Kena Sound...

Nov 25, 2010


Ntah apa-apa!

Tensen aku dengan mat moto sorang neh. Dia ingat dia sorang je ke yang bayar cukai jalan. Dia punya marah je dia ingat. Aku punya marah ni, nak letak mana pulak?

Gini ceritanya, pada suatu hari yang permai, aku bawak la sorang member yang agak hensem nie untuk pusing-pusing penang sambil menikmati keindahan alam ciptaan Ilahi. Walaubagaimanapun, aku tetap lebih hensem dari member aku tu.

Member aku ni baru nak menceburkan diri dalam arena tangkap menangkap gambar, ala-ala photographer gitu. Ye lah, baru sambar kamera Nikon, sementara tak bosan ni tangkap la apa-apa yang patut. Dia la yang ajak aku datang penang, nak pegi tepi pantai la, belakang rumah menteri besar la, Komtar la. Aku ikutkan je sebab aku sendiri pun dah lama tak turun pulau.





Pada mulanya semua ok. Just ok. Takde papa masalah. Dengan berbekalkan kereta pacuan empat roda yang aku bawak, semuanya ok. Sembang-sembang, makan-makan, ambik gambar itu ini dan sebagainya. Sampailah ke satu scene ney yang sedikit sebanyak mencacatkan mood yang mulanya agak smooth kata orang.

Sebaik selesai mengerjakan solat Zuhur kat salah sebuah masjid di Penang, kami pun meneruskan perjalanan hidup yang pastinya berpehujung ini. Dengan air wudhu’ yang masih lagi belum terbatal, aku menekan pedal minyak kereta seperti biasa. Namun, mungkin seperti biasa bagi aku adalah sedikit luar biasa bagi orang lain.

Sampailah ke satu roundabout ni. Memandangkan aku lihat area tue macam lengang sikit, makanya aku melajukan sedikit pacuan kereta biarpun kat roundabout. Syok ooo. Dah macam Vin Diesel dalam cerita The Fast and Furious je. Secara tiba-tiba, aku terdengar ada bunyi hon moto yang entah datang dari mana.

Aku buat tak tau je la sebab aku sendiri pun tak tau bunyi hon tu datang dari mana. Bila aku da exit masuk laluan nak ke salah satu dari empat laluan tu baru member aku bagitau yang tadinya ada sorang mat motor yang bawak laju gila datang ke arah kitorang. Aku pun tak paham macam mana ceritanya tapi memang sikit je lagi motor tue na langgar kereta aku.

Motor tu hon mungkin sebab aku bawak kereta macam pelesit. Ye lah, dekat roundabout nak bawak kereta laju-laju apa kejadahnya. So, member aku pun tertanya-tanya gak, pe hal aku buat tak tau je even motor tue dah hon. Aku pun tak tau kenapa. Mungkin sebab aku sendiri pun tak tau dari mana datangnya bunyi hon tue kot.

Sambung member aku tue lagi, dia ternampak reaksi mat moto yang hon kat kitorang tadi tue. Memang nampak marah betul wajahnya tu. Plus, member aku sempat ternampak yang mat moto tue berkata sesuatu sebaik menekan bunyi hon. Kata-katanya dah sah-sah tak boleh nak didengar sebab kitorang dok kat dalam kereta.

Namun, member aku dah dapat mengagak akan apa yang cuba dikatakan oleh mat moto tu berdasarkan pemerhatiannya pada gerak mulut mamat tuh. Secara logiknya, dengan gerak mulut yang sebegitu, ditambah pulak dengan bara api kemarahan yang meluap-luap di dalam jiwa mat moto tu, memang sah mamat tu sound kitorang dengan perkataan ‘cibai’.

Berdekah-dekah aku dan member aku tergelak masa tu. Macam lawak pun ada sebab kena sound sampai macam tue sekali. Tambahan pulak aku boleh bolayan je mat moto tu dan meneruskan aje perjalanan kitorang macam takde apa-apa yang berlaku. Tapi, hilai tawa kitorang tue cuma luaran aku je. Dalamannya pulak lain ceritanya.

Hati aku sendirian berbicara. Kurang ajar punya mat moto! Benda kecik macam tue pun nak sound sampai macam tue sekali ke. Bukannya aku lenggek anak bini dia pun. Syukurlah takde apa-apa yang berlaku. Ini tak, nak sound-sound orang pulak. Pegi jahanamla ko dengan moto ko tuh. Biar kena lenggek dengan steamroll ke, lori najis ke, baru padan muka ko. Ko ingat ko tue sapa nak sound sampai macam tu.




Mak bapak ko je ke yang bayar road tax? Nasib baik ko tak kejar aku and tahan kereta aku ni. Kalau tak, merasa la ko kunci stereng keta aku hinggap kat kepala ko. Amarah aku terus meluap-luap. Bermacam-macam prasangka buruk terus terdetik dalam jiwa aku ni.

Bagi aku, mesti dia tengah kena kejar dengan along ke, kantoi dengan bini dia sebab pegi kelab dangdut ke dan bermacam-macam sebab lagi yang memungkinkan dia nak naik angin tak tentu pasal even terhadap benda kecik macam tue pun.

Gila kan. Aku nie memang tak boleh kalau kena sound sikit. Luarannnya mungkin tampak aku boleh bersabar dan kool. Tapi, dalamannya memang meletup la. Menyumpah-nyumpah tak tentu pasal, tak berasa yang aku di pihak yang salah dan sebagainya. Tapi, rasa yang begini tak prolong. Kejap je, sejam dua lepas tue hilang la.

Nak jadi cerita, aku terkenang pasal benda ni sampai ke malam hari tu. Tak boleh terima betul. Dah la kena sound, dengan perkataan kesat pulak tu, benda kecik je pun. Aku terus mewujudkan imaginasi-imaginasi negatif yang pelbagai untuk menghukum mat moto tersebut. Dan rasa ini terus dibawak sampai ke dalam solat Maghrib hari tu.

Dah sampai masuk ke dalam solat, memang sah-sah la tak khusyu’ solat tue kan. Nak buat macam mana, amarah aku belum puas. Dalam tengah tak khusyu’ tue, tetiba aku rasa macam khusyu’ dalam solat itu datang sekejap semasa i’tidal masa rakaat yang pertama. Aku dapat meneliti bacaan dalam rukun itu dengan tenang secara tiba-tiba. Maksud bacaan dalam i’tidal tue lebih kurang macam nie la, “Ya Allah, Engkau je yang sebenarnya layak untuk dipuji.”

Bacaannya ringkas je, tapi dah cukup untuk menghantar panahan petir tepat mengena hati nurani aku masa tue. Menusuk beb! Segala pemikiran-pemikiran negatif aku terhadap mat moto tadi tue aku rasa bagai hilang dan lesap secara pelan-pelan dengan bacaan di dalam i’tidal itu.

Ya Allah, aku zalimi diri aku dengan rasa yang sebgitu. Kerana sedikit aku dihina dan dicerca, jiwa aku nak melenting tak tentu pasal. Malah, dilayan pulak rasa itu berterusan sampai ke malam. Seperti yang diberitahu tadi, aku nie memang tak boleh kena sound sikit, hati nie akan jadi sakit sangat. Padahal, yang sebenarnya, memang penghinaan yang sebegitulah memang layak ditempelkan terhadap hamba yang tak sedar diri macam aku ni.



Cuba kalau kena puji, berbunga-bunga jiwa aku, terkenang-kenang je pujian tue. Rasa diri tu dah bagus sangat. Tapi, bila kena hina, menggelabah tak tentu pasal. Sehingga aku terlupa, aku nie cuma hamba. Hamba yang takde apa-apa. Hidup kat dunia pun menumpang sifat Pemurah Tuhan je. Dah tu, selalu pulak buat benda-benda yang Dia larang. Memang layak la kena hina sampai macam tue.

Ini tak, pujian je yang aku harapkan, penghinaan aku resahkan. Padahal tetiap hari dah akui di setiap kali i’tidal sama ada secara khusyu’ atau tak, hanya Allah je yang paling sebetul-betulnya layak dipuji. Dia je yang layak dapat pujian. Dah Dia Yang Maha Sempurna. Zat yang tak tercela walau sedikitpun. Zat Yang Maha Suci. Segala jenis puji-pujian selayaknya hanya untuk Dia je la.

Umumnya, memang normal untuk kita merasa resah dan tercabar bila kita dihina. Sebab penghinaan kan mengundang kemarahan. Imam Syafie pun pernah kata, kalau kita tak marah pada benda yang sepatutnya kita kena marah, kita ney bukannnya orang, tapi keldai. Persoalannya, macam mana kita nak handle marah yang disebabkan dari penghinaan tue. Ada dua caranya.

Yang pertama, yang macam aku buat tadi la. Menyumpah-nyumpah orang yang menghina aku tu. Simpan dalam hati lama-lama. Biar bara api tue menyala sampai tinggi menggunung. Jadikan pulak rasa marah itu sebagai dendam kesumat. Style ni adalah cara untuk mengawal marah bagi orang yang tak kenal Tuhan.

Yang kedua, ambil iktibar dari penghinaan tu. Teliti maksudnya. Kalau benar datang dari salah kita, lupakan cara teguran itu disampaikan, tapi segera bertindak untuk merubah kesalahan yang kita lakukan itu agar ia tak berulang lagi. Kalau teguran itu tak benar untuk ditempelkan pada diri kita, bersabarlah kerana sabar tue kan part of Iman. Allah pun selalu bersama dengan orang yang sabar. Style yang macam nie adalah bagi orang yang kenal Tuhan.

Kalau benar aku nie kenal Tuhan, pasti aku tak akan kenang langsung kata kesat yang mat moto tadi lemparkan pada aku, sebaliknya, ambik pengajaran yang utama dari kata-katanya itu bahawa lepas-lepas nie, bawak kereta jangan macam pelesit terutamanya masa dekat roundabout. Bahaya!

Jiwa aku kembali tenang dan kool sebaik memahami hakikat sebenar penghinaan itu. Aku segera faham, penghinaan je yang layak untuk hamba yang tak sedar diri, tak pandai berfikir dan merenung. Aku kena berusaha untuk memujuk hati ini supaya menerima kutukan dan penghinaan dengan hati yang lebih terbuka dan berhikmah di masa akan datang. InsyaAllah.

Tapi, kena ingat, penghinaan pun ada had jugak. Kalau dah intefere masuk kesucian dan keagungan Allah, agama-Nya dan rasul-Nya, kalau boleh pi tahan taknak marah, memang betul-betul keldai la.........



2 Komentar:

Marzuky Yusuf said...

kenapa gua terasa watak gua ada dlm ini story ? haha.. by the way man..u look cool that time lah..
marah tu normal..but dont let the anger get you .. ;]

Mehmed Aimi said...

ye....bla marah menguasai aku...setan pun hepi sambil nyanyi lagu 'Lagu Happy'...

Post a Comment