Wonder Woman

Sep 11, 2009



Aku ada mengenal seorang wanita, yang bagiku sangat istimewa, tersangat istimewa, aku kenal dia di tempat aku belajar sekarang. Asiah namanya, classmate aku, tapi aku panggil dia Kak Asiah, semua orang panggil dia Kak Asiah, sebabnya, dah memang umurnya dah tak berapa remaja dah, 26 kalau tak silap. Pada pandangan aku, dialah wanita yang paling istimewa pernah aku kenal selama hidup aku ni. Nie kira untuk kategori jenis manusia yang boleh dikatakan sebaya ngan aku je laa, so, secara teknikalnya, mak aku excluded laa dari kategori nie.

Istimewanya seorang wanita yang bernama Asiah nie, dia dah berumah tangga, anaknya lima orang, tapi dia masih masih lagi study semester 1 Bachelor of Legal Studies. Bunyinya macam kureng sikit kan. Dulunya sebelum aku kenal dia, aku terpikir gak, kenapa lambat sangat perjalanannya? Sampai dah ada anak baru dok study degree lagi, hmm, dan banyak lagi sebenarnya persepsi buta yang telah aku andaikan tanpa usul periksa atau menjalani sebarang peperiksaan. Setelah dikaji dan diadakan research secara berperingkat-peringkat, maka dapatlah aku simpulkan, yang Kak Asiah memang wanita yang istimewa.


Lihat sajalah pada penampilannya sehari-harian, dengan jubahnya, tudung labuhnya, setiap hari, yang tue je lah style yang Kak Asiah peragakan dalam kelas, Cuma kalernya je yang berbeza-beza. Dunia zaman sekarang, pakai camtue boleh kata disastrous gak laa untuk dikenakan pada setiap hari bagi seorang pompuan (aku rasa laa). Yelah, nak berselubung sempurna macam tue tiap-tiap hari, sapa sanggup, budak-budak jantan yang aurat dari pusat ke lutut tue pun berapa ramai yang tak mau tutup bagi sempurna, apatah lagi nak berselubung habis macam tue. Nasib baik kerajaan banned pakai purdah, kalau tak, rasanya dengan purdah sekali Kak Asiah nak kenakan. Respek giler!!!

Laginya, Kak Asiah ada lima orang anak(recently). Yang aku pelik tahap tertingginya, macam mana result exam dia tetiap sem gempak giler? 3.98, 4.00,… Dengarnya, anak-anaknya tue semua duduk dengan dia, takdenya nak pass anak-anak kat mak bapak macam sesetengah wanita yang bekerjaya suka buat. Macam mana seorang wanita yang punya anak yang bukan satu, bukan dua, tapi lima orang, mampu memperoleh CGPA yang sepatutnya hanya mampu digapai oleh seorang student yang menghabiskan banyak masa-masa senggangnya hanya dengan mentelaah pelajaran?

Dah la anak-anak duduk dengan dia, suaminya pulak dengarnya jenguk seminggu sekali je, sebab suaminya kerja sebagai engineer Petronas kat Pahang. Maksudnya, di samping nak kena concentrate pelajaran, urusan anak-anak sehari-harian pun mesti nak kena diuruskan bersama, time kelas tue tataw la dia buat macam mana nak urus anak-anaknya tue tapi yang pasti, dia takkan abaikan anak-anak dia sebabnya dia mesti tahu tanggungjawabnya tambahan pulak dia seorang IBU.


Kalau dah namanya IBU, anak-anak mesti diutamakan walau apa jua keadaan sekalipun

Dalam kelas pulak, Kak Asiah antara yang paling aktif sekali. Bab-bab nak tanya soalan kat lecturer nie, serah kat beliau je la. Nak kemukakan pandangan yang kena pada topik, nak buat presentation depan kelas, nak settle assignment dan macam-macam lagi, Kak Asiah la yang paling excellent. Malas-malas aku nie pun kekadang terasa malu jugak dengan Kak Asiah, ye lah, sepatutnya budak-budak bujang yang kurang tanggungjawab macam aku nie la yang kena aktif sikit dalam kelas, nie tak, student yang banyak tanggungjawab lain dari pelajaran yang aktif.

Tak kira lagi bakat-bakat kurniaan Allah yang ada padanya, rilek je boleh menang johan pertandingan Tilawah antara student-student ipt kot kalau tak silap, masa tahun 2008 kat Universiti Petronas, hujung tahun yang sama gak dengarnya Kak Asiah jadi pendebat terbaik pertandingan debat Vice Chancellor. Wargghh!!! Kalau setakat masuk je aku tak heran beb, ini siap jadi yang terbaik antara yang terbaik satu Malaysia tuu. Itu pencapaian dia yang aku tahu je, yang aku tak tahu entah ada banyak lagi. Dan jangan dilupakan, Kak Asiah berjaya dalam masa yang sama bergelar seorang IBU yang mempunyai anak yang bilangannya bukan seorang dua.

Yang kes Kak Asiah lambat sikit tue, dengarnya before this dia buat Medic kat salah sebuah IPTA kat Malaysia yang lain dari tempat aku ni, tapi disebabkan kawin awal dulu, jadinya, pelajaran terpaksa distopped kan kejap la sebab dah baru kawin ney, banyak benda nak kena dimaintainkan. Tapi sebab minatnya pada ilmu, tak kisah la nak kena mula dari bawah balik even umur dah tak berapa nak suit. Bagi aku, Kak Asiah menyahut seruan Nabi saw, “Tuntutlah ilmu dari buaian hingga ke liang lahad”. Bukan macam sesetengah kita nie, yang kebanyakannya bajet umur 25 dah settle belajar dan dah ada kerja sendiri dan dah target nak kawin.

Kak Asiah merupakan contoh yang menunjukkan bahawa Islam tak pernah discriminate wanita even dunia dah advance, macam yang selalu dihebohkan oleh orientalis barat tue. Wanita nak belajar tinggi-tinggi, nak capai tahap yang terbaik, nak keluar dari stereotaip adat, buatlah, Islam tak pernah larang, tapi, hukum Agama tetap hukum Agama. Buatlah apa sahaja asalkan jangan lari dari Kehendak Tuhan.

Nak lebih dari lelaki sampai lelaki terpaksa bergantung pada wanita pun takpa, asalkan hukum Tuhan tak diketepi...

Mungkin aku tak tahu derita Kak Asiah dalam hidupnya, berjuang mencari ilmu sambil mendidik dan membesarkan anak-anaknya, tapi yang pasti, harga derita yang dibayar tak sedikit. Sebab semakin besar sebuah perjuangan, semakin besar harga derita yang perlu dibayar, dan semakin besar harga derita yang dibayar, semakin lumayan hasil ganjarannya, sebab setiap investment mesti ada untung ruginya, dan sesungguhnya, investment dengan Tuhan tak akan merugikan dan pasti menguntungkan. Namun, aku tak pernah langsung nampak derita di wajahnya kat dalam kelas, dengan senyumnya yang tak pernah lekang, semangatnya yang jelas dapat diperhati, kalaulah memang tinggi nilai derita yang Kak Asiah bayar dalam perjuangannya itu. That's why i'm telling that, she's special.

Tengoklah zaman Nabi dulu, isteri baginda, Khadijah, antara ahli perniagaan paling kaya sekali kat Makkah, Siti Aisyah, para sahabat rujuk kat beliau banyak gak nak tau pasal hadis Nabi, siap pernah jadi panglima perang lagi. The point is, wanita dalam Islam indeed berada dalam posisi yang terbela, tapi ia nampak tak terbela kerana sikap kebanyakan wanita Islam itu sendiri yang cuba untuk lari dari Hukum Tuhan. Human rights la, feminism la, fight to freedom la, dan macam-macam ideologi mengarut lagi lah yang wujud dalam dunia hari ni yang rata-rata cuba melawan Hukum Tuhan. Aku rasa, kalau banyak wanita yang seperti Kak Asiah kat Malaysia nie, aku pasti, isu-isu bodoh macam tue takkan timbul sebab Islam sesungguhnua tak pernah limit sikit pun hak wanita dari dulu, kini dan selamanya.

Apa yang aku nampak, Kak Asiah merupakan seorang wanita yang mampu berdikari, biarpun berapa banyak tanggungjawab pun yang Tuhan bebankan atas dia. Sememangnya satu ciri yang layak menjadi Isteri kepada seorang pejuang Agama. Sebab memang sunnah orang yang berjuang, selalu terpaksa pergi berjuang dan berkelana, terpaksa meninggalkan anak dan isteri, macam Nabi Musa as, terpaksa tinggalkan isterinya unttuk menyahut seruan Ilahi berdakwah kat Firaun. Aku tak tahu suami Kak Asiah berjuang atau tak untuk Agama, tapi, kalaulah suaminya itu seorang pejuang, pasti dia akan selalu memanjatkan syukur pada Rabbul Izzati di setiap ratap munajatnya sebab dikurniakan Isteri seperti Siti Hajar dan Ummu Sulaim yang bernama Asiah ini.


Balu Allahyarham Ustaz Asri Ibrahim, Nor Jannah: Contoh isteri seorang pejuang yang paling jelas...

2 Komentar:

musafirtibbi said...

Inspiring story...sentiasa mengimpikan srikandi..tapi layakkah diri ini?

Marzuky Yusuf said...

semua ingin yg t'baik....

Post a Comment