Kalau Engkau Miskin -Part 4-

Sep 17, 2009


“Emba’ Haliza sama emba’ Noor”

Jawab Marni penuh kepastian. Sebab memang selalu sangat dua orang member kamceng Sumayyah tue datang ke rumah. Sampai Marni pun dah boleh kenal Haliza dan Noor walaupun kedua-duanya tak pernah pun berkenal-kenalan dengan Marni.

Segera Sumayyah ke pintu masuk utama untuk bertemu dengan Haliza dan Noor. Lalu dijemputnya kedua-dua anak dara pingitan tue masuk ke rumah. Sebelum masuk, Haliza bertanyakan sesuatu kepada Sumayyah, “Mak ayah you ada kat umah tak?”. Pelik jugaklah Sumayyah dengan pertanyaan tersebut, “Takde, diorang dah keluar dah pagi tadi. Apsal tanya?”.

Tersenyum lebar Haliza mendengarkan jawapan tersebut, “Cantek lah tue. Noor, line clear laa, hehe.”. Tiba-tiba entah dari mana datangnya Noor mengeluarkan bungkusan makanan KFC. Terkejut beruk Sumayyah dibuatnya, segera dijemput masuk ke rumah takut-takut ada orang nampak. Boleh menimbulkan fitnah kalau ada orang nampak bungkusan KFC tue time tengah-tengah hari bulan Ramadhan ni.

Mereka pun berkumpullah di ruang tamu sambil bungkusan KFC tue diletakkan di atas lantai sepertinya bakal dibedal kurang lima minit lagi. “Giler ah, macam mana you all boleh beli KFC bulan-bulan posa ni?”, tanya Sumayyah sedikit hairan. “Kitorang beli kat drive-thru KFC kat Petronas depan tu, cashier dia Chinese maa.”, jawab Noor penuh riak. Bagai pucuk dicita, ulam mendatang, dah laa perut dah lapar tahap pelarian dah, elok sangat la Haliza dan Noor bawak KFC tuh.

Tibai KFC di kedai KFC jugak di bulan Ramadhan merupakan satu idea yang agak bangang gak laa untuk ponteng puasa, take away sudaa...
Tanpa menghiraukan puasanya yang tinggal lagi setengah hari, Sumayyah pun dengan rakus dan tamak halobanya membedal KFC tersebut sambil dibantu oleh Haliza dan Noor selaku temannya di dunia dan Akhirat. Memang Haliza dan Noor dah plan baik punya nak monteng puasa kat rumah Sumayyah, sebab kalau nak monteng kat rumah sendiri, parents masing-masing masih concern lagi bab-bab puasa nie, buatnya kantoi, masak gak laa nak menjawab. Family Sumayyah memang dah obvious dah tak berapa nak ambil peduli sangat hal-hal berkaitan Agama ni. So, tempat yang paling sesuai sekali untuk membuat perkara-perkara yang tak bermoral selayaknya hanya di rumah Sumayyah.

Selesai menamatkan riwayat ayam goreng KFC tadi, Haliza mengeluarkan sekotak Winston sebagai dessert pulak. Dihulurkan sebatang pada Noor dan diterima baik pemberian tersebut dengan penuh rasa berterima kasih. Sumayyah buat bodo je melihatkan tingkah laku bodo kedua-dua membernya itu. Haliza turut menghulurkan sebatang rokok buat Sumayyah, namun ditolak secara baik oleh Sumayyah.

"Rokok nie membahayakan kesihatan korang dan orang sekeliling korang.", pesan Encik Mamat (gambar)

Haliza yang kurang senang dengan penolakan tersebut lalu menyuarakan pendapatnya, “Ye laa, orang kaya, batang murah-murah nie mana nak makan.”. Gelak besar tiga sekawan tersebut mendengarkan lawak Haliza yang sedikit lucah bunyinya. Namun, tanpa mereka sedari, ada mata yang sedang melihat mereka sejak tadi.

Nun di dapur, Marni mengintai di satu sudut yang mampu ditembus pandangan dari dapur ke ruang tamu sejak daripada ayam goreng KFC tue dah dimakan separuh. Sedih Marni melihatkan telatah ‘neng’nya yang dengan selamba badak membatalkan puasanya itu. Namun, lebih sedih lagi mengenangkan nasibnya yang terpaksa bekerja di banglo mewah milik Tan Sri Salleh ni. Dah la laki bini perangai macam binatang, anak-anak pun tak ketahuan.

Kalau tak mengenangkan gajinya tiap-tiap bulan yang mencecah empat angka tue, dengan ibunya di kampung yang tengah sakit tenat, nak pakai duit banyak, dah lama dah Marni kerja sapu sampah tepi jalan atau di premis-premis swasta mahupun kerajaan seperti teman-teman Indon dan Banglanya yang lain seperti Azizah, Mas Asila, Abdul Rahman dan lain-lain.

Biarpun hidupnya sebagai amah di rumah Tan Sri Salleh kira ok jugak lah, bilik orang gaji untuknya pun selesa, makan minum semua ditanggung, sedap-sedap pulak tue, namun dia tak pernah bahagia, Imannya selalu terseksa melihatkan perangai ahli rumah tersebut yang masing-masing dah macam orang tak ada agama.

Duduk rumah besar pun, kalau hati tak tenang, nak buat apa...

Tengah Marni leka dengan lamunannya, tiba-tiba Noor ternampak Marni mengintai melalui sudut kecil tersebut, terkantoi la pulak intipannya itu. Segera Marni beredar menghilangkan diri dari pandangan Noor.

“Orang gaji you yang nama dia tak komersial langsung tue, kerja lagi ke kat sini?”, tanya Noor kepada Sumayyah berkenaan Marni. “Marni la nama dia, ye laa, she still here. Takkan dah kena pecat pulak. Rajin la budak tue.”, terang Sumayyah. “Ooo, kerja kat sini lagi budak tu. Hmm, you nasihat la sikit budak tu Sue.”, kata Noor mengemukakan cadangan.

“Nasihat pa pulak?”, tanya Sumayyah kurang mengerti kehendak soalan. “Ye laa, asyik dok pakai tudung tue apa hal? Tak rimas ke? I yang tengok nie pun rimas tau. Kalau dah kemaruk sangat nak pakai, pakai kat luar rumah dah ah. Nie sampai dalam rumah pun pulun nak pakai, belagak alim la budak tu.”. kata Noor sedikit emosi.

“Biarla, dia tak kacau I, buat apa I nak bising. Lagipun elok sangat la dia bertudung, bila dia tak pakai tudung lagi I tak suka. Lawa la Marni tue, rambut dia smooth tau, combine dengan muka dia yang cute kononnya tu, boleh jadi model tau.”, terang Sumayyah penuh hasad dengki. “Hmm, entah-entah dia dok nak tackle bapak u Sue, baik u jaga-jaga.”, kata Haliza membangkitkan isu.

“Kalau dia nak dah lama dia dah jadi mak tiri I tau, bukan I tak tau bapak I tue dah lama dok pasang niat nak kawin dengan dia. Even adik I yang you dok admire tue pun dok nak try je Marni tu. Nasib baik si Marni tue kira cam kuat Iman la jugak kononnya.”, kata Sumayyah kepada Haliza.

Haliza yang kurang berpuas hati terus membentangkan hujah, “Eleh, hipokrit je tue. Konon pakai tudung tue baik sangat la. Kadang-kadang girl macam kita nie yang lagi mulia dari pompuan macam Marni tue tau. Macam classmate kita, si Elisa tue, konon baik sangat laa, pakai tudung labuh la, tutup aurat la, tapi…”, dan bermulalah segmen umpat-mengumpat yang rasanya, kalau nak ditulis satu-satu, lagi lapan belas episod pun belum tentu cerita nie habis. Selepas kenyang makan daging ayam KFC, kini mereka memulakan sesi makan daging sesame saudara pulak.

Daripada makan daging saudara sendiri, baik makan daging burger...

Lebih kurang pukul 4 petang, oleh sebab dah kehabisan modal untuk bersembang atau kehabisan rokok nak disedut, kedua-dua member kamceng Sumayyah pun balik la ke rumah masing-masing. Agak lega jugak hati Sumayyah sebab Rizal sejak dari tadi tak keluar-keluar langsung dari bilik, tido mampos agaknya. Kalau tak, mesti kena gelak kaw-kaw punya sebab memang benar jangkaan Rizal, time Zuhur lagi dia dah berbuka puasa.

Waktu berbuka dah dekat, Sumayyah teringat akan Marni yang solo-solo je puasa hari ni. “Bukak puasa makan apa Marni?”, tanya Sumayyah kepada Marni.”Saya udah bikin gorengan neng.”, jawab Marni yang masih kecewa dengan Sumayyah sebab tak menyempunakan puasanya barang sehari. “Cukup ke? Tak makan nasik?”, tanya Sumayyah buat-buat concern. “Nanti malam baru saya makan neng, lepas tuan sama puan makan.”, jawab Marni.

“Nak buka puasa pun makan lebihan kitorang ke? Nah ambik nasik ayam nie saya beli tadi.”, kata Sumayyah sambil menghulurkan bungkusan nasi ayam yang dibelinya di param (PAsar RAMadhan) berdekatan sejurus selepas memasukkan duit lima ribu yang ingin dipinjam Rizal ke dalam akaun Rizal sebentar tadi. Marni pun menerima pemberian tersebut dalam kekecewaan, namun tetap hepi sebab boleh laa bukak puasa makan nasik daripada makan gorengan je. ‘Gorengan’ tu bahas Indon laa, maksud dia ‘cucoq’ kata orang utara.

Masyuk gak berbuka dengan Nasi Ayam...

Tak lama kemudian Dopod Sumayyah berdering menandakan ada panggilan masuk. Hepi kemain Sumayyah beli melihat Sulaiman yang membuat panggilan, segera Sumayyah menjawab panggilan tersebut. Isi conversation mereka tak dapat ditulis kerana ia sedikit sebanyak mampu membuatkan sesetengah pembaca nak termuntah bila membacanya kerana nilai bahasanya yang terlalu jiwang dan penuh dengan unsur-unsur asmaradana dan bermadu kasih yang agak melampau. Umumnya, isi penting daripada perbualan mereka yang memakan masa hampir sejam tue hanyalah jemputan Sulaiman untuk dinner pada malam nie di sebuah restoran ternama je.

Maka bersiap-siaplah Sumayyah untuk dijemput Sulaiman dinner pada malam ini. Malam minggu la katakan, kira suitable time la untuk para kapel di seluruh pelusuk negara nak dating, makan-makan, jalan-jalan kat shopping complex, tengok wayang dan sebagainya.

Walaupun raut wajah Sumayyah yang kata orang dah natural beauty, namun mekap yang dikenakan boleh kata melampaui batas gak la. Yelah, nak jumpa yang tersayang laa katakan.

Kemudian, mereka pun pergi la makan-makan di restoran ternama tersebut, kemudian Sulaiman bawak Sumayyah pergi jalan-jalan di salah sebuah shopping complex yang besar bagak saiznya di bandar, sembang-sembang, pegang-pegang tangan, jalan berdua-duaan. Habis jalan-jalan, layan late nite movie pulak. Layan cerita romantik Hollywood dengan harapan rasa cinta dan kasih sayang di antara mereka semakin mekar. So sweet!!!

Malam pun dah makin lewat, tibalah masa Sulaiman nak menghantar Sumayyah pulang ke rumah. Di dalam perjalanan, sambil Sulaiman drive ‘Maserati’ nya tu, sempat jugak Sulaiman menguji keteguhan cinta Sumayyah padanya.

“Sayang, you cintakan I tak?” tanya Sulaiman sebaik melepasi tol highway. “Mesti la you. By God, I love you. Even more than I love myself, greater than that sayang. Berapa ribu kali you tanya pun, I takkan boring untuk jawab yang you’re the only one in my heart.”, jawab Sumayyah dengan nada yang penuh mengasyikkan. “Serius?”, tanya Sulaiman mahukan kepastian.“I swear sayang, serius.”, jawab Sumayyah penuh keyakinan tanpa was-was.

Tersenyum Sulaiman mendengarkan sumpah cinta aweknya itu.
“Kalau macam tu, boleh tak you buktikan?”

Bersambung

1 Komentar:

Marzuky Yusuf said...

aku syg marni dong...hak3!!!

Post a Comment