Mengenal Tuhan

May 28, 2009

Dalam mengejar tujuan untuk mengenal Tuhan, kita perlu ada kesungguhan untuk mencari tahu tentang Tuhan itu sendiri. Tetapi perlu ditegaskan, terdapat batas-batas yang telah ditetapkan dalam hendak mengenal Tuhan itu. Sebagai contoh Ibnu Abbas mengatakan, Nabi saw pernah bersabda, "Fikirkan tentang makhluk Allah dan jangan fikirkan tentang Allah. Kau tak mampu mencapai kekuasaan-Nya.". Maksudnya, bertafakur atau berfikir itu adalah salah satu cara yang sangat dituntut dalam mengenal Tuhan, tapi perlulah dibataskan dalam skop-skop tertentu sahaja. Bimbang hati jadi keliru kerana kekurangan ilmu.





Seorang kawan pernah memberitahu saya, "Kita boleh jadi gila kalau kita cuba menembusi batas-batas yang ditetapkan untuk mengenal Tuhan. Sebab rahsia-Nya itu benar-benar di luar kemampuan akal manusia yang lemah ini.". Maka, mencukupilah sekadar merenung ciptaan-ciptaan Tuhan di sekeliling kita yang dapat kita lihat dan kita nilai dengan kemampuan kita sendiri dan disertai dengan ilmu yang bersesuaian berlandaskan Al-Quran dan Sunnah.

Penciptaan gunung contohnya, kajian sains mendapati gunung itu berfungsi sebagai pasak bumi, dengan kata lain seperti tulang belakang bumi yang bertujuan memastikan kestabilan bumi itu adalah seimbang bagi menampung beban permukaannya. Kajian juga mendapati fungsi gunung itu juga salih tak tumpah dengan fungsi tulang belakang manusia yang menjadi antara anggota terpenting dalam tubuh badan manusia. Maha Suci Tuhan. Siapa lagi yang mampu menciptakan sebesar-besar gunung dan sekecil-kecil tulang belakang manusia dalam keadaan serupa tujuan keberadaannya? Pasti pencipta itu Yang Maha Bijaksana. Siapa Yang Maha Bijaksana?


-Dan sesungguhnya kamu benar-benar diberi Al-Quran dari sisi (Allah) Yang Maha Bijaksana lagi Maha Mengetahui. :An-Naml, 6-



Ya, Allah, Dialah Yang Maha Bijaksana. Diterangkan ayat ini dari sebuah kitab yang diturunkan lebih seribu empat ratus tahun dahulu dan tak pernah diubah mana-mana satu ayat pun di dalamnya. It's totally a miracle bila sebuah kitab agama yang didapati mampu bertahan isi kandungan walau sudah berabad lamanya. Kitab ini mengatakan, Yang Maha Bijaksana itu adalah Allah.


Sebenarnya itu cuma salah satu dari nama-nama Allah yang disebutkan dalam Al-Quran. Yang lainnya seperti Ar-Rahman(Maha Pemurah), Ar-Rahim(Maha Penyayang), Al-Malik(Maha Menguasai), Al-Quddus(Maha Suci), As-Salam(Maha Penyelamat) dan sebagainya. Masa kita kecil dahulu pasti ramai yang sudah biasa terdengar lagu nasyid yang menyanyikan nama-nama Allah ini. Kadang-kadang dinyanyikan sebelum perhimpunan sekolah, di kelas-kelas Fardu Ain dan banyak lagi. Hafal atau tidak itu nasib masing-masing sebenarnya. Ada yang dididik untuk menghafal nama-nama tersebut, dan ada pula yang tak terdidik.


Amatlah diharapkan agar pembaca dapat berusaha untuk menghafal nama-nama tersebut jika benar ingin mengenal Tuhan. Ada 99 semuanya. Abu Hurairah meriwayatkan, Nabi saw pernah bersabda, "Sesungguhnya Allah mempunyai 99 nama, siapa yang menghafalnya akan masuk Syurga."-Bukhari-. Tetapi janganlah sekadar hafal tetapi tidak tahu langsung apa yang dihafalnya. Sebaik-baiknya kita memahami apa yang kita hafal itu kerana nama-nama Allah itu diturunkan dalam bahasa Arab. Kalau kita tidak faham, sia-sia sajalah.



Seorang kawan(lelaki) pernah bercerita kepada saya. Dia kini sedang menuntut di salah sebuah kolej Islam negeri di Malaysia dalam bidang nursing, ceritanya dia punya seorang kenalan, roomate kalau tak silap, kenalan kawan saya ini juga menuntut di kolej tersebut dalam bidang tahfiz. Setiap semester telah ditetapkan berapa jumlah juzu' Quran yang perlu dihafal. Tetapi biarpun menghafal Quran setiap masa, lidah banyak dibasahkan dengan ayat-ayat Al-Quran, kenalan kawan saya ini juga dikenali sebagai seorang 'kaki perempuan'. Berapa banyak kali perempuan di bawa balik ke rumah sewa mereka. Mungkin kerana tak tertahan dengan sikap yang boleh dikatakan tak masuk akal bagi seorang yang selalu menghafal Al-Quran, kawan saya pun bertanya kepada si kenalan ini, mengapa dia boleh bergiat dengan perkara-perkara yang terkutuk dan dikeji agama ini sedangkan ayat-ayat Al-Quran yang Suci itu selalu menjadi makanannya. Kata kenalan kawan saya ini, ayat-ayat Al-Quran yang dihafalnya itu cukup sekadar melekat di lidah dan akal(ingatan) kerana itulah syarat yang ditetapkan kolej bagi seorang student tahfiz untuk grad diploma. Malahan dia tidak pernah faham langsung apa yang dihafalnya dan apa yang dibacanya selama ini. Apalah guna jika begitu?

Kalau dalam Akademi Fantasia pun pelajar-pelajarnya dituntut untuk menghayati setiap bait-bait lirik yang mereka ingin nyanyikan kerana ia penting bagi membuatkan si pelajar tahu apa yang dinyanyikannya, apatah lagi jika hendak menghafal Al-Quran yang sangat mulia itu. Sanagatlah mengecewakan bagi seorang remaja yang mampu menghafal Al-Quran tetapi tak mampu menghayati apa yang dihafalnya. Malahan mereka ini telah menjadi fitnah di dalam agama. Orang akan kata, "Alah, orang hafal Quran pun buat maksiat!", "Aku buat maksiat ni lagi mulia dari orang yang hafal Quran tapi buat maksiat tau!" dan macam-macam lagi cakap-cakap orang yang sanagtlah tidak enak didengari. Malahan orang yang cetek agama atau longgar akidahnya akan jadi lebih mudah terpesong dengan adanya golongan-golongan seperti kenalan kawan saya itu.

Begitu juga dengan nama Tuhan, sama sahaja, ayat-ayat Al-Quran berbahasa Arab dan perlu didalami, nama-nama Tuhan juga berbahasa Arab dan perlu didalami. Jadi jika benar ingin mengenal Tuhan, kenalilah nama-nama-Nya beserta maksud dan hikmah nama itu sendiri. Barulah hati boleh nampak kebesaran dan kekuasaan Tuhan itu.

Allah ada 99 nama bukan bermakna Allah itu ramai, Allah itu satu, tetapi sekadar bertujuan memberi gelaran dan menunjukkan sifat-sifat Tuhan itu sendiri. Seperti Maha Melihat, Maha Mengetahui, Maha Penerima Taubat dan sebagainya. Dari segi gelaran, seperti seseorang yang bernama Ibrahim, anaknya akan memanggilnya 'ayah', isterinya akan memanggilnya 'abang', kawan-kawannya memanggilnya 'baim', dan begitulah yang seterusnya.

Oleh itu, sama-samalah kita berusaha mengenal Tuhan. Banyak faedahnya dalam membentuk diri yang lebih baik. Banyakkan menuntut ilmu, bergaul dengan orang-orang soleh, InsyaAllah, kita akan dapat mengenal Dia Yang Maha Satu.....


Amin...

0 Komentar:

Post a Comment