Oh, Sup Ali....

Aug 29, 2009

Antara perkara yang paling manusia normal tak mampu kawal ketika berada di Kajang adalah, menjaga hawa nafsu ketika berada di kedai makan Sup Ali. Begitu juga yang turut berlaku ke atas diri aku. Setiap kali kaki ini menjejak masuk ke perkarangan gerai Sup Ali, aku bagai hilang pedoman, tujuan hidup juga jadi kabur, dek kerana aroma sup masakan Ali yang sudah hampir lebih kurang enam ke tujuh tahun aku mabuk dengannya.

Bukan Sup Ali, sup bihun sup kat pasar malam Junjong, Kedah, kaw jugak


Dengan adunan rempah ratus yang mungkin datang stret dari Bombay, resipi juga mungkin turun temurun dari keluarga Ali yang technically berbangsa India, maka terhasillah sup Ali, dengan kepekatan supnya yang kaler kehijau-hijauan sikit, panas-panas pulak tue, aduh!!! Mengapalah tidak ditakdirkan untuk keluargaku mengenali Ali lebih awal, kalau tak, pasti kitorang sekeluarga tak kan berpindah rumah dari Kajang ke Penang. Mengenangkan kampung halaman yang terletak nun jauh di utara tanah air, adalah suatu perkara yang tak masuk akal untuk kerap mengajak ayahku datang ke gerai Ali paling tidak pun seminggu sekali.

Aku hanya dapat menikmati aroma kelazatan Sup Ali hanya apabila datang ke apartment abang aku di Kajang tue. Wajib datang, kurang-kurang sekali, kalau la tak datang, mau seminggu aku memuncungkan muka aku yang ala-ala Johnny Depp neh . Apa la yang Ali tue dah bubuh dalam sup dia tue, naik gian aku dibuatnya, mengalahkan gian mat pit terhadap ‘barang’nye dan gian budak-budak cilake yang suka tengok video-video tak berfaedah(blue). Kata orang, makanan-makanan kedai yang wat orang nak datang lagi tue, selalunya dia bubuh daun ketum @ ganja, ah! Tahyul ja tue semua, dah orang tue masak sedap, dia bubuh daun kari ke, daun sup ke, dedaun cinta ke, still sedap gak.

Kalau dah sedap, mesti licin punya...

Namun, segalanya berubah…

Bulan puasa tahun nie lah, kira lebih kurang dua tiga hari lepas, nak jadi cerita, abang aku ajak berbuka kat kedai Sup Ali Kajang tu. Chantek!!! Selepas penat sehari menahan lapar dan dahaga, dapat hirup sup Ali tue, besar rahmat sungguh la. Masuk je waktu azan Maghrib, solat dulu, then baru la serbu! Dek kerana menurutkan hawa nafsu yang cam binatang buas nie, aku order tulang kambing, dua tiga ketul gak la. Sedut isi tulang tue pakai straw, dengan hirup sup dia, aduhai, lazatnyaa…. Sampai lupa akan dunia dan segala isinya.

Habis je menyirup isi tulang tue, berpinau-pinau kepala aku, kabur je pandangan mata nie dek penangan sup Ali. Abis burn Tarawikh malam tue, sampai je umah, lepas settle Isya’, terus rebah tak sedarkan diri, sedar-sedar dah pukul 8 pagi, argghh!!! Miss sahur ngan Subuh, giler tensen, time bulan mulia ney la nak wat perangai cam orang munafik.

Bila makan banyak, Ibadat pun jadi berat

Sejenak aku curse Ali kerana supnya yang sedap sehingga menjilat jari tue telah membuatkan aku bertindak seperti yang demikian, then baru aku sedar, Ali langsung tak bersalah dalam hal nie, dia sekadar mencari rezeki yang halal buat menanggung anak bininya, yang salah aku, sebab gagal mendidik nafsu yang dah terang-terang Tuhan suruh jangan dok ikut sebijik-sebijik.

Itulah diri aku, hamba kepada nafsu sendiri, even dalam bulan Ramadhan yang penuh kelebihan serta kemuliaan nie, baru aku sedar, setan memang dah takde job ngan aku nie, dia sub kat nafsu aku je nak settle tender dia nak goda aku. Sup Ali benar-benar menyedarkan aku akan sipakah diri aku yang sebenarnya…..

Menyesallah sebelum terlambat

*gambar sekadar hiasan





1 Komentar:

Marzuky Yusuf said...

aku bc mastika ka..aku tgh bc blog hang nie..

Post a Comment