Bebaru nie, Mak sedara aku yang lebih mesra dikenali sebagai ‘Mak Teh’ terpaksa dikejarkan ke hospital KPJ Shah Alam kerana dia mengalami sakit di bahagian dadanya yang teramat sangat. Pada mulanya, rasa sakit tersebut tak terlalu teruk dan mak teh aku tue pun rasa biasa je.
Maksudnya, sakit yang boleh tahan lah. So, sebelum-sebelum nie kalau sakit je kat bahagian dada tue, dia sekadar mengambil minyak gamat untuk disapu pada bahagian yang sakit. Secara psikologinya mungkin rasa sakit itu boleh hilang dengan sekadar menyapu minyak gamat. Tanpa mak teh aku sedari, sakit dada itu prolonged.
Sampai lah pada malam sebelum mak teh aku dimasukkan ke hospital di mana sakit di bahagian dada tue semakin menjadi-jadi la pulak. Sampai satu malam tak boleh tido. Pak teh aku tak keruan lah jadinya. Mungkin kerana tak tahan sangat dengan sakit yang terpaksa ditanggung, makanya tanpa berfikir panjang dan membuang masa, segera pak teh aku menghantar isterinya ke hospital yang aku dah bagitau sebentar tadi. Maksud aku, kat perenggan pertama tue lah.
Setelah dimasukkan ke wad dan diberikan ubat penahan sakit, sakit mak teh aku tue mula reda. Setelah diberitahu kepada doktor berkenaan keadaan sakit mak teh aku tu, doktor tersebut terus mengarahkan supaya mak teh aku menjalani proses diagnosis kerana si doktor itu sudah mula menyangka yang mak teh aku bukan sekadar sakit dada yang biasa.
Sangkaan doktor itu benar belaka. Keputusan diagnosis mengesahkan bahawa mak teh aku telah diserang penyakit batu hempedu. Bukanlah penyakit sebenarnya. Tapi, doktor dapat detect ada batu hempedu dah berkumpul di dalam pundi hempedu mak teh aku tu. Lebih kurang macam batu karang la.
Cumanya, kalau batu karang, sakitnya di ginjal atau buah pinggang, batu hempedu pulak sakitnya di dada sebab benda tue ada dalam pundi hempedu. Pundi hempedu tue pulak letaknya di dalam hati. Hati pulak letaknya kat area dada tue la kan. Tak silap aku, gitu lah.
Esoknya juga doktor terus mengarahkan supaya mak teh aku menjalani pembedahan untuk membuang segala batu-batu hempedu yang dah berkumpul tue. Sebab dah terlampau banyak. Kalau dibiarkan lebih lama, bimbang batu-batu tersebut terlepas keluar masuk ke organ dalaman yang lain yang mampu mengakibatkan maut.

Alhamdulillah, operasi pembedahan tersebut berjalan dengan lancar dan hampir semua batu-batu hempedu itu berjaya dikeluarkan tanpa meninggalkan sebarang kesan sampingan ke atas mak teh aku. Esoknya, barulah aku dan mak aku bersama abang aku yang sulung datang melawat mak teh aku tu.
Sampai sahaja kami ke dalam wad itu, aku lihat mak teh aku benar-benar di dalam keadaan yang stabil. Ditunjukkan pada kami akan batu-batu hempedu yang dulunya berkumpul di dalam pundi hempedu mak teh aku yang kini telah berada di dalam sebuah botol kecil. Macam pasir pantai la pulak aku tengok. Takut betul. Macam mana laa benda tue boleh ada dalam pundi hempedu.
Lama jugak kami lepak kat dalam wad mak teh aku. Naik bosan aku. Tapi, apa kan daya, mak aku tengah syok layan bersembang dengan mak teh aku, abang aku pulak bersembang dengan pak teh yang mana hubungan mereka berdua sememangnya akrab. Tinggallah aku seorang diri sambil membelek-belek segala benda yang ada di dalam wad tue.
Sedang mata ini liar melihat ke sana sini tanpa hala tuju, tetiba aku terlihat sesuatu yang menarik perhatian mataku ini. Aku lihat senaskhah Al-Quran terletak di atas meja pesakit di dalam wad tue. Pasti Quran itu milik mak teh aku yang mungkin dibacanya di waktu tiada orang yang datang melawat.
Sebab mak teh aku tue pun seorang wanita yang menjaga Agamanya jugak. Selalu datang ke majlis-majlis ilmu di waktu Maghrib dan di hujung minggu. Mak aku la yang bagitau. Eloklah kan kalau membaca Al-Quran di kala menghadapi ujian penyakit yang macam tu. Quran tue kan Allah swt dah bagitau ianya berfungsi sebagai penawar.

Penawar penyakit rohani, juga penyakit jasmani. Tapi, rasanya Quran tue bukannya berfungsi untuk sihatkan penyakit jasmani. Fungsinya, ia mampu menguatkan jiwa orang yang bepegang padanya bila menghadapi penyakit-peyakit jasmani macam mak teh aku tu. Sebab yang nak menyembuhkan penyakit tue hanya melalui kuasa dan kehendak Zat Yang Maha Suci je.
Quran merupakan mekanisme yang Tuhan berikan untuk memberikan inspirasi ke dalam diri supaya kuat menghadapi jerih payahnya menjalani hidup di atas muka bumi ni. Sebab hidup dunia bukan seindah yang digambarkan di dalam drama-drama swasta, filem-filem barat, lagu-lagu dan sebagainya.
Hidup adalah berkenaan ujian dan cubaan. Bahagia di dunia merupakan sesuatu yang tak diimpikan oleh orang yang beriman. Kerana dunia cuma keindahan yang menipu dan menyeksakan. Dunia menghamparkan seribu satu keindahan yang mampu menghapuskan kebahagiaan hidup di akhirat. Orang beriman amat bimbang menghadapi indahnya dunia itu.
Dengan nafsu yang mewarnai pandangan jiwa terhadap suasana dunia. Indah dan bahagianya yang kelihatan amat menyeronokkan, tetapi sebaliknya ia menghapus bahagia yang lebih hakiki di Akhirat sana.
Orang beriman tidak mengambil dunia untuk bahagia. Mereka mengambilnya sekadar yang perlu untuk meneruskan kehidupan. Apa yang ada disyukuri, apa yang tiada langsung tak dirisaukan. Kerana mereka faham, semakin banyak nikmat yang Tuhan beri atas muka bumi ini, semakin keras cubaan yang bakal dihadapi olehnya.
Dalam Quran, Tuhan tak pernah mengindahkan langsung gambaran dunia. Nikmat yang selalu digalakkan untuk direbuti oleh hamba-hamba-Nya adalah nikmat yang maknawi, atau yang ghaib. Yang tidak kelihatan, tetapi dijanjikan Tuhan. Itulah dia kasih sayang-Nya. Belas kasihan dan rahmat-Nya. Itulah nikmat yang paling berharga di pandangan orang yang beriman.
Bukan rumah-rumah banglo yang besar, kereta-kereta mewah, pangkat dan kedudukan, wanita dan sebagainya. Itu bukan tujuan mereka. Mereka berkerja mencari rezeki kerana Tuhan. Mereka belajar di sekolah, di universiti, di mana-mana majlis ilmu kerana Tuhan. Mereka mencintai Rasulullah saw kerana Tuhan. Menghormati ibu bapa kerana Tuhan. Berkawan dan bersahabat kerana Tuhan.
Kasih sayang dan cinta Allah yang Maha Agung dan Maha Indah itu tujuan mereka. Mereka tak kisah hidup menderita di dunia. Hidup sederhana, makan pakai pun ala kadar. Tak mewah. Sebab yakin nikmat di dunia ini cuma sekadar setitis air dari luasnya tujuh lautan. Mengapa mahu mengorbankan seluas laut hanya kerana memburu nikmat setitis air?
Begitulah Quran memberi inspirasi. Idea ke dalam jiwa hamba yang bertaqwa untuk besabar dengan dunia. Jerih payahnya pastikan berbayar. Jangan kecewa dan lelah dengan ujian di dunia. Kerana pemburu cinta Tuhan itu hidupnya menderita di dunia. Amat tidak selesa. Keadaan di dunia melemaskan mereka. Namun, hati kembali tenang dan lega bila teringatkan janji Tuhan serta nikmat kasih sayang-Nya.
Begitu lama aku merenung, baru aku teringat, dah lama aku tak bukak Quran. Tersimpan kemas je dalam almari kat rumah. Patutlah jiwa tak kuat menghadapi dunia. Mudah hanyut dengan arusnya. Kerana panduan yang Tuhan sediakan tidak dipedulikan. Entahlah bila hati ini mahu keluar dari zon selesa di dunia.
Dan esoknya, mak teh aku dibenarkan keluar wad oleh doktor yang bertugas. Semoga dia cepat sembuh dan kembali menjalani kehidupannya seperti sediakala………

0 Komentar:
Post a Comment