Cerita 1
Seorang kenalan wanita yang baik hati nie telah mengadu kitidak puasan hatinya padaku pada suatu hari. Bukan dia tak puas hati kat aku ek, dia tak puas hati kat orang lain, tapi diceritakan perkara tersebut kepada aku.
Atas sebab radio Era dah menghentikan segmen ‘Lepas Geram di Era’, makanya aku merelakan diriku ini menjadi barang untuk dilepaskan geram. Selaku seorang yang kata omputih ‘good listener’, dengan ikhlas hati nuraninya aku meminjamkan masa dan telinga aku padanya buat melepaskan geram.
Sarah (bukan nama yang diberikan oleh mak bapaknya) menceritakan padaku ketensenannya terhadap seorang mamat yang perasan gentleman habis ni. Begini ceritanya...
Sedang Sarah dan mamat nie berdiskusi soal apa entah aku pun dah lupa, dengan tak semena-menanya mamat itu menyapu kepala Sarah dengan sedikit kasar. Tapi tak menyakitkan kepala dan hati la dengan tindakan itu seperti mana tindakan menunjal atau menampar kepala. Sarah amat tidak senang dengan tindakan mamat tu walaupun ianya dilaksanakan dengan manner yang amat gentleman.
Nak je Sarah saman mamat tersebut sebab baginya, tindakan tersebut boleh dikategorikan sebagai hostile touching. Sarah pun tanpa membuang masa dan membuang sampah merata-rata, terus mengelak dari mamat itu terus menyapu kepalanya. Dengan sedikit marah dan tensen, Sarah bertanyakan pada mamat tersebut akan justifikasi tindakannya itu.
Kata mamat itu dengan yakin serta tidak dipengaruhi oleh penyakit was-was ataupun obsessive compulsive disorder, dia menyapu kepala Sarah kerana dilihatnya atau seekor ulat bulu yang terjatuh ke atas kepala Sarah dari atas pokok tempat mereka berdiskusi. Bagi Sarah, penjelasan tersebut tidak cukup utuh untuk justified tindakan mamat itu.
Ulat bulu je pun, bukannya anjing laut ke, anaconda ke, mahupun ikan siakap masak sweet sour yang jatuh di atas kepalanya. Macam la ulat bulu tu nak sebarkan virus denggi dari atas kepala Sarah. Perlu ke mamat tu immidiately sapu buang binatang tersebut dari atas kepala Sarah? Boleh je kalau dia just bagitau je kat Sarah yang ada ulat bulu yang jatuh hinggap ke atas kepalanya, then, pandai-pandailah Sarah halau binatang tuh.
Sarah cuba mendesak aku agar turut sama merasakan apa yang dia rasa terhadap mamat tu. Tak elok la lelaki sentuh perempuan macam tu. Even berlapik, tapi keadaan tersebut boleh menimbulkan fitnah-fitnah liar seperti gosip-gosip di dalam majalah hiburan mahupun rancangan-rancangan televisyen.
Aku yang mendengar ni mengeluh di dalam hati. Kamon la cik Sarah oi! Sentuh sikit je pun. What’s the big deal? Bukannya mamat tue sengaja. Takkan tue pun nak marah. Kalau aku pun aku buat benda yang sama. Untung-untung ko boleh jatuh cintan sama aku dengan tindakan tak ikhlas aku tu. Aku terus mendengar rintihan Sarah yang aku masih tak faham kenapa nak pandang berat sangat benda macam tue pun...
Cerita 2
Di suatu hujung minggu yang agak tak berapa menentu cuacanya, aku buat study group dengan seorang kenalan perempuan nie dan seorang lagi membernya di dalam sebuah library. Di kala kami jadi agak boring dengan apa yang sedang kami lakukan itu, tetiba kenalan aku nie bercerita pada aku tentang perkara yang tak menyenangkan hatinya.
Shuhada (bukan nama di dalam surat beranak dan i.c nya) merupakan seorang student di tempat aku yang sangat aktif tahap kesatria bajak hitam di dalam aktiviti berpersatuan. Hampir semua persatuan di dalam fakulti aku tue dia join habis. Segan pulak aku dengan fakta tersebut sebab nak compare dengan aku, satu persatuan pun aku tak pernah libatkan diri. Even persatuan yang wajib pun aku dok maleh nak ambik tau.
Ok la, maksudnya Shuhada ni jenis orang yang tak mandom, tak suka buang masa dan suka mencari pengalaman baru. Di samping aktif berpersatuan, Shuhada juga memegang jawatan-jawatan utama di dalam persatuan-persatuan yang dia join tue. Jadinya, selalu je lah dia dapat berjumpa dengan orang-orang kenamaan kat Malaysia nie, VIP, VVIP, VVVIP dan ex-VIP.
Nak jadi cerita, suatu hari ni dia dapat bertemu dengan seorang yang memegang jawatan yang sangat penting dan utama di dalam sistem judiciary kat Malaysia ni. Kira beruntung la kononnya tu. Tapi sikitpun aku tak dengki. Sebab aku sendiri pun tak berapa kenal orang tu. Kalau jumpa dengan Sheila Majid ke, Siti Nurhaliza ke, Eman Manan ke, dengki la jugak adanya.
Tapi ok laa. Ingat senang ke nak jumpa orang sepenting tu. Susah oo, tambahan pulak kalau setakat student yang takde pengaruh dan tak banyak duit macam kitorang ni. Sebenarnya ianya suatu perjumpaan yang boleh dibanggakan jugaklah. Perkara yang tak menyenangkan hati Shuhada terhadap perjumpaan tersebut adalah begini.
Selalunya, bila dapat berjumpa dengan orang-orang penting nie, akan ada sesi bersalam-salaman antara mereka dan orang-orang biasa yang berjumpa dengan mereka. Tambahan kalau di dalam suatu event yang khusus, ianya menjadi suatu protokol yang perlu dipatuhi oleh masyarakat. Shuhada mendapat arahan dari siapa entah yang tak dapat dielakkan olehnya untuk turut berada di dalam barisan untuk bersalaman dengan orang penting itu.
Masalahnya, orang penting tue lelaki. Mana boleh lelaki perempuan takde hubungan yang sah di dalam syariat untuk bersentuhan apatah lagi bersalaman. Shuhada terpaksa akur dengan arahan tersebut dan menyahut tangan orang penting itu untuk bersalam-salaman. Salam je ek, takdenya nak bertemu pipi ke, berpeluk-pelukan ke, ingat Las Vegas ke apa.
Tensen sungguh hati Shuhada. Ikutkan hati, nak je dia refuse untuk bersalaman dengan orang penting itu. Tapi, apa kata orang nanti, orang penting tu hulurkan tangan nak bersalam, tetiba je orang biasa macam Shuhada tanak menyambut tangannya itu. Mau jatuh standard orang penting tu. Tak pasal-pasal Shuhada bakal dihentam dan dikecam oleh pihak pengurusan majlis. Shuhada tak cukup berani untuk berhadapan dengan situasi tersebut.
Aku yang mendengar nie terus memberikan respon awal. Kata aku, dosa kecik je pun. Pa nak runsing. Lagipun sentuh kejap je. Kira boleh la. No point la nak tensen-tensen sebab benda kecik macam nie. Pelik betul aku, benda kecik macam nie pun nak dijadikan masalah. Salam je pun, bukannya disusuli dengan saling berpelukan ke, bertemu pipi ke, bercium-ciuman ke macam orang takde agama tuh.
Namun, kata Shuhada, dosa kecik pun kalau kita rasa aman dengannya lama-lama hati akan terdorong ke arah dosa yang lebih besar. Ah! Maleh aku nak dengar dah. Sambung study lagi bagos...
Cerita 3
Satu hari tu, aku sedang membawa adik aku untuk berjalan-jalan di shopping complex and i was intended of treating him KFC. Namun aku tak faham, kenapa aku jugak yang kena bawak kereta secara tak langsung menjadi driver kepada adikku sedangkan kejap lagi aku jugak yang nak belanja dia makan? Tapi, tak kisah lah. Nasib baik aku sayang adik aku tu.
Sedang di dalam perjalanan tu, memandai-mandai je adik aku turned off the radio tu dan bukak CD pulak. Baru je aku nak melayan lagu Jahat nyanyian Stacy sambil berdisko seorang diri, tak semena-mena adik aku pegi tutup pulak. Nasib baik tangan tengah pegang stereng kereta. Kalau tak, merasa la adik aku penangan servis backhand aku nie.
Tapi, ok la. CD yang dia bukak tue pun best jugak. CD kumpulan Hijjaz, album Pelita Hidup 3. Aku kembali tenang kerana rather than aku berdisko dengan lagu Stacy tuh, lebih baik aku dengar lagu-lagu yang berunsur ketuhanan dan nasihat. Lagu-lagu dalam album tue pun boleh tahan catchy la jugak.
Dalam CD tue, di antara lagu pertama dan lagu yang seterusnya diselitkan juga kata-kata nasihat, hadis, selawat dan sebagainya. Sampai la ke satu track selingan nie. Sebuah hadis dibacakan buat santapan rohani hati-hati yang keras seperti yang aku miliki ni.
Bunyinya begini, Nabi SAW bersabda di dalam sebuah hadis sahih riwayat al-Bukhari dari Suwaih, dari Abdullah b. Mas’ud, maksudnya, “Orang beriman melihat dosanya umpama gunung yang besar yang akan menghempapnya, manakala orang yang fajir (ahli maksiat) melihat dosanya umpama lalat yang hinggap di hidungnya, bila ia mengisyaratkan dengan tangannya maka lalat itu akan lari.”
Aku jadi statik buat seketika. Cuma kaki sahaja yang masih lagi mengawal pedal minyak dan brek. Tiba-tiba aku teringatkan Cerita 1 dan Cerita 2 kat atas tue tadi. Nabi SAW dah classified kan dah orang yang macam aku ni yang melihat dosa ringan je di pandangan mata hati ni orang yang jenis macam mana. Benar-benar membuat aku berfikir sendirian. Orang yang jenis macam mana aku ni. Beriman atau fajir...?




0 Komentar:
Post a Comment