Suatu hari di dalam bulan Syaaban itu, entah macam mana pulak tiba-tiba je salah seorang lecturer aku telah mengambil keputusan untuk mengadakan kelas tambahan. Eh, bukan kelas tambahan, maksud aku, kelas ganti. Replacement class dengan extra class tak sama kan? Ye lah, replacement class ler yang aku cuba maksudkan. Hish! Kenapa boleh berlaku kekeliruan dalam nak mengenalpasti yang mana kelas tambahan, yang mana kelas ganti? Aku pun tak paham.
Memang menjadi kebiasaan tetiap semester mesti je ada lecturer yang terpaksa buat kelas ganti ni. Sebabnya, mereka tak dapat nak hadir mengajar pada waktu yang dah ditetapkan dalam jadual. So, terpaksalah mereka mencari atau mencuri waktu yang lain untuk diadakan kelas ganti ni.
Yang jadi masalahnya sekarang, entah macam mana lecturer tersebut boleh terdetik di dalam lubuk hatinya untuk mengadakan kelas ganti pada jam 6 petang sampailah ke 8 malam. Sedikit tak puas hati gak la dengan ketetapan tersebut memandangkan seumur hidup aku jadi student ipt ni, tak pernah-pernah nya aku ada kelas pada waktu macam tu.
Waktu-waktu begitu sepatutnya digunakan oleh para pelajar untuk beriadah dan mengadakan aktiviti-aktiviti fizikal yang mengeluarkan peluh dan membusukkan baju seperti berjogging di tepi tasik seksyen tujuh, bermain skateboard di track x-games seksyen 13, bermain tenis dan macam-macam lagi. Tapi, orang lain je lah yang buat macam tu. Waktu-waktu macam nie, aku layan tido lagi bagus.
Dengan berat hatinya aku merelakan jugak jasad ini dibawa pergi ke fakulti di waktu itu untuk menyertai kelas lecturer tersebut. Seperti yang dijangka, memang ramai betul bebudak tak datang kelas tuh. Aku dah kata dah, waktu-waktu nak senja ni, bebudak memang maleh nak pegi kelas. Waktu-waktu lain pun dah sedia maleh. Aku pun tak paham kenapa aku begitu rajin tahap gaban sekali pada hari itu untuk datang jugak ke kelas ganti tersebut.
Makanya, lecturer tetap meneruskan sesi pembelajaran biarpun jumlah pelajar yang turut serta di dalam kelas itu amatlah hampeh sekali. Aku yang turut serta di dalam kelas tu jadi bangga seorang diri la pulak sebab aku adalah di antara students yang merelakan diri jugak untuk join that class. Ntah apa-apa, yang tu pun nak bangga. Bukannya lecturer tue nak kisah pun. Aku punya profile pun dia tak penah ambik tahu.
Memang menjadi kebiasaan tetiap semester mesti je ada lecturer yang terpaksa buat kelas ganti ni. Sebabnya, mereka tak dapat nak hadir mengajar pada waktu yang dah ditetapkan dalam jadual. So, terpaksalah mereka mencari atau mencuri waktu yang lain untuk diadakan kelas ganti ni.
Yang jadi masalahnya sekarang, entah macam mana lecturer tersebut boleh terdetik di dalam lubuk hatinya untuk mengadakan kelas ganti pada jam 6 petang sampailah ke 8 malam. Sedikit tak puas hati gak la dengan ketetapan tersebut memandangkan seumur hidup aku jadi student ipt ni, tak pernah-pernah nya aku ada kelas pada waktu macam tu.
Waktu-waktu begitu sepatutnya digunakan oleh para pelajar untuk beriadah dan mengadakan aktiviti-aktiviti fizikal yang mengeluarkan peluh dan membusukkan baju seperti berjogging di tepi tasik seksyen tujuh, bermain skateboard di track x-games seksyen 13, bermain tenis dan macam-macam lagi. Tapi, orang lain je lah yang buat macam tu. Waktu-waktu macam nie, aku layan tido lagi bagus.
Dengan berat hatinya aku merelakan jugak jasad ini dibawa pergi ke fakulti di waktu itu untuk menyertai kelas lecturer tersebut. Seperti yang dijangka, memang ramai betul bebudak tak datang kelas tuh. Aku dah kata dah, waktu-waktu nak senja ni, bebudak memang maleh nak pegi kelas. Waktu-waktu lain pun dah sedia maleh. Aku pun tak paham kenapa aku begitu rajin tahap gaban sekali pada hari itu untuk datang jugak ke kelas ganti tersebut.
Makanya, lecturer tetap meneruskan sesi pembelajaran biarpun jumlah pelajar yang turut serta di dalam kelas itu amatlah hampeh sekali. Aku yang turut serta di dalam kelas tu jadi bangga seorang diri la pulak sebab aku adalah di antara students yang merelakan diri jugak untuk join that class. Ntah apa-apa, yang tu pun nak bangga. Bukannya lecturer tue nak kisah pun. Aku punya profile pun dia tak penah ambik tahu.
Aku pun sedar diri la jugak. Student yang segan consult dengan lecturer macam aku ni, jangan harap la lecturer nak kenal. Lain la kalau aku ni anak kepada lecturer tu ataupun boifren kepada anak daranya. Kalau aku tak consult ngan lecturer tue pun memang akhirnya nak kena consult jugak. Budak macam aku ni lebih macam a man standing at the railway stesen. Sapa pun tak kesah.
Kelas bermula macam biasa. Dengar lecturer bercakap, tangan menulis, kekadang melukis gambar doraemon walaupun hasil lukisan tu amatlah buruk, pastue dengar balik lecturer bercakap kat depan, tangan ni sambung menulis, then tetiba main tick-tack-toe sorang-sorang yang sampai kiamat pun takkan tau sapa menang sapa kalah, kemudian tengok jam, lambat lagi, ajak kawan bersembang, pastu bukak henpon main game solitaire pulak, kemudian lagi, sambung balik dengar lecturer bercakap kat depan. Begitulah kitarannya yang nampak sangat tak macam budak four flat punya perangai.
Jam semakin hampir pukul 7 petang. Langit yang ku lihat di luar jendela sudah semakin gelap. Matahari pun nak pergi terbit kat tempat lain pulak. Aku kuatkan jugak keazaman di dalam jiwa ni untuk terus mendengar lecturer mnyampaikan ilmunya kepada semua bebudak. Dengan tiba-tiba, seorang student perempuan nie mengangkat tangan dengan berniat untuk memotong syarahan lecturer tersebut.
Dengan penuh keyakinan serta bersemangat wajanya budak pompuan tu memberitahu lecturer tersebut, “Mem! Maghrib dah makin dekat, ada budak posa hari ni.” Lecturer tersebut menunjukkan respon yang baik lantas memberi kebenaran kepada sesiapa yang berpuasa sunat Syaaban pada hari tersebut untuk berbuka di dalam kelas. Baguih sungguh la sapa yang berpuasa sunat ni. Malu aku jadinya sebab aku ni bukannya jenis yang rajin berpuasa sunat.
Takde la selalu aku buat puasa sunat. Kalau ada geng ajak ke, ada kekuatan yang tetiba muncul di dalam diri nie ke, aku posalah. Dah la jarang puasa sunat, yang jarang tue pun kekadang buat sekerat hari je. Tak boleh tahan beb, member ajak lunch kat Khulafa’ Bistro. Mau tercabar nafsu serakah aku nie. Kekadang sebab tak boleh tahan tengok restoran A&W kat stesen petronas tuh. Puasa sunat pun boleh burn. I love dat conney dog damn much!
Beginilah diri aku. Bab-bab nak buat ibadat tambahan nie, ada je alasannya nak ngelat. Time muda nie la sepatutnya nak perbanyakkan amal ibadat. Tambahan masih lagi bergelar student. Masa banyak yang terluang, kesihatan pun baik, so, sepatutnya mestilah terasa ringan je nak beramal ibadat. Seorang kawan pernah menasihati aku suatu masa dulu, ibadat itu baik, tapi ibadat di masa muda adalah lebih baik. Entahlah, asyik tak amik port je dengan nasihat-nasihat camtu.
Aku lihat ada la dua tiga orang students kat dalam kelas tu menunjukkan muka lega bila lecturer memberikan keizinannya untuk berbuka di dalam kelas. Yang banyaknya perempuan lah. Aku pun tak paham. Berdasarkan pengalaman hidup aku nie, aku dapati golongan perempuan nie memang suka dengan ibadat puasa ni. Puasa-puasa sunat yang dituntut macam puasa Isnin dan Khamis, hari Asyura’ dan sebagainya, golongan nie la yang paling bersemangat sekali nak berpuasa. Kuat betul kaum hawa ni, walaupun orang selalu kata diorang nie golongan yang lemah.
So, pembelajaran pun diteruskan seperti biasa sebab selagi jam belum menunjukkan pukul 8, jangan harap la kelas nak dismiss. Tumpuan aku pun dah mula nak melilau ke lain. Dah mula teringat nak melepak kat mana malam nanti, nak tengok cerita Ratatouille kat laptop dan sebagainya. Tetiba, lamunanku dikejutkan dengan laungan azan yang berkumandang dari surau yang berdekatan dengan fakulti aku tu. Aku tengok jam, 7:25. Memang time Maghrib la nie.
Lecturer pun memberhentikan seketika syarahannya sebagai tanda menghormati azan. Aku lihat beberapa orang student meneguk air mineral dan ada pula yang mengunyah sesuatu di dalam mulut. Dah sah lah diorang nie la yang berpuasa hari ni. Plus, memang betul tekaan aku, banyaknya kaum perempuan la yang melaksanakan ibadah puasa sunat nie. Aku yang tergolong di dalam golongan yang gagah perkasa lagi macho ni jadi malu la pulak dengan diorang. Takpelah, esok-esok aku puasalah pulak.
Azannya tak lama, lebih kurang empat lima menet macam tu, habislah, standardlah kan. Kalau azan kat Makkah tue tape la lama sikit, muazzin sora sedap, bergema habih bulu roma suma. Sebaik azan habis dilaungkan, tetiba seorang budak pompuan merangkap classmate aku nie bangun dari tempat duduknya lantas keluar dari kelas. Dia nak pergi makan kat luar la tue kot. Tak syok gak sebenarnya berbuka kat dalam kelas ni. Setakat boleh teguk air dan makan kurma je lah yang aku nampak. Kalau kat luar bolehlah nak bedal roti gardenia ke, burger ke, apa-apa je la.

Then, kelas bersambung balik. Belajarlah seperti biasa. Hari pun dah makin gelap. Mood aku nak belajar dah makin down. Aku nak balik! Nak mandi, makan, tido. Lecturer nak habiskan jugak kelas sampai pukul 8 even budak da request lepas awal sikit. 7:45 ke, 7:50 ke. Mungkin terlalu banyak yang nak dicoverkan oleh lecturer tersebut, makanya, beliau tetap maleh nak layan permintaan anak-anak didiknya. Tak lama lepas tu, classmate aku yang keluar tadi tu masuk kelas balik. Sampai pukul 8, merdeka! Balik la kami semua bertebaran di atas muka bumi Allah ni.
Nak jadi cerita, esoknya, ada kelas pagi, pukul 8:30. Dan macam biasa jugak aku takkan sampai kelas tepat jam 8:30 atau lebih awal. Entah aku tak tau kenapa paling awal aku boleh sampai kelas adalah lima menet selepas waktu yang sepatutnya kelas bermula. Tabiat buruk yang perlu sesangat diubah. Dalam kelas pagi tu, aku duduk di kerusi bersebelahan dengan classmate aku yang semalamnya dia keluar kejap lepas azan tuh.
Pagi tue, lecturer datang lambat sikit. Aku dah datang kelas lewat pun lecturer still tak sampai lagi. Ada je lah tue reason beliau datang lambat yang boleh diterima dek akal yang waras. Sementara menunggu lecturer nak sampai, cari la sesapa nak diajak bersembang. Kalau tak, mau tertido aku. So, classmate yang sebelah aku tue lah target aku.
Aku pun terus je tanya dia, “Bukak posa semalam makan apa?”
“Bila pulak aku posa semalam?” jawabnya ringkas tapi cukup membuat aku tertanya-tanya.
“Dah tue, yang ko pegi keluar kelas tue, bukan pegi berbuka ke?” tanyaku kembali mencari kepastian.
Jawabnya, “Aku pegi solat Maghrib la.”
Aku tak tau kenapa. Sebaik sahaja mendengar jawapan tersebut, tetiba aku rasa dunia dan segala isinya pause buat seketika. Jantung aku berdegup kuat mendengarkan jawapan itu. Betapa classmate aku tue menjaga solatnya membuatkan aku jadi amat-amat kagum. Namun, bukan rasa kagum itu yang membuatkan aku jadi terpegun seorang diri. Tapi wujud persoalan kepada diri, kenapa daripada semalam sampai ke hari ni aku tak terfikir langsung yang dia keluar kelas untuk pergi solat Maghrib?
Mudah jawapannya. Kerana bukan lagi kebiasaan bagi aku sebaik sahaja mendengar azan segera mempersiapkan diri untuk menunaikan kewajipan Solat. Bukan aku tak solat Maghrib semalam, tapi aku solat lepas habis kelas lah. Bagi aku ketika itu, Isya’ masuk waktu lambat sikit. Kalau solat Maghrib pukul 8 masih sempat lagi. Sebab hari-hari yang lain pun begitulah kebiasaannya.
Bukan takat Maghrib je, waktu-waktu solat yang lain pun sama je. Waktu solat aku tak ikut time yang Allah dah tetapkan, tapi ikut suka aku je bila aku nak solat. Awal waktu ke, tengah waktu ke, hujung waktu ke, yang penting aku solat. Yang awal waktu tu dah sah-sah asing sikit, kalau tak, takdenya aku boleh tak rasa langsung yang classmate aku tu keluar kelas lepas dengar azan untuk pergi Solat.
Betapa ringannya Solat di pandangan mata aku. Padahal solat lah yang paling crucial sekali dalam hidup manusia terutamanya bagi orang yang mengenal Allah. Kalau nak diceritakan kepentingan Solat ni, memang tak terkiralah. Masalahnya, dah tau tak terkira, dah tau Solat tu teramatlah penting, tapi kenapa masih memandang ringan padanya. Pada waktunya, pada perlaksanaannya.
Aku pun dah lupa bagaimana rasanya punya semangat untuk mengerjakan solat di awal waktu. Teringat aku masa sekolah rendah dulu. Masa di tahap satu, sekolah waktu petang. Waktu Zohor dan Asar tue selalu je berebut-rebut antara aku dan classmate yang lain meminta izin dari cikgu untuk pergi menunaikan solat. Waduh! Kenapa semangat itu sudah hilang? Time sekolah menengah dulu lain cerita. Setiap waktu kena solat berjemaah kat surau. Daripada malas nak Solat di awal waktu pun last-last akan terdorong jugak. Dan itu semua masa lalu aku.

Aku tahu, nanti di Akhirat, Solatlah yang mula-mula Allah nak tanya. Lulus pertanyaan pertama tu, confirm yang lain-lain succeed. Kalau yang tue pun dah fail, sendiri mau ingatlah. Apa yang aku fikir adalah, at least solat aku tak tinggal. Kalau nak compare dengan orang yang tak Solat langsung tu, kira oklah aku ni. Tolong sikit ok! Neraka untuk orang-orang yang bersolat pun Allah dah prepare kan tau. Iaitu untuk orang yang solat tapi lalai dan orang yang solat tapi riya’.
Hambik kau! Dua-dua sifat tue melekat kat dalam jiwa aku nie. Dah la solat dalam keadaan lalai. Lalai pada waktunya, pada rukunnya, pada perlaksanaannya, dah tu, riya’ pulak. Pegi compare diri sendiri dengan orang yang tak solat. Konon diri tue dah bagus sangat.
Sungguh classmate aku tue benar-benar buat aku berfikir dan tersedar. Berfikir di mana solat sebenarnya berada di dalam hati aku dan tersedar yang selama ni Solat yang aku buat banyak cacat celanya. Patutlah Solat yang aku buat selama ni tak jadi shield pada aku dari tetap get involve terhadap perkara-perkara yang dosa dan maksiat. Sepatutnya, kalau dah jaga solat lima waktu, hidup pun terdidik lah melalui Solat tu. Sebab Allah pun dah janji di dalam Quran yang Solat tue fungsinya nak mencegah perkara yang keji dan mungkar.
Aku pun tak tahulah! Di waktu ini, kenapa lah diri aku macam nie. Takkan la Solat yang macam nie nak dibawak berjumpa dengan Allah kat Akhirat nanti?
Hati ini berterima kasih benar kepada Allah kerana mengutuskan classmate aku tue untuk mengejutkan hati yang sedang lena dan selesa dengan amal yang tak sempurna. Doaku semoga Allah merahmati classmate aku tu. Apa yang penting sekali, berubah!
2 Komentar:
bening hati gua terasa la.. huhu
entry ini worth reading..
http://fdausamad.blogspot.com/2010/10/maher-zain-ni-sunni-ke-syiah.html
http://fdausamad.blogspot.com/2010/10/metafora-sarcacsm-sound-derek-dan.html
serius!
Post a Comment