Tiba-tiba kedengaran suara seorang wanita yang nadanya lebih ke arah loghat Marshanda dalam cerita ‘Soleha’. Perlahan-lahan Sumayyah cuba membuka matanya, nyata memang minah Indon pun yang ada di depan matanya.
“Bangun neng, udah sahur neh.”
“Pukul berapa sekarang Marni?”, Tanya Sumayyah yang masih blur.
“Yaa udah jam 5, makanan udah disiapin, saya nungguin di bawah ya”
“Ye lah.” Balas Sumayyah ringkas dan padat.
Sumayyah usha sekeliling biliknya yang besar bagak saiznya, dilihat katilnya yang kalau direbahkan anak kucing sekalipun boleh tenggelam empuknya, tv ada, pc pun ada, semuanya ada. Semenet diambil Sumayyah untuk refresh balik kepala otaknya yang baru bangun tido, diingat balik, ayahnya, Tan Sri Salleh, bukanlah penoreh getah seperti yang digambarkan, begitu juga dengan ibunya, Puan Sri Kalsum, jangan kata jual kerepek ubi, kuali nak goreng ubi tue pun Puan Sri Kalsum tak pernah sentuh setau Sumayyah.
“Ces! Mimpi rupanya, giler cuak, nasib baik tak miskin betul-betul.”, bisik hati Sumayyah sedikit lega. Di samping itu, baru Sumayyah teringat, hari nie baru masuk 1 Ramadhan, semalam entah apa mimpinya beria-ia sangat suruh Marni gerakkan dia sahur.
Segera Sumayyah turun ke bawah untuk menikmati juadah sahur yang disiapkan oleh Marni, amah Indon keluarganya. Dilihatnya juadah yang disediakan nampak gayanya macam hidangan makan untuk satu kepala aje, apa ke pelik, takkan dia sorang je nak bersahur. Sebaik sahaja Sumayyah duduk di kerusi meja makan yang diimport khas dari Itali tu, Sumayyah terus membuka suaranya yang serak-serak basah dek kerana baru bangun tido, “Marni, papa ngan mama tak sahur sekali ke?”
“Tuan sama puan kecape’an sih, kelmarin mereka pulang lewat dari parti rumah teman Tuan Salleh” kata Marni sambil meletakkan sudu dan garfu di hadapan Sumayyah.
Baru Sumayyah teringat, semalam ayah dan ibunya menghadiri parti di rumah Datuk Kamarul pasal nak celebrate Datuk Kamarul yang bebas dari tuduhan rasuah dua hari lepas. Sumayyah juga teringat gambar Datuk Kamarul di muka depan akhbar Utusan yang juga dua hari lepas yang bertajuk utamakan ‘KAMARUL BEBAS TUDUHAN’. Kes rasuah Datuk Kamarul memang mendapat liputan meluas seluruh Negara sejak 5 bulan lepas. Geli hati Sumayyah mengingatkan gambar tersebut yang mana Datuk Kamarul sedang mengaminkan doa seorang pak imam yang ada di depannya, “Giler hipokrit” bisik hati Sumayyah.
“Papa ngan mama sampai umah jam berapa Marni?” Tanya Sumayyah.
“Kurang lebih jam 4 tadi neng.” Jawab Marni sambil menuangkan jus epal campur ekstrak aloe vera ataupun bahasa pasarnya ‘lidah buaya’.
Kalau setakat Teh Ais, bukan standard Sumayyah laa...
Sumayyah terus menikmati hidangan sahur yang berupa spaghetti bersama sos cili spesel, yang macam kat Nando’s, yang memang menjadi feveretnya. Tengah syok-syok melayan makanan tersebut, tiba-tiba kedengaran bunyi pintu utama terbuka. Sumayyah rilek je, sebab dah tau tue mesti Rizal, adiknya. Dilihat kearah pintu utama untuk mencari kepastian, memang sah la itu Rizal. Melihatkan kakaknya yang tengah syok makan spaghetti sorang-sorang, Rizal pun datang menerpa ke arah kakaknya, kemudian duduk di kerusi bertentangan dengan kerusi Sumayyah.
Menjadi kebiasaan untuk Rizal pulang lewat malam...
“Marni, buat fresh oren, cepat sikit!!!” seru Rizal kepada Marni yang berada di dapur tengah menikmati hidangan sahurnya yang berupa lebihan spaghetti yang dimasaknya untuk Sumayyah tadi beserta tempe goreng dan air kosong. Segera Marni memenuhi permintaan Rizal itu.
Di meja makan, Rizal membisu seribu bahasa sambil buat muka toya depan Sumayyah, dikeluarkan sebatang rokok, dan dihisapnya buat melepaskan tensen di dada, Sumayyah yang naik rimas dengan keadaan adiknya itu segera bertindak balas, “Woi jantan! Ko tak nampak ke aku tengah makan nie? Nak menyedut-nyedut pegi mampos la kat bilik ko tue, bloody fool betul!” marah Sumayyah pada adiknya yang berpenampilan tak macam orang Malaysia langsung tue, Rizal wat dono je dengan telatah kakaknya.
Melihatkan keadaan adiknya yang dah macam orang kalah judi tue, Sumayyah cuba untuk slow talk dengan Rizal dengan harapan boleh la tau pa masalah yang sebenarnya terjadi seterusnya dijadikan modal untuk bergosip dengan kawan-kawan di sekolah nanti. “Nie apahal muka ko cam bajingan nie? Cuba ko story sikit kat akak. Who knows, I can do some favour.”.
Berubah raut wajah Rizal yang tadinya toya kepada wajah yang lebih kepada kanak-kanak mendapat cekelat Cadbury, “Pinjam aku 5 ribu kak.” Kata Rizal memulakan bicara. “Ko kalah race lagi ek tadi?” Tanya Sumayyah ingin tahu. “Ye laa, alah nanti aku bayar la balik, boleh ke tak?” balas Rizal sedikit kurang ajar.
“Bukan aku tanak bagi, but the thing is, banyak pulak duit ko nak bayar balik duit aku, kan dah abis banyak duit ko setting Evo ko yang cam tapir tu.” Kata Sumayyah dengan niat ingin memberi sedikit provokasi ke atas adiknya. “Alah kak, this weekend ada race lagi tau, kalau aku menang race tue, aku boleh bayar duit ko double la.” Jawab Rizal penuh keyakinan.
Rizal berkecimpung dalam arena lumba drift haram...
“Kalau menang la, kalau kalah macam mana?” kata Sumayyah inginkan kepastian. “Tolong la kak, penah ke aku tak bayar hutang ko, tadi pun aku kalah sebab kepala aku pening sikit, ko pun tau kan banyak race aku selalu menang, please la kak, if I don’t pay that damn 5 thousands, mau arwah aku kena belasah dengan racer-racer dadah tu” kata Rizal sedikit sebanyak berjaya memujuk Sumayyah untuk accept proposalnya.
“Kehkehkeh, macam la ko tak makan dadah, apsal tak mintak je kat awek-awek ko yang katanya keliling pinggang tuh?” tanya Sumayyah masih dengan niat untuk mem’provoke’ adiknya, “Diorang tu? Harap dressing je vogue, bajet anak VIP, nak pegi jamban dua posen tue pun mintak kat aku kak, ney kan pulak nak bagi 5 ribu, bertuah diorang nak bagi, nasib baik ‘barang’ best, kalau tak dah lama aku tinggal.”.
” Ye lah, sok aku bank-in masuk akaun ko, tapi ingat, bayar double ek, ko tak bayar double mati terbeliak ko nanti.” Jawab Sumayyah memotong dialog adiknya daripada melarat ke lain pulak jadinya.
Betapa hepinya Rizal mendengarkan keputusan kakaknya untuk meminjamkan duit 5 ribu tersebut. Tak lama lepas tue Marni pun sampai dengan fresh oren yang di minta Rizal sebentar tadi. Liar tangan Rizal mengambil gelas fresh oren dari Marni sambil meraba-raba tangan Marni, Ye lah, bukan takat suara Marni je yang macam Marshanda, raut wajah Marni juga tak ubah kiut macam Marshanda, entah-entah memang Marshanda. Sepantas kilat Marni menarik tangannya dan kembali ke dapur, nasib baik Marni punya basic agama yang utuh untuk melawan serakah nafsu Rizal yang sememangnya kasanova Malaya.
Diminum fresh oren tersebut bagai unta yang kehausan, tetapi masih ada lagi persoalan yang belum terungkai di pemikiran Rizal sejak tadi. Baru Rizal sedar yang jam masih pukul 5 pagi, apa masalah kakaknya tiba-tiba breakfast sikit punya awal.
“Giler awal ko breakfast hari ni kak, ada wake up called ke pagi nie?” Tanya Rizal sedikit curious. “Aku sahur la. Kan hari nie dah masuk bulan posa.” Jawab Sumayyah ringkas.
“HAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHA!!!!!!!!”
Bergema satu rumah dek kerana hila tawa Rizal yang tak terkawal langsung tuh. Mentang-mentanglah rumah besar, gelak kuat mana pun takkan sampai ke master bedroom Tan Sri Salleh dan Puan Sri Kalsum punya, sapa nak marah. “What so funny? Aku bersahur pun nak gelak ke?” Sumayyah kurang senang dengan reaction adiknya yang menggelakkannya sambil menghisap rokok yang masih lagi tersisa barang 2 inci. “Ko nak posa ke hari nie kak? Know what, this is so unbelievable, absolute miracle tau, Sumayyah binti Tan Sri Salleh puasa. Lawak la statement tue kak, jin mana la yang dah rasuk ko nie, hish, nonsense lah.” terang Rizal sambil meneguk fresh oren di atas meja.
“Eh, betul la, hari nie kan dah masuk bulan posa, aku nak puasa pun salah ke, ko dengki ek aku posa, malu la tue, aku posa ko tak posa.” Kata Sumayyah cuba membela dirinya sendiri. “Eleh, kerek pulak, ko baru sahur tau, belum cukup satu hari posa dah nak belagak ngan aku, for sure la kan, orang lain bukak posa time maghrib, tapi ko mesti time Zuhur lagi dah berbukak, dah siap moreh pun, kahkahkah!!! Nie lepas ni ko nak pegi bejemaah Subuh kat Masjid ke? Hehe.” tanya Rizal sedikit sinis.
Sumayyah yang dari tadi memuncungkan muka terus menjawab, “Aku cakap aku nak posa je kan, aku tak kata pun aku nak semayang, aku dah elok-elok nak tahan makan satu hari nie pun dah kira cukup baik tau.”. Rizal ketawa kecil mendengar jawapan kakaknya itu sambil menghabiskan sisa rokoknya. “Pelik-pelik la ko nie kak, kira lepas la nanti ko nak masuk syurga dengan posa ko yang baru nak mula nie? Apa la mimpi ko nie tiba-tiba nak posa pulak.”.
“Sebut pasal mimpi kan, ko tau tak, semalam aku mimpi weird giler, tiba-tiba kita hidup miskin sangat, ko pikir la, nak makan pun takde, ko pun ada gak dalam mimpi aku semalam, tapi aku tengok ko lain la.” Sumayyah cuba menukar topik untuk lari dari terus diperli Rizal. “Lain yang macam mana?” Rizal mula menujukkan minat tentang mimpi kakaknya tue.
“Ko tak macam nie, cakap pun berlembut je, kuat semayang, rajin pegi surau, pastue kan…”, belum sempat Sumayyah menghabiskan ayat, Rizal terus mencelah, “Dah la kak, aku ngantuk la, entah drama apa yang ko tengok semalam sampai mengarut-ngarut mimpi ko tue, eh, duit tue jangan lupa bank-in ek, by today gak tau, kalau tak mampos aku.”.
Rizal terus beredar dari meja makan untuk ke kamar tido. Sumayyah yang agak kecewa kerana adiknya tidak mahu mendengar cerita mimpinya yang semalam tue sampai habis, terus menyambung makan spaghetti yang tinggal sesuap dua lagi je tue. Belum sempat Sumayyah menjamah suapan yang terakhir, Rizal datang lagi dengan niat memberi sedikit peringatan, “Ko dah posa hari nie kan, jangan nak ‘ringan-ringan’ dengan ‘hubby’ kesayangan ko tue pulak, batal posa tue nanti, hahahaha!!!”. Tersentak dengan kata-kata adiknya tue, Sumayyah baru teringat.
“Hubby???”
Bersambung...

1 Komentar:
salam
mimpi la pulak!!..br nk tngkp feeling je...
ending nye ..cam dah leh agak je,,tp xpe can't wait for the story ..lps nie jng mimpi lg sudeh le..
hubby!!??..jeng3.......
Post a Comment