Dalam Peperiksaan...

Apr 20, 2010


Di suatu ketika dulu, di kala semua budak-budak tengah bersiap nak pegi prep petang, setting time masa tu lebih kurang hujung-hujung tahun 2006, masa dah dekat nak SPM la kiranya, aku berjalan bersama dengan ketua pengawas yang sebaya aku ni, meniti jalan di kaki lima banggunan Kemahiran Hidup. Perjalanan tersebut adalah dari surau nak balik ke asrama. Ye lah, masa pun dah lewat, jam menunjukkan hampir pukul 3 petang, prep start pukul lebih kurang 3.15 petang macam tue la, balik asrama pun nak ambik syarat je.

Jarang sebenarnya hal tersebut berlaku; aku berjalan dengan member aku tu. Memandangkan aku dengan dia agak tak sebulu dalam segenap hal masa sekolah dulu. Ada je benda yang kitorang nak argue kan kalau nak ikut sepanjang hidup kat sekolah tu. Kebanyakannya benda-benda yang bodoh dan tak masuk akal untuk diperbalahkan selaku remaja yang dah sepatutnya semakin matang.

Pasal awek la, pasal sapa lagi tere jawab Add Math la, pasal sapa lagi tinggi la, dan macam-macam lagi subjek-subjek yang ntah apa-apa. Tambahan pulak, memang muka dia macam hero filem Bangladesh sikit, dan dengan bermodalkan muka yang macam tue lah setiap form ada je awek representative yang admire kat dia, maka semakin menebal lah perasan hasad dengki yang terbuku di lubuk hatiku terhadap dirinya.

Ah, nak cerita pasal tue sampai esok lusa pun tak habis…

Berbalik kepada topik utama, di kala tengah berjalan di kaki lima tersebut dengan speed yang agak kura-kura lajunya, yelah, nak kena pegi prep petang, semangat pun agak rendah la, patut time-time camni layan tido baru syok, tiba-tiba dia bersuara, “Hang tau tak, sebenarnya exam nie Rahmat tau.”

Apa hal pulak mamat nie, main serbu tak pakai helmet pulak. Tapi, kenyataan tersebut membangkitkan rasa ingin tahu jugak la di dalam jiwaku ini. Aku tanya dia, kenapa macam tue pulak.

Katanya, “Ya laa, hang tak tengok ka, time nak exam nie la kawan-kawan kita tue, yang mana yang loqlaq tue suma, berubah jadi baik. Ada yang selalu baca Quran, banyakkan solat-solat sunat, ramai yang makin dekat dengan surau tue. Kan Rahmat tu, kerana exam manusia jadi berubah, mula nak mengenal Tuhan, tahu nak mengadu dan berharap pada-Nya. Yang tue pun hang tak boleh pikiaq ka?”

Cait, sempat lagi tue dalam tengah dok berceramah. Betul jugak apa yang dikatakan oleh member aku tue. Aku rasa, semua orang pun macam tue la, aku pun sama gak. Bagi yang hidupnya jauh dari Tuhan, bila datang time nak exam, baru nak mendekatkan diri dengan-Nya. Bagi yang dah already suka dekatkan diri dengan Tuhan, akan menggandakan usaha mereka untuk beribadat sebagai persediaan menghadapi peperiksaan.




Yelah, yang sebenar-benarnya yang nak menentukan jatuh bangunnya kemampuan manusia di dalam mengejar kejayaan nie hanyalah Tuhan, kalau diri kita nie sendiri selalu ingkar, tanak ikut syariat Tuhan, nak ke Tuhan kabulkan permohonan kita nak berjaya, tambah-tambah dalam exam yang nak dilalui tuh?

Tapi aku terfikir jugak la sebenarnya, macam ni ke adab yang sesuai antara hamba dengan Tuhannya? Bila dah terdesak baru nak cari Dia. Sebab nak exam baru nak selak Quran, langsung tak kering tubuh dengan air wudhu’, sejadah pulak dah boleh jadi macam selimut pasal dah selalu sangat guna. Tapi bila exam lambat lagi, haram nak sentuh benda-benda tue semua.

Tak kira lagi hubungan dengan mak ayah. Bukan main rapat lagi, selalu telefon, alasannya, doa mak ayah cepat sampai kat arasy, redha Allah ada pada redha kedua-duanya. Sebelum-sebelum tue takde pulak macam tue. Telefon mak ayah time duit poket dak kering je, lagi seronok nak habiskan kredit tue telefon awek atau pakwe yang tersayang je.

Aku tak rasa ini satu adab yang sesuai sebagai seorang hamba. Cari Tuhan time terdesak je, macam kalau contohnya kita ada seorang member. Member kita ni hanya kontek kita sebab nak pinjam duit je, pinjam motor ke, mintak tolong itu la, ini la, dan sebagainya. Kalau tak, takdenya member tersebut nak kontek kita.

Apa perasaan kita terhadap member yang jenis macam nie? Compare dengan sorang member yang selalu kontek kita, tanya khabar, tanya masalah kita dan sebagainya. Antara dua jenis member tersebut yang mana yang lebih kita suka? Tentulah yang the latter one kan.

Macam tu la jugak hubungan hamba dengan Tuhan. Hamba yang cari Tuhan time susah aje dengan hamba yang susah ke senang ke, maintain je hubungan dia dengan Tuhan, maintain high class la, yang mana Tuhan lebih sayang? Ha lu pikir la sendiri.

Tapi yang jadi masalahnya, kita sebenarnya tak kisah sangat dengan kasih sayang Tuhan tue. Apa yang kita kisah cuma reputasi kita di dalam kehidupan ni je. Macam dalam exam, kalau boleh kita mesti la nak berjaya. Kalau kat sekolah dulu kalau boleh nak gred A je, time kat IPT pulak mesti la score busuk-busuk pun nak pointer 3.5. Dan kita nampak cara nak dapatkan achievement tue, di samping nak kena study, kena la rajin-rajin letakkan dahi tue atas sejadah. Sebab pakar-pakar motivasi selalunya mesti cakap, nak exam, jagalah solat.

Padahal ibadat-ibadat tue semua tujuannya bukan untuk nak bodek Tuhan bagi kita dapat apa yang kita nak. Fungsi utama yang diseru supaya beribadat tue sebenarnya adalah untuk nak bagi Allah sayang kat kita. Tak kisah la time bila pun, time nak exam ke, time takde exam ke, kasih sayang Allah tue yang penting.



Kalau kita beribadat banyak-banyak semata-mata nak bagi dapat result yang elok dalam exam, kita kena ingat jugak, adakalnya yang kita sangka yang terbaik iu sebenarnya yang terburuk bagi kita, likewise, adakala yang kita sangka yang gagal tue sebenarnya yang terbaik buat kita. Semua-semua tue Allah je yang tau.

Itu la gunanya kita kena berusaha untuk cari cinta dan kasih sayang Allah semata-mata dalam Ibadat. Once Allah sayang kat kita, segala apa yang kita buat Allah akan bagi yang terbaik je untuk kita, sebab yang terbaik tue tak semestinya yang manusia biasa sangka yang terbaik.

Contohnya macam result exam yang gempak habis kita akan pandang sebagai yang terbaik dan kalau result bawah 3.00 tue kita pandang macam bangang giler.Aku ada satu mesej henpon yang aku dapat dari orang kuat surau kat UiTM Merbok tue yang juga merupakan bekas full-time roommate aku masa kat situ.

Bunyinya macam nie,“Bahagianya kekasih Allah dihadiahi ujian yang amat hebat, sebagai tanda kasihNya. Begitulah rupanya berkasih dengan Allah. Takkan dibiarkan terlena dalam kenikmatan yang melimpah, tetapi dilindungi dengan ujian dan cubaan yang tak berkesudahan… Allah Maha Tahu apa yang terbaik bagi hambanya.”

Maksudnya, segala result atas apa yang kita usahakan tue serahkanlah kepada Allah. Takyah la nak demand lebih-lebih. Sebab yang terbaik untuk kita tue boleh jadi yang kata rasa yang memang terbaik atau mungkin yang kita nampak tak baik. Allah sahaja Yang Tahu. Tugas kita, bersyukur bila hasilnya itu baik, dan bersabar bila hasilnya itu yang sebaliknya.



Kena ingat gak, orang-orang yang bukan Islam macam Cina, India dan sebagainya tue semua, Allah SWT still bagi diorang kejayaan dalam apa bidang yang diorang ceburi even diorang tak sembah Allah. Orang-orang yahudi dengan Kristian tue, kan majoriti diorang yang kuasai macam-macam bidang professional sekarang nie, macam Sains, Matematik, Ekonomi dan sebagainya. Diorang tak sembah Allah pun, malah ada di antara mereka yang memerangi agama Allah.

Kenapa Allah SWT bagi jugak diorang kejayaan demi kejayaan? Sebab kita kena ingat, kejayaan hidup atas muka bumi nie amatlah sedikit nilainya yang boleh nak affect kejayaan kita kat Akhirat kelak. Kan Allah dan rasul-Nya Muhammad saw dah ajar kita dah, kejayaan kat Akhirat tue yang utama. Yang tue yang patut kita rebut.

Kesimpulan dari apa yang aku nak cakapkan nie, jangan la cari Tuhan kerana ada sebab yang lain dari sebab mencari keredhaan, cinta dan kasih sayang-Nya.




Dan satu lagi aku nak kongsi dengan korang, pasal konsep nazar. Musim-musim exam nie banyaklah antara kita nie yang nak bernazar kan. Yelah, nak dapat result best kan.Sebenarnya, konsep nazar yang tepat menurut Ustaz Zulkhibri (Ustaz kat masjid Sungai Bakap) adalah bila kita dah dapat sesuatu benda yang kita nak tue baru kita sesuai untuk bernazar.

Macam contohnya aku nak beli kereta Maserati, so aku berusaha bekerja dan sebagainya, then aku mampu membeli kereta tersebut dengan jayanya. Lepas aku dapat kereta tue baru la aku bernazar nak posa ke, nak pegi umrah ke dan sebagainya. Baru la nampak nazar tue sebagai konsep seorang hamba nak melahirkan rasa syukur kepada Tuhannya.

Konsep yang salah adalah kita bernazar kerana nak dapatkan sesuatu perkara. Contohnya kes kereta Maserati aku tadi tue, aku tak dapat lagi kereta tu tapi dah aku bernazar siap-siap dalam hati, “Ya Allah, kalau Kau kurniakan kereta Maserati tue, aku akan posa sekian-sekian hari…”

Konsep yang macam nie sebenarnya tak berapa nak kena la. Macam kita letak syarat pulak kat Tuhan dalam nak menjalankan Ibadat kepada-Nya. Kiranya, kalau Tuhan bagi aku kereta Maserati baru la aku nak buat ibadat puasa tu. Oih, sapa hamba sapa Tuhan?

Macam contoh kalau kita jadi bos satu syarikat, datang seorang staff kita ni cakap kat kita, kalau kita bagi kat dia kereta syarikat baru dia nak kerja betul-betul. Nak ke kita nak melayan staff macam tu? Kalau aku kalu, aku reject je staff yang macam tue, ngabehkan boreh yoo……

Macam tu la yang common practice among kita-kita zaman sekarang nie. Suka bernazar untuk dapat result yang baik. Macam nazar kalau dapat straight A dalam SPM nak puasa seminggu ke, nazar nak berhenti berkapel kalau dapat pointer 4.00 ke dsb.

Sepatutnya nazar yang baik adalah setelah kita dah dapat apa yang kita kehendaki, macam kalau kita dah pun dapat result 4.00 then kita bernazar nak puasa seminggu, kiranya kita mewajibkan sesuatu ibadat ke atas diri kita sebagai tanda syukur di atas anugerah kejayaan yang Allah bagi kat kita. Tapi kalau nak proceed dengan style nazar yang common practice tu aku tak tau la ok ke tak, sebab tak pulak Ustaz tu larang, cumanya tak menunjukkan adab yang baik la antara kita dengan Tuhan.



-sekadar berkongsi-

0 Komentar:

Post a Comment