Dulu masa kat sekolah, ada seorang junior ni. Walaupun dia ni junior aku dan selayaknya seorang junior dibuli oleh senior-senior yang mangkuk hayun macam aku ni, tapi dia nie lain sikit. Dia ada ilmu agama yang mantap. Akhlaknya pun menyenangkan jiwa sesiapa sahaja yang melihatnya. Boleh dikatakan ala-ala Qurrata A’yun jugaklah. So, amatlah tak relevan untuk membuli seorang junior yang sebegitu sifatnya.
Yang bestnya pasal budak nie, dia selalu memberikan nasihat-nasihat kepada aku serta menegur aku secara direct andainya aku tersalah dalam melakukan sesuatu perkara. Even masa tue aku dah bergelar super senior iaitu dah jadi abang-abang form 5 sekalipun. Aku boleh terima semuanya tanpa sebarang ego yang menebal di jiwa. Walaupun dia tue agak muda dari aku, tapi cara dia menyampaikan teguran amatlah berhikmah sehingga kekadang aku jadi terlupa yang aku ni senior dia.
Ada satu teguran nie yang amatlah terkesan di hati nuraniku ini sampai sekarang…
Ceritanya begini. Budak nie tanya aku, kalaulah ada seorang mamat ni telah menunjal dahi aku secara deliberately, aku marah tak? Of course lah aku marah. Sapa tak marah, dok tak dok nak tunjal-tunjal dahi orang pulak.
Then budak nie tanya aku pulak, kalau mamat ni meminta maaf kepada aku dengan sebenar-benar mintak maaf dan berjanji takkan buat lagi perkara tersebut, kira seikhlas hati la gamaknya, nak ke aku maafkan? Rasanya, kalau dia betul-betul ikhlas, dan tanak buat lagi, aku pun boleh terima permohonan maafnya tu.
Kemudian budak nie tanya aku balik, esoknya mamat yang sama tunjal balik dahi aku, then dia mintak maaf balik dengan mood yang sama macam semalam iaitu bersungguh-sungguh meminta maaf, nak tak aku maafkan. Aku jawab balik, rasanya boleh maafkan, tapi aku takkan dekat lagi dengan dia la.
Budak nie tanya lagi, esoknya mamat tadi buat lagi perkara yang sama, kemudian mintak maaf lagi, kemudian buat lagi, kemudian mintak maaf lagi sampai laa satu waktu yang tak dapat nak ditentukan bila, nak ke aku maafkan dia?
Ah! Ini sudah lebih. Dah mintak maaf atas sesuatu kesalahan, kemudian esok, lusa, tulat dan sampai bila-bila tetap dok ulang buat perkara yang sama. Agak-agak la, dah mintak maaf tue, insaflah betul-betul. Macam buat main-main dengan aku pulak mamat tu. Cari nahas namanya. Budak tue tanya aku balik, “even Mamat tue berulang-ulang kali meminta maaf dan menyesal atas perbuatannya?”
Pala hotak dia! Dah menyesal tue, menyesal la betul-betul. Yang dok buat balik benda yang sama pehal? Tak ikhlas mintak maaf tue nama dia. Demikianlah reaksi bahasaku terhadap pertanyaan junior aku yang bagi aku, amatlah tak logik akan kewujudan mamat tersebut kat atas muka bumi ni.
Budak tue pun explain kat aku, sebenarnya kebanyakan kita nie lah yang selalu berperangai macam si mamat tu. Selalu meminta maaf dan menyesal, tetapi selalu jugak mengulangi salah silap yang sama. Apa hal pulak budak ni? Tiba-tiba mentafsirkan sifat mamat tu sebagai representative kepada perangai manusia neh?
Kata budak tu, demikianlah sikap hamba dengan Tuhannya. Selalu kita melanggar perintah-Nya, then selalu jugak kita menyesal, kemudian selalu lagi kita mengulangi perkara yang sama. Banyak contoh boleh dibuat dengan analogi neh. Aku pun bersetuju dengan mockery yang budak nie hasilkan.

Katanya lagi, kalau aku, dua kali mamat tue mintak maaf, aku boleh terima lagi. Masuk kali ketiga, keempat dan seterusnya aku dah mengamuk tak tentu pasal dan tak boleh terima dah kemaafan dari mamat tu. Berbeza dengan Tuhan. Setiap kali penyesalan kita terhadap dosa yang telah dilakukan, Tuhan akan terima dengan cinta kasih yang teramat sangat kepada hamba-Nya. Even dosa tersebut merupakan dosa yang sama dan berjuta-juta kali diulang.
Once kita tersedar dan ikhlas nak datang pada-Nya, Dia senantiasa akan terima dengan naungan Rahmat yang terbuka luas. Walaupun, sesalan kita tue masih tak mencapai standard taubat nasuha, tapi, kalau hati benar-benar menyesal, Tuhan tetap akan terima akan keinsafan tersebut.
Lihatlah betapa hina dan lemahnya kita sebagai hamba. Kalau watak aku dalam mockery budak tu, dua kali mintak maaf je aku boleh consider, masuk kali yang ketiga aku dan melenting. Tuhan punya sifat lebih indah. Dia akan terima berapa banyak pun penyesalan kita terhadap dosa-dosa kita biarpun dosa yang sama. Maha Suci Zat Mu Tuhan.
Manakala watak mamat tersebut pulak, tetap menampakkan betapa hinanya kita sebagai hamba. Dah mintak maaf tu, sudah la. Jangan la dok ulang-ulang lagi kesalahan yang sama. Ini tidak, semalam kata menyesal, hari ni ulang lagi dosa yang sama. Pastue menyesal, esoknya ulang lagi. Pe jadahnya perangai macam tu? Kita sendiri pun naik menyampah dengan orang yang ada perangai macam tu.
Memang benar Tuhan boleh saja terima penyesalan kita selagi mana ia benar-benar ikhlas, tapi kita pun kena la consider jugak sikap dan adab kita dengan Dia. Dia tue Maha Agung, kalau dah mintak ampun pada Dia tue, menyesal la sungguh-sungguh. Jangan la setakat menyesal je, keazaman yang kuat nak ubah nasib diri tak disertai bersama. Itu main-main punya penyesalan namanya. Ingat la sikit dengan siapa kita dok deal tu.
Namun, demikianlah kasih sayang Tuhan. Dia selalu dan sentiasa faham akan kelemahan hamba-Nya. Selagi mana kita mahu meminta maaf, selagi belum sampai masa matahari terbit dari tempat terbenamnya, Dia akan sentiasa menerima penyesalan kita itu. Kerana itulah janji-Nya. Dia tak akan memungkiri janji-Nya. begitulah agungnya kasih sayang Dia. Kasih sayang yang lebih hebat daripada kasih seorang ibu yang terlalu sayang kepada anak-anaknya.
Terkesan betul di jiwa aku teguran budak nie. Tersedar sebentar aku di kala itu dari kelalaian dunia ini. Rupa-rupanya budak tue nak tegur aku pasal aku nie suka sangat gelak kuat-kuat. Sebelum tu dia dah tegur dah, jangan gelak lebih-lebih sangat sebab hati boleh jadi keras dengan ketawa yang tak ingat dunia tue. Masa tue memang aku menyesal sangat mengenangkan hati yang terlalu lalai tu. Tapi, aku ulang jugak silap yang sama, so, fahamlah aku maksud budak tuh. Semoga Allah menyintai dan merahmatimu selalu wahai junior ku………
Diriwayatkan oleh Abu Dzar r.a., katanya Rasulullah s.a.w. bersabda bahawa Allah s.w.t telah berfirman yang bermaksud:"Wahai hamba-Ku! Sesungguhnya, kamu banyak membuat dosa tidak kira siang atau malam, dan Aku sedia mengampuni kamu. Oleh itu, mintalah ampun kepada-Ku, nescaya Aku kan mengampuni kamu."

0 Komentar:
Post a Comment