-Siapa Tuhan? Memang ada ke Tuhan? Kalau ada mana dia?-
Tersebut adalah antara soalan-aoalan yang boleh dikatakan sering jadi topik perbualan remaja pada hari ini. Ini juga menunjukkan perkembangan sifat keterbukaan yang ada dalam jiwa remaja itu sendiri. Tetapi keterbukaan yang tiada had dan tak berlandaskan scripture yang jelas dan benar menyebabkan pelbagai masalah telah timbul. Masalah yang paling meruncing sekali di kalangan remaja hari ini adalah sudah banyak yang sudah tidak percaya pada Tuhan. Tidak kiralah apa sahaja nama yang diberi untuk menggelarkan golongan mereka ini, tetapi yang jelas kita dapat sedar yang adanya Tuhan membuatkan dunia ini sebuah daerah yang mempunyai undang-undang dan remaja sudah tidak percaya pada Tuhan sebenarnya bukan kerana mereka tidak percaya, tetapi sebagai alasan untuk lari dari undang-undang Tuhan. Tuhan sudah jelaskan, jangan berzina, jangan minum arak, tutup aurat, jaga pancaindera. Kalau dilihatkan memang banyak limitasi-limitasi yang Tuhan tetapkan yang kebanyakannya menyekat perkembangan sikap keterbukaan remaja itu sendiri. Ini lah yang menyebabkan remaja cuba menafikan Tuhan dan kalau mereka masih percaya akan Tuhan, mereka tetapa akan mengenetepikan tuntutan Tuhan. Isunya sekarang ini, remaja itu sendiri tidak kenal Tuhan. Siapa Tuhan? Bagaimana Tuhan? Apa kehendak-kehendak Tuhan? Jadi apa yang saya tulis ini hanya sekadar briefing sedikit sebanyak mudah-mudahan dapat menerangkan apa yang kabur.
Tuhan.
Yang pasti Dia mestilah yang paling berkuasa. Takkan ada yang mampu mengatasi Dia. Takkan ada yang sama dengan Dia. Dia pasti berhak buat apa saja, tanpa ada batas-batas tertentu sedikit pun. Sebab Dia Tuhan. Dia yang paling Tinggi kekuasaan-Nya, semestinya kekuasaan-Nya meliputi segala-galanya, apa saja di langit dan di atas muka bumi ini, juga segala isinya. Jadi bumi dan langit ini memang pasti ciptaan-Nya dan apa saja urusan di atas maintenance kedua-duanya adalah hak-Nya. Tidak ada langsung yang dapat menghalang kehendak-Nya, kekuasaan-Nya. Apa sahaja kehendak-Nya pasti yang terbaik, sebab Dia lebih mengetahui segala-galanya. Baik, buruk, lapang, sempit, kaya, miskin, kebuluran, kemarau, ribut taufan, bulan, bintang, matahari dan segalanya. Itu pasti yang terbaik, sebab itu semua ciptaan-Nya. Jika begitu dapatlah kita tafsirkan yang Tuhan itu adalah SATU. Itulah Tuhan.
Siapa Tuhan?
Fitrah alam memang sudah menetapkan di atas muka bumi ini ada pelbagai bangsa, adat budaya dan ini termasuk kepelbagaian agama. Prisip utama agama adalah adanya penyembahan. Dan bila ada penyembahan pasti ada yang disembah dan pasti yang disembah itu adalah Tuhan. Bagi penganut agama Kristian mereka yakini akan konsep triniti(Tuhan, anak Tuhan dan Ruhul Kudus), bagi penganut Yahudi mereka yakini ketuhanan Jehovah, penganut agama Hindu pula yakin dan sembah pada Rhama dan demikian pula yang lain-lain. Begitulah konsep agama, pasti ada menyembah dan disembah. Tetapi bagaimana boleh ada kepelbagaian Tuhan yang berbeza-beza pada setiap agama sedangkan kita sudah katakan tadi yang Tuhan itu adalah SATU. Tak mungkin ada Tuhan yang berbeza-beza kerana jika begitu kita akan dapati yang Tuhan itu punya saingan. Jadi dalam hal ini, cuma Kitab Al-Quran sahaja yang memegang kunci jawapan bagi memecah kebuntuan ini.

-Nabi Muhammad saw pernah ditanya oleh seorang rahib Nasrani akan prinsip ketuhanan dalam Islam, Rasulullah tidak terus menjawab sebaliknya menunggu wahyu Dari Allah agar diberikan jawapan yang lebih yang lebih precise and indoubt, akhirnya turunlah ayat tersebut; "Katakanlah(wahai Muhammad), Allah itu SATU. Dia hanya bergantung kepada Dirinya sahaja. Tidak beranak dan tidak diperanakkan. Dan tiada ssesuatu pun yang setanding dengan-Nya."[Surah 112:ayat 1-4]-
Tiada ragu lagi, hanya Islam sahaja yang memperjuangkan prinsip Tuhan Yang SATU. Tidak diceritakan langsung dalam mana-mana kitab agama yang lain seperti Bible(new testament), Veda, Tanakh dan lain-lain. Jadi secara dasarnya kita boleh simpulkan yang Tuhan yang layak disembah hanyalah Allah yang SATU....
(Umumnya perkara sebegini memerlukan diskusi yang panjang lebar, penulis sekadar memberikan briefing agar gambarannya tentang Allah yang Satu itu lebih jelas)
Memang ada ke Tuhan.
Sebenarnya dalam persoalan yang sebegini memerlukan keyekinan yang teguh tanpa ragu-ragu dalam meneroka kota jawapannya. Apatah lagi Tuhan tidak mampu dilihat Zat Nya Yang Maha Suci itu dengan mata kasar. Remaja sering mempersoalkan keberadaan Tuhan kerana beberapa sebab:
-hati sudah kosong dengan keyakinan.
-Ingin lari dari undang-undang Tuhan.
-Tidak kenal Tuhan.
-Imam Hanafi ra pernah ditanya oleh seorang pemuda yang tak percayakan Tuhan agar membuatakan dia percaya kepada Tuhan. Maka Imam Hanafi menyuruh pemuda tersebut berjumpa dengannya di sebuah pulau kecil pada hari dan masa yang ditetapkan untuk diberikan jawapan. Pemuda itu datang dan menunggu Imam Hanafi pada waktu dan masa yang telah ditetapkan itu. Tetapi Imam hanafi datang agak lambat bertemu pemuda tersebut menyebabkan pemuda itu marah. Imam Hanafi menerangkan kepada pemuda tersebut bahawa sampan yang digunakan untuk menyeberang ke pulau kecil itu didapati bocor dan tidak boleh digunakan. Imam Hanafi hanya menunggu sahaja di pinggir pantai itu moga2 ada sampan lain yang datang untuk dipinjam. Tiba-tiba sebatang pokok besar tumbang ke tanah dan tak semena-mena pokok besar itu berubah dengan sendirinya menjadi sebuah sampan yang digunakan Imam Hanafi untuk mnyeberang ke Pulau kecil tersebut. Pemuda itu ketawa mendengarkan cerita Imam Hanafi itu dan menuduhnya sebagai pembohong. Imam Hanafi bertanya pemuda tersebut mengapa dia tertawa mendengarkan cerita pokok yang berubah menjadi sampan itu. Kata pemuda itu, mana mungkin sebatang pokok boleh menjadi sebuah sampan dengan sendirinya. Nah! Itulah jawapannya kata Imam Hanafi. Pemuda itu bingung. Imam Hanafi menerangkan, pemuda itu tidak percaya sebatang pokok boleh berubah menjadi sampan dengan sendirinya kerana sebuah sampan pasti memerlukan seorang tukang untuk menciptanya. Begitu jugalah dengan keberadaan langit dan bumi serta seisinya. Tak mungkin ia terjadi dengan sendirinya. Pasti ada Pencipta yang berkuasa menciptanya dan semestinya Pencipta itu punya kuasa yang luar biasa untuk mencipta keluasan langit dan bumi serta seisinya ini maka Pencipta itu selayaknya adalah Tuhan.-
Cerita di atas sudah cukup memberi gambaran kepada kita bahawa Tuhan itu ada biarpun kita tak mampu melihat Zat Nya Yang Maha Suci dari mata kasar kita ini. Renungkanlah jari jemari kita ini. Bagaimana ia boleh bergerak lincah tanpa ada sebarang remote control yang mengawalnya? Sel-sel di dalamnya yang kita kata menjadikan jari-jemari itu bergerak, bagaiman sel yang berjuta-juta bilangannya itu boleh ada di dalam jari kita dan masing-masing melaksanakan tugasnya dengan sistematik sekali. Pasti ada suatu kuasa Yang paling Hebat yang menetapkannya. Dialah Tuhan......
Dan yang selayaknya digelar Tuhan hanyalah Allah. Tetapi hati tetap akan meronta-ronta dari kenyataan ini terutamanya hati remaja yang dalam proses perkembangan pemikiran ini. Sebab yang paling kritikal skali adalah remaja tidak benar-benar kenal siapa Allah, Tuhan Yang Satu...
0 Komentar:
Post a Comment