Mengenal Tuhan

May 28, 2009

0 Komentar
Dalam mengejar tujuan untuk mengenal Tuhan, kita perlu ada kesungguhan untuk mencari tahu tentang Tuhan itu sendiri. Tetapi perlu ditegaskan, terdapat batas-batas yang telah ditetapkan dalam hendak mengenal Tuhan itu. Sebagai contoh Ibnu Abbas mengatakan, Nabi saw pernah bersabda, "Fikirkan tentang makhluk Allah dan jangan fikirkan tentang Allah. Kau tak mampu mencapai kekuasaan-Nya.". Maksudnya, bertafakur atau berfikir itu adalah salah satu cara yang sangat dituntut dalam mengenal Tuhan, tapi perlulah dibataskan dalam skop-skop tertentu sahaja. Bimbang hati jadi keliru kerana kekurangan ilmu.





Seorang kawan pernah memberitahu saya, "Kita boleh jadi gila kalau kita cuba menembusi batas-batas yang ditetapkan untuk mengenal Tuhan. Sebab rahsia-Nya itu benar-benar di luar kemampuan akal manusia yang lemah ini.". Maka, mencukupilah sekadar merenung ciptaan-ciptaan Tuhan di sekeliling kita yang dapat kita lihat dan kita nilai dengan kemampuan kita sendiri dan disertai dengan ilmu yang bersesuaian berlandaskan Al-Quran dan Sunnah.

Penciptaan gunung contohnya, kajian sains mendapati gunung itu berfungsi sebagai pasak bumi, dengan kata lain seperti tulang belakang bumi yang bertujuan memastikan kestabilan bumi itu adalah seimbang bagi menampung beban permukaannya. Kajian juga mendapati fungsi gunung itu juga salih tak tumpah dengan fungsi tulang belakang manusia yang menjadi antara anggota terpenting dalam tubuh badan manusia. Maha Suci Tuhan. Siapa lagi yang mampu menciptakan sebesar-besar gunung dan sekecil-kecil tulang belakang manusia dalam keadaan serupa tujuan keberadaannya? Pasti pencipta itu Yang Maha Bijaksana. Siapa Yang Maha Bijaksana?


-Dan sesungguhnya kamu benar-benar diberi Al-Quran dari sisi (Allah) Yang Maha Bijaksana lagi Maha Mengetahui. :An-Naml, 6-



Ya, Allah, Dialah Yang Maha Bijaksana. Diterangkan ayat ini dari sebuah kitab yang diturunkan lebih seribu empat ratus tahun dahulu dan tak pernah diubah mana-mana satu ayat pun di dalamnya. It's totally a miracle bila sebuah kitab agama yang didapati mampu bertahan isi kandungan walau sudah berabad lamanya. Kitab ini mengatakan, Yang Maha Bijaksana itu adalah Allah.


Sebenarnya itu cuma salah satu dari nama-nama Allah yang disebutkan dalam Al-Quran. Yang lainnya seperti Ar-Rahman(Maha Pemurah), Ar-Rahim(Maha Penyayang), Al-Malik(Maha Menguasai), Al-Quddus(Maha Suci), As-Salam(Maha Penyelamat) dan sebagainya. Masa kita kecil dahulu pasti ramai yang sudah biasa terdengar lagu nasyid yang menyanyikan nama-nama Allah ini. Kadang-kadang dinyanyikan sebelum perhimpunan sekolah, di kelas-kelas Fardu Ain dan banyak lagi. Hafal atau tidak itu nasib masing-masing sebenarnya. Ada yang dididik untuk menghafal nama-nama tersebut, dan ada pula yang tak terdidik.


Amatlah diharapkan agar pembaca dapat berusaha untuk menghafal nama-nama tersebut jika benar ingin mengenal Tuhan. Ada 99 semuanya. Abu Hurairah meriwayatkan, Nabi saw pernah bersabda, "Sesungguhnya Allah mempunyai 99 nama, siapa yang menghafalnya akan masuk Syurga."-Bukhari-. Tetapi janganlah sekadar hafal tetapi tidak tahu langsung apa yang dihafalnya. Sebaik-baiknya kita memahami apa yang kita hafal itu kerana nama-nama Allah itu diturunkan dalam bahasa Arab. Kalau kita tidak faham, sia-sia sajalah.



Seorang kawan(lelaki) pernah bercerita kepada saya. Dia kini sedang menuntut di salah sebuah kolej Islam negeri di Malaysia dalam bidang nursing, ceritanya dia punya seorang kenalan, roomate kalau tak silap, kenalan kawan saya ini juga menuntut di kolej tersebut dalam bidang tahfiz. Setiap semester telah ditetapkan berapa jumlah juzu' Quran yang perlu dihafal. Tetapi biarpun menghafal Quran setiap masa, lidah banyak dibasahkan dengan ayat-ayat Al-Quran, kenalan kawan saya ini juga dikenali sebagai seorang 'kaki perempuan'. Berapa banyak kali perempuan di bawa balik ke rumah sewa mereka. Mungkin kerana tak tertahan dengan sikap yang boleh dikatakan tak masuk akal bagi seorang yang selalu menghafal Al-Quran, kawan saya pun bertanya kepada si kenalan ini, mengapa dia boleh bergiat dengan perkara-perkara yang terkutuk dan dikeji agama ini sedangkan ayat-ayat Al-Quran yang Suci itu selalu menjadi makanannya. Kata kenalan kawan saya ini, ayat-ayat Al-Quran yang dihafalnya itu cukup sekadar melekat di lidah dan akal(ingatan) kerana itulah syarat yang ditetapkan kolej bagi seorang student tahfiz untuk grad diploma. Malahan dia tidak pernah faham langsung apa yang dihafalnya dan apa yang dibacanya selama ini. Apalah guna jika begitu?

Kalau dalam Akademi Fantasia pun pelajar-pelajarnya dituntut untuk menghayati setiap bait-bait lirik yang mereka ingin nyanyikan kerana ia penting bagi membuatkan si pelajar tahu apa yang dinyanyikannya, apatah lagi jika hendak menghafal Al-Quran yang sangat mulia itu. Sanagatlah mengecewakan bagi seorang remaja yang mampu menghafal Al-Quran tetapi tak mampu menghayati apa yang dihafalnya. Malahan mereka ini telah menjadi fitnah di dalam agama. Orang akan kata, "Alah, orang hafal Quran pun buat maksiat!", "Aku buat maksiat ni lagi mulia dari orang yang hafal Quran tapi buat maksiat tau!" dan macam-macam lagi cakap-cakap orang yang sanagtlah tidak enak didengari. Malahan orang yang cetek agama atau longgar akidahnya akan jadi lebih mudah terpesong dengan adanya golongan-golongan seperti kenalan kawan saya itu.

Begitu juga dengan nama Tuhan, sama sahaja, ayat-ayat Al-Quran berbahasa Arab dan perlu didalami, nama-nama Tuhan juga berbahasa Arab dan perlu didalami. Jadi jika benar ingin mengenal Tuhan, kenalilah nama-nama-Nya beserta maksud dan hikmah nama itu sendiri. Barulah hati boleh nampak kebesaran dan kekuasaan Tuhan itu.

Allah ada 99 nama bukan bermakna Allah itu ramai, Allah itu satu, tetapi sekadar bertujuan memberi gelaran dan menunjukkan sifat-sifat Tuhan itu sendiri. Seperti Maha Melihat, Maha Mengetahui, Maha Penerima Taubat dan sebagainya. Dari segi gelaran, seperti seseorang yang bernama Ibrahim, anaknya akan memanggilnya 'ayah', isterinya akan memanggilnya 'abang', kawan-kawannya memanggilnya 'baim', dan begitulah yang seterusnya.

Oleh itu, sama-samalah kita berusaha mengenal Tuhan. Banyak faedahnya dalam membentuk diri yang lebih baik. Banyakkan menuntut ilmu, bergaul dengan orang-orang soleh, InsyaAllah, kita akan dapat mengenal Dia Yang Maha Satu.....


Amin...

Tuhan

May 26, 2009

0 Komentar
Tuhan.
-Siapa Tuhan? Memang ada ke Tuhan? Kalau ada mana dia?-
Tersebut adalah antara soalan-aoalan yang boleh dikatakan sering jadi topik perbualan remaja pada hari ini. Ini juga menunjukkan perkembangan sifat keterbukaan yang ada dalam jiwa remaja itu sendiri. Tetapi keterbukaan yang tiada had dan tak berlandaskan scripture yang jelas dan benar menyebabkan pelbagai masalah telah timbul. Masalah yang paling meruncing sekali di kalangan remaja hari ini adalah sudah banyak yang sudah tidak percaya pada Tuhan. Tidak kiralah apa sahaja nama yang diberi untuk menggelarkan golongan mereka ini, tetapi yang jelas kita dapat sedar yang adanya Tuhan membuatkan dunia ini sebuah daerah yang mempunyai undang-undang dan remaja sudah tidak percaya pada Tuhan sebenarnya bukan kerana mereka tidak percaya, tetapi sebagai alasan untuk lari dari undang-undang Tuhan. Tuhan sudah jelaskan, jangan berzina, jangan minum arak, tutup aurat, jaga pancaindera. Kalau dilihatkan memang banyak limitasi-limitasi yang Tuhan tetapkan yang kebanyakannya menyekat perkembangan sikap keterbukaan remaja itu sendiri. Ini lah yang menyebabkan remaja cuba menafikan Tuhan dan kalau mereka masih percaya akan Tuhan, mereka tetapa akan mengenetepikan tuntutan Tuhan. Isunya sekarang ini, remaja itu sendiri tidak kenal Tuhan. Siapa Tuhan? Bagaimana Tuhan? Apa kehendak-kehendak Tuhan? Jadi apa yang saya tulis ini hanya sekadar briefing sedikit sebanyak mudah-mudahan dapat menerangkan apa yang kabur.

Tuhan.
Yang pasti Dia mestilah yang paling berkuasa. Takkan ada yang mampu mengatasi Dia. Takkan ada yang sama dengan Dia. Dia pasti berhak buat apa saja, tanpa ada batas-batas tertentu sedikit pun. Sebab Dia Tuhan. Dia yang paling Tinggi kekuasaan-Nya, semestinya kekuasaan-Nya meliputi segala-galanya, apa saja di langit dan di atas muka bumi ini, juga segala isinya. Jadi bumi dan langit ini memang pasti ciptaan-Nya dan apa saja urusan di atas maintenance kedua-duanya adalah hak-Nya. Tidak ada langsung yang dapat menghalang kehendak-Nya, kekuasaan-Nya. Apa sahaja kehendak-Nya pasti yang terbaik, sebab Dia lebih mengetahui segala-galanya. Baik, buruk, lapang, sempit, kaya, miskin, kebuluran, kemarau, ribut taufan, bulan, bintang, matahari dan segalanya. Itu pasti yang terbaik, sebab itu semua ciptaan-Nya. Jika begitu dapatlah kita tafsirkan yang Tuhan itu adalah SATU. Itulah Tuhan.

Siapa Tuhan?
Fitrah alam memang sudah menetapkan di atas muka bumi ini ada pelbagai bangsa, adat budaya dan ini termasuk kepelbagaian agama. Prisip utama agama adalah adanya penyembahan. Dan bila ada penyembahan pasti ada yang disembah dan pasti yang disembah itu adalah Tuhan. Bagi penganut agama Kristian mereka yakini akan konsep triniti(Tuhan, anak Tuhan dan Ruhul Kudus), bagi penganut Yahudi mereka yakini ketuhanan Jehovah, penganut agama Hindu pula yakin dan sembah pada Rhama dan demikian pula yang lain-lain. Begitulah konsep agama, pasti ada menyembah dan disembah. Tetapi bagaimana boleh ada kepelbagaian Tuhan yang berbeza-beza pada setiap agama sedangkan kita sudah katakan tadi yang Tuhan itu adalah SATU. Tak mungkin ada Tuhan yang berbeza-beza kerana jika begitu kita akan dapati yang Tuhan itu punya saingan. Jadi dalam hal ini, cuma Kitab Al-Quran sahaja yang memegang kunci jawapan bagi memecah kebuntuan ini.




-Nabi Muhammad saw pernah ditanya oleh seorang rahib Nasrani akan prinsip ketuhanan dalam Islam, Rasulullah tidak terus menjawab sebaliknya menunggu wahyu Dari Allah agar diberikan jawapan yang lebih yang lebih precise and indoubt, akhirnya turunlah ayat tersebut; "Katakanlah(wahai Muhammad), Allah itu SATU. Dia hanya bergantung kepada Dirinya sahaja. Tidak beranak dan tidak diperanakkan. Dan tiada ssesuatu pun yang setanding dengan-Nya."[Surah 112:ayat 1-4]-

Tiada ragu lagi, hanya Islam sahaja yang memperjuangkan prinsip Tuhan Yang SATU. Tidak diceritakan langsung dalam mana-mana kitab agama yang lain seperti Bible(new testament), Veda, Tanakh dan lain-lain. Jadi secara dasarnya kita boleh simpulkan yang Tuhan yang layak disembah hanyalah Allah yang SATU....
(Umumnya perkara sebegini memerlukan diskusi yang panjang lebar, penulis sekadar memberikan briefing agar gambarannya tentang Allah yang Satu itu lebih jelas)

Memang ada ke Tuhan.
Sebenarnya dalam persoalan yang sebegini memerlukan keyekinan yang teguh tanpa ragu-ragu dalam meneroka kota jawapannya. Apatah lagi Tuhan tidak mampu dilihat Zat Nya Yang Maha Suci itu dengan mata kasar. Remaja sering mempersoalkan keberadaan Tuhan kerana beberapa sebab:
-hati sudah kosong dengan keyakinan.
-Ingin lari dari undang-undang Tuhan.
-Tidak kenal Tuhan.

-Imam Hanafi ra pernah ditanya oleh seorang pemuda yang tak percayakan Tuhan agar membuatakan dia percaya kepada Tuhan. Maka Imam Hanafi menyuruh pemuda tersebut berjumpa dengannya di sebuah pulau kecil pada hari dan masa yang ditetapkan untuk diberikan jawapan. Pemuda itu datang dan menunggu Imam Hanafi pada waktu dan masa yang telah ditetapkan itu. Tetapi Imam hanafi datang agak lambat bertemu pemuda tersebut menyebabkan pemuda itu marah. Imam Hanafi menerangkan kepada pemuda tersebut bahawa sampan yang digunakan untuk menyeberang ke pulau kecil itu didapati bocor dan tidak boleh digunakan. Imam Hanafi hanya menunggu sahaja di pinggir pantai itu moga2 ada sampan lain yang datang untuk dipinjam. Tiba-tiba sebatang pokok besar tumbang ke tanah dan tak semena-mena pokok besar itu berubah dengan sendirinya menjadi sebuah sampan yang digunakan Imam Hanafi untuk mnyeberang ke Pulau kecil tersebut. Pemuda itu ketawa mendengarkan cerita Imam Hanafi itu dan menuduhnya sebagai pembohong. Imam Hanafi bertanya pemuda tersebut mengapa dia tertawa mendengarkan cerita pokok yang berubah menjadi sampan itu. Kata pemuda itu, mana mungkin sebatang pokok boleh menjadi sebuah sampan dengan sendirinya. Nah! Itulah jawapannya kata Imam Hanafi. Pemuda itu bingung. Imam Hanafi menerangkan, pemuda itu tidak percaya sebatang pokok boleh berubah menjadi sampan dengan sendirinya kerana sebuah sampan pasti memerlukan seorang tukang untuk menciptanya. Begitu jugalah dengan keberadaan langit dan bumi serta seisinya. Tak mungkin ia terjadi dengan sendirinya. Pasti ada Pencipta yang berkuasa menciptanya dan semestinya Pencipta itu punya kuasa yang luar biasa untuk mencipta keluasan langit dan bumi serta seisinya ini maka Pencipta itu selayaknya adalah Tuhan.-

Cerita di atas sudah cukup memberi gambaran kepada kita bahawa Tuhan itu ada biarpun kita tak mampu melihat Zat Nya Yang Maha Suci dari mata kasar kita ini. Renungkanlah jari jemari kita ini. Bagaimana ia boleh bergerak lincah tanpa ada sebarang remote control yang mengawalnya? Sel-sel di dalamnya yang kita kata menjadikan jari-jemari itu bergerak, bagaiman sel yang berjuta-juta bilangannya itu boleh ada di dalam jari kita dan masing-masing melaksanakan tugasnya dengan sistematik sekali. Pasti ada suatu kuasa Yang paling Hebat yang menetapkannya. Dialah Tuhan......

Dan yang selayaknya digelar Tuhan hanyalah Allah. Tetapi hati tetap akan meronta-ronta dari kenyataan ini terutamanya hati remaja yang dalam proses perkembangan pemikiran ini. Sebab yang paling kritikal skali adalah remaja tidak benar-benar kenal siapa Allah, Tuhan Yang Satu...

Mukaddimah

May 25, 2009

0 Komentar
Ali ra pernah berkata, "kalau mahu melihat kepimpinan di masa hadapan, lihatlah pemuda-pemuda(remaja) di zaman kini."

Siapa remaja? Biasanya kita kat Malaysia nie umur sekitar 16-23 tue boleh la dikatakan remaja. Sebab di usia tersebut akal sudah pandai membeza dan memilih antara baik dan buruk, kebergantungan hidup kepada mak dan ayah semakin berkurangan terutama dalam membentuk personaliti diri, semakin bebas dalam membuat keputusan hidup dan lain-lain.

Mari kita lihat dari sudut yang lebih spesifik, tak perlu diceritakan tentang perubahan fizikal sebab sendiri dah boleh tau kan, dari segi keseimbangan mental yang kita nak terjemahkan. Yang paling biasa kita dengar cakap-cakap orang, remaja adalah spesis yang paling menginginkan perkara-perkara baru dalam hidup, tidak kiralah sama ada baik mahupun buruk sesuatu perkara tu. Sebab seusia remaja ini pemikiran sudah mula terbuka, keterbatasannya semakin berkurang, kebebasan yang ditagih. Masalah paling jelas terhadap perkembangan akal ini adalah ia berbunga tanpa ada petunjuk dari sebarang pengalaman

Remaja akan jadi lebih berani dan bersifat lebih terbuka terutama dalam bersosial tidak seperti di waktu kanak-kanak dahulu. Keterbukaan ini suatu perkembangan yang sangat baik, dan ia juga akan jadi suatu perkembangan yang sangat membimbangkan.

Dakwah, nasihat, mencegah kemaksiatan dan sebagainya amatlah memerlukan sifat keterbukaan yang luas. Bijak mengenal watak manusia dan perwatakannya serta keadaan zaman yang teus menesrus berkembang. Andai beroleh sebarang halangan sekalipun takkan mampu menghalang niat hatinya untuk memperjuangkan apa yang diyakininya. Maka memang dititipkan sifat keterbukaan dalam diri remaja ini sebagai medium bagi diri memecah kebuntuan akal. Itu yang baiknya.

Maksiat, pergaulan bebas, tidak menghiraukan undang-undang dunia dan sebagainya juga memerlukan sifat keterbukaan. Berani ambil risiko, teguh keyakinan diri dan sebagainya yang ada dalam diri remaja itu jugalah yang amat diperlukan bagi memaksa naluri melaksanakan hal-hal yang demikian. Andai ditegah berulang-ulang kali pun tak mampu menghalang kehendak jiwa remaja biarpun sifat keterbukaan itu lebih terarah kepada parkara-perkara yang buruk pada kaca mata agama. Sekali lagi ditegaskan, dititipkan sifat keterbukaan ini bagi memecahkan kebuntuan akal.

Oleh itu, waktu remaja ini boleh dikatakan sebagai the time to change.
Sebab di sini bermula pembentukan watak manusia yang sebenar. Maka, blog ini dibuat adalah bertujuan bagi membentuk diri penulis dan pembaca keseluruhannya dalam mengisi waktu yang dikatakan sebagai 'time to change' ini, InsyaAllah.......






Mengenal Nabi

0 Komentar
Mari kita bercerita tentang Nabi kita
Agar engkau kenal Nabimu sendiri
Allahumma Sollia'la Sayyidina Muhammad
Waa'la Aalihi Wasohbihi Ajmai'n
Ayahnya Sayyid Abdullah, ibunya Siti Aminah
Bangsa Quraisy dari Bani Hashim
Nasabnya hingga ke Nabi Ibrahim
Baginda yatim piatu, tiada ayah tiada ibu
Seorang anak yang tidak pernah bermanja pada ibu dan ayahnya
Dia adalah makhluk yang pertama dan utama
Yang paling dicintai Tuhan, yang diberi nama Nur Muhammad
Dari Nur Muhammad inilah seluruh yang ada diciptakan
Syurga, neraka, dunia, akhirat, manusia dan lain-lainnya
Dia adalah Nabi yang diisra' dan dimi'rajkan
Mukanya laksana bulan purnama karena cahayanya yang terang
Hamba Allah yang paling bertaqwa dan paling takut dengan Tuhan
Sangat tahan menerima ujian yang berbagai-bagai keadaan
Karena itulah dipanggil Habibullah, Penghulu para Rasul para Anbia
Penghulu seluruh orang yang bertaqwa, Imam seluruh manusia
Nabi mempunyai akhlak yang paling mulia
Terutama kasih sayangnya kepada manusia
Tawadha' merendah diri pakaian peribadinya
Karena akhlaknya dapat pujian dari Tuhannya
Dia sangat suka meminta maaf dan memberi maaf
Kejahatan orang di balas kebaikan, satu perbuatan yang luar biasa