Si comot merupakan seekor kucing yang telah dibela oleh Asmida. Si comot dibela sejak kecil lagi sebaik keluar dari perut ibunya yang juga bekas kucing peliharaan Asmida. Asmida memang gemar membela kucing, namun, dia cuma menjaga anak kucing dan kucing yang sedang meningkat dewasa sahaja. Kucing yang dah besar akan dilepaskan dari jagaannya.
Asmida beranggapan bahawa kucing juga mahukan kebebasan dan tak suka dikurung di perkarangan rumahnya semata-mata. Tapi, nak buat macam mana, Asmida tetap nak bela jugak, jadi dia mengambil keputusan untuk menjaga anak-anak kucing dan kucing-kucing yang remaja sahaja.
Kucing-kucing yang dibela Asmida semuanya diaga rapi. Makanan, sangkar, tempat bermain semuanya disediakan di perkarangan banglo mewah yang dihuni Asmida dan keluarganya. Makanan yang disediakan bukannya sekadar lebihan sisa makanan semata-mata, Asmida hanya menyediakan makanan dibeli khas untuk santapan kucing-kucingnya iaitu Friskies. Asmida sanggup menghabiskan sejumlah besar wang mak bapaknya semata-mata untuk membeli Friskies yang dijual di Carrefour, Tesco, dan Giant. Ini bagi memastikan yang makanan yang disediakan adalah berkhasiat.
Sangkar kucing-kucingnya diselenggara dengan baik bagi memastikan agar mereka dapat tinggal di dalam suasana yang kondusif selayaknya bagi seekor kucing. Kalau tak, takkan la sampai dalam seminggu, dua kali sangkar itu dibasuh dan dicuci. Tukang kebun la yang tolong cuci, harapkan Asmida, yang dia tahu nak mengomel dengan kucing-kucingnya tue je. But the point is, Asmida yang berkehendak agar sangkar itu kerap dibasuh agar tempat tinggal kucing-kucingnya itu sentiasa dalam keadaan yang tak menjijikkan.
Tak kira lagi dengan kebersihan kucing-kucingnya tu. Asmida sendiri yang akan memandikan mereka di setiap kali hujung minggu. Sabun dan syampu dibeli khas berbotol-botol untuk kegunaan kucingnya semata-mata. Dengan perfume apa semua cukup. Begitulah hebatnya style Asmida menjaga kucing-kucingnya tu.
Tak heranlah kalau semua kucing yang dibela Asmida kiut-kiut belaka. Bulunya lebat, matanya bersinar-sinar, memang cantiklah. Bila melihat keadaan kucing-kucingnya yang sebegitu terasa puas jiwa Asmida. Baru la tak geli sangat nak buat kawan.
Walaupun segalanya serba lengkap, Si Comot masih tetap tidak berpuas hati. Dia tetap tidak sabar menanti saat Asmida mahu mlepaskan dia pergi sama seperti ibunya. Apa yang dia mahukan adalah kebebasan, bukannya tempat tinggal yang bersih dan makanan yang berkhasiat. Tinggal di bawah jagaan Asmida baginya tetap tidak menyeronokkan walaupun segalanya sudah disediakan untuknya dengan baik sehingga kondisi dirinya tu dah jadi macam kucing high class. Ye lah, bulu lebat, gebu lak tu, mata pun bling-bling je.

Apa yang tidak memuaskan hatinya adalah terdapat juga pelbagai jenis restrictions yang telah ditetapkan oleh Asmida terhadap dirinya dan kucing-kucing yang lain. Macam nak pegi main atau bersiar-siar, balik-balik kat laman rumah Asmida je. Walaupun laman banglo tu agak luas, tapi kalau dah bertahun-tahun asyik berjalan kat tempat yang sama je, mau tak boring jiwanya itu. Asmida takkan membenarkan kucing-kucingnya tu keluar bimbang terjadi apa-apa yang tak diingini.
Makan pulak, balik-balik Friskies tue je. Walaupun berkhasiat dan berjaya melebatkan bulunya tu, tapi sampai tiap-tiap hari itu je makanan dia, maunya tak bosan. Kekadang dengki la jugak bila ternampak dua tiga ekor kucing liar yang tak bertuan yang selalu melepak di luar kawasan rumah Asmida dapat makan ayam goreng atau ikan yang dicuri di merata tempat. Di situlah Si Comot dapat merasakan indahnya hidup bebas dan tak bertuan.
Nak ‘melepas’ pulak bukan boleh main redah ikut suka hati buang merata tempat. Ada kawasan yang berpasir disediakan untuk tujuan itu. Pernah suatu ketika ibu Asmida mengamuk tatkala melihat hasil buangan salah seekor kucing Asmida di taman bunga yang mengakibatkan kakinya terkena hasil buangan tersebut.
Terjerit-jerit ibu Asmida kepada semua kucingnya pada masa itu dan hampir sejam lebih dia berleter kepada semua kucing-kucingnya termasuk Si Comot. “T**k punya pasal pun nak kecoh ke?” fikir Si Comot pada waktu itu. Takkan la tak leh consider privilege sikit untuk binatang yang tak berakal untuk melepas?
Nak berkawan, Asmida cuma membenarkan kucing-kucing belaan membernya sahaja untuk bergaul dengan kucing-kucingnya termasuk Si Comot. Teringin benar Si Comot nak berkawan dengan kucing-kucing liar di luar rumah yang baginya lebih x-generation dan independent.
Boring la kalau berkawan pun dengan kucing-kucing manja dan tak lasak macam kucing member-member Asmida. Asmida pantang betul kalau ternampak kucingnya bergaul dengan kucing-kucing liar yang berjaya merempuh tembok halangan nak masuk ke rumahnya. Segera diperambatkan kucing-kucing tersebut keluar dengan penyapu, selipar atau air paip.
Bagi Si Comot, tinggal di bawah jagaan Asmida betul-betul tak bebas nak melakukan apa saja. Menebal sungguh perasaannya untuk beredar keluar dari laman rumah Asmida. Tapi apakan daya, dirinya masih lagi tak matang. Nak melompat pun tak berapa nak tinggi lagi. Ditambah pulak dengan motivasi yang selalu diberikan oleh rakan-rakan sebiliknya dalam sangkar tu. Kata mereka, nanti Asmida akan lepaskan jugak kucing-kucingnya. Bukannya dia nak kurung mereka selama-lamanya.
So, selama menginap kat sini, janganlah menyusahkan Asmida. Yelah, kalau seekor je kucing Asmida hilang tanpa sebarang penguatkuasaan pelepasan secara rasmi, mau seminggu Asmida menghadapi kemurungan. Bimbang betul kalau-kalau kucing yang masih kecik tu ditimpa kecelakaan seperti dimakan biawak atau digilis lori. Macam dulu si Montok tiba-tiba hilang, sedih betul Asmida nak menelan kenyataan itu.

Bukannya Asmida taknak memberikan kebebasan, tetapi Asmida sekadar mahukan yang terbaik untuk kucing-kucingnya. Barulah kucing-kucingnya tue akan dapat menggapai kejayaan menjadi kucing yang cemerlang. Maksudnya, kucing-kucing tersebut akan jadi kucing yang hygienic, kiut dan tak menyusahkan tuannya. Lagipun, ikutkan hati, Asmida taknak melepaskan kucing-kucing tu, namun, oleh sebab Federal Constituton pun dah guaranteed human rights, apa salahnya jaminan tersebut di apply kan kepada kucing-kucingnya yang juga ciptaan Tuhan. Kucing pun entitled rights apa.
Sampai sahaja Si Comot ke usia matangnya, tibalah saat Asmida nak mengotakan janji manisnya. Kucing yang assumed boleh berdikari sendiri akan dilepaskan untuk hidup bebas ke sana ke mari tanpa sebarang restrictions.
Alangkah hepinya Si Comot meraikan hari tersebut sambil menyanyikan ‘Lagu Happy’ nyanyian Amy Mastura. Sebelum Si Comot dilepaskan, Asmida sempat berpesan bahawa kalau boleh, carilah tuan yang lain untuk tinggal bersama, jangan la tinggal merayau-rayau macam kucing liar tu, Si Comot tak mempedulikan nasihat tersebut. Apa hal nak cari tuan baru lak, dia dah la target lama dah nak hidup tak bertuan.
Tatkala Asmida melepaskannya keluar dari pintu pagar, sepantas kilat Si Comot berlari sejauh mungkin dari banglo tersebut. Sedih bercampur bengang hati Asmida tatkala melihat reaction Si Comot yang nampak sangat macam berjaya keluar dari pemerintahan puak Nazi mahupun Zionis. “Kurang Asam betul! Bukannya nak cover-cover sikit perasaan tuh,” bisik hati Asmida.
Baru kini Si Comot rasa dirinya betul-betul seekor kucing.. Boleh makan apa saja yang nak dimakan. Boleh pegi ke mana saja dia nak pergi. Boleh berkawan dengan siapa saja yang dia inginkan. Dan yang paling penting, boleh je nak ‘melepas’ kat mana sahaja ikut suka hatinya. Terasa benar dirinya kucing yang independent. Takda siapa pun nak letakkan restrictions yang ntah apa-apa di dalam hidupnya.
Setahun lebih Si Comot tinggal di dunia luar. Berlaku banyak perubahan terhadap rupa paras Si Comot. Bulunya yang dulunya gebu kini habis berguguran. Badannya pun dah tak semontok dulu, kurus kering je. Dengan bau pun boleh tahan masham la jugak,
Si Comot kini benar-benar comot. Tempat tinggalnya pun kat lorong-lorong kecik je. Makan pulak ikut untung nasib je nak jumpa dalam tong-tong sampah. Kalau berani sikit boleh la nak pergi mencuri kat mana-mana pasar borong. Dia kini juga diancam pelbagai bahaya seperti serangan puak anjing yang barbaric, ancaman dilenggek kenderaan bertayar, ancaman ditangkap pegawai Dewan Bandaraya, ancaman kaum sejenis dan pelbagai lagi jenis-jenis ancaman yang mendatang.
Si Comot kini bukanlah seekor kucing yang cemmerlang. Dia comot, dia busuk, dia kotor, dia kurus, dia liar, dia pencuri, dia fadila, dialova dan macam-macam jenis ‘dia’ lagi. Kini Si Comot sedar, kebebasan yang ditagihnya dulu telah memakan dirinya sendiri. Dia benar-benar insaf dengan sedar akan kesilapannya.

Si Comot berdiri tegak tidak jauh dari rumah Asmida. Hatinya benar-benar sedih. Sedih kerana tidak bersyukur dan menghayati didikan dan dorongan Asmida dalam membentuk cara hidup dirinya sebagai seekor kucing dahulunya. Dia langsung tidak rasa berterima kasih dengan Asmida, apa yang dia tahu dahulunya cuma mahu keluar sahaja dari kepompong jagaan Asmida dan hidup bebas.
Hasilnya, dia sendiri rasa jijik dengan keadaan dirinya yang kini sudah bebas itu. Rindu benar dirinya terhadap Si Comot yang dahulunya yang tinggal di bawah jagaan Asmida. Si Comot yang bersih, kiut dan tak liar.
Namun, apa kan daya, mana mungkin dia boleh pulang ke pangkuan Asmida. Sudah perjanjiannya Asmida tak akan menjaga kucing yang sudah dewasa. Bukannya Asmida tak berpesan dahulu, walaupun sudah bebas, tetapi seeloknya carilah tuan yang baru. Agar boleh konsisten menjadi kucing yang cemerlang. Tapi, Si Comot langsung tak mengambil iktibar atas pesanan tersebut.
Kini, nasik telah menjadi nasik goreng. Melihatkan keadaannya yang sebegini, manusia manalah yang teringin nak menjaganya. Si Comot Cuma ada dua pilihan sahaja, sama ada proceed dengan kehidupan bebas yang begini dan merasa senang dengannya, atau cuba untuk merubah kembali nasibnya agar ada yang mahu menjaganya kembali………
“There’s no absolute freedom in this world.”

*Ironinya, Akulah Si Comot itu, rumah Asmida adalah sekolahku; SMKANT, rakan-rakan Si Comot adalah rakan-rakanku, dan Asmida adalah pendidik-pendidik ku di sekolah termasuk guru, warden, roommate dan mursyidku. Aku sangat rindukan setiap detik dan waktu di sekolah, yang mana tak pernah aku syukuri semasa aku menuntut di sana…

2 Komentar:
dulu rasa macam terseksa
tapi sekarang nikmatnya terasa
dunia itu
sekolah itu
mualim di sana
sangat terusik hati mengenang kenangan di sana
semoga dapat kembali berkhidmat di sana
kalau dulunya pelajar
tapi nanti pendidik
Salam
Wah mantap
terhibur membaca :)
Post a Comment