Dia Yang Ku Kenal -Part 2-

Aug 26, 2009

13 Ogos 09, dalam pukul 11.30am, baru balik dari lecture consti, macam biasa, layan internet, tiba-tiba abang datang ke rumah membawa berita yang benar-benar susah untuk aku percaya, dan aku tak mahu khabar tersebut suatu kisah benar, khabar yang menyatakan bahawa, ‘dia’ sudah pergi, pergi untuk selamanya, abang cool je, aku yang jadi tak keruan, mundar-mandir aku ke sana ke mari, aku tak tahu apa nak buat, takut betul nak check kat internet, untuk sahkan berita yang abang aku bawak tue, takut berita tue memang betul-betul berlaku, aku kuatkan gak hati ni, bukak laman web Inteam.com.my, ternyata khabar itu bukan mitos, terpampang chantek je kat muka depan, ‘Ust Asri Meninggal Dunia’,

Ya Allah, secepat ini Kau jemput roh itu kembali padaMu, Maha Suci Zat Mu, bergetar kuat jiwaku tatkala membaca berita penuh akan pemergian Pahlawan ini, malahan semua orang langsung tak dapat menyangka bahawa pemergiannya secepat ini, petang itu juga aku ajak abang ziarah arwah di Kampung Batu Lanchong Shah Alam,

Dalam perjalanan aku nak ke sana, hujan turun dengan lebat sekali, sangat lebat, sampai sahaja aku di rumah arwah, kira-kira sebelum asar, tiba-tiba cuaca berubah menjadi cerah, abang kata keadaan nie sama macam suasana hari pemergian Ustaz Ishak Baharom, bekas mufti kerajaan Selangor, sebab abang pun pegi ziarah arwah masa Ramadhan tahun lepas.

Sampai sahaja aku di rumah arwah, aku lihat tubuh ‘dia’ terbujur kaku di tengah-tengah jemaah yang membacakan Yasin dan Tahlil, susah betul nak caya yang tubuh yang kaku di situ adalah ‘dia’, habis sahaja majlis Tahlil, sahabat handai dan kenalan arwah dibenarkan untuk menziarahi arwah dengan lebih dekat, aku juga tak mahu terlepas, pabila jenazah ‘dia’ berada tepat di hadapanku, aduh! Sebak terasa di jiwa ini, tak dapat aku gambarkan dengan kata-kata bagaimana rasa hati ini, kukucup pipinya bersama doa, semoga perjuangannya dibayar Tuhan, dengan ganjaran yang paling indah, yang terindah, maka berlalulah aku…..
Che Am dan Abu Bakar Raihan turut hadir sama

Sebelum pulang sempat aku dan abang berbual bersama adik arwah, Fadzil Ibrahim, kebetulan dia tue senior rapat abang masa di sekolah menengah, dia pun ceritakan kondisi arwah yang sebenar kepada kami, arwah tak ada apa-apa penyakit kronik, cuma menghidap sakit gastrik, cumanya masa tahun 2004 kalau tak silap, masa ‘dia’ buat show dengan Rabbani di Bangi, mereka jumpa dengan Ustaz Haron Din, tiba-tiba Ustaz Haron Din menepuk dadanya, kata Ustaz ‘jaga elok-elok’, boleh jadi itu memang kira ‘sign’ la yang jantungnya memang kena bagi xtra care dan precaution, tapi itu dah lama kata Fadzil, lepas tu memang tak ada apa-apa yang membimbangkan berlaku ke atas abangnya sehinggalah ke hari ini(13 Ogos),

Jenazah akan disemadikan selepas Maghrib kalau tak silap, nak beri laluan buat suadara mara arwah dari Johor untuk datang menziarahi arwah, ikutkan hati nak je aku tunggu sampai arwah dikebumi, abang pulak ada hal nak kena balik awal, sedih gak sebenarnya, tapi nak buat macam mana, nak datang sendiri, aku mna la xpert lagi jalan kat Shah Alam nie, beredarlah kami pergi petang itu juga, sedih sekali jiwa ini……


Ya Allah, ku mohon, wujudkanlah kesanggupan dalam jiwaku untuk menghabiskan usia hidupku ini hanya untuk berdakwah menyebarkan agama-Mu, sama seperti perjuangannya, kabulkanlah permintaanku ya Allah, Amin…

Dan salam takziah buat keluarga dan sahabat handai Allahyarham Ustaz Asri Ibrahim…


0 Komentar:

Post a Comment