Di setiap semester tempat aku belajar ni, akan diadakan satu program ceramah yang wajib disertai oleh semua bebudak student selama dua hari takde malam. Program nie aku tak ingat pulak apa namanya sebab panjang sangat, tapi ianya bertujuan adalah untuk membentuk sahsiah dan kepimpinan para pelajar.
Selalu aku membangkitkan persoalan di dalam kepala hotak ni, bagaimana sebuah program yang cuma sekali dalam satu semester, dua hari pulak tuh, mampu membentuk sahsiah dan kepimpinan pelajar? Tujuannya memang bagus dan cantik, tapi perlaksanaannya tue aku rasa macam telah membuatkan tujuan tersebut tadi jadi tak realistik je. Ntah la. Takpe, at least ada usaha kan.
Dalam program nie, ia terbahagi kepada dua aktiviti. Satu aktiviti dengar ceramah, another one aktiviti latihan dalam kumpulan. The latter one tu yang bagi aku mampu membangkitkan secebis semangat ke dalam jiwa nie untuk menghadirkan diri ke program tersebut. Ikutkan hati nak monteng je, layan tido lagi syok, weekend tuu. Tapi apakan daya, program nie program wajib. Kalau tak hadir sekali memang tergantung la sijil ijazah tuh.
Aktiviti ceramah bukannya tak best. Tengok penceramah la. Kalau pandai bercakap tu, memang tak boring la. Tapi, kalau yang sebaliknya, mau mati kebosanan aku dalam dewan ceramah tu nak tahan dua jam lebih dengar ceramah yang kurang menarik. Hasilnya, pelbagai aktiviti-aktiviti bodoh boleh dilakukan buat mengisi masa tersebut seperti mengusha aweks, melepak dalam jamban sampai seploh ke lima belas menet dan sebagainya.
Aktiviti latihan dalam kumpulan nie pun takdela amusing sangat, tapi boleh la. Sebab bebudak course aku nie kebanyakannya happening giler dan tak tau malu sangat. So, sifat-sifat tersebutlah yang mampu membuatkan aktiviti tersebut meriah dan tak bosan. Walaupun aktiviti-aktiviti di dalamnya tue kebanyakannya macam aktiviti bebudak tadika, tapi, benda-benda tue semua mampu membina soft skills para student umumnya.

Nak dijadikan cerita, pada suatu ketika di dalam aktiviti latihan dalam kumpulan tue, aku telah diberikan task untuk berucap di hadapan kelas. Aku telah diberikan satu perkataan, aku dah lupa apa perkataannya, dan diminta untuk memberi kupasan lanjut berkenaan perkataan tersebut selama lebih dari lima minit. Masa persediaan yang diberikan cuma semenet lebih je.
Memula rasa macam gila jugak la. Mana tak gila, jenuh nak pikir apa yang nak dikupas berkenaan satu perkataan dalam masa kurang dari dua menet lepas tu nak berucap pulak tentang hasil kupasan tersebut dalam masa lebih dari lima menet. Walaubagaimanapun, aku cuba tenangkan jiwa agar tak gabra menghadapi situasi terbabit dengan membisikkan di hati, “Semuanya ok”, berulang-ulang kali sebab ada orang pernah kata, hati ni yang selalu mudah takut dengan semua perkara, jadi, bisikkanlah padanya selalu bahawa “Semuanya ok”.
So, berucaplah aku dengan riak dan takaburnya. Ternyata, aku mampu memberikan ucapan lebih dari masa yang diberikan, sampai aku sendiri pun tak sedar. Aku lihat, semua pendengar begitu memberikan perhatian kepada aku. Buktinya, masa sesi soal jawab, semua persoalan mereka bersangkutan dengan apa yang aku cakap dari minit yang pertama hinggalah minit yang terakhir. Aku rasa memang diorang dengar betullah dengan apa yang aku perkotak-katikkan sebentar tadi.
Segala isi-isi humor dan lawak tak bertamadun yang diselitkan bersama dengan ucapan tersebut juga mendapat reaksi yang positif dari para pendengar sebaik aku mendengar hilai tawa mereka. Maksudnya, aku tak buat lawak yang tak lawak la. Sebaik aku mengakhiri ucapan, aku menerima tepukan dan sorakan yang berbatas dari para pendengar, namun, respon yang aku terima dari akak fasilitator yang bagi aku agak kurang menyenangkan.
Tetiba je dia kata, “Aku tengok ko nie dah macam Ustaz Rock je ah.” Ustaz Rock? Sungguh aku kurang senang dengan gelaran tersebut. Yang ‘Rock’ tue aku tak kisah sangat sebab penampilan aku masa tue pun dah macam Amy Search je. Ditambah pulak dengan rambut aku yang panjang ni, aku pun tak kisah sangat dengan perkataan ‘Rock’ itu.

Gelaran ‘Ustaz’ tue yang buat aku tak senang. Aku akui, di dalam ucapan aku tadi memang aku selitkan banyak unsur-unsur nasihat serta motivasi yang mungkin mampu membina diri para pendengar. Tapi, tak sepatutnya hanya kerana itu aku sudah boleh digelarkan ‘Ustaz’. Segera aku objected gelaran tersebut kerana sungguh aku amat tidak senang.
Aku kenal ramai ustaz di sepanjang hidup aku ni. Terutamanya di sekolah dulu. Yang aku dapati, mereka semua bukan digelar Ustaz sebab diorang ni cuma pandai bercakap di hadapan orang atau boleh memberi nasihat di dalam setiap kata-kata mereka sehingga mampu menarik perhatian pendengar sahaja.
Tapi, mereka semua digelar Ustaz sebab keluasan ilmu yang Allah swt anugerahkan buat mereka. Ilmu agama terutamanya. Tanya je lah apa soalan pun pada mereka tentang agama, pasti mereka mampu memberikan jawapan yang amat memuaskan dan memecah kebuntuan akal. Bila diminta nasihat, nasihat merekalah yang paling efektif dan relevan sesuai dengan kehendak dan landasan agama.
Orang-orang yang begini baru layak digelar Ustaz. Kata-kata mereka penyejuk hati, bersama mereka menenangkan jiwa, kritikan mereka menjana minda dan akhlak, ibadah dan sahsiah mereka jadi suri tauladan. Malah, seorang lecturer pernah memberitahu yang standard ilmu seorang Ustaz ni lebih macam seorang Professor di dalam bidang agama.
So, layak ke aku yang sekadar boleh bercakap dan mampu attract para pendengar punya perhatian di dalam kata-kataku untuk digelar sebagai Ustaz? Tak relevan sungguh. Dah la ilmu agama pun cetek, akhlak pun tercela, ibadah pulak tunggang langgang. Aku amat tak suka digelar begitu. Sebab gelaran itu seumur hidup aku cuma diberikan kepada orang-orang yang aku respek dan ada di antaranya yang aku sayang.
Aku tak layak digelar Ustaz. Amat-amat tidak layak. Aku bukan orang yang bermujahadah menuntut ilmu, aku tak berjuang dan merantau jauh kerana ilmu. Aku sekadar musafir hina yang cuma menetap di tanah air sendiri dan selalu merasa aman dan gembira dengan keadaan sendiri dan masyarakat. Begitukah sifat seorang Ustaz?
Ustaz-ustaz yang aku kenal semua mereka tidak merasa aman dengan diri mereka dan masyarakat. Sebab itu mereka sentiasa meningkatkan diri mereka dari hari ke hari serta berusaha merubah masyarakat agar kembali ke jalan yang diredhai-Nya dengan cara yang paling berhikmah. Begitulah sifat seorang Ustaz, bukan sekadar pandai bercakap dan berucap di khalayak ramai, akan tetapi, jiwa dan akalnya kosong.
Aku akui, memang aku punya bakat untuk berucap di khalayak ramai. Kat sekolah dulu, sapa yang tak kenal aku? Aku antara student yang punya bakat seorang speaker yang mampu tarik perhatian student-student di kala mereka keboringan. Dua kali aku menjadi wakil sekolah di dalam pertandingan bahas. Namun, aku tak pernah lagi menjadi skuad utama dan sekadar mengisi bangku simpanan.
Sebabnya, aku tak mampu berucap mengikut etika dan protokol sebuah pertandingan. Aku terpilih masa audition tue pun sebab aku mampu bercakap tentang suatu perkara dengan panjang lebar biarpun masa persediaan yang diberikan terlalu singkat. Suara aku yang lantang juga sudah cukup membuatkan kata-kataku dapat didengari ramai biarpun tanpa menggunankan mikrofon. Tapi, ilmuku tak semantap kemahiranku.
Kalau di dalam kelas-kelas yang mengkehendaki presentation untuk dibuat oleh para pelajar macam kelas sejarah, geografi, pendidikan Islam dan sebagainya, presentation aku yang paling digemari ramai sebab mereka sendiri akui ianya tak membosankan. Pernah suatu ketika member sekelas memberitahu aku yang aku lebih pandai mengajar dari cikgu yang mengajar subjek tersebut.

Bangga jugak dengar compliment macam tu, tapi adakalanya aku tetap melenting dengan pendapat yang sebegitu. Guru yang mengajar itu walaupun mungkin penyampaiannya agak lemah, tapi keluasan ilmunya itu yang melayakkannya menjadi seorang guru. Tak sepatutnya ada orang boleh beranggapan seperti member aku tu. Aku cuma pandai berucap di hadapan kelas, itupun sebab aku cuma mengupas satu topik dan masa yang diberikan adalah agak panjang jugak. Seminggu ke dua minggu macam tue la.
Tapi, still suatu kerugian yang besar jugak sebenarnya kalau aku tak develop skill aku nie bersama-sama dengan ilmu. Kerana kalau aku berusaha ke arah itu, hasilnya akan menjadi suatu manfaat yang besar di masa hadapan. Aku masih menuntut dan mencari ilmu, cuma mujahadahnya tidak kuat, keikhlasan pun tidak telus. Bimbang jugak kalau-kalau di masa hadapan kemahiran ini bukan menjadi manfaat kepada masyarakat, akan tetapi ia akan menjadi masalah yang menakutkan.
Walaubagaimanapun, aku sedikit terkilan jugak sebab aku tak mampu nak berucap di khalayak ramai dengan baik di dalam bahasa inggeris. Mesti tunggang langgang segala grammar apa semua tue. Dah berapa kali dah aku ditertawakan oleh pendengar yang lebih hebat kemahiran bahasa inggerisnya bila berucap di dalam bahasa inggeris khalayak ramai kerana kepincangan grammar aku tue.
Tapi, benda tue semua bagus jugak sebab ianya menaikkan semangat aku untuk improve diri aku di dalam penyampaian berbahasa inggeris. Tapi selalunya usahanya tak konsisten dan tergantung di pertengahana jalan. Tensen tol aku, tak silap aku sejak aku mula sekolah rendah sampai habis PMR, bahasa inggeris tue macam kacang peanut je bagi aku. Kekadang macam kacang pistachio pun ada gak.
Senang gila. Malah, aku di antara top student dalam subjek bahasa inggeris dalam batch aku. Cuma, yang bangangnya, sampai dekat setengah tahun punya kelas bahasa inggeris aku pegi ponteng masa form 4 dulu apa kes? Malas gila nak belajar masa form 4 dulu. Tahun honeymoon la katakan. Banyak gak yang aku tensen masa form 4 dulu yang membuatkan aku jadi malas belajar.
Antaranya, aku tak dapat tawaran belajar ke Kolej Islam Klang a.k.a KISAS, berlakunya exodus member-member rapat aku untuk pursue form 4 di SBP, parents tak bagi aku masuk sekolah integrasi dan sebagainya. Kerana terlalu asyik melayan ketensenan tersebut, makanya, aku telah membuatkan perkara yang bangang itu (ponteng kelas) yang akhirnya telah merugikan diri aku sendiri di masa kini.
Pentingnya bahasa inggeris di dalam penyampaian ni bukannya apa. Bukannya nak belagak bagus dengan orang ramai kononnya kita pandai cakap bahasa penjajah. Tapi, Syeikh Ahmed Deedat pernah cakap sewaktu hayatnya dulu, dalam dunia global hari nie, kemahiran berbahasa Inggeris dengan baik merupakan kemahiran supplement yang amat-amat berguna untuk memberi kefahaman kepada masyarakat tentang Islam. Malah, jalan dakwah juga akan jadi lebih luas.

Persoalannya, betul ke aku nak improve English aku kerana itu? Entahlah. Apa-apa hal pun, kesimpulan yang paling utama, aku bukan Ustaz, tapi aku Rock! Yeah!!!

1 Komentar:
Setakat akak kenal awak dah dua tahun lebih ni, akak akui, awak memang berbakat dalam berucap! Awak boleh buat audience get carried away dengan apa yang awak perkatakan. Tak ramai penceramah yang ada keistimewaan tu. Ramai penceramah mungkin terror berkata-kata, ayatnya tak pernah putus, lidah fasih dan lancar, tapi orang boring nak dengar lama-lama. Awak pulak, kalau awak berucap, orang nak tunggu dengar sampai habis... Tu anugerah Allah tu!
Post a Comment