Aku sudah jatuh hati!
Setiap kali aku tengok dia, dia tengok aku balik. Bila dia senyum, aku pun tersenyum. Bila dia sedih, aku pun jadi takde mood. Aku bengang dengan orang yang suka buat dia sedih. Sebaik-baik manusia macam dia pun ramai jugak orang yang tak suka. Ikutkan hati, nak je belasah diorang semua.
Tapi, apakan daya, aku tak boleh. Aku hanya sekadar boleh melihat penderitaannya. Namun, aku tak kisah. Sebab aku yakin akhirnya dia pasti akan berjaya mengharunginya. Segala jerih perit kehidupan. Disakiti dan dibenci oleh mereka yang hasad. Lumrah kehidupan mereka yang beriman. Siapa dia?
Namanya Soleha.
Watak utama dalam sinetron indon yang bertajuk ‘Soleha’. Dah habis dah pun cerita tu. Cerita tu tayang dalam tahun 2008 dulu. Best oo ceritanya. Hampir setiap episod aku tak miss. Sebab aku sudah jatuh hati dengan manusia bernama Soleha itu. Dalam cerita tue, digambarkan Soleha seorang yang taat pada Tuhannya, elok budi pekertinya, baik akhlak dan ibadahnya, luhur hati nuraninya, tabah dan sabar menghadapi segala ujian di dalam kehidupan serta manis wajahnya.
Aduh! Aku benar-benar jatuh hati padanya. Tue pasal hampir setiap episod aku tak miss. Sebab dah macam dating pulak antara aku dan Soleha di setiap kali aku menonton cerita tue. Bilamana dia tengok ke depan menghadap ke kamera, aku rasa macam dia tengok aku. Bila dia senyum, aku pun tersenyum balik. Bila dia menangis, nak je aku datang pujuk. Hahaha! Gila!
Pelakon yang membawa watak tersebut bernama Marshanda. Sangkaku waktu itu, sifat Soleha itulah Marshanda, dan sifat Marshanda juga serupa dengan sifat Soleha. Sebab bagi aku, memang berjaya sungguh Marshanda melakonkan watak Soleha itu sebagai seorang wanita yang bagi aku amat sempurna untuk melahirkan zuriat yang soleh solehah serta menjadi penyejuk mata bagi seorang suami yang bergelar stranger iaitu yang beriman dan bertaqwa.
Aku benar-benar yakin Soleha itulah Marshanda. Jadi, dengan penuh keyikanan dan keazaman yang tinggi aku menyatakan hasrat aku kepada mak aku untuk memperisterikannya tatkala aku dah bergelar Attorney General of Malaysia suatu masa nanti. Hapa lagi, berasap la telinga aku mendengar leteran mak aku tuh.
“Mintak simpang laa mak dapat menantu macam tu!”
Antara ayat yang kerap diulang-ulang oleh mak bagi membantah hasrat tak logik aku tuh. Apekah? Adakah salah untuk aku berniat untuk memperisterikan wanita yang berakhlak mulia serta terserlah tawadhu’nya yang sebegitu? Adakah mak nak aku mencari seorang model iklan syampu rambut anti-kelemumur ataupun pramugari pesawat Air Asia untuk menjadi menantunya?
Kata mak, bukan bermaksud mak tak suka wanita yang solehah, tapi, Marshanda tue pelakon. Dia sekadar berlakon menjadi wanita sebaik Soleha di dalam drama tue. Berlakon je, bukan betul-betul. Komfem di dunia sebenar Marshanda langsung tak memiliki sifat-sifat Soleha.
Aku tak sangka mak sanggup assumed sebegitu rupa pada Marshanda. Kalau mak cuba nak menduga kesetiaan aku padanya dengan mengeluarkan sangkaan-sangkaan sebegitu, ternyata mak gagal. Aku benar-benar yakin yang Marshanda itu benar-benar punya perwatakan seperti Soleha.
Kata mak, Marshanda tue mana pakai tudung pun kat dunia sebenar macam Soleha dalam cerita tu. Memang dia sekadar berlakon je dalam cerita tu. Namun, tak mudah untuk aku percaya statement mak aku tue. Mana mungkin Marshanda tak bertudung. Dalam cerita tue, Soleha tue dok dalam rumah pun pakai tudung. Nak tido pun pakai tudung. Wanita yang solehah tahap tertinggi pun takdenya nak tido sambil pakai tudung kat dalam rumah sendiri dan kat dalam bilik sendiri.
Ini menunjukkan yang Marshanda sendiri seorang wanita yang bertudung. Nampak prinsipnya yang walaupun berlakon, tudungnya tetap tak akan ditanggal. Biarpun kat dalam scene tido kat dalam bilik sendiri kat rumah sendiri. Silap-silap tue, kalau ada scene mandi pun dia takkan tanggal tudung. Namun, mak cuba jugak convinced aku untuk percaya yang Marshanda tue tak bertudung. Mak pernah tengok dalam sokabar.
Tidak! Aku tak percaya! Aku tak percaya cinta. Aku tak percaya cinta. Aku tak percaya c.i.n.t.a! Marshanda bukan macam tu. Walaupun aku tak pernah jumpa Marshanda, tak pernah jugak sekelas atau satu lecture dengannya, juga tidak mempunyai nombor henfonnya, aku tetap percaya yang Marshanda tu adalah Soleha.
Tak lama lepas tue, beberapa orang member aku nie tah macam mana boleh pegi bagitau aku yang Marshanda tue bukannya macam Soleha pun. Berlakon je. Dah namanya pun pelakon. Job yang dia dapat pulak jadi watak Soleha tue, dia rembat je la. Sebab kata member-member aku tu, Marshanda ada datang Malaysia sekali dulu. Takdenya dia bertudung. Cara pemakaiannya semua sama je macam pelokon-pelakon wanita yang lain. Tapi, aku tetap tak percaya!
Masa tengah lepak tengok cerita Spongebob di suatu hari tue, tetiba je mak aku panggil. Rupanya mak aku nak menunjukkan Marshanda yang aku gila habis tue dalam satu akhbar ni. Tajuknya aku tak peduli, sebab aku pun bukannya suka nak membaca cerita-cerita pasal artis ney. Nonsense je semua tuh. Tapi, gambar yang mak aku tunjuk tue sudah cukup membuatkan aku terpegun dan kaku serta kelu tak berbicara.
Memang ada gambar Marshanda tuh. Tapi, kenapa lain? Tak macam yang dalam iaguanku selama ini. Dengar pakaiannya yang seksi giler, rambut blonde, sudah cukup membuatkan aku jadi.........
Suasana ketika itu tetiba jadi suram. Cahaya di sekeliling mulai malap, cuma satu cahaya suram sahaja yang menhala ke arah diriku. Aku dengar bunyi guruh dan petir. Gerimis mulai turun sedikit demi sedikit. Kenapa? Kenapa aku boleh tertipu? Sampai hati ko Marshanda!
Ditambah pulak di dalam sebuah sinetron yang latest punya lakonan Marshanda, watak yang dibawak olehnya dalam cerita tue memang 100% berbeza dengan watak Soleha yang sebelum ni pernah dilakonkan olehnya. Hampir tetiap scene pakaian yang dikenakannya amat tak sopan. Tensen aku. Dulunya belakon jadi Soleha, kemain baik tahap ulama’ ko ni. Memang betullah apa kata member aku tu, diorang pelakon nie pa sahaja job yang ditawarkan diorang rembat je. Bukan kira apa jenis watak pun.
Aku jadi sedih buat seketika terus pergi membawa hati yang terluka ini ke balkoni rumah sambil menyanyikan lagu rock kapak yang walaupun lagunya irama rock, tapi liriknya meleleh-leleh tahap tak boleh blah. Pelik betul, dah rock tu lirik bagi la yang ganas-ganas sikit. Ini tak, lirik macam gampang! Tapi, gampang-gampang pun aku layan gak kat balkoni tu. Layan blues punya pasal tak kisah la.
Sambil-sambil dengar tue aku pun ikut sama menyanyikan lagu-lagu cintan mabok todi tu semua. Feel beb! Namun, agak tercela sedikit mood aku nak layan blues tue bila tiba-tiba masa tengah nyanyi tue, beberapa ekor katak ikut sama join aku sekali kerana mungkin tersalah sangka yang aku di ketika itu tengah memanggil hujan. Kurang ajar betul! Agak-agak la kalau na perli pun. Aku nyanyi bukan main feeling lagi, katak-katak tuh boleh ingat aku nak panggil hujan pulak. Siap ko, raya tahun nie aku sumbat mercun papan dalam ko punya perut. Haha!
Masa pun berlalu seperti biasa. Sehinggalah pada suatu hari ni, masa tengah melepak dengan member aku nie, entah macam mana dia bagitau aku yang sekarang nie Marshanda tue dah berubah. Dia dapat tahu hal ni melaui satu artikel dalam internet. Marshanda dah betul-betul tutup aurat dengan selengkapnya. Itu memang diri dia yang sekarang. Aku yang maleh nak dengar pasal Marshanda di ketika tu langsung tak tertarik dengan statement member aku tu.
Bagi aku, tue mungkin gimik terbaru Marshanda untuk sinetron yang terbaru lakonannya. Kalau dah dasar pelakon tue, memang berlakon je lah kejenya. Maleh aku nak ambik tau.
Esoknya, member aku yang sama sent email artikel yang diberitahunya semalam tuh. Nak tergelak pun ada gak. Pe hal yang bersemangat sangat mamat nih? Aku pun bacalah artikel tersebut. Ringkasnya, Marshanda kini memang dah berubah. Dia bukan sahaja memakai tudung, malah menutup aurat mengikut yang dikehendaki syara’. Tau la kan, pakaian yang x ketat, warna yang tak terlalu menarik, tudung ke bawah bahagian dada dan sebagainya. Kira memang tutup habis lah dia punya natural ornaments.
Sambung artikel tu, perubahan Marshanda adalah kerana dia telah bermimpi yang kiamat sudah terjadi kat atas muka bumi nie sebanyak lima kali dalam lima malam yang berasingan. Bagi Marshanda, mimpi-mimpi itu benar-benar suatu petunjuk yang sudah sampai masanya dia kembali ke jalan Allah yang sebenar. Kalau ketegaq jugak, tak taulah.
Di bawah artikel terebut, member aku tu ada meninggalkan pesan. Katanya, lihatlah maha luasnya Rahmat Allah. Ia datang dengan pelbagai cara. Ia datang kepada sesiapa sahaja yang dikehendakinya. Dulunya Marshanda tue memang seorang yang liar sikit orangnya. Semua orang pun tahu. Banyak pihak marah sebab Marshanda melakonkan watak Soleha dengan baik sekali, tapi di dunia nyata, perangainya memang tak ubah macam iblis kampung. Waktu itu, Marshanda sikit pun tak kisah.
Tapi, Rahmat Allah tak mengenal siapa. Layaknya orang yang nak dapat tu adalah di bawah hak kekuasaan Allah. Kita selaku hamba tak layak langsung menghukum manusia yang lain andai mereka melakukan kesilapan dosa (except dosa yang Allah sendiri dah arahkan dihukum atas muka bumi lagi) dengan mengatakan mereka ini celaka, takkan masuk syurga dan sebagainya.
Benda-benda macam nie hanya Allah je yang tahu. Hati manusia, Dia punya kuasa untuk bolak-balikkan dengan cara yang amat senang kacang goreng sekali. Sebab dah memang milik Dia. Semuanya, yang ada di langit dan di bumi termasuk yang amat tersembunyi macam hati kita nie pun tetap adalah milik-Nya. Dia boleh buat apa sahaja yang Dia nak.
Kerana itu jangan mudah menghukum manusia. Kalau kita terlihat ada manusia yang melakukan dosa, bukan hak kita nak mencela dan menghinanya even dosa yang dibuat amatlah besar (kecuali syirik). Tugas kita seperti yang diperintah Allah dan diajar Nabi saw adalah rectify perkara tersebut. Cari jalan bagaimana nak bantu si dia untuk kembali ke jalan Allah yang sebenar.
Kerna hari ini dia berada di jalan yang salah, hari esok dia berada di jalan yang mana hanya Allah sahaja yang tahu. Kita tak tahu. Bukan hak kita pun nak ambil tahu. Hak kita adalah bantu dia untuk kembali ke jalan-Nya. Sebab diri kita nie pun kita tak dapat nak pastikan nasib kita di kemudian hari. Mungkin hari ini kita rasa kita berada di jalan yang benar. Hari esok, nasib kita tak da siapa pun yang tahu even diri kita sendiri. Hanya Allah yang Tahu.
Sebab itu orang beriman tak pernah membenci orang yang melakukan dosa. Tetapi, mereka merasa belas dan kasihan terhadap mereka yang berdosa itu bimbang mereka akan terus hanyut di dalam dunia yang salah tersebut. Kerana orang beriman itu mencintai saudaranya sama seperti dia mencintai dirinya sendiri. Di samping bimbang andai hari esok mereka sendiri akan masuk ke dalam golongan yang berdosa itu. Seperti yang dikata tadi, soal hati, hanya Tuhan yang tahu mana hala tujunya.
Kerana itu, selalulah berdoa memohon dengan sangat kepada Allah Tuhan Yang Maha Pengasih agar dipelihara hati kita ini agar tetap teguh berada di atas jalan-Nya. Janganlah ditentukan hati ini untuk terpesong. Bimbanglah dengan ketetapan Tuhan yang sedemikian kerana ketetapan Tuhan itu tak ada siapa pun yang mampu menghalang. Takutlah selalu memikirkan nasib diri sendiri yng masih tak menentu.
Tak menentu jiwa yang macam mana yang nak dibawa mengadap Tuhan di Akhirat nanti. Jiwa yang sejahtera atau jiwa yang penuh dengan noda dan dosa. Kita tak tahu semua itu. Hanya Allah yang tahu.
Maha Suci Allah kerana memilih Marshanda untuk kembali sedar akan kesiplapannya itu dan dititipkan keazaman ke dalam hatinya untuk berusaha kembali ke jalan Allah yang sebenarnya. Tak semua orang dapat nikmat yang sebegitu. Bagi yang dah dapat, perlulah selalu disyukuri dan dijaga sebaiknya agar tidak melampaui batas lantas menyebabkan Allah menarik kembali nikmat yang sangat-sangat berharga itu.
Kisah Marshanda ini sekadar salah satu contoh jalan Rahmat Tuhan yang sebenarnya amatlah banyak jalannya itu. Banyak lagi kisah-kisah teladan yang menunjukkan bagaimana Allah mahu memberikan kesedaran pada diri hamba-hamba-Nya untuk kembali ke jalan-Nya. Ambillah iktibar sewajarnya.
Demikianlah apa yang dikatakan member aku tu. Aku pun jadi terfikir sejenak. Dan terus berfikir. Maha Luasnya Rahmat Allah. Diberi kepada sesiapa sahaja yang dikehendaki-Nya. Aku jadi terfikir, sekarang nie adakah aku sedang berada di dalam Rahmat-Nya, atau mungkin sebaliknya?
Aku jadi sedih, takut dan gelisah. Memikirkan nasib diri yang masih lagi tak menentu. Hidup di dunia terlalu banyak yang dilalaikan dan dilupakan. Sungguh, kisah Marshanda ini berubah dari sebuah kisah cinta aku yang ntah hapa-hapa kepada sebuah kisah teladan yang amat memberi makna.........




2 Komentar:
wahhh...betul eyh dia dah bertudung?
tajuk xley blah...igtkn betol =P
betul laa...tp bla pkir blik...
klu kawen ngan dya...raya na kena balik indon...
mau menderita pepagi raya tuh...
hehe
Post a Comment