Kekadang ada awan yang selalu kita harapkan buat tempat berteduh. Sebab ia selalu ada di situ untuk kita berlindung dan rasa selesa dari bahang cahaya matahari yang menyinar. Kerana terlalu selesa, makanya kita terlupa yang awan itu takkan kekal di situ. Ia akan pergi ke tempat lain pula atau mungkin berubah menjadi rintik-rintik hujan yang membasahi bumi.
Dan pada masa yang sama, kita tak pernah bersedia pun nak menghadapi keadaan tu. Tak pernah nak mempersiapkan diri langsung nak menghadapi kenyataan yang awan itu bakal pergi. Kerana terlalu selesa berteduh di bawah lindungan awan yang selalu kita sangkakan ada itu. Dan bila ia pergi, dengan tiba-tiba pula, huru-hara keadaan kita jadinya.
Rasa takut, bimbang, gementar dan segala rasa yang tak best aku bercampur-aduk kat dalam jiwa ni. Yang akhirnya menggoncang kedudukan kita yang dahulunya stabil dek kerana terlalu selesa berlindung di balik awan itu.
Kalau ia pergi, mungkin boleh dikejar semula. Macam mana kalau ia lenyap terus menjadi rintik-rintik hujan? Menjerit meraung biar serata alam mendengar rasa derita yang tertanggung pun tiada gunanya.
Fahamlah diri, bahawa awan itu bukan ada di situ untuk tetap kekal menaung jasad dari bahang terik mentari. Tetapi hanya sekadar tempat persinggahan sementara bagi mempersiapkan diri untuk menghadapi panasnya matahari atau kacau bilau ribut taufan yang bakal melanda yang entah bila masanya. Awan itu datang hanya untuk memberi waktu untuk kita perbetulkan diri, perelokkan prinsip, persiapkan rohani dan jasmani bagi menghadapi bala dugaan yang sedang menanti di luar daerah lindungan awan itu.
Kerna yang pasti, awan itu tak pernah kekal di situ.
Sampai masa ia pergi, di kala waktu diri ini sedang asyik menikmati nyamannya naungan awan itu, tanpa langsung bersedia mempersiapkan diri untuk menghadapi hidup di luar lingkaran teduhannya, entahlah. Tetiba taktau pulak nak tulis macam mana nak describe rasanya itu. Sebab sepatutnya kena selalu sedar diri. Yang hidup ini tak semudah berlindung di balik awan.
Kini aku tak tahu, sama ada mahu mengejar awan yang pergi, atau menunggu awan yang lain, atau berdiri teguh menempuh terik mentari dan amukan ribut tanpa mengharapkan mana-mana awan lagi yang membantu perjalananku untuk sampai ke destinasi yang terakhir.
0 Komentar:
Post a Comment