Sapa Mau Tengok...?

Feb 11, 2011



Aku sangat suka menonton rancangan yang ada unsur lawak. Drama, kartun, filem, termasuk majalah dan lain-lain, aku suka menonton dan melihat benda yang lawak. Sebab bagi aku, benda-benda lawak ni semua sedikit sebanyak boleh menghilangkan tensen dan stress. Tapi, kalau berlebihan kekadang menambahkan stress lagi ada lah.

So, amik sikit-sikit sudahla. Bagi aku, nak melawak ney biar la moderate. But the point is, aku amat suka pada perkara yang lawak terutamanya bila menonton rancangan televisyen atau filem. Aku tak suka nak tengok cerita-cerita cinta ke, sedih ke, horror apatah lagi.Menambahkan stress je tengok benda-benda macam tu.

Jadinya, aku teramat la suka menonton channel Astro Warna, sebab channel tersebut tayang cerita lawak je. Drama, filem, talk show, game show, semuanya bertemakan lawak. Tapi, tak semua la yang betul-betul lawak. Ada yang lawak tapi tak lawak, lawak yang buat menyampah orang tengok, lawak yang tak jadi dan memacam lagi jenis-jenis lawak yang maleh aku nak tengok.

Nak jadi cerita, Astro Warna ada buat satu konsert lawak hari tu. Dekat area Johor kalau tak silap. Konsert yang diselang-selikan dengan lawak-lawak pelawak-pelawak yang terkenal dan tak terkenal la kiranya. Tapi memang tak laa kalau aku nak pegi menapak sampai ke Johor tu semata-mata nak tengok konsert macam tu.

Seminggu lepas tue baru Astro Warna menyiarkan konsert tersebut menerusi televisyen. Apa lagi, layan la! Macam biasa, konsert tersebut dihoskan oleh dua orang pelawak yang bagi aku best dan hampeh iaitu Johan dan Zizan Raja Lawak. Best sebab diorang ni memang lawak, hampeh sebab diorang ni lawak nak mampus.

Aku sangat suka tengok gelagat diorang bila jadi hos pertandingan Raja Lawak tuh. Dari sezen kedua sampai la masuk tahun ni sezen ke lima. Kebanyakan lawak diorang aku boleh terima dan sedikit daripadanya aku menyampah. Ok la, nobody’s perfect kot.




Jadi, dalam konsert tu diorang la yang jadi hos jugak sesuai dengan tema konsert tersebut iaitu, lawak. Sapa lagi yang layak untuk menhoskan event-event yang macam tu melainkan Johan dan Zizan. Takkan nak suruh Mahadzir Lokman pulak, memang nak kena penendang la kan.

Ramai pelawak-pelawak baru dan lama yang dijemput untuk buat show kat konsert tersebut. Antaranya Saiful Apek, Os, Datuk Aziz Sattar, Hamid Gurkha, Radhi Khalid, bekas peserta-peserta Raja Lawak sezen-sezen lepas yang masih popular dan yang tak berapa popular dan ramai lagi. Maleh aku nak tulih semua. Show diorang kejap je. Tak sampai sepuluh menet pun. Lepas tue ada la artis-artis nak menyanyi pulak.

Antara show-show lawak yang dipersembahkan kat dalam konsert tersebut, ada satu show ney yang sedikit sebanyak buat aku terfikir sekejap. Show ni dipersembahkan oleh Angeline Tan, Sathia dan Abon. Serius korang bukan rakyat Malaysia kalau korang tak kenal nama-nama tersebut. Pegi berambus tinggal tempat lain la.

Dalam tiga-tiga orang tue, aku minat gila dengan Sathia. Alah, yang jadi Ravi dalam cerita Pi Mai Pi Mai Tang Tu tuh. Lawak dia tak pernah membosankan. Best je. Tak lebih-lebih, tak menggelabah dan rilek je atas pentas. Kekadang, sedih la jugak bila difikirkan balik yang dia tue bukan Muslim. Bila terfikir camtu, aku akan berdoa moga-moga hidayah Allah sampai buat dia. Tapi, cukup ke sekadar berdoa?

Ok, dalam show tiga orang pelawak tersebut, diorang berlakon ala-ala tengah training main bola sepak kat tengah padang. Angeline Tan jadi coach, yang lagi dua orang tue jadi pemainnya. Memang lawak dan best serta menghiburkan la show tersebut tambah-tambah Abon dan Sathia. Tapi, ada satu scene daripada show diorang tue agak membuatkan aku bermuhasabah la jugak adanya.

Masa tue, Angeline Tan sound Abon sebab pakai seluar track panjang. Ye lah, main bola kat sebuah negara sekular memang la kena pakai seluar pendek. Mana boleh pakai seluar panjang. Abon pun counter la balik, “Saya tutup aurat coach, pakai seluar panjang baru boleh tutup.”

Then, Angeline Tan reply balik, “You tutup aurat buat apa, sapa mau tengok? Orang mau tengok you main bola, bukan mau tengok you punya aurat.”

Betul gak ek, sapa nak tengok?

Lupakan je la part Angeline Tan kritik pasal tutup aurat tu. Dah dia bukan orang Islam, memang sah-sah la dia tak paham pasal konsep tutup aurat ni. Salah kita dan orang Islam yang dekat dengan dia jugak la yang taknak terangkan Islam kat dia.

Aku cuma terfikir, betul jugak cakap dia. Sapa nak tengok aurat pemain bola bila atas padang. Ekceli, aku adalah die hard fan English Premier League (EPL) dan specificly Chelsea Futbol Club. Tetiap minggu aku akan cuba sedaya upaya untuk tak miss menonton match yang involves Chelsea.




Selama aku dok tengok perlawanan-perlawanan tue semua, aku hampir tak perasan yang pemain-pemain atas padang tue pakai seluar pendek. Ye lah, tumpuan aku lebih terarah kepada game tue sendiri. Mata ney lebih tertumpu ke arah bola, skill pemain dan jaringan gol. Serius aku terlalu jarang untuk concern dengan aurat pemain-pemain kat dalam game tuh.

Bagi aku, memang betul. Takde sapa pun yang nak tengok aurat pemain-pemain atas padang tue. Majoriti besar penonton bola sepak yang menonton kat stadium atau menerusi televisyen semuanya nak tengok game tue sendiri. Tak pernah kisah pun pemain-pemain tu nak pakai macam mana. Jadi, sapa yang kisah sebenarnya?

Allah, Tuhan Yang Maha Esa. Dia yang suruh tutup aurat menerusi ayat di dalam al-Quran, jadi, Dia la yang nak tengok tutup ke tidak. Orang lain nak tengok ke taknak Dia peduli apa. Dia yang perintah, kita buat atau tak Dia la yang nak judge kan. Orang lain nak peduli atau tak diorang punya pasal la. Allah tetap nak perhatikan jugak kita buat atau tak perintah Dia.




Aku jadi bertambah sedih sebenarnya bila berfikir begitu. Betapa ringannya pandangan Allah di dalam fikiran aku. Kalau aku perasan balik, tadinya aku cuma terfikir akan pandangan manusia terlebih dahulu terhadap aurat tue. Sampai terlupa yang Allah lebih peduli akan perkara tersebut. Pandangan manusia yang aku dahulukan, pandangan Tuhan yang aku kemudiankan.

Itu baru soal aurat, belum lagi hal-hal kehidupan yang lain. Antara contoh yang paling utama, Tuhan suruh jaga Solat dan banyakkan amal ibadat, tapi aku taknak strict kan sangat tentang solat dan ibadat bimbang manusia pandang aku nampak alim atau radikal. Tuhan suruh jauhi dosa, aku buat jugak sebab takde orang yang aku kenal atau yang kenal aku yang tengok aku buat dosa tu. Malah adakalanya aku buat juga kerana di pandangan manusia, dosa tersebut adalah cool dan trendy.

Banyak lagi sebenarnya contoh-contoh yang boleh diberi, tapi, maleh lak aku nak share tentang kefasadan diri sendiri ni. But the point is, banyak giler perkara dalam hidup aku nie aku dahulukan pandangan manusia berbanding pandangan Tuhan. Adakalanya aku tak peduli langsung pun akan pandangan Tuhan. Tambahan bila tengah senang.

Apa yang manusia suka, apa yang manusia tak suka, apa yang manusia senang hati, apa yang manusia resahkan, apa yang manusia mahu, apa yang manusia tak mahu, semua aku ambil kisah untuk jalani hidup ni. Tuhan? Mana tempat pandangan Tuhan kat dalam hati aku ni?

Apa yang Dia suruh, apa yang Dia larang, apa yang Dia halalkan, apa yang Dia haramkan, apa yang Dia suka, apa yang Dia tak suka, apa yang Dia mahu, apa yang Dia tak mahu, semua tue jarang sangat-sangat yang amat aku ambil kisah atau ambil peduli.

Aku lagi suka mengejar gembira manusia pada aku berbanding gembiranya Tuhan pada aku. Padahal, hidup atas muka bumi ney pun tumpang sifat pemurah Dia. Bumi nie Dia punya, udara Dia punya, makan minum semua Dia yang sediakan, kesihatan dan kegembiraan Dia yang beri, diri aku sendiri nie pun Dia yang punya. Tapi, kemain sombong lagi aku dengan Dia.

Then, bila Dia uji sikit, baru la nak cari Dia semula, baru la nak peduli tentang pandangan Dia semula. Ntah apa-apa punya perangai. Dasar hamba tak sedar diri! Masa senang tak pernah kisah pun dengan Dia. Dah susah baru la nak teringat akan kehadiran Dia. Padahal, susah ke senang ke, Dia tetap ada dan terus melihat.

Tambah celaka kalau bila dah senang semula, kembali kepada perangai yang lama. Tapi, tambah celaka lagi kalau bila ditimpa musibah pegi salahkan takdir pulak. Itu memang nak cari nahas la kat Akhirat nanti.




Serius aku lebih resahkan pandangan manusia dari pandangan Tuhan, terutamanya manusia yang aku kenal atau yang kenal aku. Sorang member pernah tanya aku, cuba kalau Tuhan letak aku kat memana tempat yang jauh dari keluarga serta sahabat handai dan kenalan dan yang senang giler nak access benda-benda yang haram macam kat Amsterdam ke, Paris ke, Melbourne ke, Las Vegas ke, agak-agak aku boleh still jaga diri aku sebagai seorang muslim tak?

Uish! Kat sana arak halal, prostitution pun legal, nak berjudi pun kerajaan bagi, siap suruh lagi, mau tak lentur iman aku. Tambahan pulak, yang paling-paling utama sekali, takde sapa yang kenal aku bila tinggal kat sana. Mak, ayah, abang dan adik, kawan-kawan, ustaz-ustaz. Pergh! Dunia nie memang aku yang punya la jadinya. Aku boleh buat apa yang aku suka tanpa rasa gundah gulana atau bimbang kalau-kalau ada orang yang nampak dan peduli.

Sebab pandangan Tuhan sikitpun aku tak endahkan dan resahkan, apatah lagi rasa takut dengannya. Sedangkan Dia ada di mana-mana. Aku campakkan diri aku kat planet marikh sekalipun Dia ada dan Dia nampak. Semuanya Dia yang ciptakan. Kat mana lah tempat yang aku boleh menyorok dan bersembunyi dari pandangan-Nya?

Dasar manusia tak sedar diri! Dah la tak sedar diri, bangang pulak tuh! Sombong tahap melampau-lampau. Sampai dengan Tuhan pun nak sombong. Kalau dengan Tuhan pun dah sombong, apatah lagi dengan manusia.

Antara sebab yang paling utama aku tak takut dengan dosa dan tetap berulang-ulang kali terus melakukannya sungguh adalah kerana tak peduli dengan pandangan Allah. Tak rasa Allah tue Maha Melihat, bukan takat luaran je, isi hati pun Dia boleh tahu. Rasa bertuhan pun sudah makin luput dalam jiwa aku.

Dosa pahala yang aku buat, manusia bukan pernah ambil kisah pun. Malahan, tak memberi apa-apa faedah dan mudharat pun pada manusia. Hanya Allah sahaja yang peduli akan tue semua. Sebab dia kepingin benar nak anugerahkan syurga pada manusia ciptaan-Nya. Tapi, kena la ikut apa yang Dia perintah serta jauhi larangan-Nya. Kalau terus-menerus sombong dan bongkak dengan Dia, neraka je la yang paling layak buat...........

Memang banyak dosa yang aku dah buat, namun, sungguh aku tak pernah langsung sanggup nak tanggung azab bakaran api neraka Tuhan yang maha dahsyat itu...



0 Komentar:

Post a Comment