Maksiat Kita Dan Mereka...

Feb 13, 2010

Mereka melakukan maksiat kerana mereka tidak kenal Tuhan yang sebenar, sedang kita melakukan maksiat biarpun kita mengenal Tuhan yang sebenar.

Mereka melakukan maksiat kerana tuntutan Tuhan tidak jatuh ke atas mereka, sedang kita melakukan maksiat biarpun tuntutan Tuhan jatuh ke atas kita.

Mereka melakukan maksiat kerana tidak jelas yang halal dan haram bagi mereka, sedang kita melakukan maksiat biarpun sudah jelas kedua-duanya di pengetahuan kita.

Mereka melakukan maksiat kerana menjauhi maksiat bukan tanggungjawab mereka, sedang kita melakukan maksiat biarpun menjauhi maksiat adalah tanggungjawab kita.

Mereka melakukan maksiat kerana keyakinan mereka sudah terkeluar terus dari jalan-Nya, sedang kita melakukan maksiat namun kita akui kita masih yakin pada jalan-Nya.

Mereka melakukan maksiat kerana mereka tidak tahu perihal kebenaran, sedang kita melakukan maksiat biarpun kita tahu perihal kebenaran.

Mereka melakukan maksiat di atas nama Agama yang salah, sedang kita melakukan maksiat di atas nama Agama yang benar.

Mereka melakukan maksiat kerana mereka tidak tahu, sedang kita melakukan maksiat biarpun kita tahu.

Mereka melakukan maksiat tanda mereka tiada lagi rasa malu sesama manusia, kita melakukan maksiat tanda kita tidak ada lagi rasa malu kepada Tuhan.

Mereka melakukan maksiat kerana mereka tidak tahu Tuhan sentiasa Melihat, kita melakukan maksiat biarpun kita sudah tahu yang Tuhan sentiasa melihat.
Mereka melakukan maksiat kerana tidak takut menghadapi kutukan masyarakat, kita melakukan maksiat tanda kita tidak takut dengan kutukan Tuhan.

Mereka melakukan maksiat kerana tidak sampai risalah Quran dan Sunnah pada mereka, sedang kita melakukan maksiat biarpun kedua-duanya mukjizat besar rasul kita.

Mereka melakukan maksiat kerana amal ibadah mereka tidak kena dengan kehendak-Nya, kita melakukan maksiat biarpun amal ibadat kita kena pada tuntutan sebenar.

Mereka melakukan maksiat biarpun mereka tahu kesan buruk jangka panjangnya, kita melakukan maksiat sedang kita tahu kesan buruk jangka panjang di Akhirat sana.

Mereka melakukan maksiat kerana mereka tidak takut dengan sesiapa pun, kita melakukan maksiat tanda kita tidak takut lagi dengan Tuhan.

Kerana itu manusia yang tahu kebenaran tetapi tetap tidak mematuhinya akan mula-mula dicampak ke Neraka terlebih dahulu berbanding orang yang memang langsung tidak tahu akan kebenaran.

Kalau kita mengaku Islam, kitalah golongan yang tahu akan kebenaran itu………


Jadi, ahli maksiat yang manakah yang lebih celaka sebenarnya?


1 Komentar:

Dx said...

salam, mukmin...bagus entry ni...taniah

Post a Comment