Diragut Dan Meragut...

Mar 7, 2010


Gembira hati Jue tatkala beredar dari tempat mesin ATM Maybank di kaki lima itu. Ternyata pegawai bahagian akaun di pejabat tempat dia bekerja merupakan seorang yang cekap dan amanah di dalam menjalankan tugasnya dalam menguruskan hal gaji pekerja. Memang selalu tepat pada masanya gaji pekerja akan masuk ke akaun para pekerja di setiap awal bulan. Sendiri Jue tersenyum melihatkan wang RM 3000 yang baru dikeluarkannya sebentar tadi.

Tolak duit bil air, letrik, rumah sewa, kereta, duit nak bagi mak kat kampung, cukup la nak beli kasut Gucci yang sangat diidamkannya tu. Setelah hampir berbulan-bulan menyimpan duit, mengikat perut dan mengepow member-member bila hendak makan, nyata usaha Jue berbaloi kerana akhirnya simpanannya cukup untuk membeli kasut Gucci yang berwarna merah bling-bling tuh.

Berseri-seri wajah Jue mengenangkan kasut Gucci tersebut yang bakal menjadi miliknya tak lama lagi. Boleh la menaikkan lagi perasaan hasad dengki di dalam jiwa raga member-member serumahnya pabila mereka melihat dia dengan kasut itu. Kemungkinan untuk menjadi awek paling hot di dalam pejabatnya juga semakin meyakinkan dengan adanya kasut itu nanti.


Sedang Jue berjalan-jalan di kaki lima pekan itu dengan angan-angannya, tanpa disedari ada mata syaitan yang sedang memerhatikan dirinya sejak dari tadi. Di samping mengusha shape badan Jue yang mantop serta keayuan wajahnya ala-ala Maya Karin, mata itu juga lebih terarah kepada beg tangan Jue yang dilihatnya tadi diisi dengan wang kertas not 50 yang agak tebal tanpa mengambil kisah langsung yang nilainya adalah RM 3000.

Pemilik mata iblis kampung tadi terus mengekori ke mana sahaja Jue pergi dengan niat menjadikan wang RM 3000 tadi menjadi rezeki tak halalnya untuk hari ini selaku seorang peragut bertauliah. Jue langsung tak sedar yang dirinya sedang diperhati sejak dari tadi kerana dia sedang asyik melayan angan-angan yang indah regarding kasut Gucci nya tu. Tumpuannya lebih ke arah kedai kasut di Suria KLCC yang menjual kasut yang diidamkannya itu.

Apabila Jue semakin menghampiri bus stand berdekatan, peragut tadi mendapati yang posisi Jue ketika itu amatlah sesuai baginya menjalankan kewajipan selaku peragut untuk meragut beg tangan Jue memandangkan tak lah ramai sangat orang di sekelilingnya.

Walaupun terlintas jugak di fikirannya untuk meragut kesucian Jue sebagai bonus kepada aktivitinya itu, namun, amatlah tak relevan untuk merogol wanita di tempat yang terbuka serta di kala tengah-tengah hari buta ni. Dipendam sahajalah niat iblisnya itu kerana dia lebih desperate untuk mendapatkan wang milik Jue itu mengenangkan hutang berjudinya dengan Along masih belum dilangsaikan.






Sepantas kilat peragut durjana itu berlari ala-ala Doraemon ternampak tikus ke arah Jue dari arah belakang. Zap! Begitu cermat sekali teknik meragut yang digunakan untuk meragut beg tangan Jue itu. Terkejut Jue dibuatnya kerana dia langsung tak menyangka yang beg tangannya itu sudah berada di tangan orang lain tatkala dia seronok melayan mimpi indah di tengah hari bersama kasut Gucci. Peragut itu terus berlari tanpa mempedulikan Jue yang masih terpinga-pinga.

“Peragut! Tolong! Tolong! Beg aku kena ragut!” Sekuat hati Jue menjerit dan mengulang-ulang dialog yang sama dengan harapan ada orang yang akan menolongnya mendapatkan semula beg tangannya itu. Bukan beg tangan itu yang dirisaukannya, tapi wang RM 3000 yang berada di dalam beg tangan yang baru dikeluarkannya itu yang membuatkan Jue tak tentu arah macam orang meroyan.

Adli yang turut duduk di bus stand itu sambil menunggu bas, turut terdengar akan jeritan Jue dan terlihat jugak scene yang mendebarkan itu. Adli bukanlah saudara mara mahupun teman rapat Jue, namun dia sekadar watak bebas yang baru sahaja nak masuk di dalam cerita ini. Mengenangkan pesan ibunya supaya rajin-rajinlah tolong orang walaupun orang yang tak dikenali, segera Adli mengejar peragut itu.

Ternyata, pingat emas acara lumba lari yang diperoleh Adli semasa sekolah menengah dahulu selama tiga tahun consecutively bukanlah diperoleh dengan memberi rasuah kepada pihak lawan. Kemampuan Adli berlari dengan kelajuan motosikal empat lejang amatlah dikagumi. Biarpun peragut tadi sudah jauh berlari ke hadapan, tak sampai lima menet Adli mampu menghampiri peragut tadi. Terkejut beruk peragut itu dibuatnya.

Apabila sudah terlalu hampir dengan peragut itu, segera Adli melompat kearahnya sambil menghadiahkan flying kick untuk peragut tersebut buat kenang-kenangan. Tapak kasut Adli tepat mengenai kepala peragut tersebut mengakibatkan peragut itu tersungkur bagai nangka busuk sambil beg tangan Jue tadi terlepas dari genggamannya.

Tanpa berfikir panjang, peragut tadi terus blah dari tempat kejadian bimbang nasibnya akan sama dengan nasib peragut-peragut tanah air yang lain yang sebelum ini kebanyakannya parah dibelasah oleh orang awam seandainya gagal meloloskan diri. Adli membiarkan sahaja peragut itu memblahkan dirinya sambil mengambil beg tangan Jue.

Puas hati Adli kerana berjaya melakukan stunt yang selama ini hanya ditonton di dalam filem-filem Bruce Lee sahaja. Sudah lama dia mengidam untuk melakukan stunt tersebut secara live action.




Segera Adli membawa beg tangan itu kembali ke tempat dia ternampak Jue diragut tadi. Di sana, kelihatan Jue menangis teresak-esak di tempat duduk bus stand sambil ditenangkan oleh dua tiga orang makcik yang baru nak pulang ke rumah dari pasar borong.

Adli terus muncul di hadapan Jue sambil menghulurkan beg tangannya. Jue yang tadinya bagai ibu yang kematian anaknya, bertukar reaksi gembira seperti ibu yang kematian anak jugak, tapi anak yang mati itu berperangai tak ubah seperti dajal dan sudah lama si ibu mengharapkan agar si anak itu pergi.

Tak henti-henti Jue mengucapkan terima kasih buat Adli kerana mendapatkan beg tangannya semula dan yang lebih penting, wang RM 3000 itu masih di dalam beg tangan itu menandakan impian Jue untuk memiliki kasut Gucci itu masih belum berkubur. Adli sekadar mengucapkan ‘sama-sama’ dan terus beredar dari situ tanpa meninggalkan sebarang nombor telefon atau meminta nombor telefon dari Jue.

Terkejut pabila Jue melihat Adli terus beredar dari situ dan sekadar mandapat ucapan terima kasih semata-mata hasil dari jasanya. Bagi Jue, pertolongan Adli itu terlalu besar nilanya dan tak cukup sekadar menerima ucapan terima kasih sahaja. Segera Jue mengejar Adli untuk memberi ganjaran yang lebih baik untuknya.

Jue berjaya mendapatkan Adli kerana Adli pun sekadar duduk semula di bus stand itu. “Thanks a lot ye sebab you dah tolong I dapatkan balik benda yang paling berharga ni,” kata Jue. “Sama-sama,” jawab Adli ringkas. Jue mula rasa tak senang dengan reaksi Adli yang nampak macam nak jual mahal pulak.

“I think it’s not enough if only I ucap terima kasih je kat you sebab pertolongan you ni besar sangat maknanya bagi I. So, this is my card, maybe we can spend some times, lunch ke, dinner ke. I yang belanja. You just gimme a call,” kata Jue bagai seorang Melayu Jawa yang lupa diri akan asal usulnya.

“Tak payah la cik, saya tolong ikhlas. Lagipun cik tak kenal saya, saya pun tak kenal cik. Saya dapat tolong cik nie pun saya dah gembira. Tak payah la belanja-belanja ni,” kata Adli tak mengendahkan business card milik Jue sambil matanya lebih terarah ke jalan besar mencari-cari bas yang tak sampai-sampai.

“Ouh come on! Jangan la belagak sangat. I betul-betul nak balas jasa you ni. You know how precious thing inside this handbag? You dah tolong I dapatkannya semula, so, no matter what, I mesti balas jasa you with things better than just terima kasih,” kata Jue bersungguh-sungguh

“Macam ni lah cik. Terus terang cakap la ek, beg tangan cik kena ragut InsyaAllah boleh dapatkan balik. Kalau saya tak tolong pun, orang lain boleh tolong. Tapi, kalau Iman kena ragut, susah nak dapatkan balik cik,” kata Adli yang agak innuendo sikit maksudnya.

“Apa maksud you? Tiba-tiba ragut Iman pulak ni?” kata Jue penuh tanda tanya.

“Maaf saya nak cakap ni, sebab saya nie jenis yang outspoken sikit. Tapi tengoklah penampilan cik macam mana. Tudung cik tak pakai, nampak rambut cik yang cantik mengurai. Baju cik pun sikit punya ketat, sampai boleh bayang shapenya macam mana. Kain cik terbelah sampai nampak sebahagian betis. Rosak Iman saya tengok penampilan cik ni. Cukuplah saya kenal dan jumpa cik setakat hari ni je. Saya kalau boleh taknak lah terlalu rapat sangat dengan cik dengan penampilan cik yang macam ni. Walaupun cik ni cun jugaklah adanya, hehe,” terang Adli panjang lebar.

“So, you nak cakap yang I lah yang ragut Iman you?” tanya Jue mula menunjukkan reaksi kurang senang. “Saya tak kata cik, tapi penampilan cik yang boleh meragut Iman, kalau cik boleh ubah penampilan ni, rasanya, Iman lelaki mana pun takkan diragut,” Adli cuba menenangkan keadaan.

“Ah! You yang tak pandai nak kawal nafsu, nak salahkan I pulak. Ragut Iman lah, itulah, inilah. Suka hati I lah nak pakai apa pun. Yang you nak menggelabah tak tentu pasal apa hal?” bentak Jue tiba-tiba. “Sebab saya tak pandai kawal nafsu lah saya tolak pelawaan cik tadi. Tetiba cik nak paksa-paksa saya pulak pergi dinner itu ini. Saya tolak cik kata saya belagak,” kata Adli sambil cuba mengawal emosi marahnya.

“Sudahlah! Lelaki semua sama. Orang macam you nie lagi baik jangan tolong I la lain kali. Menyusahkan hidup I je. Kalau tanak I belanja, sudah lah. Tiba-tiba nak salahkan I pulak. Boleh blah la!” kata Jue benar-benar bengang dengan penerangan Adli sebentar tadi.

Segera Jue memblahkan dirinya dari situ dengan wajah merah padam kerana terlalu bengang. Adli sekadar control macho biarpun diherdik oleh Jue di hadapan orang ramai sebentar tadi. Dia masih terasa bangga dengan tindakannya tadi yang mampu meniru gaya Bruce lee seperti di dalam tv………


P/S: Lelaki semuanya sama, so, kaum wanita, kalau korang dah tau, sendiri mau ingat laa…



0 Komentar:

Post a Comment