Masa sekolah rendah dulu, ada sebuah rancangan komedi yang takda la komedi sangat, tapi terkenal la jugak kat Malaysia nie yang ditayangkan di saluran NTV7. Rancangan tersebut namanya Spanar Jaya. Rasanya ramai yang tau pasal cerita ni. Sebab masa sekolah rendah dulu pun member-member aku semua suka layan cerita Spanar Jaya ni. Aku ada la tengok gak dua tiga kali cerita ni masa tu, tapi bagi aku lawak-lawaknya kurang ‘kick’ la kata orang.
Aku rasa orang dok layan cerita tue sebab watak Kak Misha dalam cerita tue kot. Watak tu dilakonkan oleh Wardina Safiya yang kalau diikutkan, raut wajah dia masa tue masih lagi sweet seventeen. Aku rasa je laa sebab Wardina yang aku tengok hari nie yang versi bertudung dan tak berapa nak muda tue pun dah cun melecun tahap ke lapan belas, apatah lagi Wardina di waktu tak masuk age of majority lagi.
Mungkin sebab masa tu aku belum akil baligh lagi, so, secara teknikalnya aku tak kemaruk la sangat nak tengok Wardina tue. Tapi, bila Astro lancarkan channel Warna tahun lepas, tak semena-mena diorang pi tayang balik rancangan Spanar Jaya tu. Aku pun layan la jugak cerita tu sebab waktu tayangannya selalu time lunch hour. Kelas pun break kejap, time aku la tue nak balik rumah, makan nasik, solat, sengaja buat-buat oversleep supaya kelas pukul 2.10 petang terponteng dan sebagainya.
Bila aku tengok cerita tue, nyata sangkaan aku benar belaka. Wardina di waktu itu memang cun melecun sehingga mampu membuatkan mata binatang liar aku ni tak berkedip barang semenet dua. Tambah dengan tak pakai tudung lagi time tu, memang tak mampu la aku nak kata apa yang terbuku di sanubari neh. Faham la aku kenapa Tuhan suruh perempuan cover their hair.
Tapi, itu Wardina yang dulu, sekarang nie semua orang dah tau Wardina Safiya tue selebriti jenis yang macam mana. Dia memang betul-betul switched 360 degrees dari Wardina alias Kak Misha yang dalam Spanar Jaya tu. Ok la... Rasanya, kariernya takde apa-apa yang berubah sangat hasil daripada transformasinya tuh. Cuma baru-baru nie je dia telah melakukan sesuatu yang berani giler yang telah membuatkan aku respek gak la ngan dia.

Sepanjang seminggu dua lepas, dalam surat khabar dan laman-laman web berita jadi kecoh angkara Wardina ni. Pertama, sebab dia setuju join majlis ilmiah di Kota Bharu bebaru nie sampai orang kata yang dia tue dah jadi ejen politik pembangkang. Sempit betul pemikiran orang yang berkata begitu. Tanak discuss lebih pasal yang pertama nie sebab ada bau-bau politik sikit, tak minat aku nak cakap pasal politik Malaysia neh.Kedua, Wardina dengan beraninya mengeluarkan kenyataan yang agak kontroversi bahawa golongan artis ni tak layak langsung dijadikan ikon atau contoh ikutan kepada masyarakat. Yang bestnya tu, Wardina langsung tak cuak dan rasa bersalah dengan kenyataan yang dikeluarkannya itu walaupun ada dua tiga orang artis yang membidas kenyataan tersebut. Ini mungkin kerana artis-artis tersebut baru lepas keluar dari hutan atau baru dilepaskan dari tahanan ISA makanya mereka tak dapat melihat sendiri keadaan sebenar artis-artis kat Malaysia ni.
Dalam forum di Kota Bharu tue, Wardina selaku panel terus-menerus menghentam golongan artis kat Malaysia nie sebagai tak bermoral, jahil dan tak reti pasal agama tapi nak bercakap pasal agama. Tak heran laa ramai artis kat Malaysia nie suka mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang bodoh pasal Agama yang menampakkan kebodohan diorang tu yang berganda-ganda. Tak caya, cuba tanya peminat-peminat rancangan Melodi, Galaksi, majalah URTV, Mangga dan sebagainya.
Macam mana kenyataan Rebecca Nur Islam pasal keseksiannya, macam mana kenyataan Nabil Raja Lawak pasal peluk awek depan orang ramai, macam mana kenyataan Puteri Sarah bila gambar-gambar tak senonohnya disebarkan, macam mana kenyataan artis-artis yang bercerai, macam mana kenyataan artis-artis yang ditegur dan banyak lagi lah. Aku pun ambik tau jugak pasal benda-benda nie semua, kekadang naik menyampah tengok cara diorang buat statement. Macam bagus je, tapi sebenarnya macam bangang.
Berani sungguh Wardina kata yang dia takkan biarkan anak-anak dia mengambil artis-artis sebagai contoh sebab baginya, artis memang langsung tak layak untuk dijadikan contoh. Kebaikan diorang depan orang ramai tue banyak yang plastik sampah je. Hakikatnya, golongan-golongan nie la yang banyak terjebak dengan masalah-masalah sosial yang pelbagai macam clubbing, pergaulan bebas, minum arak dan sebagainya.
Berani Wardina tue sebenarnya datang dari pengalamannya sendiri kot masa zaman jahiliah dia dulu. Dia ada cerita gak yang masa tue dia memang kaki clubbing, tak solat, tak puasa ramadhan dan sebagainya. Katanya lagi, kebanyakan member-member dia yang artis pun macam tue lah peelnya dan bagi mereka, perangai-perangai macam tue kira standard la. That’s why dia begitu berani sekali menghentam golongan artis nie yang selayaknya dihentam.
Ada jugak yang yang menghukum Wardina dek kerana zaman jahiliahnya dulu dengan mengatakan yang dia tak layak kata macam tue sebab dia dulu pun macam tue. Adoi ai, luaskan lah sikit gaya pemikiran kita neh. Asal orang tue penah buat kesalahan yang sama, so, dia tak layak nak tegur orang lain atas kesalahan tue. Please lah, Saidina Ali pun terima nasihat daripada orang yang suka membuka aurat. Murahkanlah hati kita nie nak menerima nasihat. InsyaAllah jiwa pun akan akan menjadi tenang bagai air di sungai belakang rumah aku.
Ada gak yang memberi komen yang katanya tak semua artis tak layak dijadikan ikon, artis-artis nasyid pun boleh kot rasanya nak dijadikan ikon. Ah ye la tu, artis-artis nasyid pun ada yang tak boleh pakai gak. Berapa ramai artis-artis nasyid yang bernasyid sebab menjadikan nasyid tue sebagai medium dia nak menunjukkan bakat nyanyiannya. Bukan sebab nak berdakwah pun. Tue pasal industri nasyid sukar nak berkembang. Orang ramai pun susah nak tertarik.
Nampak sangat la yang artis nasyid hanya sekadar mahu menyanyi je. Yang obvious nya macam yang bukak-buka baju ala-ala superman tue la. Yang tak obvious tapi jelas nampak niatnya tue pun ramai di kalangan artis nasyid generasi kini.
Yang selayaknya dijadikan contoh adalah artis nasyid di zaman 90-an dulu tue, macam Allahyarham Ustaz Asri, Nazrey Johani, Ustaz Amaluddin dan ramai lagi terutamanya di zaman Nada Murni dan The Zikr dulu. Tue pun diorang lebih layak digelar pendakwah daripada penasyid sebab di samping bernasyid, diorang turut bergiat dalam aktiviti dakwah di seluruh Malaysia.
Lirik-lirik lagunya semuanya terkesan di hati, jelas mesejnya dan tak berbunga-bunga. Tue pasal la album Nada Murni dulu pun ada yang mencecah jualan hampir 100 000 even langsung tak dikomersialkan kat media. Raihan punya jualan album pun lepas setengah juta walaupun muzik yang digunakan dalam album Puji-Pujian tue langsung tak up-to-date.
Secara basic nya, artis sememnagnya tak layak dijadikan ikon bagi kita umat Islam. Memang ada kebaikan yang diorang buat tapi kepincangan akhlak diorang tue indirectly dah menghapuskan kebaikan yang ada pada diorang. Buka lah minda kita seluas-luasnya untuk menilai seseorang untuk dijadikan role model.
Kalau Rasulullah saw makhluk yang paling sempurna tue pun kita takleh buat contoh, memang tak heran lah kita dok amik individu yang ntah hapa-hapa tue buat ikon. Sebab Rasulullah saw tue memang diutus Tuhan untuk dijadikan contoh manusia. So, mulut ngaku Rasulullah saw utusan Tuhan, tapi hati lebih tertarik dengan budaya hidup selain baginda, tau-tau sendiri la kuat ke tak iktikad syahadah kita tu………
“Saya takut bila perkara salah yang artis lakukan tidak menjadi salah lagi, perkara yang salah tidak ditegur para ustaz dan ulama’, artis-artis jahil dan mengeluarkan kenyataan bodoh mengenai agama. Tetapi tidak ada orang tegur, artis berbaju separuh bogel tidak ada orang tegur dan hiburan terlalu banyak dan melalaikan. Ini yang saya risau sebenarnya.”
Wardina Safiyyah Fadlullah Wilmot

1 Komentar:
wardina
ada banyak kisah tentangnya
Post a Comment