Setan Pun Gembira...

Feb 2, 2010

Persahabatan antara Razif (bukan nama sebenar) dan Faizal (jugak bukan nama sebenar) amatlah diketahui umum sebagai dua orang sahabat yang agak kamceng hubungan mereka. Ke mana sahaja mereka bertebaran selalu akan kelihatan bersama. Sehinggakan golongan-golongan yang berfikiran sempit selalunya akan berfikiran yang mereka ni adalah pasangan gay, padahal persahabatan yang mereka jalinkan ini benar-benar dibina atas dasar kasih sayang sesama saudara.

Pelbagai masalah dikongsi bersama, baik yang kecik, maupun yang besar. Baik yang public, maupun yang confidential. Masing-masing saling ambil peduli akan perihal sahabatnya. Adakalanya, kepentingan sahabat itu lebih diutamakan daripada kepentingan diri sendiri. Pantang betul dengar ada kesusahan yang melanda salah seorang daripadanya keduanya, pasti yang seorang lagi akan sedia membantu. Setidak-tidaknya, ditunjukkan rasa simpati serta melahirkan rasa sedih di waktu kesedihan sahabatnya.

Budaya bersahabat Razif dan Faizal benar-benar mengagumkan. Bantu-membantu ni jangan cakaplah, terutamanya Faizal. Pantang betul dengar Razif ditimpa problem, yelah, Razif ni jenis yang betul bendul sikit, selalu sangat buat silap dalam menguruskan hal kehidupannya, cepat je tangan Faizal menghulurkan bantuan. Selalunya bantuan yang dihulurkan datang sebelum dipinta oleh Razif sendiri. Betul-betul menandakan yang Faizal benar-benar peka dengan kehidupan Razif.

Bahkan perihal dan masalah keluarga yang rahsia dan tak semua orang tahu pun dikongsi bersama kedua-dua sahabat baik itu. Masing-masing pandai menjaga kemaslahatan secret tersebut dan adakalanya diusahakan jugak untuk disettlekan masalah yang melanda keluarga masing-masing macam keluarga sendiri. Bukannya bizi bodi, tapi atas sebab natural attraction of friendship tu yang menyebabkan Razif dan Faizal bertindak sedemikian rupa.

Sekecik-kecik benda pun diambil berat jugak oleh Razif dan Faizal antara satu sama lain. Bagaimana makan minumnya, tempat tinggalnya, sakit peningnya dan segala kesusahannya turut selalu diupdate di dalam tentatif jadual seharian masing-masing. Pendek kata, persahabatan mereka hampir melengkapi gambaran watak atau sifat yang sebenar seorang kawan terhadap kawannya.

Mereka gembira bersama, mereka berduka bersama, ke sana ke mari bersama, melakukan sebarang aktiviti bersama, cuma tido dan melaksanakan aktiviti di dalam tandas dan jamban je yang tak bersama. Kalau yang tue pun bersama, tak heran lah kalau orang nak cakap yang Razif dan Faizal tue pasangan gay.

Tapi, tu dulu. Biasalah, sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pulak sesama member. Dek kerana sedikit salah faham yang berlaku di antara mereka, hubungan mereka kini seakan dingin dihembus angin ribut taufan torpedo macam yang selalu berlaku di USA tuh. Ditambah pulak perangai Razif tu yang suka membesarkan perkara yang kecik, dan Faizal yang mudah bebal tak tentu pasal, persahabatan mereka yang sehebat dulu, kini hanya tinggal kenangan.

Masing-masing tarik muka antara satu sama lain. Dah taknak ambik tahu dah akan khabar berita, bercakap atau berbual jauh sekali. Andai ternampak dari jarak seratus meter pun masing-masing akan cuba untuk mengelak. Mungkin kerana menyampah ke, meluat ke, bengang ke, ataupun kerana masing-masing dah segan kerana terlalu ego menurutkan rasa marah yang tak berasas tue, ntah lah.

Masing-masing macam dah lupa akan kemanisan hidup bersahabat suatu ketika dahulu. Mereka lebih gembira untuk memutuskan terus hubungan yang pernah dijalin atas dasar ukhuwah dahulunya. Setan pun gembiralah dengan keadaan ini. Memutuskan silaturrahim tue memang lah kerjanya. Tambah-tambah hubungan antara dua sahabat yang beriman kepada Yang Esa. Lagi la dia akan cuba untuk memutuskan hubungan tersebut agar ianya tak berubah menjadi hubungan yang membungakan bibit-bibit perjuangan ke jalan Allah. Kalau dah dasar iblis tu, iblis la jugak. Layak la korang dilaknat.

Lama betul hubungan Razif dan Faizal tegang. Faizal dah tak kisah dah apa jadi kat Razif, begitu juga dengan Razif. Cuma kekadang terambik tau jugak la dari orang lain, tue pun bukannya sengaja nak ambik tau. Giler betul, senang-senang je friendship diorang burned. Kerana sikit salah faham je, tak cukup kuat ke apa Iman diorang tuh.

Mungkin kerana dah terlalu lama mengetatkan muka, sampailah suatu hari tu. Razif dan Faizal terpaksa terlibat di dalam satu program yang mewajibkan kedua-duanya untuk duduk di dalam satu dewan. Macam biasa, masing-masing cuba nak mengelakkan diri, tapi kali ni cuma di pihak Razif je. Faizal macam dah malas nak memanjangkan perkara yang yang remeh-temeh. Habis je program tu, tiba-tiba Faizal datang menerpa ke arah Razif.

Tangan Faizal yang dahulunya banyak menyumbangkan bantuan dan sokongan kepada Razif, dihulurkan kepadanya untuk berjabat tangan. Razif segera menyambut tangan tersebut. Tapi macam nak tak nak je. Cepat-cepat Razif menarik semula tangannya. Mungkin kerana ada beberapa orang rakan dan kenalan yang berada bersama mereka yang membuatkan Razif mahu berjabat tangan dengan Faizal, kang kalau tak salam kang, orang kata sombong pulak. Kalau tak kerana orang yang ramai tu, mungkin Razif akan buat bolayan je.

Faizal tersenyum melihat telatah orang yang pernah bersahabat baik dengannya suatu ketika dahulu. Faizal faham benar dengan perangai Razif yang sememangnya terlebih sensitif. “Apa khabar ko?” tanya Faizal memulakan bicara yang dah lama tak pernah disuarakan. Razif sekadar mengangguk dan mengukir senyum yang sedikit tanpa menjawab walau sepatah akan soalan yang ditanya tu. Kerek pulak mamat neh, agak-agak la kalau nak berdendam pun.

Faizal terus berdiri di hadapannya. “Lama betul tak nampak ko. Dok buat apa sekarang?” tanya Faizal sekali lagi bagi menceriakan sedikit perbualan tersebut. Sekali lagi Razif tak menjawab. Dia sekadar tersenyum sedikit dan menyuarakan jawapannya menggunakan body language. Melihatkan perangai budak-budak Razif tuh, terus Faizal memblahkan dirinya. Mungkin dah malas nak melayan kerenah tak matang Razif tuh.

Sekali lagi setan berjaya dalam misinya nak menghapuskan terus persahabatan yang pernah terjalin erat suatu ketika dahulu antara dua insan yang mengenal Tuhannya. Dek kerana kebodohan dan keegoan Razif tu, mungkin sekali akan menyebabkan konflik antara keduanya akan lebih berpanjangan. Sepatutnya mungkin persahabatan yang hebat itu dapat dijalinkan semula andai Razif memberikan respon yang baik kepada teguran Faizal itu. Namun, Razif memilih untuk terus bersikap dingin dan tak mahu langsung meniru sifat Rasulullah saw yang suka meminta maaf dan memberi maaf.

Bukannya Razif tak tahu yang sifat tersebut sangatlah dituntut terutamanya di dalam bersahabat, dia pun bukannya buta Agama sangat. Dulunya, banyak jugak hal-hal berkaitan Agama yang selalu Faizal referred kepada Razif untuk disettlekan dan kebanyakannya Razif dapat memberikan jawapan yang benar dengan kehendak Agama itu sendiri. Namun, Razif gagal melawan ego dan pujuk rayu setan yang terlaknat.

Akhirnya, ukhuwah dan semangat bersaudara yang sangat disarankan Allah dan rasul-Nya tak dapat nak di ‘embrace’ kan yang mana semangat yang sebeginilah yang telah membuatkan umat Islam sangat hebat suatu ketika dahulu. Manusia perlu lah bijak menangani rasa ego mereka di dalam bersahabat agar dapat membentuk wadah perjuangan yang lebih mantap. Egois dan tak suka meminta dan memberi maaf nie bukanlah sifat seorang mujahid. Bila ramai umat Islam yang gagal mengawalnya ego mereka, maka semakin berkuranglah bilangan mujahid di atas muka bumi ini untuk membela Islam.

Therefore, Islam kan terus kembali dagang, dan setan pun akan terus gembira melihat ramainya umat Islam mudah menerima pujuk rayunya………

0 Komentar:

Post a Comment