Nourishment's Threats...

Apr 7, 2010

Tengah hari tue aku tak ambik lunch, jadinya, boleh tahan lapar jugaklah perut nie bila dah sampai ke petang langsung tak diisi. Aku pun tak tau apsal aku boleh taknak makan tengah hari tue? Benda-benda lunch nie sensitif beb. Mana boleh tangguh-tangguh. Boleh menghadapi risiko penyakit gastrik tau. Tapi berbeza hari tersebut. Aku dengan sengajanya tak nak makan tengah hari. Ah! Biarlah, bukannya boleh mati pun kalau tak makan lunch.

Bila da settle Asar je, perut nie dah makin menggelegak. Lapor sungguh. Tanpa melengahkan masa, aku pun text la member aku yang paling hensem pernah aku jumpa nie untuk accompanied aku makan petang time tu. Walau bagaimanapun, kebenarannya aku lebih hensem dari member aku nie biarpun dia lah member aku yang paling hensem pernah aku jumpa. Kebenaran sentiasa pahit kan?

Enough with all this nonsense. Berbalik kepada perjalanan aku nak pergi makan tu. Dah lapar giler nih. So, member aku nie pun boleh je nak teman aku pegi makan kat sebuah kedai makan nie, takkan kat kedai repair motor pulak kan. Di sepanjang perjalanan nak pergi makan tue, imaginasi aku benar-benar tak keruan mengenangkan nasik gorang ayam panas-panas yang bakal aku tibai kurang dari lima belas minit lagi.

Sesampai je kami ke gerai makan tersebut, tanpa banyak soal aku terus meminta order nasik goreng ayam yang dibayangkan sebentar tadi bersama telur dadar. Member aku nie pulak order nasi kosong dengan telur bungkus. Simple giler dia punya order. Aku tak sangka sebenarnya ada manusia yang boleh makan makanan yang sebegitu simple. Biarkan la dia. Bukan aku yang nak kena bayar kat dia pun.

So, setelah sepuluh ke lima belas minit kami berdua bersembang-sembang, maka sampailah makanan-makanan yang kami order tadi. Sedikit bengang jugak pabila melihat order member aku tue sampai dulu. Dah la aku tengah lapar tahap bola jiwa dah ni. Tercela sedikit kesabaran aku di waktu itu. Tapi, tak lama lepas tue, sampai la nasik goreng ayam bersama telur dadar yang aku tunggu-tunggu.


Setelah memasukkan makanan ke dalam mulut sesuap dua, tetiba secara spontan aku berkata kepada member aku, “Gagal la nasik goreng ayam ni.” Kelihatan air muka tak senang di wajah member aku tue terhadap komen pedas aku terhadap nasik goreng ayam tue. Memang ikhlas dari hati sanubari aku jugak sebenarnya kata-kata itu. Nasik gorengnya agak tak memuaskan hati la terutamanya bagi makhluk yang tengah lapar macam aku nie. Nak tak nak kena bedal jugaklah makanan tersebut.

Setelah habis nasik goreng ayam tersebut aku makan, terus aku order pulak roti canai di gerai yang bersebelahan dengan gerai nasik goreng ayam tadi tue. Terkejut member aku, yelah, takkan tak kenyang lagi kot? Nasik goreng ayam tadi pun rasanya dihidangkan penuh satu pinggan.

Memang aku dah kenyang pun, tapi tak puas laa. Aku dah la lapar dari tengah hari tak makan, tetiba dapat pulak makanan yang boleh diklasifikasikan sebagai ‘Gagal’. Aku tak peduli akan rasa kenyang tersebut, jiwa ini tetap mendamba alternatif lain yang mampu memuaskan keinginan perutku ini. Sekali lagi member aku menunjukkan reaksi tak senang sambil menggelengkan kepalanya. Ah! Peduli hapa aku, bukannya dia yang nak tolong bayar pun.

Tatkala sampai sahaja roti canai tersebut, terus aku menyambar secubit demi secubit untuk dimakan. Sekali lagi mulut tak berinsurans aku nie memberi komen, “Hmmm! Gagal lar kuah dia.”

Kali nie, member aku tak mampu menahan kesabaran lagi. “Tak baik la ko mengeluh dengan rezeki tu. Agak-agak laa. Sedap ke tak sedap ke, Tuhan dah bagi, syukur la. Compare diri tue dengan member-memver kita yang miskin tue. Makan sehari sekali je. Ko nie, sehari empat lima kali makan pun dok mengeluh jugak. Kufur nikmat tu!” kata member aku.

Aku diam je tanpa berkata apa-apa. Walaupun sedikit insaf jugak mendengar kata-katanya itu, namun majoriti besar perasaan ini rasa macam malas nak ambik port je akan nasihatnya tu. Dia bukannya tau pun aku tak makan dari tengah hari tadi. Aku pun membalas kembali, “Ah! Takde-takde, balik kang aku nak carik pulak kedai orang jual nasik lemak. Lapar ni.”

Pulang ke rumah selepas itu, lepas membedal nasik lemak yang dijanjikan, tiba-tiba perut aku rasa tak sedap. Rasa macam ketat giler. Hasilnya, Maghrib dan Isha’ malam tue terlaksanalah seperti bangkai yang tiada harga. Tungang terbalik sikit pun tak rasa apa. Tumpuan pun lebih kepada nak tidur je. Assignment pada malam tue yang sepatutnya dibuat pun habis burn macam tue je.

Keadaan tersebut berlarutan sampai ke esoknya. Subuh lesu, Zuhur pun lesu. Nilai Ibadat langsung tak dapat dirasa walau sedikit pun. Susah sangat hati nie nak hadir di dalam solat di kala perut tengah penuh dengan makanan. Aduu ai! Terasa rugi je akan Ibadat yang dibuat. Betul-betul macam solat yang tersekat di langit, dilipatkan kemudian dicampakkan kembali ke atas muka aku nie.

………

Sebenarnya, hal tersebut tak berlaku di waktu itu je. Banyak kali sangat-sangat aku ulang silap yang sama itu. Memang aku tahu, Ibadat takkan sempurna dengan perut yang penuh dengan makanan, tapi nak buat macam mana, nafsu terlalu mendesak sehingga selalu aku lupa kesan buruk yang bakal aku hadapi jika aku terlalu asyik melayannya.

Memang la, terkadang perut lapar, makanan yang terhidang kurang memuaskan, selalu atas sebab tersebut aku jadi bagai binatang buas yang mencari mangsa tak kira sebanyak mana asalkan keinginanku dapat dicapai. Gila betul.

Hasilnya, Ibadat pun lesu, Solat tak bermaya. Semuanya kerana makan yang berlebihan. Kalau setakat jaga Solat je, tapi Solat yang dipersembahkan tue tak bermutu, macam mana Solat tue nak bertindak sebagai penglindung diri dari perkara yang keji dan mungkar. In fact, kena ingat jugak, Allah ciptakan jugak neraka untuk orang-orang yang Solat. Iaitu untuk orang-orang yang Solat dalam keadaan yang lalai. Hati tak khusyu’. Jiwa tak hadir, pemikiran entah ke mana pergi.

Nak buat apa. Solat yang dibuat tue langsung tak mendidik jiwa. Padahal Solat tue tiang Agama. Sumber kekuatan umat Islam yang paling crucial. Solat yang sempurna ja yang mampu membentuk Muslim yang benar-benar beriman dan bertaqwa.

Agar ilham dan iktikad serta tindak-tanduk tue sentiasa kena dengan kehendak Tuhan. Sentiasa tepat dengan hukum dan perintah-Nya. Dengan Solat yang sempurna ja yang mampu mendidik hati untuk sanggup bermujahadah ke arah hidup yang sebegitu. Hidup yang berada di bawah didikan dan tarbiyah Tuhan.

Sungguh! Makan yang berlebihan melamahkan jiwa. Iman jadi lesu, nafsu jadi ganas. Dari situ lah punca segala masalah hati yang kritikal. Kan Nabi saw pun pernah warned kita yang perut nie ibu segala penyakit. Bukan penyakit fizikal je, penyakit hati pun sama. Shahwat pun boleh jadi ganas, akal pun jadi lembap, hati pun gagal menilai baik buruk tingkah laku.

Tolonglah wahai hati, jagalah kehendak makanmu………



0 Komentar:

Post a Comment