Sejarah Pengorbanan...

Nov 26, 2009

0 Komentar
Haji mengingatkan kita sejarah pengorbanan,
Pengorbanan yang ikhlas, agung lagi suci,
Kerana Allah, Nabi Ibrahim sembelih anaknya,
Nabi Ismail kerana Allah nyawa tebusannya.

Sejarah berkata lagi tentang pengorbanan itu,
Siti Hajar kerana Allah, taatkan suami tinggal sendiri,
Tinggal di Tanah Haram, suami datang setahun sekali,
Di tanah kering kontang, hanya tawakkal kepada Ilahi.

Tatkala Nabi Ismail lahir teruji lagi,
Air susunya telah pun kering sama sekali,
Siti Hajar mencari air ke hujung ke pangkal,
Berlari-lari dari Sofa ke Marwah beberapa kali.


Aduh, hatinya cemas anak kecilnya tiada rezeki,
Tapi hatinya teguh kepada Allah, yakin sekali,
Di dalam mencari-cari, terpancar air dari bumi,
Berkat dari tendangan kai anaknya, bakal Nabi.

Dia pun mengumpul air sambil bersyukur,
Dengan menyebut “Zam-zam, zam-zam,”
Itulah dia air Zam-zam yang kekal hingga ke hari ini,
Mu’jizat seorang Nabi berkat Isterinya.

Sudahkah kita mengambil pengajaran dari cerita ini,
Cintakan Allah, menegakkan agama-Nya wajib berkorban,
Taat, sabar dan tawakkal jadikan pakaian,
Cintakan Allah pengorbananlah sebagai bukti.




-Allahyarham Ustaz Asri B. Ibrahim-

Sungguh, Aku Jujur...(part 1)

Nov 18, 2009

1 Komentar



Sendirian Mail berjalan merentasi laluan kecil di belakang banggunan kedai di sekitar Taman Indah Jaya. Sekali sekala terdengar bunyi kucing mengiau tak tentu pasal di kala kesunyian jalan tersebut kononnya bagi mewujudkan suasana thrill di kala itu. Alah, kucing je pun, kalau anjing cuak gak la. Mujurlah kawasan perumahan tersebut dihuni oleh masyarakat Melayu majoritinya. Jadi, hampir mustahil untuk mendengar salakan anjing liar yang secara sifat kebinatangannya, suka berkeliaran di sekitar jalan-jalan kecil macam tu. Kalau tak, takdenya Mail memberanikan diri merentasi jalan kecil tersebut yang boleh dikatakan sebagai short cut yang menghubungkan Masjid Indah Jaya dengan rumah sewanya.


Sendirian Mail berjalan...
Demikianlah rutin harian Mail, atau nama sebenarnya seperti yang tertera pada kad pengenalan dan sijil kelahirannya, Mahmud Ismail Bin Abu Bakar, yang mana di setiap malam, kalau takde apa-apa aktiviti di kampus ataupun aktiviti-aktiviti bersama kawan-kawan seperti tengok wayang, main boling, snuker dan sebagainya, dia akan berulang-alik dari rumah sewanya ke masjid untuk menunaikan solat Maghrib dan Isya’ secara berjemaah sambil menyertai kuliah-kuliah Maghrib yang hampir setiap malam dianjurkan oleh Masjid tersebut.

Sambil berjalan, Mail berfikir seorang diri, tahun ni dah masuk tahun terakhir baginya untuk menyetelkan pembelajarannya di Universiti Teknologi Mara dalam bidang seni bina dan perancangan bandar. Kalau nak dilihatkan, result-result exam yang sebelum-sebelum nie, takde la excellent sangat. Boleh la kata orang, cukup-cukup makan. Lepas la 3.00.

Apa yang merunsingkan kepala hotak Mail adalah, tahun akhir nie, subjek-subjek semua rumit tahap gaban. Assignment pulak makin menimbun. Setiap satu kalau tak cukup 50 muka surat printed pages, jangan harap la nak lulus. Tak kira lagi dengan projek-projek amali yang ntah apa-apa, yang disuruh oleh lecturer. Memang boleh dikatakan sibuk jugak la tahun akhir ni.

Oleh sebab itu, secara konseptualnya, banyak la duit yang perlu dibelanjakan untuk menampung kos-kos penyelenggaraan projek-projek dan kerja-kerja kursus tersebut. Semalam Mail dah buat perkiraan spesifik dah akan semua perbelanjaan tersebut, nyata memang tak cukup RM 800 setiap bulan yang diberikan oleh bapaknya setiap bulan. Tolak duit minyak motor, sewa rumah, makan minum, travel sana sini sebab join aktiviti-aktiviti yang bermacam-macam jenis tak kira yang wajib mahupun yang sunat mua’kad, memang tak cukup.

Bulan lepas punya duit sewa rumah pun dah kantoi lewat bayar, nasib baik la salah seorang housematenya, Rahman, sudi meminjamkan duitnya terlebih dahulu untuk membayar duit sewa rumah tersebut bagi pihak Mail. Malu jugak sebenarnya terasa di jiwa Mail kalau difikirkan balik. Rahman pun bukannya rela sangat nak tolong bayarkan, kalau tak tolong kang tak pasal-pasal tuan rumah blacklisted diorang semua. Tarik muka jugak la Rahman di kala nak meminjamkan wangnya kepada Mail. Nasib baik Mail cepat-cepat settlekan hutang tersebut sebaik awal bulan pabila duit poket dah masyuk.

Bulan ni punya duit sewa macam mana pulak? Mesti tak dapat bayar jugak la gamaknya sebab dah tolak duit hutang Rahman tu. Makan minum dah habis jimat dah, still tak lepas jugak bajet yang dikira. Puasa.., bagi Mail, kalau nak berpuasa sunat semata-mata kerana nak berjimat, baik tak payah. Takut tak dapat fadhilat puasa tue pulak. Sebab. Menurut kuliah yang pernah Mail dengar, buat ibadat ni, tak kira apa ibadat pun, jangan niat selain daripada niat nak dapat keredhaan Allah. Kalau tak, sia-sia ja. Puasa sunat hanya akan dibuat oleh Mail kalau dia betul-betul niat nak mencari kasih sayang Allah.

Nak mintak dekat bapaknya supaya di’up’kan sikit duit poket tue, mintak maap je lah. Mengenangkan pengalaman lampau yang menyaksikan dia terpaksa berhujah dan bertikam lidah dengan bapaknya hampir sebulan semata-mata nak mintak duit poket ditambah dari RM500 kepada RM800 sudah cukup membuatkan Mail serik untuk membuat permintaan yang sama buat kali kedua.

Kalau difikirkan balik, ok la RM800 tu, bapaknya bukan nak menyara pembelajaran dia seorang. Kakaknya, Munirah Alia, yang belajar Medic di Russia dan adiknya, Mahmud Izwandi, yang baru masuk Universiti Malaya tahun lepas juga memerlukan duit yang banyak untuk proceed pembelajaran mereka.

Encik Abu Bakar sebenarnya bukanlah seorang nelayan mahupun seorang penoreh getah seperti bapa Sumayyah, akan tetapi dia merupakan ahli perniagaan yang terkemuka jugak la. Tapi, bab-bab duit ni Encik Abu Bakar agak sensitif sedikit. Tambah-tambah pulak nak mintak lebih-lebih dari yang dia sendiri dah tetapkan untuk anak-anaknya. Ini kerana, Encik Abu Bakar sudah serik dan trauma untuk memanjakan anak-anaknya dengan wang ringgit. Sama seperti yang pernah dilakukannya kepada arwah anak sulungnya merangkap abang long kepada Mail, Munirah Alia dan Mahmud Izwandi, Mahmud Ghazi, di masa hayatnya dahulu.
Encik Abu Bakar terlalu memanjakan Mahmud Ghazi semasa hayatnya...
Apa sahaja yang Mahmud Ghazi mintak semuanya ditunaikan oleh Encik Abu Bakar tanpa banyak soal atau banyak songeh. Kereta, pakaian, semuanya diberikan yang mewah-mewah. Ditambah pulak dengan kad kredit Silver yang unlimited usage tu, wang saku pulak mencecah empat angka setiap bulan, sudah cukup membuatkan Mahmud Ghazi lalai dan leka dengan kelazatan dunia. Biarpun berkelulusan Undang-Undang dari Nottingham University, gaya hidup Mahmud Ghazi benar-benar tidak terkawal dan tak macam orang yang terpelajar.

Pulang ke tanah air, Mahmud Ghazi enggan membuat sebarang perkerjaan biarpun Encik Abu Bakar dah set baeek punya nak hired Mahmud Ghazi masuk ke firma guaman terkenal di Penang milik rakannya. Katanya, nak break dalam enam bulan dulu sebelum bertugas di mana-mana firma atas alasan untuk melepaskan penat merantau di negara orang selama lebih lima tahun. Padahal, Mahmud Ghazi hanya nak enjoy habis-habisan dahulu sebelum memikul sebarang tanggungjawab.

Liar sungguh gaya hidup Mahmud Ghazi sekembalinya dia ke tanah air. Kaki botol, kaki judi, kaki pompuan, kaki clubbing, kaki cagu, kaki cekam dan bermacam-macam jenis ‘kaki’ lagi selayaknya digelarkan kepada Mahmud Ghazi. Sedih jugak la Encik Abu Bakar dan isterinya, Puan Noraniza Saidon, mengenangkan perangai anak sulung mereka itu yang tak ubah seperti cipan laut. Teguran serta nasihat mereka langsung tak memberikan sebarang motivasi pagi buat Mahmud Ghazi memandangkan dirinya tu dah besar panjang, mana nak layan dah cakap orang tua ni.

Akhirnya, Mahmud Ghazi ditemui mati rentung bersama seorang wanita dalam satu siri kemalangan ngeri antara keretanya dah sebuah lori tank minyak lebih kurang tiga tahun lepas pada jam 3 pagi waktu Malaysia (takkan waktu Uganda pulak) ketika hendak pulang dari sebuah disko di pusat bandar.

Hasil siasatan polis menunjukkan, sebelum kejadian kemalangan itu, Mahmud Ghazi berada di bawah pengaruh dadah dan alkohol sewaktu memandu keretanya. Encik Abu Bakar benar-benar menyesal kerana terlalu memanjakan sangat anak sulungnya dan merasakan, dialah penyebab akan kehanyutan pedoman hidup anaknya itu.

Adik-adik Mahmud Ghazi lah yang terpaksa menerima tempias perlakuan tak bertamadunnya itu. Mereka tak boleh lagi nak hidup macam anak orang kaya dah. Kereta, kad kredit, henpon mahal-mahal tu semua, jangan harapla nak dapat. Mail sendiri hanya diberikan motor Lagenda ZR untuk kegunaanya berulang-alik dari rumah ke kampus.
Hanya motor sahaja yang diberikan oleh Encik Abu Bakar kepada Mail...
Ingatkan bapaknya tu nak bagi je kereta Camry milik arwah abangnya itu, last-last selamba je Encik Abu Bakar jual kereta tersebut di kedai Lau Seng Kereta Terpakai Sdn Bhd. Bagi Encik Abu Bakar, segala bentuk kemewahan yang pernah diberikan olehnya kepada Mahmud Ghazi semasa hayatnya dahululah yang menyebabkan Mahmud Ghazi mensia-siakan hidupnya. Jadi, semua itu perlu dihapuskan.

Pening kepala Mail nak memikirkan masalah yang dihadapinya tu. Tengah syok melayan kerunsingan itu, tup-tup dah sampai rumah. Macam biasa, rumah teres dua tingkat yang disewa Mail bersama lagi lima orang rakannya itu sentiasa kelihatan suram di pandangan Mail. Berat betul rasanya nak masuk ke dalam rumah sewa tersebut di setiap kali Mail sampai di hadapan rumah itu. Jiwa Mail sedikit kacau pabila berada di dalam rumah tersebut. Housematenya semua tak menyenangkan hatinya langsung. Masing-masing suka buat hal sendiri. Walaupun duduk serumah, tapi Mail rasa terasing sangat-sangat.
Mail tinggal bersama lima orang lagi rakannya di rumah sewa tersebut...
Mungkin kerana cara hidup Mail yang agak beragama itu membuatkan housematenya yang lain kurang senang akan keberadaannya di rumah itu. Perasaan kurang senang itu sudah mula terbit di masa mula-mula menginap di rumah itu lagi. Mail selalu mengingatkan agar housemate yang lain untuk jaga solat. Pernah jugak Mail menegur mereka supaya merendahkan bunyi mp3 laptop di kala azan dan di waktu dia hendak menunaikan solat.

Rimas dan lemas amatlah dirasai mereka semua akan sifat terus-terang Mail itu yang bagi mereka agak menyekat kebebasan hidup jugak la. Ingat dah duduk jauh dari mak bapak, takde dah la orang yang nak kejut pagi-pagi buta suruh Solat, sekali tersilap pulak pegi ajak Mail join sewa rumah sekali dengan diorang. Tak tau pulak sebelum tu yang Mail ni macam Ustaz, sebab character luaran Mail lebih ke arah budak-budak Shuffle. Kalau tau, takdenya nak ajak orang cam Mail tu tinggal sekali.

Hamid lah yang paling tak senang sekali akan keberadaan Mail di rumah tu. Ikutkan hati, nak je halau Mail keluar dari rumah tu. Selama Mail tinggal di rumah tu, segala macam benda tak kena. Nak pakai boxer kena tegur, nak merokok kena tegur, nak bergayut tengah-tengah malam pun kena tegur, nak main gitar pun kena tegur, naik tensen Hamid dibuatnya. Masa Mail tak ada duit nak bayar sewa rumah bulan lepas, Hamid lah yang paling aggresif sekali menghentam Mail dan mengapi-apikan yang lain supaya Mail diprovoke kan sekaligus dia akan rasa sedih tahap gaban, kemudian berpindah keluar dari rumah tu.

Pernah sekali tu berlaku sedikit pertengkaran antara Mail dan Hamid pasal Hamid dah naik berbulu dengan perangai Mail yang suka bertanyakan dia dan semua housemate yang lain, “Dah Solat ke belum?”

“Yang hang dok sibuk sangat nak tau aku dah semayang ka belom pasai pa? Takdak gheja lain ka? Tiap-tiap hari dok tanya benda sama? Aku cemuih la hang dok buat-buat alim ni. Hang nak semayang, mampuih pi kat hang la. Toksah dok kacau orang. Pernah aku dok amik tau pasai hang? Takdak kan. Aku nak semayang ka, takmau semayang ka, ikut suka aku la, kuboq masing-masing. Awat hang ingat hang tu dah kompom masuk syurga ka dok sibuk sangat dok amik tau pasai orang?”

Demikianlah sedikit petikan dari dialog Hamid di kala sedang melepas geram terhadap Mail pada waktu Maghrib di suatu hari semasa tahun pertama mereka menginap bersama. Housemate yang lain wat tak tau je. Kebanyakan mereka terasa sedikit puas kerana tindakan Hamid itu sedikit sebanyak melepaskan geram mereka terhadap Mail. Semenjak hari tu, mereka bersikap dingin terhadap Mail walaupun bermacam cara telah dilakukan oleh Mail untuk memujuk rakan-rakan serumahnya itu agar kembali mesra seperti seawal perkenalan mereka dulu.

Macam-macam cara dah dilakukan oleh Mail untuk memujuk mereka seperti belanja KFC, tolong sign attendance, tolong settlekan assignment dan sebagainya. Namun, ia tak akan memberi apa-apa makna selagi Mail tak mahu berhenti melakukan amar ma’ruf nahi munkar terhadap mereka.

Bila masuk sahaja ke dalam rumah, macam biasa Mail akan memberikan salam, dan macam biasa jugak, tiada siapa yang menjawab walaupun suara Mail tu dah sengaja dinyaringkan agar semua penduduk rumah boleh dengar. Kelihatan Hamid, Jamal, Tam dan Rahman sedang khusyu’ melayan filem Scary Movie 2 dan sengaja buat-buat tak nampak akan Mail yang baru masuk ke rumah. Cuma Johan sahaja yang tak kelihatan. Mail pun segera masuk ke biliknya dan didapati Johan ada di dalamnya. Yelah, Mail dan Johan memang berkongsi bilik. Kedatangan Mail langsung tak disedari Johan yang sedang khusyu’ menatap skrin laptop milik Tam.

Mail sekadar diam dan segera menukar pakaian. Sempat jugak la Mail mengendap, benda apa yang ditonton Johan tu sampai tak sedar langsung apa yang berlaku di sekelilingnya. Nyata, memang video kaler biru itulah yang sedang ditonton Johan. Mail tak terkejut langsung pasal bukannya kali pertama dia ternampak housemate nya tengok cerita-cerita macam tu, cuma sekadar mengalihkan pandangan agar tak lebih-lebih pulak buat-buat ternampak akan video tersebut. Namun, terkadang Mail tumpas jugak untuk melawan kehendak nafsunya yang menyeru dirinya supaya terus buat-buat ternampak seterusnya tertengok akan video tersebut sampai habis.
Nak tengok cerita-cerita 'biru' nie, tengok secara solo baru syok...
Sempat juga Mail menegur Johan, “Maria Ozawa ke tu?” Johan yang baru tersedar akan kewujudan Mail tu dengan rilek menjawab, “Tak ah, ini orang putih punya ni.” Tensen gak la Mail akan respon Johan tuh. Mail niat nak perli je, sekali dia layan macam Mail tanya seperti betul-betul nak tau. Sebelum bermacam-macam ‘ter’ lagi yang bakal berlaku, segera Mail keluar dari bilik tersebut. Lagipun, Mail dah berjanji nak jumpa dengan teman rapatnya, Amin, di sebuah kedai mamak yang berhampiran. Segera Mail memecut motor Lagenda kaler biru miliknya itu.

Sampai sahaja di kedai tersebut, Amin sudah sedia duduk di hadapan televisyen di kedai mamak itu dengan secawan Nescafe di atas meja sambil melayan sebatang rokok bagi melepaskan gian. Mail terus menyapa ke arah Amin dan terus duduk di hadapannya. Setelah Mail settle mengorder makanan dan minuman, Amin terus memulakan perbualan, “Ko cakap, ada problem nak bagitau aku petang tadi kan, apa dia?”
Amin lah tempat Mail menceritakan segala masalahnya...
Mail terus menceritakan segala masalah kewangan yang dihadapinya itu dengan harapan, rakan baiknya itu dapat memberikan jalan penyelesaian yang terbaik untuknya. “Kiranya, ko malas la nak bertekak dah dengan bapak ko ek,” tanya Amin sambil menghidupkan lighter untuk menyalakan sebatang rokok yang baru.

“Iye laa, bapak aku tue, susah sikit nak consider pasal duit ni. Tolong la aku Min, aku betul-betul blur la sekarang,” kata Mail penuh harapan. Sejenak Amin terdiam, tak semena-mena Amin tersenyum sendirian, “Macam nie lah Mail, aku ada satu jalan…”

Bersambung.

Nilai Kasih Ayah...

Nov 14, 2009

0 Komentar

Suatu hari tu, aku membuat keputusan untuk mengambil cuti, kerana minggu-minggu sebelumnnya sibuk memanjang. Pada pagi itu, isteriku bekerja dan anak-anak yang dah bersekolah perlu ke sekolah. Cuma tinggal Ammar, anak yg bungsu yg berumur 2 tahun.

Pagi tu agak sunyi kerana tiada riuh-pikuk anak-anak lain. Akhirnya, aku membuat keputusan untuk membuat sedikit kerja yang masih tertunggak sekian lama. Setengah jam kemudian, kedengaran bunyi Ammar naik ke atas dan dia terus ke bilik studiku. Dia terus berdiri di sisi kakiku sambil meletakkan mukanya di pahaku.

Aku merasa sedikit terganggu, maklumlah tengah membuat kerja komputer yang memerlukan konsentrasi yang tinggi.

"Ammar, pergilah bawah dengan bibik! ok?""Tak nak!. Tak nak!". jeritnya."Ammar pergilah bawah, Abi nak buat kerja nie!!""Tak nak! tak nak!", katanya sambil meraung" Ammar pergilah bawah, Abi nak buat kerja nie!!! " jeritku sedikit marah."Tak nak! Tak nak!" katanya sambil memeluk erat kakiku, aku cuba melepaskan tangannya yg kecil tu.

Akhirnya, kupanggil bibik untuk mengambilnya. Menangis-nangis dia sambil tetap memegang kakiku ketika ditarik oleh bibik. Membentak aku dalam hati, "mengganggu je nak membuat kerja".

Ketika aku membuat kerja, terdengar bunyi bibik memujuknya yang terjerit-jerit. Dibuatkan susu, ajak bermain pun tak nak. Akhirnya terdengar bunyi dia dimandikan, dan dipakaikan pakaian sambil terjerit-jerit melawan bibik yang terus cuba memujuknya. Sepanjang masa tu, aku cuma membuat kerja sambil sekali-sekala terdengar bunyi dibawah.

Akhirnya terdengar bunyi kaki kecilnya naik ke atas menangis teresak-esak sambil diekori oleh bibik. Dia mengetuk-ngetuk bilik studiku dengan tangannya yang kecil. Dengan rasa sedikit menyampah, aku menyuruh bibik membuka pintu.

Terpacullah mukanya yang merah mengalirkan air mata sambil teresak-esak memegang botol susu dan bantal kecilnya. Tanpa berkata apa-apa, diapun terus meletakkan bantal kecilnya dan terus baring menghisap botol susunya dihujung kakiku. Bunyi teresak-esaknya masih kedengaran namun semakin berkurang.

Sambil menghisap susunya, tangannya memegang hujung jari kakiku. Aku biarkan sahaja sambil terus mengadap monitor komputer. Tak lama selepas itu, sesuatu terdetik di hatiku, Kulihat wajah Ammar, "tertidur rupanya". Sebelah tangannya memegang botol susu dan sebelah lagi memegang hujung kakiku. "Rupa-rupanya dia nak aku baring dan memeluknya semasa dia menghisap susu botol'," bisik hati kecilku.

Akhirnya, kututup monitor notebook, dan mengangkatnya. Dia tersedar sekejap tapi bila nampak abinya yang mengangkat dia, terus meletakkan kepalanya di bahuku. Lepas tu, kubawa dia ke bilik dan terus baring disisinya sambil mengusap-ngusap rambutnya. Damai nampak mukanya sambil terus tertidur didalam pelukanku.

Sambil mengusap-ngusap rambutnya, aku berkata dalam hati, "maafkan abi Ammar, abi tak faham Ammar dahagakan kasih sayang abi". Ketika itu, bergenang rasanya mata. Akhirnya,akupun tertidur di sebelahnya.

Teringat saya kisah Raja Melaka yang mahu mengahwini puteri gunung ledang. Diberikan syarat jambatan emas, tujuh dulang hati nyamuk dan lain-lain. Semuanya mampu diberikan kecuali satu, iaitu semangkuk darah puteranya. Ini kerana Sultan Melaka tidak mampu untuk melukakan puteranya untuk mengambil darahnya.

Tetapi, bayangkan kita sekarang. Sudah ramai ibubapa yg sanggup melukakan anaknya kerana sebuah cita-cita ataupun karier mereka. Bukannya melukakan kulit mereka seperti Sultan Melaka, tetapi melukakan hati-hati mereka. Bukannya disengajakan, tetapi tidak disengajakan kerana tekanan tempat kerja, deadline yang perlu dikejar dan pelbagai alasan yang tidak berasas.

Mungkin ada yang memberikan alasan untuk memberikan kehidupan yg terbaik untuk anak-anak, tetapi adakah dengan melukakan hati mereka? Anak-anak yang tidak berdosa, cuma menyepi dan terus terbiar. Maka ibubapa sebenar mereka bukannya mereka yg dipanggil ibu/bapa/mama/abi/ummi, tetapi insan-insan yang dinamakan bibik/orang gaji.

Anak-anak yang berumur terutamanya di bawah 7 tahun memerlukan kasih sayang, yang berumur sekolah rendah perlu diberikan bimbingan dan disiplin, yang berumur remaja baru memerlukan belanja yang banyak dan apabila mereka masuk ke universiti baru mereka memerlukan belanja yg cukup besar. Tetapi kenapa kita sanggup mengorbankan 18 tahun pertama mereka semata-mata untuk memberikan mereka kesenangan?

Anak-anak kecil tidak memerlukan kereta besar dan selesa, mainan PSP/PS2, pakaian yang mahal-mahal dan selesa, mainan yang mahal dan canggih....Mereka hanya perlukan pelukan lembut ibubapanya yang penuh mesra dan perhatian sewajarnya dari insan bernama ibu/bapa.


Dr. Khairol Jambli, Anak-Anakku Bukan Anak-Anakku, www.iLuvislam.


A dedication for the world’s greatest dad,
Adzmi b. Ariffin.

“Your Love,
Certainly, You’ve never shown it, but still I can feel the affection.
I’m asking God, for always giving you the happiness,
An eternal happiness… Amin.”

Jangan Main-Main...

Nov 13, 2009

2 Komentar
“Korang kalau tak nak buat kerja dakwah jangan la pulak memperlekeh, melawak dan mempersendakan diorang yang nak buat. Nampak orang pakai jubah korang kata ekstrem, janggut dikatakan pengotor. Dengar borak bab agama korang berpusing bijik mata. Korang anggap mengarut, tak relevan, cerita dongeng, buang masa, ilmu agama hanya untuk orang agama. Ilmu nak jadi kaya tu yang korang nak cari. Gamaknya kat Akhirat nanti ilmu tu la yang korang nak pakai untuk beli syurga dan tebus diri dari neraka.”

Tok Putih, Sedut Renungan, Ujang, 367, 1 Nov 2009

E. X. A. M...

Nov 7, 2009

0 Komentar

Di suatu ketika dulu, di kala semua budak-budak tengah bersiap nak pegi prep petang, setting time masa tu lebih kurang hujung-hujung tahun 2006, masa dah dekat nak SPM la kiranya, aku berjalan bersama dengan aku punya bos, Keon, meniti jalan di kaki lima banggunan Kemahiran Hidup. Perjalanan tersebut adalah dari surau nak balik ke asrama. Ye lah, masa pun dah lewat, jam menunjukkan hampir pukul 3 petang, prep start pukul lebih kurang 3.15 petang macam tue la, balik asrama pun nak ambik syarat je.

Jarang sebenarnya hal tersebut berlaku; aku berjalan dengan Keon. Memandangkan aku dengan keon agak tak sebulu dalam segenap hal masa sekolah dulu. Ada je benda yang kitorang nak argue kan kalau nak ikut sepanjang hidup kat sekolah tu. Kebanyakannya benda-benda yang bodoh dan tak masuk akal untuk diperbalahkan selaku remaja yang dah sepatutnya semakin matang.
Pasal awek la, pasal sapa lagi tere jawab Add Math la, pasal sapa lagi tinggi la, dan macam-macam lagi subjek-subjek yang ntah apa-apa. Tambahan pulak, memang Keon tue muka dia macam hero filem Bangladesh sikit, dengan bermodalkan muka yang macam tue lah setiap form ada je awek yang admire kat dia, maka semakin menebal lah perasan hasad dengki yang terbuku di lubuk hatiku terhadap dirinya.

Ah, nak cerita pasal tue sampai esok lusa pun tak habis…

Berbalik kepada topik utama, di kala tengah berjalan di kaki lima tersebut dengan speed yang agak kura-kura lajunya, yelah, nak kena pegi prep petang, semangat pun agak rendah la, patut time-time camni layan tido baru syok, tiba-tiba Keon bersuara, “Hang tau tak, sebenarnya exam nie Rahmat tau.”

Apa hal pulak mamat nie, main serbu tak pakai helmet pulak. Tapi, kenyataan tersebut membangkitkan rasa ingin tahu jugak la di dalam jiwaku ini. Aku tanya dia, kenapa macam tue pulak. Katanya, “Ya laa, hang tak tengok ka, time nak exam nie la kawan-kawan kita tue, yang mana yang loqlaq tue suma, berubah jadi baik. Ada yang selalu baca Quran, banyakkan solat-solat sunat, ramai yang makin dekat dengan surau tue. Kan Rahmat tu, kerana exam manusia jadi berubah, mula nak mengenal Tuhan, tahu nak mengadu dan berharap pada-Nya. Yang tue pun hang tak boleh pikiaq ka?”


Fenomena Exam: Surau jadi penuh...
Cait, sempat lagi tue dalam tengah dok berceramah. Betul jugak apa yang dikatakan oleh member aku tue. Aku rasa, semua orang pun macam tue la, aku pun sama gak. Bagi yang hidupnya jauh dari Tuhan, bila datang time nak exam, baru nak mendekatkan diri dengan-Nya. Bagi yang dah already suka dekatkan diri dengan Tuhan, akan menggandakan usaha mereka untuk beribadat sebagai persediaan menghadapi peperiksaan.

Sama la gak macam bebaru nie, tetiba ja member aku yang sorang nie, dari Kelantan, tanya aku, macam mana nak bertaubat. Terkejut pun ada, lawak pun ada gak, sebab apa hal tanya aku pulak, padahal sama-sama ja dok layan karaoke, usha awek, main game dan sebagainya dengan dia. Katanya, exam dah dekat, so, kena la berubah, jadi diri yang lebih baik dari sebelumnya.
Yelah, yang sebenar-benarnya yang nak menentukan jatuh bangunnya kemampuan manusia di dalam mengejar kejayaan nie hanyalah Tuhan, kalau diri kita nie sendiri selalu ingkar, tanak ikut syariat Tuhan, nak ke Tuhan kabulkan permohonan kita nak berjaya, tambah-tambah dalam exam yang nak dilalui tuh? Sedikit kesal gak la sebab aku tak mampu memberikan jawapan yang tepat padanya sebab aku sendiri pun jarang bertaubat. Ish3, apa la nak jadi.

Tapi aku terfikir jugak la sebenarnya, macam ni ke adab yang sesuai antara hamba dengan Tuhannya? Bila dah terdesak baru nak cari Dia. Sebab nak exam baru nak selak Quran, langsung tak kering tubuh dengan air wudhu’, sejadah pulak dah boleh jadi macam selimut pasal dah selalu sangat guna. Tapi bila exam lambat lagi, haram nak sentuh benda-benda tue semua.
Tak kira lagi hubungan dengan mak ayah. Bukan main rapat lagi, selalu telefon, alasannya, doa mak ayah cepat sampai kat arasy, redha Allah ada pada redha kedua-duanya. Sebelum-sebelum tue takde pulak macam tue. Telefon mak ayah time duit poket dak kering je, lagi seronok nak habiskan kredit tue telefon awek atau pakwe yang tersayang je.

Aku tak rasa ini satu adab yang sesuai sebagai seorang hamba. Cari Tuhan time terdesak je, macam kalau contohnya kita ada seorang member. Member kita ni hanya kontek kita sebab nak pinjam duit je, pinjam motor ke, mintak tolong itu la, ini la, dan sebagainya. Kalau tak, takdenya member tersebut nak kontek kita. Apa perasaan kita terhadap member yang jenis macam nie? Compare dengan sorang member yang selalu kontek kita, tanya khabar, tanya masalah kita dan sebagainya. Antara dua jenis member tersebut yang mana yang lebih kita suka? Tentulah yang the latter one kan.

Macam tu la jugak hubungan hamba dengan Tuhan. Hamba yang cari Tuhan time susah aje dengan hamba yang susah ke senang ke, maintain je hubungan dia dengan Tuhan, maintain high class la, yang mana Tuhan lebih sayang? Ha lu pikir la sendiri.

Tapi yang jadi masalahnya, kita sebenarnya tak kisah sangat dengan kasih sayang Tuhan tue. Apa yang kita kisah cuma reputasi kita di dalam kehidupan ni je. Macam dalam exam, kalau boleh kita mesti la nak berjaya. Kalau kat sekolah dulu kalau boleh nak gred A je, time kat ipt pulak mesti la score busuk-busuk pun nak pointer 3.5. Dan kita nampak cara nak dapatkan achievement tue, di samping nak kena study, kena la rajin-rajin letakkan dahi tue atas sejadah. Sebab pakar-pakar motivasi selalunya mesti cakap, nak exam, jagalah solat.

Padahal ibadat-ibadat tue semua tujuannya bukan untuk nak bodek Tuhan bagi kita dapat apa yang kita nak. Fungsi utama yang diseru supaya beribadat tue sebenarnya adalah untuk nak bagi Allah sayang kat kita. Tak kisah la time bila pun. Kasih sayang Allah tue yang penting. Kalau kita beribadat banyak-banyak semata-mata nak bagi dapat result yang elok dalam exam, kita kena ingat jugak, adakalnya yang kita sangka yang terbaik iu sebenarnya yang terburuk bagi kita, likewise, adakala yang kita sangka yang gagal tue sebenarnya yang terbaik buat kita. Semua-semua tue Allah je yang tau.


Ikhlaskanlah Ibadat kita semata-mata untuk menagih Cinta Allah...

Itu la gunanya kita kena berusaha untuk cari cinta dan kasih sayang Allah semata-mata dalam Ibadat. Once Allah sayang kat kita, segala apa yang kita buat Allah akan bagi yang terbaik je untuk kita, sebab yang terbaik tue tak semestinya yang manusia biasa sangka yang terbaik contohnya macam result exam yang gempak habis kita akan pandang sebagai yang terbaik dan kalau result bawah 3.00 tue kita pandang macam bangang giler.

Aku ada satu mesej henpon yang aku dapat dari orang kuat surau kat UiTM Merbok tue yang juga merupakan bekas full-time roommate aku masa kat situ. Bunyinya macam nie,

“Bahagianya kekasih Allah dihadiahi ujian yang amat hebat, sebagai tanda kasihNya. Begitulah rupanya berkasih dengan Allah. Takkan dibiarkan terlena dalam kenikmatan yang melimpah, tetapi dilindungi dengan ujian dan cubaan yang tak berkesudahan… Allah Maha Tahu apa yang terbaik bagi hambanya.”

Maksudnya, segala result atas apa yang kita usahakan tue serahkanlah kepada Allah. Takyah la nak demand lebih-lebih. Sebab yang terbaik untuk kita tue boleh jadi yang kata rasa yang memang terbaik atau mungkin yang kita nampak tak baik. Allah sahaja Yang Tahu. Tugas kita, bersyukur bila hasilnya itu baik, dan bersabar bila hasilnya itu yang sebaliknya.


Hayatilah konsep Syukur dan Sabar...

Kena ingat gak, orang-orang yang bukan Islam macam Cina, India dan sebagainya tue semua, Allah SWT still bagi diorang kejayaan dalam apa bidang yang diorang ceburi even diorang tak sembah Allah. Orang-orang yahudi dengan Kristian tue, kan majoriti diorang yang kuasai macam-macam bidang professional sekarang nie, macam Sains, Matematik, Ekonomi dan sebagainya. Diorang tak sembah Allah pun, malah ada di antara mereka yang memerangi agama Allah.

Kenapa Allah SWT bagi jugak diorang kejayaan demi kejayaan? Sebab kita kena ingat, kejayaan hidup atas muka bumi nie amatlah sedikit nilainya yang boleh nak affect kejayaan kita kat Akhirat kelak. Kan Allah dan rasul-Nya Muhammad saw dah ajar kita dah, kejayaan kat Akhirat tue yang utama. Yang tue yang patut kita rebut.

Kesimpulan dari apa yang aku nak cakapkan nie, jangan la cari Tuhan kerana ada sebab yang lain dari sebab mencari keredhaan, cinta dan kasih sayang-Nya.

Tugas kita, berusaha je, hasilnya serahkanlah kepada Allah untuk menentukannya...

Dan satu lagi aku nak kongsi dengan korang, pasal konsep nazar. Musim-musim exam nie banyaklah antara kita nie yang nak bernazar kan. Yelah, nak dapat result best kan.

Sebenarnya, konsep nazar yang tepat menurut Ustaz Zulkhibri (Ustaz kat masjid Sungai Bakap) adalah bila kita dah dapat sesuatu benda yang kita nak tue baru kita sesuai untuk bernazar. Macam contohnya aku nak beli kereta Maserati, so aku berusaha bekerja dan sebagainya, then aku mampu membeli kereta tersebut dengan jayanya. Lepas aku dapat kereta tue baru la aku bernazar nak posa ke, nak pegi umrah ke dan sebagainya. Baru la nampak nazar tue sebagai konsep seorang hamba nak melahirkan rasa syukur kepada Tuhannya.

Konsep yang salah adalah kita bernazar kerana nak dapatkan sesuatu perkara. Contohnya kes kereta Maserati aku tadi tue, aku tak dapat lagi kereta tu tapi dah aku bernazar siap-siap dalam hati, “Ya Allah, kalau Kau kurniakan kereta Maserati tue, aku akan posa sekian-sekian hari…” Konsep yang macam nie sebenarnya tak berapa nak kena la. Macam kita letak syarat pulak kat Tuhan dalam nak menjalankan Ibadat kepadanya. Kiranya, kalau Tuhan bagi aku kereta Maserati baru la aku nak buat ibadat puasa tu. Oih, sapa hamba sapa Tuhan?

Macam contoh kalau kita jadi bos satu syarikat, datang seorang staff kita ni cakap kat kita, kalau kita bagi kat dia kereta syarikat baru dia nak kerja betul-betul. Nak ke kita nak melayan staff macam tu? Kalau aku kalu, aku reject je staff yang macam tue, ngabhkan boreh yoo……

Macam tu la yang common practice among kita-kita zaman sekarang nie. Suka bernazar untuk dapat result yang baik. Macam nazar kalau dapat straight A dalam SPM nak puasa seminggu ke, nazar nak berhenti berkapel kalau dapat pointer 4.00 ke dsb. Sepatutnya nazar yang baik adalah setelah kita dah dapat apa yang kita kehendaki, macam kalau kita dah pun dapat result 4.00 then kita bernazar nak puasa seminggu, kiranya kita mewajibkan sesuatu ibadat ke atas diri kita sebagai tanda syukur di atas anugerah kejayaan yang Allah bagi kat kita. Tapi kalau nak proceed dengan style nazar yang common practice tu aku tak tau la ok ke tak, sebab tak pulak Ustaz tu larang, cumanya tak menunjukkan adab yang baik la antara kita dengan Tuhan.

-sekadar berkongsi-