Real Faith...

Mar 25, 2010

Amazing! Itulah yang boleh aku katakan kepada kisah seorang hamba Allah yang merangkap member kepada member aku ni. Kisah yang macam mana? Marilah bersama kita menelusuri kisah benar ini semoga ia menjadi suri tauladan yang berguna buat semua.

Jamnul (bukan nama sebenar, sebab aku pun tak tau apa nama sebenar dia) merupakan antara produk-produk SMKA yang boleh dikatakan berjaya la jugak. Istilah ‘produk SMKA yang berjaya’ ini sebenarnya memberikan maksud yang agak kontroversi jika dilihat dari pelbagai aspek. Kenapa? Sebab istilah tersebut merupakan istilah yang objektif untuk ditafsirkan kerana ia merujuk kepada tak semua hamba-hamba Allah di atas muka bumi nie yang pernah menuntut ilmu di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama.

Berbalik kepada kisah Jamnul. Didikan yang diterimanya di salah sebuah SMKA di tanah air selama lima tahun berturut-turut telah membentuk dirinya menjadi insan yang benar-benar mengenal Ilahi dan utusan-Nya yang berperibadi agung. Hasil dari jiwa yang mengenal itulah berbuahnya rasa cinta di dalam jiwanya terhadap Allah swt dan Muhammad saw.

Jamnul juga merupakan seorang pelajar yang cemerlang prestasi pelajarannya. Biarpun hati dan jiwanya lebih gemar menumpu sepenuh masa dengan mengingati Zat Yang Maha Suci, namun perihal kepentingan dunia juga diambil sekadar yang perlu agar tuntutan sesama manusia dapat disempurnakan dengan kadar yang ma’ruf.

Oleh sebab Jamnul memperoleh result SPM yang gempak giler, dia telah ditawarkan untuk pursue pelajarannya ke Tokyo di dalam bidang engineering. Fuh! Bukan calang-calang budak boleh dapat tawaran yang macam tu. Siap dengan complete scholarship pulak for the whole study. Oleh sebab peluang yang macam nie tak senang dapat, dan atas pujuk rayu mak bapak, Jamnul pun terima aja tawaran tersebut dengan hati yang terbuka untuk menuntut ilmu.

Maka berangkatlah anak muda ini ke tanah tempat lahir Nobita dan Shin Chan itu. And this is the crucial part. Tak sampai satu semester Jamnul tinggal dan menuntut ilmu di Tokyo, tiba-tiba Jamnul pulang ke tanah air. Terkejut beruk lah keluarga, sahabat handai, kenalan-kenalan serta makcik-makcik jiran sebelah menyebelah akan tindakan drastik Jamnul itu. Jamnul pulang ke tanah air dengan niat untuk berhenti belajar di Tokyo dan tinggal semula ke tanah air yang indah permai ini.

Pada mulanya, semua pihak kecewa dengan tindakan Jamnul itu terutamanya ibu dan ayah. Ye lah, peluang macam nie entah datang sekali je seumur hidup. Beriban-riban bebudak remaja kat Malaysia nie berharap untuk mendapat peluang tersebut, tup-tup, dapat kat Jamnul, tak sampai satu semester belajar dah pulang semula ke tanah air.

Kalau dia remain studies kat situ, confirm semua engineering firms kat Malaysia nie berebut-rebut nak employ dia kerja kat tempat diorang bila dia dah habis study. Apa yang bermain di fikiran Jamnul sebenarnya?

Bila ditanya oleh member aku nie, kata Jamnul, bukanlah kerana terpengaruh dengan pepatah Melayu, “Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri,” akan tetapi sebenarnya Imannya terseksa hidup di Tokyo. Tambah-tambah nak belajar. Dalam kelas, awek-awek cun giler, seksi-seksi pulak tue dengan pakai skirt nya. Awek Jepun la katakan. Liar mata nie jadinya. Tak boleh hidup betul. Nak ke Malaikat nak payung dengan naungannya pada majlis ilmu yang sebegitu?



Lama-lama jiwa pun boleh jadi keras dan kosong bila asyik dok mengadap benda-benda macam tue yang selayaknya hanya sekadar unnecessary obstacle di dalam sistem pelajaran dan pembelajaran. Iman pun boleh punah dengan perkara tersebut. Bimbang juga kalau-kalau jiwa akan berubah view terhadap perkara yang asalnya haram berubah menjadi perkara yang biasa. So, macam mana nak dapat keberkatan di dalam menuntut ilmu kalau begitu surrounding nya?

Atas sebab tu, Jamnul tak mampu lagi hendak menahan dirinya untuk terus tinggal di tanah tempat bertembungnya Ultraman Seven dengan resakse ketam itu. Sesetengah family dan kenalan memahami akan reason tersebut akan tetapi sebahagian yang lain tetap tidak dapat menerimanya.

Bagi mereka, itu perkara biasa. Takkan lah semata-mata hanya kerana dalam kelas ramai awek yang cun dan hot, Jamnul mengambil keputusan untuk memadam lakaran indah masa depannya yang mungkin menjadi engineer yang berjaya jika sekiranya dia terus tetap tinggal dan belajar di sana.

Biarlah, pendapat masing-masing, siapa boleh halangkan. Namun tekad Jamnul juga tidak akan boleh dihalang. Dia tetap tidak mahu menanggung beban itu lagi. Dia kini tinggal dan menyambung semula pelajarannya juga di dalam bidang engineering di salah sebuah ipta di tanah air. Aku bertanya pada member aku tue. Ramai lagi yang dapat tawaran macam Jamnul tue dan pergi ke Tokyo, tapi tak pernah dengar pulak kes yang macam Jamnul ni. Jawapan yang paling mudah untuk persoalan tersebut adalah IMAN.

Kata member aku neh, demikianlah Iman yang sebenar-benar Iman. Iman yang sejati. Iman yang hanya boleh merubah, tidak akan langsung boleh diubah. Kerana Iman itu telah merubah destiny Jamnul, bimbang jika dia still remains kat situ Iman itu pula yang akan diubah. Iman yang sejati, akan sentiasa merubah surrounding, bukan surrounding yang merubahnya.

Kalau kita baca sirah Nabi, kisah para sahabat, para mujtahidin, para pejuang, semua mereka memiliki Iman yang merubah suasana hidup. Muhammad saw mampu merubah cara hidup masyarakat Arab jahiliah, Khulafa al-Rasyidin merubah kelemahan umat di kala kewafatan Nabi, Umar Abdul Aziz merubah sistem kehidupan keluarga Bani Umaiyah yang gemar bermewah-mewahan, Imam-imam Mazhab merubah sistem interpretation hukum di dalam Ibadah agar sentiasa kena dengan masyarakat semasa.

Apa yang mendorong mereka semua untuk melakukan perubahan demi perubahan tersebut? Tentu sahaja jawapannya Iman yang benar-benar benar dan pure serta tepat dengan kehendak Allah yang ada di dalam diri mereka. Dengan Iman itu, mereka langsung tidak berubah mengikut struktur masyarakat, akan tetapi struktur masyarakat yang berubah mengikut kehendak Iman yang ada di jiwa mereka.

Apa yang member aku nie rasa, Jamnul punya Iman yang sebegitu. Yang menolak keindahan masa depan di dunia bagi mencari bahagia masa depan di Akhirat. Sungguh demikianlah Iman yang sejati, Iman yang hanya merubah dan tidak akan boleh diubah………

0 Komentar:

Post a Comment