Kali Ini Aku Marah...

Feb 20, 2011

2 Komentar


Seorang member yang agak kacak ini secara tiba-tiba menghantar mesej henfon kepada aku dengan nada yang agak serius dan furious. Daripada gaya bahasanya itulah yang aku boleh punya rasa yang dia sedang marah. Tapi marah dekat orang lain la. Dia meminta untuk bertemu dengan aku untuk menceritakan akan problemnya itu yang menyebabkan dia jadi marah.

Memandangkan aku agak sibuk pada waktu mesej itu sampai kepadaku, aku mengatur pertemuan dengannya lewat sikit iaitu selepas Asar. Mengenangkan mesej member aku tu, aku jadi tertanya-tanya jugaklah adanya akan apa yang ditensenkan olehnya sampai nak kena cerita face to face nih. Aku jadi tak fokus la pulak untuk melaksanakan pekerjaan yang membuatkan aku bizi di ketika itu.

Settle Asar, baru aku segera bersiap bergerak ke salah sebuah kedai nasik ayam yang agak popular dekat Shah Alam ni. Di situlah tempat aku dan member aku yang sedang tensen itu mengatur pertemuan. Namun, sedikit pun aku tak amuse dengan kedai nasik ayam tersebut serta kejayaannya menjadi salah sebuah kedai nasik ayam paling feymes di Shah Alam kerana nasik ayam bukanlah makanan feveret aku.

Member aku tu dah sampai dah dekat situ menunggu kehadiran aku yang agak terlewat ini. Alah, lewat seploh menet je pa nak ambil pusing kan. Kami pun saling bersalam dan bergurau senda dengan lawak-lawak yang tak berperikemanusiaan. Aku dan member aku pun segera membuat pesanan makanan masing-masing. Setelah pesanan telah dibuat, maka bermulalah cerita member aku tuh.

Memula, aku yang tanya dulu akan apa yang menensenkan dirinya sejak dari tengahari tadi. Begini ceritanya, member aku tu ada seorang classmate lelaki yang sedikit lain daripada yang lain. Yang bukan seperti lelaki normal yang lain. Senang cakap gay lah. Atau bahasa lainnya lelaki yang mengidap penyakit homoseksual. Satu geng dengan kaum Nabi Luth AS yang ingkar dengan seruan baginda lah kiranya.

Aku percaya, zaman sekarang nie, keberadaan jenis manusia yang macam nie dalam negara ini bukanlah suatu perkara yang mengejutkan lagi di kalangan masyarakat terutamanya kaum remaja. Walaupun bukan perkara yang mengejutkan, akan tetapi ianya masih tetap ditolak oleh sebahagian besar masyarakat kita. Namun begitu, ada jugak segelintir masyarakat yang kononnya tak berpemikiran sempit menerima kehadiran mereka dalam masyarakat.

Macam haram! Luas sangatlah pemikiran tu kalau boleh terima golongan gay dalam masyarakat. Konon semua orang patut punya hak untuk ekspreskan diri masing-masing. Be yourself lah kononnya. Inilah akibatnya bila manusia dah tak pedulikan Agama. Semua nak ikut kehendak dan nafsu masing-masing. Taknak ada sekatan langsung. Sungguh bagi aku, kebebasan bukanlah suatu yang baik dalam sebuah masyarakat sebab sekatan itu bukan diwujudkan untuk menyusahkan masyarakat, tapi sebenarnya nak membentuk masyarakat.




Back to the story, member aku ni bukan memandai-mandai presumed yang classmate dia tue gay ok. Budak tu sendiri yang mengaku kat semua orang yang dia tu gay. In fact, budak tue sendiri pernah confess kat member aku yang dia syok dekat member aku tu. Astaghfirullah! Dahsyat, memang dahsyat!

Itu masa awal semester dulu la. Namun, bukan perihal itu yang menensenkan member aku terhadap budak tersebut. Member aku sendiri pun dah cakap dah kat budak tu yang benda yang budak tue confess boleh bawak kepada dosa besar. Bukan benda main-main. Boleh terbalik bumi dibuatnya.

Akan tetapi, seperti biasa, golongan-golongan macam nie bukannya ambil kira soal dosa pahala, syurga dan neraka. Yelah, nak jadi diri sendiri la katakan. Hak masing-masinglah yang nak tentukan. Nak jadi gay ke, lesbian ke, bohsia ke, maknyah ke, adik-adik ke, itu hak individu lah. Orang lain takde hak nak larang. Tuhan pun takde hak nak tentukan kita nak kena jadi orang yang macam mana. Nabi SAW pun takde hak nak ajar orang nak jadi manusia jenis yang macam mana. Fine!

So, budak tu sikit pun tak ambik port dengan nasihat member aku. Tambahan pulak, sampai sekarang dia masih mengejar cinta dan perhatian member aku tu. Aku yang dengar nie pun bertambah furious jugak la jadinya. Apa nak jadi lah dengan dunia nie. Manusia dah jadi tak peduli langsung dengan Syariat Tuhan. Semua main hentam je hidup ikut acuan nafsu dan kehendak syaitan yang menggila.

Cerita sebenar yang menyebabkan member aku bengang tahap gaban terhadap budak tu adalah begini. Nak jadi cerita, member aku ni berkawan rapat la dengan salah seorang lagi kawan lelaki kat dalam kelas dia. Selalu bersembang dan berbual bersama, pegi balik kelas pun bersama dan sebagainya.

Normal lah kan. Berkawan dan bersahabat yang sebegitu. Kekadang kita sendiri pun macam tue jugak dengan kawan-kawan kita yang lain yang sama jantina dengan kita. Namun,tak pasal-pasal budak gay tu jeles la pulak tengok keakraban member aku dengan kawan kelasnya tuh. Serius aku nak termuntah dengan statement ‘jeles’ tuh. Tapi, nak buat macam mana? Itu yang berlaku.

Sambung member aku lagi, yang jeles tue ok lagi. Yang melampaunya budak gay tuh dengan perangai tenuknya mencanang-canangkan habis cerita fitnah yang melampau kepada semua orang kononnya member aku tu ada ‘hubungan’ dengan kawannya tu. Sialan!

Part nie sumpah aku tak boleh terima. Fitnah paling durjana sekali pernah aku dengar berlaku ke atas kengkawan aku. Tambahan pulak aku memang kenal sesangat member aku tu sejak dari sekolah menengah lagi. Dia memang seorang yang kenal Tuhan, baik budi pekerti and even ustaz-ustaz kat sekolah dulu pun puji kemuliaan akhlaknya.

Memula budak gay tue just slow talk je na tanya akan hubungan member aku tu dengan rakan sekelasnya. Waktu nak menjawab soalan bodoh tue pun member aku dah angin satu badan dah. Apa dia ingat semua orang gay macam dia ke? Member aku dah cakap dah yang dia sememangnya tanak buat benda yang Tuhan benci and Nabi SAW tak suka.






Akibat daripada tak puas hati dengan jawapan tersebut serta kedengkian yang ntah apa-apa terhadap hubungan persahabatan member aku tu, budak gay tue pegi propogate fitnah tersebut secara terang-terangan di waktu lunch dua tiga hari lepas yang mana member aku tu turut berada di tempat tersebut bersama beberapa orang lagi classmatenya. Malu tak terkira la member aku tu jadinya sehingga dia terus blah meninggalkan mereka semua yang sedang makan ketika itu sehingga dia sendiri lupa untuk membayar air minuman yang dibelinya itu kerana terlampau marah dan malu.

Melampau betul la golongan-golongan nie dari hari ke hari. Dulu kecoh bila keluar kat YouTube yang sorang mamat gay nie dengan selambanya buat pengakuan yang “Saya gay dan saya okay” sambil meminta masyarakat untuk menerima mereka untuk masuk ke dalam masyarakat dan practice gaya hidup songsang diorang tue dan berharap agar gaya hidup tersebut juga diterima oleh masyarakat.

Suruh masyarakat terima diorang tue satu hal. Dalam kes member aku nie pulak tak pasal-pasal member aku yang normal tue dituduh gay oleh seorang yang gay. Musibat betul! Dah la tuntut nak wujudkan masyarakat gay dalam masyarakat, ni nak suruh orang lain yang tak gay untuk jadi gay macam diorang. Aku yang dengar nie makin bertambah-tambah bengang jadinya.

Passion aku untuk kembali merencana agenda terlarang suatu ketika dahulu jua kembali membara. Agenda apa? Dulu aku pernah berkongsi idea dengan member aku yang suatu hari, kalau la aku jadi pemimpin besar kat negara nie, ingin sekali aku nak melaksanakan satu program genocide atau penghapusan etnik ke atas semua golongan gay, homoseks, lesbian dan semua yang seangkatan dengannya kat Malaysia nih.

Dulu, bagi aku mereka-mereka semua ni bawak musibah dan kemurkaan Tuhan je ke atas negara nie. Malahan sistem sosial masyarakat pun jadi tercela. Masyarakat pun akan jadi semakin jauh dari Tuhan kerana masing-masing nak memperjuangkan diri dan prinsip masing –masing tanpa mempedulikan akan kehendak Tuhan.

Namun, setelah dibasuh dengan sebersih-bersihnya oleh member-member aku di waktu itu, aku mula faham yang Islam di zaman bila pun tak pernah promote violence untuk mendidik masyarakat. Semua pemimpin-pemimpin Islam yang mengikut acuan Nabi SAW tak pernah buat perkara-perkara yang menunjukkan keganasan terutamanya kegiatan penghapusan etnik. Islam datang untuk mendidik, bukan menghukum.

Abu Bakar ra dulu pun tak bunuh semua orang yang murtad di waktu masyarakat Islam yang tak berapa nak kuat Iman kembali kepada agama mereka yang sebelumnya. Beliau cuma hukum bunuh mereka yang jadi dalang utama agenda murtad di zaman itu je. Lainnya beliau arah untuk jalani consultation je. Setegas-tegas Umar ra pun tak pernah pun plan dan laksanakan any massive killing agenda. Di waktu itu, aku mula sedar yang golongan yang pelik kehendak nafsu mereka ni memerlukan didikan, bukan perlu dihapuskan.

Tapi, lepas dengar cerita dari member aku nie, aku rasa nak tembak dengan senapang m-16 je budak gay tuh. Ko masuk neraka sorang-sorang sudah la! Yang menggelabah nak ajak orang lain masuk sekali apa kes? Kali ni aku betul-betul marah! Mahu buat dosa tue mungkin boleh dikatakan sebagai hak individu. Tapi, nak ajak orang lain untuk sama-sama buat dosa itu bukan hak individu lagi terutamanya yang diajak tu kawan aku sendiri.




Sungguh, bagi aku golongan nie semakin hari semakin melampau! Semakin develop kehidupan masyarakat semakin berani diorang expose kan diri diorang. Tapi, aku sendiri pun sekarang nie langsung tak buat apa-apa usaha untuk overcome diorang nie semua. Asyik melepak buat kerja yang tak berfaedah je. Tetiba berangan-angan nak plan buat genocide terus kat diorang nie semua. Tak boleh jugak. Islam tertegak atas dasar Amar Ma’ruf dan Nahi Mungkar. Bukan tup-tup terus nak guna violence.





Salah aku jugak kerana tak bekerja dan berusaha. Hanya boleh observe dan berkata-kata je. Tindakannya takde. Tak guna jugak. Apa-apa hal pun, aku tetap terus berdoa semoga Allah pelihara member aku tue daripada jadi mangsa kefasadan dan kerakusan nafsu masyarakat gay di sekeliling dia. Dan semoga mereka yang gay dan apa sahaja kaum yang seangkatan dengannya segera bertaubat dan insaf. Amin...

Sapa Mau Tengok...?

Feb 11, 2011

0 Komentar


Aku sangat suka menonton rancangan yang ada unsur lawak. Drama, kartun, filem, termasuk majalah dan lain-lain, aku suka menonton dan melihat benda yang lawak. Sebab bagi aku, benda-benda lawak ni semua sedikit sebanyak boleh menghilangkan tensen dan stress. Tapi, kalau berlebihan kekadang menambahkan stress lagi ada lah.

So, amik sikit-sikit sudahla. Bagi aku, nak melawak ney biar la moderate. But the point is, aku amat suka pada perkara yang lawak terutamanya bila menonton rancangan televisyen atau filem. Aku tak suka nak tengok cerita-cerita cinta ke, sedih ke, horror apatah lagi.Menambahkan stress je tengok benda-benda macam tu.

Jadinya, aku teramat la suka menonton channel Astro Warna, sebab channel tersebut tayang cerita lawak je. Drama, filem, talk show, game show, semuanya bertemakan lawak. Tapi, tak semua la yang betul-betul lawak. Ada yang lawak tapi tak lawak, lawak yang buat menyampah orang tengok, lawak yang tak jadi dan memacam lagi jenis-jenis lawak yang maleh aku nak tengok.

Nak jadi cerita, Astro Warna ada buat satu konsert lawak hari tu. Dekat area Johor kalau tak silap. Konsert yang diselang-selikan dengan lawak-lawak pelawak-pelawak yang terkenal dan tak terkenal la kiranya. Tapi memang tak laa kalau aku nak pegi menapak sampai ke Johor tu semata-mata nak tengok konsert macam tu.

Seminggu lepas tue baru Astro Warna menyiarkan konsert tersebut menerusi televisyen. Apa lagi, layan la! Macam biasa, konsert tersebut dihoskan oleh dua orang pelawak yang bagi aku best dan hampeh iaitu Johan dan Zizan Raja Lawak. Best sebab diorang ni memang lawak, hampeh sebab diorang ni lawak nak mampus.

Aku sangat suka tengok gelagat diorang bila jadi hos pertandingan Raja Lawak tuh. Dari sezen kedua sampai la masuk tahun ni sezen ke lima. Kebanyakan lawak diorang aku boleh terima dan sedikit daripadanya aku menyampah. Ok la, nobody’s perfect kot.




Jadi, dalam konsert tu diorang la yang jadi hos jugak sesuai dengan tema konsert tersebut iaitu, lawak. Sapa lagi yang layak untuk menhoskan event-event yang macam tu melainkan Johan dan Zizan. Takkan nak suruh Mahadzir Lokman pulak, memang nak kena penendang la kan.

Ramai pelawak-pelawak baru dan lama yang dijemput untuk buat show kat konsert tersebut. Antaranya Saiful Apek, Os, Datuk Aziz Sattar, Hamid Gurkha, Radhi Khalid, bekas peserta-peserta Raja Lawak sezen-sezen lepas yang masih popular dan yang tak berapa popular dan ramai lagi. Maleh aku nak tulih semua. Show diorang kejap je. Tak sampai sepuluh menet pun. Lepas tue ada la artis-artis nak menyanyi pulak.

Antara show-show lawak yang dipersembahkan kat dalam konsert tersebut, ada satu show ney yang sedikit sebanyak buat aku terfikir sekejap. Show ni dipersembahkan oleh Angeline Tan, Sathia dan Abon. Serius korang bukan rakyat Malaysia kalau korang tak kenal nama-nama tersebut. Pegi berambus tinggal tempat lain la.

Dalam tiga-tiga orang tue, aku minat gila dengan Sathia. Alah, yang jadi Ravi dalam cerita Pi Mai Pi Mai Tang Tu tuh. Lawak dia tak pernah membosankan. Best je. Tak lebih-lebih, tak menggelabah dan rilek je atas pentas. Kekadang, sedih la jugak bila difikirkan balik yang dia tue bukan Muslim. Bila terfikir camtu, aku akan berdoa moga-moga hidayah Allah sampai buat dia. Tapi, cukup ke sekadar berdoa?

Ok, dalam show tiga orang pelawak tersebut, diorang berlakon ala-ala tengah training main bola sepak kat tengah padang. Angeline Tan jadi coach, yang lagi dua orang tue jadi pemainnya. Memang lawak dan best serta menghiburkan la show tersebut tambah-tambah Abon dan Sathia. Tapi, ada satu scene daripada show diorang tue agak membuatkan aku bermuhasabah la jugak adanya.

Masa tue, Angeline Tan sound Abon sebab pakai seluar track panjang. Ye lah, main bola kat sebuah negara sekular memang la kena pakai seluar pendek. Mana boleh pakai seluar panjang. Abon pun counter la balik, “Saya tutup aurat coach, pakai seluar panjang baru boleh tutup.”

Then, Angeline Tan reply balik, “You tutup aurat buat apa, sapa mau tengok? Orang mau tengok you main bola, bukan mau tengok you punya aurat.”

Betul gak ek, sapa nak tengok?

Lupakan je la part Angeline Tan kritik pasal tutup aurat tu. Dah dia bukan orang Islam, memang sah-sah la dia tak paham pasal konsep tutup aurat ni. Salah kita dan orang Islam yang dekat dengan dia jugak la yang taknak terangkan Islam kat dia.

Aku cuma terfikir, betul jugak cakap dia. Sapa nak tengok aurat pemain bola bila atas padang. Ekceli, aku adalah die hard fan English Premier League (EPL) dan specificly Chelsea Futbol Club. Tetiap minggu aku akan cuba sedaya upaya untuk tak miss menonton match yang involves Chelsea.




Selama aku dok tengok perlawanan-perlawanan tue semua, aku hampir tak perasan yang pemain-pemain atas padang tue pakai seluar pendek. Ye lah, tumpuan aku lebih terarah kepada game tue sendiri. Mata ney lebih tertumpu ke arah bola, skill pemain dan jaringan gol. Serius aku terlalu jarang untuk concern dengan aurat pemain-pemain kat dalam game tuh.

Bagi aku, memang betul. Takde sapa pun yang nak tengok aurat pemain-pemain atas padang tue. Majoriti besar penonton bola sepak yang menonton kat stadium atau menerusi televisyen semuanya nak tengok game tue sendiri. Tak pernah kisah pun pemain-pemain tu nak pakai macam mana. Jadi, sapa yang kisah sebenarnya?

Allah, Tuhan Yang Maha Esa. Dia yang suruh tutup aurat menerusi ayat di dalam al-Quran, jadi, Dia la yang nak tengok tutup ke tidak. Orang lain nak tengok ke taknak Dia peduli apa. Dia yang perintah, kita buat atau tak Dia la yang nak judge kan. Orang lain nak peduli atau tak diorang punya pasal la. Allah tetap nak perhatikan jugak kita buat atau tak perintah Dia.




Aku jadi bertambah sedih sebenarnya bila berfikir begitu. Betapa ringannya pandangan Allah di dalam fikiran aku. Kalau aku perasan balik, tadinya aku cuma terfikir akan pandangan manusia terlebih dahulu terhadap aurat tue. Sampai terlupa yang Allah lebih peduli akan perkara tersebut. Pandangan manusia yang aku dahulukan, pandangan Tuhan yang aku kemudiankan.

Itu baru soal aurat, belum lagi hal-hal kehidupan yang lain. Antara contoh yang paling utama, Tuhan suruh jaga Solat dan banyakkan amal ibadat, tapi aku taknak strict kan sangat tentang solat dan ibadat bimbang manusia pandang aku nampak alim atau radikal. Tuhan suruh jauhi dosa, aku buat jugak sebab takde orang yang aku kenal atau yang kenal aku yang tengok aku buat dosa tu. Malah adakalanya aku buat juga kerana di pandangan manusia, dosa tersebut adalah cool dan trendy.

Banyak lagi sebenarnya contoh-contoh yang boleh diberi, tapi, maleh lak aku nak share tentang kefasadan diri sendiri ni. But the point is, banyak giler perkara dalam hidup aku nie aku dahulukan pandangan manusia berbanding pandangan Tuhan. Adakalanya aku tak peduli langsung pun akan pandangan Tuhan. Tambahan bila tengah senang.

Apa yang manusia suka, apa yang manusia tak suka, apa yang manusia senang hati, apa yang manusia resahkan, apa yang manusia mahu, apa yang manusia tak mahu, semua aku ambil kisah untuk jalani hidup ni. Tuhan? Mana tempat pandangan Tuhan kat dalam hati aku ni?

Apa yang Dia suruh, apa yang Dia larang, apa yang Dia halalkan, apa yang Dia haramkan, apa yang Dia suka, apa yang Dia tak suka, apa yang Dia mahu, apa yang Dia tak mahu, semua tue jarang sangat-sangat yang amat aku ambil kisah atau ambil peduli.

Aku lagi suka mengejar gembira manusia pada aku berbanding gembiranya Tuhan pada aku. Padahal, hidup atas muka bumi ney pun tumpang sifat pemurah Dia. Bumi nie Dia punya, udara Dia punya, makan minum semua Dia yang sediakan, kesihatan dan kegembiraan Dia yang beri, diri aku sendiri nie pun Dia yang punya. Tapi, kemain sombong lagi aku dengan Dia.

Then, bila Dia uji sikit, baru la nak cari Dia semula, baru la nak peduli tentang pandangan Dia semula. Ntah apa-apa punya perangai. Dasar hamba tak sedar diri! Masa senang tak pernah kisah pun dengan Dia. Dah susah baru la nak teringat akan kehadiran Dia. Padahal, susah ke senang ke, Dia tetap ada dan terus melihat.

Tambah celaka kalau bila dah senang semula, kembali kepada perangai yang lama. Tapi, tambah celaka lagi kalau bila ditimpa musibah pegi salahkan takdir pulak. Itu memang nak cari nahas la kat Akhirat nanti.




Serius aku lebih resahkan pandangan manusia dari pandangan Tuhan, terutamanya manusia yang aku kenal atau yang kenal aku. Sorang member pernah tanya aku, cuba kalau Tuhan letak aku kat memana tempat yang jauh dari keluarga serta sahabat handai dan kenalan dan yang senang giler nak access benda-benda yang haram macam kat Amsterdam ke, Paris ke, Melbourne ke, Las Vegas ke, agak-agak aku boleh still jaga diri aku sebagai seorang muslim tak?

Uish! Kat sana arak halal, prostitution pun legal, nak berjudi pun kerajaan bagi, siap suruh lagi, mau tak lentur iman aku. Tambahan pulak, yang paling-paling utama sekali, takde sapa yang kenal aku bila tinggal kat sana. Mak, ayah, abang dan adik, kawan-kawan, ustaz-ustaz. Pergh! Dunia nie memang aku yang punya la jadinya. Aku boleh buat apa yang aku suka tanpa rasa gundah gulana atau bimbang kalau-kalau ada orang yang nampak dan peduli.

Sebab pandangan Tuhan sikitpun aku tak endahkan dan resahkan, apatah lagi rasa takut dengannya. Sedangkan Dia ada di mana-mana. Aku campakkan diri aku kat planet marikh sekalipun Dia ada dan Dia nampak. Semuanya Dia yang ciptakan. Kat mana lah tempat yang aku boleh menyorok dan bersembunyi dari pandangan-Nya?

Dasar manusia tak sedar diri! Dah la tak sedar diri, bangang pulak tuh! Sombong tahap melampau-lampau. Sampai dengan Tuhan pun nak sombong. Kalau dengan Tuhan pun dah sombong, apatah lagi dengan manusia.

Antara sebab yang paling utama aku tak takut dengan dosa dan tetap berulang-ulang kali terus melakukannya sungguh adalah kerana tak peduli dengan pandangan Allah. Tak rasa Allah tue Maha Melihat, bukan takat luaran je, isi hati pun Dia boleh tahu. Rasa bertuhan pun sudah makin luput dalam jiwa aku.

Dosa pahala yang aku buat, manusia bukan pernah ambil kisah pun. Malahan, tak memberi apa-apa faedah dan mudharat pun pada manusia. Hanya Allah sahaja yang peduli akan tue semua. Sebab dia kepingin benar nak anugerahkan syurga pada manusia ciptaan-Nya. Tapi, kena la ikut apa yang Dia perintah serta jauhi larangan-Nya. Kalau terus-menerus sombong dan bongkak dengan Dia, neraka je la yang paling layak buat...........

Memang banyak dosa yang aku dah buat, namun, sungguh aku tak pernah langsung sanggup nak tanggung azab bakaran api neraka Tuhan yang maha dahsyat itu...



Ibu Segala Penyakit...

Jan 29, 2011

0 Komentar
Hal yang membinasakan yang paling besar bagi manusia ialah shahwat perut. Di sinilah Adam a. s dan Hawa dikeluarkan dari kampung yang kekal (Syurga) ke kampung tempat kehinaan dan kefakiran. Oleh kerana mereka berdua dilarang dari mendekati sebatang kayu (pohon) lantas kedua mereka dikalahkan oleh shahwat mereka, sehingga mereka makan dari pohon itu.

Perut menurut kenyataan adalah sumber shahwat dan tempat tumbuh berbagai penyakit dan bencana. Kerana shahwat perut itu diikuti oleh shahwat farji dan kedahsyatan nafsu yang keji terhadap perkahwinan, kemudian shahwat terhadap makanan dan kahwin itu diikuti oleh terlalu senang kepada pangkat dan harta yang mana kedua hal ini menjadi perantaraan untuk berpuas-puas dalam perkahwinan dan makanan. Kemudian memperbanyak harta dan kedudukan itu diikuti oleh berbagai-bagai kealpaan dan bermacam-macam persaingan dan dengki-mendengki.

Selanjutnya akan muncul di antara harta dan kedudukan itu bencana-bencana riya’ dan jahatnya bermegah-megah, berbanyak-banyakan dan rasa besar diri, kemudian hal itu menarik kepada dendam, dengki, permusuhan dan kebencian.

Seterusnya hal-hal ini membawa orang yang bersangkutan kepada menceburkan diri dalam perbuatan aniaya, munkar dan kejahatan. Kesemuanya itu adalah akibat membiarkan perut dan hal-hal yang berasal dari perut, berupa tak puas dan tidak bersyukur dengan kenyangnya perut.

Kalau seseorang menundukkan nafsunya dengan lapar dan mempersempitkan jalan-jalan syaitan dengan lapar tersebut, maka nafsu orang itu pasti tunduk untuk berbakti kepada Allah azzawajalla dan ia tidak akan menempuh jalan keingkaran dan kezaliman; dan oleh sebab lapar itu, nafsu tidak tertarik kepada asyik terhadap dunia atas Akhirat dan ia tidak akan tamak setamak-tamaknya terhadap dunia.

Mukadimah Kitab ‘Mematahkan Kedua Shahwat’
Imam Ghazali

" Perut manusia itu tempat segala penyakit,manakala pencegahan itu pokok dari segala pengubatan."(Riwayat ad -Dailami)

Tangan Yang Di Atas...

Jan 9, 2011

0 Komentar


Setelah sekian lama tak berjumpa dengan sorang member ni, aku segera membuat panggilan kepadanya dengan tujuan hendak mengatur perjumpaan tak rasmi di mana-mana kedai makan sekitar Shah Alam. Hampir dua bulan cuti semester berlalu membuatkan aku kepingin benar untuk bertemu dan berjumpa dengannya bertanyakan khabar.

Panggilan pun dibuat dan member aku itu menjawab panggilan aku walaupun agak lambat aku menunggu. Syukur la, hidup lagi mamat ni. Setelah bertanyakan khabar serta soalan-soalan tak penting yang ditanya sekadar nak memeriahkan perbualan, aku terus mengajaknya untuk berjumpa di sebuah kedai makan yang sering menjadi tumpuan pelajar-pelajar pusat pengajian tinggi tempat aku belajar ni.

Tak best gak sebenarnya nak bersembang panjang menerusi telefon, tambahan pulak aku yang membuat panggilan. Dah memang sah la kredit henpon aku yang burn. Makanya, adalah lebih baik aku berbual dengannya secara face to face bak kata omputih. Nak bersembang sampai subuh pun tade hal. Setelah masa dan tempat telah ditetapkan, maka kami berdua bersetuju untuk bertemu malam ini jugak.

Jam menunjukkan 9:15 pm. Dengan berbekalkan perut yang agak lapar, aku pun terus bergerak menuju ke kedai makan tempat aku dan member aku berjanji untuk berjumpa siang tadi. Sampai sahaja aku di kedai makan tersebut, aku lihat member aku tu masih belum kelihatan. Aku tak heran pun sebab member aku tu memang jenis masyarakat melayu yang benar-benar asli.

Asalnya janji pukul 9. Aku sengaja lewatkan waktu aku bergerak kepada 9:15 dengan harapan aku tak perlu menunggu dia lagi sepertimana pengalaman-pengalaman yang lepas. 9:20 aku sampai, haram batang hidung dia pun aku tak nampak. Panggilan telefon pun segera dibuat dan jawapan aku terima juga sama seperti jawapan semester-semester lepas, “Aku on the way ni.”

Biarlah, perut pun tengah lapar tahap rakyat Somalia nih. Segera aku mencari tempat duduk dan terus membuat pesanan makanan dan minuman. Di kala menunggu makanan dan minuman yang aku order tadi serta kedatangan member aku yang berbangsa Melayu itu, mata ini liar melilau ke sana ke mari.

Syok gak la. Tempat aku dok melepak tu memang banyak awek-awek hot. Yang bajet supermodel habis. Pakai mekap dua inci bagai, padahal nak makan kat kedai makan yang takde kelas nie je. Tapi, takpe la jugak. Boleh la jadi santapan nafsu lelaki-lelaki bermata jalang macam aku ni. Ikan goreng depan mata kucing, kucing nak tunggu lagi ke?






“Assalamualaikum!”

Tetiba lamunan aku dikejutkan oleh satu suara yang amat sangat familiar bagi aku, memberikan salam. Aku menoleh ke belakang dan ternyata, member aku tu dah sampai. Kami pun berjabat mesra dan aku mempelawanya untuk duduk di salah sebuah kerusi yang ada di situ sambil menunggu apa pulak alasan bijak dan kreatif member aku kali ini yang membuatkan dia lambat datang.

Dia meminta maaf kepada aku kerana lambat sambil memberitahu yang helmet motornya telah dipinjam oleh awek sebelah rumah membuatkan dia terpaksa menunggu awek tersebut untuk memulangkan semula helmetnya. Tak kisah la, janji dia da sampai. Dia pun mula membuat pesanan makanan dan kami pun mula berbual panjang berceritakan macam-macam perkara yang menarik untuk dibualkan.

Di kala kami sedang asyik berbual, tiba-tiba, kami didatangi oleh seorang hamba Allah ni. Seorang kanak-kanak yang agak comot. Pakaiannya compang-camping, penampilannya tak terurus. Dia datang kepada kami meminta sedekah.

Adoi ai! Potong stim betullah! Time orang tengah makan nie la dia datang nak mintak sedekah. Dah la perut tengah lapar giler neh. Datang dengan keadaan yang tak terurus macam tu, aku nak makan pun tak senang. Kanak-kanak tersebut meminta-minta kepada kami berdua untuk dihulurkan sedikit padanya barang seringgit dua untuk dijadikan belanja makannya.

Aku yang sedang lahap dan rakusnya melantak nasik goreng ayam beserta telur dadar ketika itu, buat dono je kat budak tuh. Buat macam takde sapa je datang. Dengan harapan budak tersebut blah dengan cepat. Lagi lama dia kat situ, makin tak selesa aku dibuatnya.

Namun, member aku segera menyeluk poketnya untuk mengambil dompet. Dikeluarkan not wang kertas lima ringgit dan segera dihulurkan kepada kanak-kanak tersebut. Nampak relief pada raut wajah kanak-kanak tersebut tatkala mengambil wang lima ringgit itu. Sebaik mengambil wang tersebut, dia mengucapkan terima kasih kepada kami berdua dan terus beredar ke meja sebelah pula.





Bila aku lihat budak itu dah makin jauh dari pandangan, segera aku berkata pada member aku tu,

“Ko tak baca sokabar ke? Zaman sekarang nie banyak sindiket pemintak sedekah tengah aktif tau dok suruh budak-budak mintak sedekah kat area-area tumpuan masyarakat cam kat sini ni. Kalau budak tue pun dari sindiket tu, sia-sia je lima ringgit yang ko bagi tadi. Sardin je ko kena tipu.”

Member aku pun menjawab,

“So, kalau dia tipu, Tuhan tak bagi ke pahala sedekah aku tadi? Macam mana kalau budak tue betul-betul memerlukan dan bukan dari mana-mana sindiket? Ko tau ke? Aku tak tau.”

Aku terdiam... Terfikir jugak di kepala otak aku nie. Betul gak ek. Kalau budak tu tipu, pahala sedekah dapat tak? Sama tak dengan pahala sedekah dekat orang yang betul-betul memerlukan. Kitorang bukannya tau pun budak tue betul-betul memerlukan atau menipu je. Daripada raut wajah dan keadaan budak tu memang nampak dia memerlukan.

Tuhan je la yang tau budak tue menipu ke tak. Kalau budak tue tak menipu, untung la member aku tue infaq lima ringgit miliknya tu tadi, tujuh ratus kali ganda Tuhan balas. Tapi, kalau budak tue tipu, member aku rugi ke? Tuhan tak bagi ke ganjaran tujuh ratus kali ganda tu? Member aku tu bukannya tau pun budak tue tipu ke tak. Yang kitorang nampak daripada ilmu pengetahuan yang terhad nie, memang budak tue memerlukan.




Sambung member aku tu lagi, nak bersedekah nie jangan dikira untung rugi, banyak atau sedikit. Selagi ada ruang untuk bersedekah, rebut je la. Jangan kerana laporan akhbar pasal sindiket apa tue semua, kita jadi orang yang kikir. Si peminta tue menipu atau tak, itu urusan dia dengan Allah. Bona fide contributer macam kita nie pun ada urusan dengan Allah jugak. Yang penting dalam amalan bersedekah ni, ikhlas.

Tak kisah la siapa pun si peminta tu, as long as kita nampak dia tue memerlukan, tugas kita yang mampu nie, bantu je la. Kemudian, lupakan terus akan bantuan tue agar kita tak berkira-kira atau mengungkit-ungkit akan bantuan yang kita dah berikan tue. Sebab Allah tak pandang banyak ke sikit harta yang kita beri atau layak ke tidak si peminta tue, selagi mana kita ikhlas mengharapkan kasih sayang dan ganjaran dari Allah, sepuluh sen pun Tuhan balas berlipat kali ganda.

Bersikap pemurahlah dengan makhluk Allah, nanti Allah murahkan pula rezeki kita. Kalau kita berlaku ikhlas dalam bersedekah, sungguh nanti harta sedekah itu akan jadi harta yang amat bermanfaat kepada si peminta tu. Kalau dia menipu, Allah akan buka jalan taubat buatnya.

Dulu ada suatu kisah bahawa seorang yang pemurah ni terlalu suka memberi sedekah dan dia tak pernah berkira-kira dalam memberi sumbangan harta. Apa yang penting, dia mahu hartanya yang banyak tu beroleh keberkatan dari Allah dan bersih sifat maknawinya serta yang paling penting mengharapkan rahmat dan kasih sayang Allah melalui amalan sedekah itu. Sampaikan dia tak sedar yang seorang penzina telah mengambil wang sedekahnya untuk dijadikan belanja makan. Ditakdirkan Allah, si penzina tue bertaubat berkat wang sedekah yang diberinya secara ikhlas.

Member aku tue tak cite pulak sumber cerita tu, tapi aku faham la bahawa harta sedekah yang ikhlas memang memberi manfaat kepada si penerimanya tak kira dengan apa jalan sekalipun. Kalau dia menipu, melalui harta tersebut mungkin Allah akan jadikan ia sebagai asbab si penerima itu untuk bertaubat. Itu lebih baik. Melalui harta itu, ia tak membawa si penerima keluar dari kencah kemiskinan harta, tetapi ia membawa si penerima keluar daripada kancah kemiskinan jiwa.

Allah pun dah ingatkan banyak kali dalam Quran yang antara sifat orang yang beriman dan bertaqwa adalah selalu menafkahkan hartanya ke jalan Allah. Sama la tue kalau kita bersedekah ikhlas kerana Allah. Nabi SAW pun kata tangan yang memberi lagi baik dari tangan yang menerima, baginda SAW siap gerenti lagi yang orang yang suka bersedekah nie takkan miskin selama-lamanya, di dunia dan yang paling penting di Akhirat.

Malahan, salah satu dari tujuh golongan yang Allah akan bagi naungan-Nya kat Akhirat nanti adalah mereka yang selalu bersedekah sehingga tangan kiri pun taktau langsung apa yang tangan kanan bagi. Nak habaq mai betapa ikhlasnya sedekah mereka itu. Tak cukup lagi ke dengan semua tawaran-tawaran lumayan tersebut yang diberikan kepada mereka yang suka bersedekah?

Bersedekah je la. Jangan dikira. Nampak je orang memerlukan, tak payah susah-susah soal selidik latar belakang si penerima tue, bagi je selagi mampu. Biar Allah yang tentukan. Apa yang penting, ikhlaskan sedekah kita dan harapkanlah kasih sayang dan redha Allah melalui amalan sedekah tu.

InsyaAllah, harta sedekah kita tue akan memberi manfaat kepada mereka yang menerimanya, biarpun mereka itu si penipu, pencuri, penzina atau apa sahaja golongan yang sebenarnya tak layak menerima sedekah. Dengan harta sedekah yang Ikhlas, jalan rahmat Allah buat mereka akan jadi lebih luas, makanya, saham si pemberi pun makin meningkat berlipa-lipat kali ganda lah di sisi Allah.

Pergh! Bertubi-tubi aku kena dengan member aku tuh. Insaf la jugak akan apa yang dikatakannya itu. Sebenarnya, aku sendiri yang terlalu bakhil dengan harta yang Allah beri. Konon betul sangatlah tanak bagi sedekah dekat orang yang aku percaya menipu untuk mendapatkan sedekah. Sampai terlupa yang sedekah nie perintah Allah. Harta yang aku ada nie pun milik Allah. So, pe hal aku nak sombong sangat berkira-kira dengan harta tue semua.




Namun, part yang lebih menyedihkan adalah, kata member aku, golongan orang yang macam aku nie, yang menghalang-halangi manusia daripada memberi sumbangan kepada fakir miskin ni, Allah dah cop dah sebagai golongan manusia yang mendustakan Agama. Ini menerusi surah al-Ma’un. Ngee! Apa aku dah buat ni? Diri aku dah melampau batas betul laa!

Kesimpulannya, bersedekahlah sebanyak-banyaknya dengan hati yang ikhlas!

The Most Generous...

Dec 3, 2010

0 Komentar


Masa hari raya bebaru nie, aku ada bawak sorang member aku untuk pergi beraya kat area hometown aku nie. Ye lah, da raya ni kita kena la ziarah-menziarahi rakan dan taulan, sanak saudara jauh dan dekat. Masa nie la kita nak merapatkan hubungan silaturahim antara satu sama lain kan. Kalau nak harap hari-hari lain, memang susah la nak berjumpa.

Tambahan pulak masing-masing dah merantau jauh. Bertebaran ke seluruh pelusuk bumi nie, memang susah la nak berjumpa dan bertanyakan khabar. Nak SMS je tak syok la, cepat bosan. Kredit pun burn. Bila tiba hari raya, semua mereka termasuk aku yang bertebaran tadinya akan pulanglah ke kampung halaman masing-masing. Waktu begini amatlah ideal sekali untuk saling berjumpa dan bertanyakan khabar.

Namun, plan aku dan member aku di hari raya ke-5 itu agak menyimpang sedikit. Sikit je, tak la teruk sangat. Kitorang nak pergi beraya rumah aweks. Haha! Tak kesah la awek kampung ke, sekolah rendah ke, sekolah menengah ke, universiti ke, asal ada can nak ngorat tu kitorang masukkan lah dalam list rumah yang nak diserbu di hari tu.

Kira ok la tu, rumah sanak saudara dah pegi, kaum kerabat pun sudah, kawan-kawan seperjuangan juga sudah, kroni-kroni serta proksi-proksi politik pun telah diziarahi, rumah awek je yang belum. Apa salahnya kan nak bertanyakan khabar dan ziarah-menziarahi. Untung-untung ada can cari calon isteri.

Jadi, aku dan member aku pun mula lah mengatur aturcara majlis pada hari itu. Memana awek yang dah disahkan takde pakwe je yang kitorang plan nak pegi, lain boleh blah! Haha! Namun, nasib kami kurang baik pada hari tersebut, setelah dihubungi beberapa potential aweks yang kami ingin mampir ke rumah mereka, ternyata ramai di antara mereka tiada di rumah pada hari tersebut.

Kenduri la, balik kampung la, nak jaga adik la dan macam-macam lagi alasan-alasan yang munasabah untuk digunakan bagi menolak plan ziarah kami ini. Tolak tuah betul mereka-mereka nie semua. Bukan senang jejaka-jejaka yang perasan bagus macam aku dan member aku ni nak datang ke rumah mana-mana perempuan.

Nie, kitorang nak datang, banyak pulak alasannya. Nak jadi cerita, dalam banyak-banyak nama yang dah di short-listed oleh kami hari tu, hanya satu nama sahaja yang betul-betul free untuk menerima kedatangan ziarah hari raya kami.

Sedikit kecewa juga kerana hanya satu rumah sahaja yang nak diserbu pada hari tersebut. Apa nak buat, rezeki tak murah. Tapi, kami tetap bertekad untuk pergi juga biarpun cuma satu rumah. Macam rugi je nak biarkan satu hari raya berlalu tanpa pergi beraya di mana-mana. Makanya, bergeraklah kami berdua menuju ke destinasi yang dah ditetapkan dengan menggunakan kereta aku.




Nak jadi cerita, sekali rumah awek tersebut jauh la pulak dari daerah tempat tinggal aku dan member aku. Jauhnya macam dari Batu Pahat nak ke Johor Bharu, atau dari Shah Alam nak ke Kajang, atau juga dari Taiping nak ke Tanjung Malim. Jauh siot.

Namun, nak beraya rumah awek punya pasal, duit tol dekat seploh ringgit sanggup juga dibelanjakan yang mana nilai tersebut amatlah sukar sekali untuk masuk ke dalam tabung masjid mahupun poket anak-anak yatim dan fakir miskin yang datang meminta sedekah di mana-mana tempat awam.

Kitorang dah plan sejak raya pertama tu. Takkan la na batalkan je ziarah hari ni hanya kerana satu rumah sahaja yang boleh diziarahi. Yang memana tak boleh tu, esok-esok boleh cuba lagi. Hidup nie jangan mudah putus asa. Gagal sekali, tak bermakna jangan cuba lagi. Berusaha itu yang penting untuk menjamin masa depan yang lebih cemerlang, gemilang dan terbilang.

Di dalam perjalanan yang panjang itu, aku dan member aku pun berbual panjang la jugak. Cerita pasal pelajaran, politik, ekonomi, sistem sosial, masyarakat majmuk, gagasan 1 Malaysia, keamanan sejagat dan sebagainya. Pergh! Gila tak remaja tajuk. Takde lah. Kitorang sembang-sembang benda-benda tak berpekdah je macam Scha al-Yahya dengan Diana Danielle sapa lagi cun, game komputer apa yang tengah top sekarang neyh, fesbuk, dan sebagainya.

Sedang kami sibuk berbual tue, tiba-tiba mata member aku tertumpu kepada satu objek di tepi jalan sekaligus memberhentikan sebentar perbualan kami yang banyaknya bersifat lagha tuh. Aku pun mencari-cari la jugak objek yang menarik perhatian member aku tu. Rupanya ia sebuah banggunan. Macam banggunan biasa je, tapi ada lukisan buah pinggang yang amat besar pada banggunan tersebut.

Member aku pun bertanya kepada aku, apakah aku tahu banggunan apa yang aku dan dia lihat tu. Tak silap aku, kalau dah ada gambar ginjal tue, memang dah sah-sah la pusat homodialisis kan. Takkan tempat membeli dan menjual ginjal terpakai pulak. Tepat sekali jawapan aku itu kata member aku yang merupakan pelajar ijazah kursus sains makanan di salah sebuah institut pengajian tinggi awam di tanah air ini.

Aku jadi pelik la jugak. Nak heran apa pusat homodialisis? Mustahil umur dah masuk dua puluh tahun tapi tak pernah tengok banggunan pusat homodialisis. Rumah kat tengah hutan hujan tropika ke apa sampai pusat homodialisis pun tak tahu. Aku tanya la member aku akan pertanyaannya pada aku mulanya tadi.

Dia pun memulakan penceritaannya pada aku berkenaan pusat tersebut. Tempat tue adalah untuk merawat pesakit ginjal, ye lah kan, takkan pesakit otak pulak. Bila ginjal dah tak berfungsi, makanya bendalir-bendalir yang masuk ke dalam badan kita dah tak dapat nak ditapis. Seterusnya terkeluarlah dari mulut member aku tu pelbagai istilah-istilah saintifik yang ntah apa-apa bagi nak menerangkan proses bagaimana penapisan itu berjalan.

Dah lama aku tinggal sains. Lepas sekolah dulu memang aku dah tak ambik tau langsung pasal sains. Kursus ijazah yang aku ambik sekarang pun mana ada kena mengena dengan sains. Tiba-tiba member aku menceritakan pada aku benda-benda sains nie balik. Nak termuntah aku dibuatnya bila mendengar apa yang diomongkan member aku tu. Namun, sebab nak menjaga hatinya yang tengah excited giler nak menceritakan pasal ginjal nih, aku dengarkan aje dengan riak muka plastik kononnya berminat.




Panjang jugak kisah pasal ginjal nie. Member aku cerita dari mula air masuk ke dalam ginjal sampai la air tue keluar jadi urine, simptom-simptom penyakit ginjal sampailah ke langkah-langkah pencegahannya. Pergh! Sebijik macam misi doktor yang datang sekolah rendah aku dulu sebab nak terangkan bagaimana caranya nak mengosok gigi dengan betul.

Di kala nak menutup perbincangan pasal ginjal tu, member aku pun memberitahu aku suatu yang paling crucial sekali yang sebenarnya dia nak bagitahu pasal ginjal tu.

Katanya, bila sebelah ginjal rosak, sebelah lagi masih ada. Kalau dua-dua rosak, memang terpaksalah pesakit berulang-alik ke pusat homodialisis tu. Tujuannya adalah untuk menapis air yang tak tertapis dalam badan kerana tiadanya ginjal tu atau rosaknya fungsi ginjal tersebut.

The point is, mesin yang digunakan untuk menggantikan fungsi ginjal dekat pusat homodialisis tue sikit punya besar. Dah tue, sekali buat memang mahal harga yang perlu dibayar oleh pesakit. Paling murah pun RM300. Gilo! Dah la seminggu dekat dua tiga kali nak kena pegi.

Cuba compare dengan ginjal tue sendiri. Macam mana Tuhan boleh ciptakan ginjal yang besar kuih pau tapi memiliki fungsi yang sama dengan mesin penapisan ciptaan manusia yang besar bagak kat pusat homodialisis tuh. Tak rasa ke kehebatan Tuhan pada penciptaan ginjal tue?

Tue takpe lagi, the crucial part is, bapa ringgit Tuhan charge sekali ginjal tue tapis air dalam badan kita? Kalau mesin ciptaan manusia tue, sekali proses dua tiga ratus nak kena bayar, ginjal pulak macam mana? Dah la Tuhan bagi free je, setiap kali ginjal tue berfungsi, satu sen pun Tuhan tak mintak.

Dengan ginjal tue kita boleh lihat betapa pemurahnya Allah. Dia beri tanpa kita mintak. Sebab Dia tahu kita perlukan ginjal tue. Pulak tue, Dia tak mintak langsung kita bayar apa2 fee untuk perkhidmatan ginjal tue. Betapa agungnya sifat ar-Rahman Tuhan itu. Yang Dia mintak cuma kita buat apa yang Dia suruh, tinggal apa yang Dia larang.

Suruhan dan larangan tue pulak langsung tak merugikan kita sedikitpun. Malah menyebabkan kita hidup dengan lebih aman, bahagia dan lebih teratur. Nak solat takyah keluar duit, nak puasa pun tak payah keluar duit, Dia suruh jauhi zina sebab zina tue rosakkan sistem masyarakat, Dia suruh jauhi arak sebab arak tue sumber bermacam jenis kejahatan.




Itu je yang Dia mintak kita buat sebagai balasan dari apa yang dah Dia beri. Itu jugak tanda yang kita nie bersyukur dengan segala macam nikmat yang Dia bagi. Tunaikan perintah-Nya dan menjauhi semua larangan-Nya. Bila kita ingkari perkara tersebut, tandanya kita kufur dengan nikmat-Nya sekaligus dianggap tak mengenang jasa. Bila kita menderhakai budi yang Allah dah bagi, azab Allah je lah yang layak bagi kita. Nau’zubillah!

Terketuk jualah pintu hati aku nie bila mendengarkan nasihat member aku tu. Itu baru cakap pasal ginjal. Belum lagi jantung, akal, oksigen, air, api, rumah, motor, kereta, wang ringgit, orang sekeliling yang menyayangi kita dan yang paling utama sekali, nikmat Iman dan Islam. Itu yang paling-paling kita kena bersyukur. Tak semua orang Tuhan bagi nikmat yang teragung tue.

So, kena la jaga elok-elok dan suburkannya selalu dan kemudian sebarkan kepada mereka yang belum mendapatkannya lagi. Memang hidayah tue milik Allah, tapi, kita kena lah berusaha untuk sebarkannya ke seluruh alam. Nabi SAW dulu pun tak duduk diam and berdoa je mintak Allah bagi petunjuk dekat kaum kafir Quraisy tuh. Baginda turun padang berdakwah gak tetiap hari sampaikan Iman dan Islam kepada masyarakat.

Makanya, aku jadi terdorong untuk selalu mengucapkan rasa syukur kepada Allah atas setiap benda yang aku dapat atau yang berlaku pada aku. Tambah member aku lagi, setiap benda yang Allah beri pada kita, memang susah kita nak syukuri melainkan kita kena selalu berfikir dan merenung akan pemberian tersebut, baru mudah hati ini nak rasa bersyukur.




Akhirnya, kami pun meneruskan semula perjalanan kami yang sikit lagi je dah nak sampai ke destinasi yang nak dituju tu. Kurang lima kilometer lagi kami nak sampai, tiba-tiba aku mendapat panggilan dari awek yang kami nak ziarahi kejap je lagi. Uish! Dah tak sabar-sabar dah ke menanti kedatangan jejaka-jejaka kacukan Bollywood nih sampai nak koling-koling pulak.

Sebaik aku menjawab panggilan tersebut, dia pun berkata, “Datang besok-besok je lah, lupa la hari ni nenek buat kenduri kat kampung.”

Setelah perjalanan yang panjang yang memakan duit minyak dan duit tol yang dekat dua puluh ringgit, korang nak tau apa yang aku kata lepas tu kat dia? Tak payah la, aku jamin korang takkan sanggup nak tau apa yang aku kata.........