Hakikat Cintaku...

Oct 22, 2010

Aku tahu Engkau Tuhanku
Adalah cinta agung
Aku pun mahu mencintai-Mu
Aku tahu mencintai-Mu amat perlu

Ia kemuncak daripada segala kebahagiaan
Aku berusaha ke arah itu
Tapi cintaku pada-Mu Tuhan selalu terganggu

Banyak yang datang menggangu
Nafsuku dan syaitan terkutuk
Dunia mempesona menggamit selalu
Di waktu itu lupa kepada-Mu

Cintaku pada-Mu jauh sekali
Sekali-sekala datang juga
WALAUPUN SEDIKIT TERASA INDAHNYA
Kemudian lupa lagi

Adakalanya lupaku pada-Mu
Berpanjangan sekali
Kemudian sekali-sekala sedar kembali
Engkau cinta agung

Engkau patut dicintai
Selepas itu ku lupa lagi
Begitu cintaku kepada-Mu Tuhan
Dengan kelalaian silih berganti

Dengan hati yang sedih ini
Tolonglah aku dengan rahmat-Mu
Bantulah aku mencintai-Mu
Agar cinta yang palsu terbunuh sendiri
Itulah harapanku pada-Mu


-Cinta Agung, Mawaddah-

Itulah aku. Hendak sekali mencintai Allah. Kerana sesungguhnya, cinta itu bila terasa sedikit sudah terasa amat indahnya. Kalaulah banyak, dunia dan segala isinya aku tak perlukan lagi. Tapi, susah sekali. Jiwa selalu bahagia menjadi hamba kepada nafsu sendiri. Kelalaian dan kezaliman sudah kuat merajai hati ini.

Aku kan berusaha, dan terus berusaha. Berjuang untuk cinta itu. Sebelum nyawaku sampai ke penghujungnya, andai dapat sedikitpun, akulah hamba yang paling bahagia...

0 Komentar:

Post a Comment