udang dan sambal belacan. Walaupun lauk yang sama dibuat berbuka saban hari, namun pakcik Salleh sekeluarga tetap hepi je time makan. Rizal tak henti-henti memuji masakan beregu handalan, makcik Kalsum dan Sumayyah, biarpun lauk yang sama yang dimakannya untuk hari yang ke second last puasa nie. Malahan, masa makan ni lah pakcik Salleh gunakan untuk bergurau senda dan bertanyakan perkembangan pelajaran Sumayyah dan Rizal, tambahan pulak, Rizal bakal menduduki peperiksaan PMR tahun ni, makin kerap la pakcik Salleh push Rizal supaya belajar rajin-rajin.
Dijadikan laa Sumayyah sebagai role model, ye lah, PMR akaknya tahun lepas excellent 8A. Bengang jugak Sumayyah ayahnya dok bukak cerita nostalgia tue, apa taknya, 8A tue la yang menyebabkan sebuah sekolah boarding school kat belah selangor tue hantar surat offer belajar kat situ, tapi sardin je pakcik Salleh bakar surat offer tue senyap-senyap sebab takut Sumayyah dapat tahu dan nak pergi ke boarding school tue, dia mana ada duit nak tanggung makan pakai dan tiket bas anaknya tue nak ulang alik dari Selangor nak ke utara nie. Last-last kantoi gak, member kamceng Sumayyah, Haliza dan Noor, terbagitau kat Sumayyah tentang tawaran tue lepas diorang check sendiri pakai internet, mau tak mengamuk Sumayyah time tue, tapi tue cerita lama la.
Lepas tue, sama-sama la diorang sekeluarga pergi berjemaah Isya’ dengan Tarawikh kat surau kampung. Settle Solat terus Sumayyah dan parentsnya balik ke rumah, Rizal macam biasa, lepas Isya’ terus stay kat surau sampai tengah-tengah malam baru balik, buat Ibadat lebih katanya, kadang-kadang time sahur baru sampai rumah. Tatkala Sumayyah sampai je rumah, siap-siap nak tido je la, nak kata lapar, biskut ‘pat sagi’ ngan teh panas yang dibedal time moreh tadi rasanya dah cukup untuk alas perut.
Rizal Juga Bersama Rakan-rakannya Overnight Di Surau
Di gelap malam itu, seperti biasa, sebelum tido, Sumayyah terus berfikir akan nasib dirinya, kenapalah hidup nie susah sangat, dah la miskin, rumah pun besar sikit daripada bangsal kereta Tok Ketua tue je, nasib baik empat beranak je yang duduk, buatnya makcik Kalsum termengandung sekali lagi lepas Rizal dulu, alamatnya roboh la rumah tu dek kerana overloaded dengan manusia. makan pun balik-balik yang sama, tempat tido pun alas toto je, pakaian jangan haraplah nak yang lawa-lawa, duit simpanan rasanya simpan lagi tujuh keturunan pun belum tentu cukup even nak buat bayar down payment Kancil, apa laa nasib, nak dikomplen, kang tak pasal-pasal kena sumpah jadik peti ais pulak, dah tau condition mak ayah macam mana, demand lebih-lebih apa kes.

Besar Sikit Daripada Pondok Nie La Rumah Sumayyah
Tapi, apa kan daya, susah sekali Sumayyah nak bersikap seperti adiknya, Rizal, bersyukur je dengan apa yang ada, Sumayyah tak, dari lahiriah je nampak cam Redha, tapi dalamannya, dia tak pernah berpuas hati dengan keadaan hidupnya yang serba kekurangan tuh. Kengkawan lain semua dah pakai henset, cikai-cikai pun yang Nokia 3310 nye model, ada yang dah ada lesen motor, selalu hang out kat town, jalan-jalan tengok wayang, makan kfc, beli baju baru, kasut baru, beg tangan baru, pergi spa, buat rawatan facial,… untuk Sumayyah, jangan harap la, beg sekolah yang dia dok guna tue pun yang pertama lah yang digunakan dalam hidupnya start darjah dua dulu.
Nie raya dah dekat, baju raya yang dah lima season tue jugak laa yang nak dipakai jugak nanti. Pelan-pelan air matanya mengalir di pipi, bukan yang pertama kali nye air mata tue, kalau dikumpul-kumpul sejak dari yang first punya dulu, mau cukup tujuh kolah Masjid tue gamaknya. Sedih sungguh rasa hati Sumayyah mengenangkan nasibnya itu. Hatinya pun berbisik…
“Ya Allah, ingin benar rasanya hidup macam orang kaya, bukan aku tak Redha dengan nasib ku ini, namun keadaannya benar-benar menghimpit diriku…”
Tak sampai semenet lepas tu, Sumayyah pun tertido….
0 Komentar:
Post a Comment