Nostalgical Maulud...

Feb 26, 2010

Hari ni merupakan hari masyarakat Malaysia menyambut Maulud Nabi. 12 Rabiulawal. Actually khilaf ulama’ jugak tentang tarikh kelahiran Nabi saw ni. Sebab bukan sunnah sahabat pun nak raikan birthday Nabi saw. Saidina Umar dulu pun tak berapa nak berkenan bila ada orang proposed nak celebrate birthday manusia yang paling indah akhlaknya itu. Risau jugak khalifah yang ke 2 tu takut-takut sama macam budaya orang Kristian sambut birthday Nabi Isa (Krismas) sampai akhirnya ekstrem pulak diorang punya taksub dengan Nabi Isa as.

Tapi Ulama’ yang latest dah benarkan sambutan tersebut. As long as takde bidaah sesat yang ditokok tambah secara memandai-mandai oleh orang yang suka sangat berpegang pada adat umumnya, kira ok lah nak sambut pun.

Sambutan Maulud nabi kali ni benar-benar mengingatkan aku kepada seseorang. Seseorang yang sebaya dengan aku, kenalan rapat aku masa di sekolah. Dia biasa, takde apa-apa yang special pun. Tapi aku jadi sangat sayang padanya selepas dia memegang jawatan yang diamanahkan untuknya.

Bila peralihan kuasa pengawas sampai ke batch aku, dia pegang jawatan yang agak penting masa tu. Sebelum ni takde sapa pun kenal dia. Lepas dia dapat jawatan tu, satu sekolah kenal dia. Tapi, aku rasa aku lebih mengenali dia berbanding orang lain.

Sebab dia terlalu banyak mendidik aku menjadi seorang Muslim yang Mukmin. Dia banyak berubah kerana katanya dia dikelilingi oleh rakan-rakan pengawas yang rata-rata punya basic agama yang mantap. Dari situ dia mendidik aku untuk sama-sama berjalan di atas landasan tarbiah masyarakat terhadapnya.

Dia jadi gemar membaca Quran dengan tafsirnya, dia suka juga mendengar ayat-ayat Quran dibacakan, dia menagih tarbiah Rasulullah saw melalui sabda dan hikmah baginda saw, dia gemar membaca hikmah para tabi’in, salfussoleh. Hasil dari minatnya tue disalurkan hasil dapatannya kepada aku selaku teman rapatnya.

Dia didik aku gemar bersujud kepada-Nya, dia ajak aku hampiri Quran sedekat-dekatnya, dia promosikan sunnah Rasulullah saw kepadaku sebanyaknya, dia terlalu banyak berjasa padaku di sekolah dulu.


Masa sambutan Maulud Nabi masa aku form 5 la yang aku rasa aku jadi teringat kat dia. Kebetulan hari tersebut jatuh pada hari Isnin atau Khamis kalau tak silap, jadi, dia gunakan autoriti yang ada padanya untuk mewajibkan semua student untuk berpuasa sunat. Puasa sunat untuk meraikan saranan Rasulullah saw supaya berpuasa pada setiap hari Isnin dan Khamis, bukan puasa untuk meraikan Maulud Nabi, bidaah sesat ooo kalau macam tu niatnya.

Dia ajak semua budak sekolah berselawat sebanyak mungkin di hari tu, nampak benar semangatnya di mataku. Dia ceritakan sirah-sirah junjungan untuk dijadikan suri tauladan. And the best part is, masa buka puasa tue, dia buat makan berdulang untuk semua student form 5. Fullamak, masa tue la first time aku makan pakai dulang kat sekolah tu.

Kami student form 5 sama-sama diajak bergotong royong menyediakan hidangan, memang seronok masa tu. Nostalgik gak la sebenarnya bagi aku sebab masa sekolah rendah di Bangi dulu, sekolah aku buat makan pakai dulang jugak. Sekolah swasta, kelas dari awal pagi sampai ke lewat petang.


So, lunch and tea time pihak sekolah yang sediakan. Memandangkan sekolah aku tue sekolah agama yang agak hebat guru-gurunya, makanya masa time tue pun aku dah didedahkan dengan pelbagai jenis lifestyle manusia yang paling utama di dunia ney iaitu Rasulullah saw.

Banyak gak sebenarnya, antara yang paling aku ingat adalah makan berdulang. Syok giler, makan di dalam ruang yang agak luas, kengkawan semua ada, makan pun sama-sama, baca doa sama-sama., memang best. Cara duduk yang diajar pun aku ingat sampai sekarang. Kaki kanan pijak ke bumi, kaki kiri letak di bawah punggung. Bebaru nie aku ada dengar yang kalau duduk style macam tue dapat memudahkan penghadaman makanan yang dah ditelan.

Sampai darjah dua je sebenarnya aku merasa hidup sebegitu, sebab lepas tue family aku pindah ke utara tanah air, masuk sekolah gomen. Budaya hidup yang diajar di Bangi dulu banyak jugak yang aku dah lupakan bila aku tinggal kat utara ni.

Tup-tup kenalan rapat aku nie promosikan balik makan berdulang yang setelah sekian lama aku tinggalkan. Kali last masa darjah dua tue la. Masa makan tue rasa macam nak nangis je. Sedih dan terharu sangat. Sunnah yang dah lama ditinggalkan kini diamalkan semula walaupun cuma hanya sekali tu je.

Banyak lagi sebenarnya jasa dia padaku. Dia ajar aku berpakaian mengikut sunnah, bertingkah laku mengikut sunnah, bergaya mengikut sunnah, bertutur, bergaul, even cara berjalan sekalipun dia ajarkan aku cara Baginda saw menyusun langkah.

Dia benar-benar merubah cara hidup aku di sekolah dulu. Kerana dia, aku jadi suka tinggal di asrama yang mana sejak dari form 1 lagi aku sudah bercita-cita untuk melakukan jenayah disiplin yang kaw-kaw punya dengan tujuan untuk dibuang dari asrama. Aku memang tak suka, sangat-sangat tak suka tinggal di asrama dulu. Tapi, kehadiran dia yang baru masa lewat form 4 dan form 5 tue telah membuatkan aku jadi suka dengan asrama.

Sebab dia merubahkan view aku terhadap asrama yang mana asrama adalah tempat yang paling mudah untuk menjadi seorang hamba yang benar-benar patuh pada Tuhannya. Solat, tiap-tiap waktu kami diwajibkan berjemaah kat surau, di asrama jugaklah aku mengenal Quran, mathurat dan kitab-kitab para Imam yang scholar di dalam bidang mereka. Di asrama jugak pelbagai amalan-amalan sunat mudah untuk dilaksanakan seperti puasa sunat, solat-solat sunat, zikir dan lain-lain.


Sekarang, tue semua dah tinggal kenangan. Suasana, lifestyle dan segalanya. Paling menyedihkan, dia juga kini tinggal kenangan.

Sebaik keluar dari sekolah lepas SPM dulu, tiba-tiba dia jadi semakin jauh dengan aku. Mulanya aku tak tahu kenapa, tapi lepas dah start masuk ipt baru aku faham kenapa dia semakin menjauh dari aku.

Aku sendiri yang cuba menjauhkan diri darinya. Itulah kenyataannya. Dia tetap di situ. Memanggil aku untuk sentiasa bersegera ke arah kebajikan. Hati manusia kan bagai pantai, sekali dipukul ombak pastikan berubah. Bila aku keluar sekolah, aku inginkan kebebasan. Melakukan segala benda yang aku tak boleh buat masa di asrama dulu. Dan akhirnya aku semakin lupa perihal dia yang selalu dekat denganku.

Aku tahu dia tetap ada di saat aku memerlukannya. Tapi aku sendiri yang tidak mahu lagi padanya, pada tarbiahnya, pada didikannya. Fitrah dia yang paling aku suka adalah tidak memaksa. Kerana dia tidak memaksa maka aku rasa bebas melakukan apa sahaja. Namun aku tahu dia teramat sedih dengan perawakanku ini. Kerna itu dia sudah pergi jauh dariku.

Mungkin baginya aku tak perlu lagi figura sepertinya. Ya, di saat aku baru lepas dari kepompong asrama memang aku tak perlu lagi akan dirinya.

Setelah sekian lama, aku sudah lelah dengan duniaku ini. Aku tak mampu lagi menanggung hidup sendiri tanpa dia. Tapi aku tak tahu di mana kini di berada. Kata orang, dia sudah pergi jauh, namun seorang pun tak tahu ke mana.

Kini, sememangnya aku berharap dia kembali. Kembali dekat denganku, mendidik dan mengingatkanku. Menyenangkan hatiku dengan amalan-amalan cetusan Rasul saw. Aku sedih sekali kerana dia pergi meninggalkanku. Memang salah aku.

Sampai ke saat ini, aku tetap menanti dirinya, datang dekat padaku kembali. Seperti di sekolah dulu. Aku amat-amat berharap, agar ajal tidak datang bertamu, sebelum berlaku pertemuan semula antara aku dan dia………



2 Komentar:

ninim said...

siapa??

KM???

Mehmed Aimi said...

siapa dia, ke mana dia,...???.haa inilah yang kita tak tahu...hee

Post a Comment