Tomat Against Egoism...

Jun 25, 2010



Kat Malaysia nie, semakin banyak band-band dari Indonesia yang jadi popular. Lagu-lagu diorang kebanyakannya selalu diputarkan di corong-corong radio swasta mahupun RTM. Banyak yang best jugak sebenarnya. Muzik yang diorang bawak kebanyakannya ok la.

Ungu, Radja, Sheila On 7 dan banyak lagi, sapa tak kenal. Malah, kekadang lagu diorang yang lagi top dari lagu nyanyian penyanyi Malaysia sendiri. Salah siapa? Penyanyi tempatan yang nyanyi lagu tak sedap ke atau pendengar tempatan sendiri yang tak mempunyai semangat patriotik? Ha, ini yang kita nak tahu.

Tapi, aku tanak tau pun apa masalahnya atau salah siapa. Satu benda yang sedikit menarik perhatian aku pasal band Indon ni. Masa tengah masuk laman iluvislam.com satu hari tu, pandangan aku tertarik pada satu tajuk artikel ney. Tajuknya, ‘Tomat – Wali Band’. Macam nak tergelak pun ada bila baca perkataan ‘tomat’ tuh. Wali Band tue aku tau la, salah sebuah band indie yang tengah ngetop dengan lagu Cari Jodoh yang ntah apa-apa tuh.

Jadi, aku terus klik pada link tersebut untuk mengetahui apa yang dimaksudkan dengan perkataan ‘tomat’ tu dan kenapa perkara tersebut boleh masuk ke dalam list artikel iluvislam.com. Aku jadi curious giler. Aku menanti artikel tersebut appear dengan penuh kesabaran memandangkan line broadband pada waktu itu amatlah hampeh. Bayangkan, nak bukak google.com pun sampai dekat lima menet, ini boleh mendatangkan marah!

Setelah page artikel pasal ‘tomat’ tue appeared, baru aku tau bahawa ‘tomat’ tue merupakan salah satu tajuk lagu nyanyian vokalis kumpulan Wali Band. Artikel tersebut menyiarkan lirik lagu ‘tomat’ itu berserta video klipnya sekali untuk tatapan para pengunjung laman web iluvislam.com. Namun, aku masih curious, pe jadahnya ‘tomat’ tu?

Setelah meneliti bait-bait lirik lagu tersebut, fahamlah aku bahawa ‘tomat’ tue merupakan kombinasi daripada perkataan ‘tobat’ @ ‘taubat’ dan ‘maksiat’. Hekeleh! Bikin kontroversi je dok combine perkataan tak tentu pasal ney. Boleh pulak jadi ‘tomat’ ek. Tapi, tak tau pulak kot-kot perkataan ‘tomat’ tue memang dah ada dalam kamus dewan bahasa Indon yang sememangnya membawa maksud ‘taubat maksiat’.





So, patut la lirik lagu kumpulan Wali Band tue boleh lepas masuk ke dalam list artikel di laman web iluvislam.com. Sebab liriknya pun berunsur ketuhanan dan mengajak umat Islam kembali ke jalan yang benar serta menjauhi maksiat. Jadi orang akan kata, “baguih jugak la kumpulan Wali Band ney ek, ada jugak lagu ketuhanan yang diorang buat.”

Sebenarnya, trend begitu memang dah dipraktikkan sebelum Wali Band lagi. Maksud aku, trend band Indon yang bukan band nasyid, tapi boleh jugak keluarkan atau hasilkan lagu-lagu yang berunsur ketuhanan. Sapa yang tak tau lagu Andai Ku Tahu nyanyian kumpulan Ungu? Lagu berunsur ketuhanan yang amat gempak music arrangement dia. Kumpulan Radja dengan lagu Taubat, Irwan Shah dan Acha dengan lagu menyambut Ramadhan, dan banyak lagi contoh-contoh yang boleh dibuat modal nak menyokong premis aku kat ayat kedua perenggan ni.

Kebanyakan orang akan rasa, itu suatu suasana hiburan yang baik. Band Indon yang terkenal serta mempunyai pengikutnya yang tersendiri meliputi peminat dari Indon, Malaysia, Singapore dan Brunei turut menghasilkan lagu yang berunsur ketuhanan buat halwa telinga penduduk nusantara ney. Namun, aku punya persepsi yang sebaliknya.

Maksud aku, kalau diteliti balik, pada satu sisi, band-band indon ney semua mengajak pendengar kepada keseronokan cinta di dunia yang melalaikan. Lagu-lagu cinta yang tangkap leleh, memuja-muja boifren atau girlfren, lagu yang punya unsur hiburan yang berlebihan dan sebagainya. Dan lagu-lagu yang sebegitulah yang lebih banyak mereka hasilkan. Tapi, pada sisi yang satu lagi, mereka-mereka ini turut mengajak pendengar ke arah kehidupan di Akhirat. Tak rasa macam suatu kepelikan ke?

Seseorang begitu gah mempromosikan hal-hal dunia yang kebanyakannya berunsur dosa ke dalam masyarakat, tetapi orang yang sama juga di waktu lainnya mengajak manusia di dalam masyarakat yang sama untuk mengingati Tuhan, Rasul-Nya serta hari Akhirat. Tak rasa macam tercampuraduk ke benda-benda ney semua. Dan akhirnya ia boleh mengundang kekeliruan di dalam masyarakat.

Dosa dan kewajipan mana boleh dicampuradukkan. Ia akan jadi lebih hina dari biasa. Macam gangster besar pergi buat Haji la. Ibadah haji yang dibuat tue suatu kewajipan yang gunanya untuk membangun rohani dan diri gangster tu sendiri, tapi sumber kewangan yang diguna buat tambang nak pergi haji tue hasil dari peras ugut, samun, jual dadah dan sebagainya. Bunyinya kan jadi lebih menghinakan.

Aku rasa band-band tue buat lagu-lagu ketuhanan tue semua bukannya ada keikhlasan pun di dalam nak menyampaikan khabar kebenaran kepada manusia. Apa yang mereka fikir mungkin sekadar perkara tersebut boleh buat duit, ada market dan sebagainya. Ye lah, bila buat lagu-lagu macam tu, orang yang tak suka dengar lagu-lagu cinta dunia yang kebanyakannya tak halal akan tertarik untuk mendengar juga lagu mereka. Persoalannya, ok ke macam tu?

Persoalan aku yang sebenar, bukan ok ke band-band tue semua hasilkan lagu yang banyaknya berunsur dosa, kemudian mereka juga turut menghasilkan lagu-lagu yang berunsur ketuhanan. Tapi, persoalan yang sebenarnya, patut ke aku punya persepsi yang sebegitu?

Kerana mereka sudah menyanyikan lagu-lagu yang lalai dan mengajak manusia ke arah dosa dan kemaksiatan, maka mereka tak layak untuk menghasilkan lagu-lagu ketuhanan. Mereka tak layak untuk mengajak manusia kepada Allah, mereka tak layak memberi peringatan kepada para pendengar. Seterusnya, mereka itu dituduh tidak ikhlas di dalam menyampaikan lagu-lagu yang berunsur ketuhanan.

Hmm, aku sebenarnya yang bermasalah di dalam hal ni. Masalah di dalam diri, yang lebih merbahaya dari orang yang mencampuradukkan yang baik dan yang buruk. Namanya, ego. Atau dalam istilah yang lebih jelas sombong, bangga diri atau ujub. Itu sebenarnya masalah yang lebih besar yang sepatutnya difikirkan.





Ego ney kebanyakannya yang menjadi hidden peril di dalam diri manusia. Susah nak detect. Dia datang serentak dengan immediate response kita. Ego jugaklah yang menjadi silent killer kepada amalan-amalan yang telah kita lakukan.

Rasa tinggi dari, rasa lebih bagus dari orang lain. Itu lebih merbahaya. Cara yang mudah nak detect level ego dalam diri kita ney antaranya bila ada orang tegur kita atau sampaikan nasihat kepada kita, apa yang mula-mula sekali kita fikirkan di dalam hati terhadap teguran itu. Bila hati itu ada rasa syukur bila ditegur atau bersabar kerana ditegur terhadap perkara yang bukan salahnya, maka berbahgialah hati tersebut.

Tapi, bila hati berbisik, “Siapa engkau nak tegur aku?”, atau, “Eleh, tegur orang konon, engkau pun sama!”, atau “Engkau tegur tapi engkau pun buat salah yang sama, malah lebih teruk lagi!” dan sebagainya, jaga-jagalah kerana hati tersebut sedang mengalami masalah ego yang kita sendiri tak tahu level nya setakat mana. Hanya tuan pada hati tersebut yang bermuhasabah sahaja yang tahu.

Sememangnya ego adalah penyakit yang tercela dan terkutuk. Lebih teruk lagi dari membunuh, merompak dan merogol. Iblis jadi hina dan terkutuk pun sebab penyakit ego ney la. Sombong sangat taknak sujud pada Nabi Adam as biarpun diperintah oleh Tuhan Pencipta Sekelian Alam.

Kononnya Adam as tak layak disembah olehnya. Baginya, dia lebih mulia dari Adam as. Dia dicipta dari nyalaan api, sedang Adam as dicipta dari tanah. Unsur mana yang lebih kuat? Itu yang menjadi alasan Iblis untuk ingkar perintah Allah.

Kerana sombongnya Iblis, dia dan seluruh pengikutnya dari kalangan syaitan, jin dan manusia dikecam Allah swt sehingga hari Kiamat. Yang dijanjikan untuk mereka tempat pulang yang paling hina sekali di hari Akhirat iaitu di neraka. Yang jelas, ego atau kesombongan itu bukan tindakan fizikal, ia sekadar cetusan rasa hati semata-mata. Namun, ia sudah cukup untuk menjadikan seseorang itu teramat hina sehina iblis laknatullah.

Kerana itu, di dalam hal band Indon nyanyi lagu nasyid tadi aku yang bersalah. Bukan hak aku untuk menilai layaknya sesiapapun untuk menyampaikan kebenaran dan mengajak ke arah kebaikan. Hak aku sebenarnya adalah untuk menilai diri sendiri akan apa teguran atau nasihat yang disampaikan melalui lagu-lagu tersebut.

Bersyukur kerana diingatkan menerusi lagu-lagu yang berunsur ketuhanan lantas merubah diri untuk menjadi lebih baik. Saidina Ali ra sendiri pun pernah menerima teguran dari seseorang yang suka membuka aurat. Kerana teguran itu selalunya datang dari Allah yang diilhamkan kepada manusia untuk disampaikan.

Patutnya kita rasa bersyukur bila ditegur orang kerana maksudnya Allah swt telah mengutuskan salah seorang hambanya untuk menyampaikan teguran kepada kita. Agar kita sentiasa sedar akan kelemahan diri sendiri dan berusaha mengubahnya. Kalau teguran itu tidak langsung ada kena mengenanya dengan kita, maksudnya Allah swt ingin menguji hati dan jiwa kita. Ada atau tidak rasa sombong dan ego. Maka, bersabarlah menghadapinya.

Andai band Indon tersebut pada satu sisi turut mengajak manusia kepada cinta kepada yang tidak berhak serta angan-angan yang panjang yang membawa dosa, bukan hak aku untuk menghukum mereka dengan mengatakan yang mereka langsung tidak layak mengajak pendengar atau peminat mereka untuk kembali kepada Tuhan Rabbul Izzati.

Tetapi, tugas aku supaya mendoakan mereka agar mereka sedar kesilapan mereka berkat usaha mereka menyampaikan lagu-lagu yang berunsur ketuhanan pada sisi yang lainnya. Tak kisahlah usaha itu ikhlas atau tidak, bukan hak aku nak menilainya. Jenuhlah kalau aku cuma boleh terima orang yang tak pernah buat dosa je yang boleh tegur aku. Alamatnya, Nabi saw seorang je la yang boleh tegur aku. Piirah!




Hadis Nabi saw pun jarang baca. Sunnah baginda saw pun tak amalkan. Tak hayati sirah hidup manusia yang paling utama itu. In fact, Nabi saw sendiri di zamannya dulu pun tetap ditentang. Walaupun baginda saw punya akhlak yang sempurna, digelar al-Amin, keturunannya juga dihormati, namun bila dia menegur masyarakat Arab supaya menghentikan segala amalan jahiliyah, sembah berhala, minum arak, zina dan sebagainya, baginda saw tetap ditentang sekeras-kerasnya.

Dan mereka yang menentang itulah sesungguhnya memiliki penyakit ego dan sombong. So, jangan haraplah kita boleh terima teguran even dari Nabi saw sekalipun kalau di dalam hati kita ini ada rasa sombong dan ego tu walaupun sebesar zarah.

Sungguh, hal ego ini tidak boleh dipandang remeh. Bahaya! Terbatal habis segala pahala amalan. Sia-sia je beramal kalau hati dibiarkan terpalit tompok kesombongan tu. Tambah celaka kalau mati di dalam kesombongan, sok kat akhirat boleh la duduk satu geng dengan Firaun. Iblis pun hepi la dapat jadikan kita roommate dia kat neraka nanti. Semuanya kerana penyakit hati yang halus ini, EGO…

Mohonlah perlindungan daripada Allah agar dijauhi dari penyakit itu………



0 Komentar:

Post a Comment