Pengorbanan yang ikhlas, agung lagi suci,
Kerana Allah, Nabi Ibrahim sembelih anaknya,
Nabi Ismail kerana Allah nyawa tebusannya.
Sejarah berkata lagi tentang pengorbanan itu,
Siti Hajar kerana Allah, taatkan suami tinggal sendiri,
Tinggal di Tanah Haram, suami datang setahun sekali,
Di tanah kering kontang, hanya tawakkal kepada Ilahi.
Tatkala Nabi Ismail lahir teruji lagi,
Air susunya telah pun kering sama sekali,
Siti Hajar mencari air ke hujung ke pangkal,
Berlari-lari dari Sofa ke Marwah beberapa kali.
Aduh, hatinya cemas anak kecilnya tiada rezeki,
Tapi hatinya teguh kepada Allah, yakin sekali,
Di dalam mencari-cari, terpancar air dari bumi,
Berkat dari tendangan kai anaknya, bakal Nabi.
Dia pun mengumpul air sambil bersyukur,
Dengan menyebut “Zam-zam, zam-zam,”
Itulah dia air Zam-zam yang kekal hingga ke hari ini,
Mu’jizat seorang Nabi berkat Isterinya.
Sudahkah kita mengambil pengajaran dari cerita ini,
Cintakan Allah, menegakkan agama-Nya wajib berkorban,
Taat, sabar dan tawakkal jadikan pakaian,
Cintakan Allah pengorbananlah sebagai bukti.
-Allahyarham Ustaz Asri B. Ibrahim-

0 Komentar:
Post a Comment