Dia Yang Ku Kenal -Part 1-

Aug 20, 2009

Masa kecik dulu, since tinggal kat Shah Alam,
masa mata baru nampak dunia, telinga nie hanya dengar lagu-lagu alunan suaranya,'Sifat 20', 'Solla A'laikallah', dan banyak lagi,sebab mak dan abang pun suka lagu-lagunya,masa 'dia' dengan Nada Murni,banyak betul collection kaset dan video tape Nada Murni...


Nada Murni


Pindah ke Kajang, Mana ada Nada Murni dah, sebab Arqam dah kena ban, berpecah kepada Rabbani dan Hijjaz, masih selalu dengar lagu-lagunya, kali ini atas trademark Rabbani, sebab masa aku sekolah rendah agama di Bangi, Brader yang bawak van tue suka bukak lagu Rabbani, telinga nie terus melayan lagu-lagunya.



1st Album Rabbani
Pindah ke Sungai Bakap, Penang, abang terus beli album-album Rabbani yang latest, bila ikut abang jalan-jalan, ke Pacific ke, Summit ke, Parit Buntar sekali pun, abang akan bukak kaset Rabbani je dalam keretanya, pernah sekali abang bawak pergi ke konsert Rabbani kat Penang, sayang aku lupa kat mana tempat tue, sebab aku masih tak paham dunia lagi masa tue, bila balik umah, abang akan bukak lagu Rabbani kat Hi-Fi dia, bergema suara 'dia' satu rumah saban hari, mak ayah ok je, biar umah bergema dengan alunan-alunan Zikrullah dan selawat, daripada abang dok melayan lagu-lagu yang ntah apa-apa...


'Dari mana... ke mana'
Antara album yang banyak faveret song aku

Bila masuk Sekolah Menengah, Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Nibong Tebal, baru aku sedar yang aku membesar dengan lagu-lagunya, baru aku sedar yang aku sangat rindu untuk bertemu dan berbual dengannya, dari situ aku akan sentiasa memburu peluang untuk datang ke konsert-konsertnya, finally dapat gak join konsertnya, tahun 2003, time aku form 2, kat dewan USM Transkrian, memang best, dia pandai mengambil hati penonton, rugi aku tak angkat tangan masa dia ajak remaja untuk join nyanyi bersama, dengki betul dengan abang Akmal Aziz(my fav senior) yang dapat naik ke pentas, nyanyi lagu Apa Yang Kau Tahu dengan dia, dapat berjabat tangan dengan semua ahli Rabbani.

Masa form 4, sekali lagi aku dapat attend konsert Rabbani, kali ni kat kelab golf Jawi, dengan mak ngan adik, konsert tue ada gak featuring kumpulan Firdaus,

Kumpulan Firdaus

tapi kali nie special sikit, time neh aku dapat signature suma anggota kumpulan Rabbani, syok giler, aku letak kad signature tue kat tempat special kt umah aku kat Sungai Bakap, But the sad part is, mana la kad signature tue dah pegi, tiba-tiba ja hilang, pelik betul aku, tapi after konsert tue aku sedar satu perkara, 'dia' memang sangat pemurah dengan senyuman, benar-benar murah dengan senyuman, all the time senyum je, manis pulak tue, seronok je rasanaya bila tengok.

And tahun yang sama gak,
gempar satu Malaysia bila Mawi nyanyi lagu Intifada masa audition AF,

Mawi
oleh sebab Mawi dah nyanyi lagu 'dia', masa audition dan masa konsert AF5 yang before final tue, Pergi Tak Kembali, tambah pulak 'dia' sendiri sanggup datang masuk ke dalam AF tue semata-mata na jumpa Mawi, bagi petua nak menyanyikan lagu-lagu nasyid, sampai sekarang aku antara fan besar Mawi, tak kisah ah orang nak kata Mawi tue da berubah ke, putus tunang ke, dulu ustaz sekarang ke lain ke, da point is, 'dia' concern dengan perkembangan Mawi, tambah pulak 'dia' antara artis yang terawal(yang pertama kot) yang merakamkan lagu bersama Mawi right after Mawi graduate AF, yang lagu Inikah Petanda tue, 'dia' gak turut dijemput untuk nyanyi dalam album marhaban Mawi,
telah menyebabkan setiap album Mawi aku beli yang original, sama macam semua album Rabbani,

Hujung tahun 2005, tahun yang sama, aku pegang jawatan besar dalam persatuan Dakwah sekolah, aku pernah cadangkan kat guru penasihat, nak bawak semua anak buah aku pergi bukak puasa sama-sama dengan 'dia' dan Rabbani kat hotel Singgahsana, leh solat tarawikh sama-sama diorang, tadarus ke, straight je ustaz bangkang cadangan aku tue, katanya kalau betul nak buat ibadat lebih time Ramadhan, tak payah sampai nak pegi ke KL nu, kat dalam sekolah nie pun boleh, padahal yang sebenarnya aku cuma nak bukak puasa sama-sama dengan 'dia', ketua umum aku pun sampai tegur aku, "hang nie minat sungguh dengan Rabbani tu noo, sampai sanggup nak pi KL, toksah la over sangat..."

Sampai la tahun 2009,
before aku masuk UiTM Shah Alam, aku bukak intenet dapat tahu yang 1 Ogos Rabbani ada organise konsert yang bagi aku agak besar ar, sebab dalam konsert tue gak ada kumpulan Hijjaz ngan Raihan sama, konsert Antara Dunia namanya,

Konsert Antara Dunia

kebetulan buat kat stadium Melawati, dekat giler dengan UiTM, kuat betul azam aku nak pegi ke konsert tue, susah payah aku cari akak yang jadi ejen jual tiket konsert tue kat UiTM, dapat gak beli tiket tue at last.


nak jadi cerita a week before 1 Ogos tue UiTM kena tutup sebab H1N1, aku pun balik la penang, tapi aku dah beli siap-siap balik ke Shah Alam pada tengah hari 1 Ogos, bagi aku tue kira well-fixed r tue sebab bajet sampai mesti paling lambat pun dalam pukul 7pm, ingat nak pi lepas Isyak la, nak jadi cerita lagi, rupa-rupanya bas yang aku naiki tue dia nak singgah ke Pudu dulu, lepas tue, hari tue hujan lebat, bas terpaksa bawak lambat giler, ye ke? aku tengok transnasional selamba je bawak cam palesit time hujan pun, sampai ke KL drebar boleh salah jalan pulak, dah la KL jem teruk giler ari tue sebab pembangkang buat demonstrasi ISA tue, Tuhan je yang tau betapa sedihnya aku masa tue, sampai Shah Alam pun pukul 9 lebih, aku penat sangat, tambah pulak sakit perut lagi, solat asar ngan maghrib pun miss sebab stuck dalam bas, memang aku frust ngan sedih sangat ari tue, sampai nak nangis lak rasanya, bagi aku konsert tue mesti aku pergi, puas ku pujuk hati ni, "kita merancang, Allah pun merancang, perancangan Allah lah yang terbaik...", "rilek r, next time kalau ada konsert Rabbani lagi cuba sedaya upaya jangan bagi miss dah"

Dan akhirnya tahulah aku kenapa aku sedih sangat miss konsert tue.....

0 Komentar:

Post a Comment