Sungguh, Aku Jujur...(part 3)

Dec 20, 2009

Sedang Mael sibuk mengelap meja yang baru lepas digunakan oleh sekumpulan mat-mat bangla yang bekerja di sekitar kawasan perumahan tersebut, tetiba je datang beberapa orang wanita yang masuk ke dalam kedai tersebut secara berjemaah. Bila ada aweks yang datang, selalunya Mael akan buat-buat sekilas pandang terhadap mereka. Namun kali ini lain pula jadinya. Mael tak mampu hendak membuatkan pandangannya itu sekadar sekilas mahupun berkilas-kilas. Tetapi pandangannya itu terpaksa ditumpukan kepada salah seorang daripada awek-awek yang baru datang itu.

Terpegun Mael, tak beralih pandangannya...

Wanita itu takde la cantik sangat kalau nak dibandingkan dengan awek-awek yang lain yang pernah Mael nampak sebelum ni. Tapi, entah kenapa, Mael begitu tertarik sekali dengan penampilan wanita tersebut. Di dalam kumpulan tersebut, wanita tersebutlah yang terutama sekali bagi Mael di pandangannya. Gaya penampilannya yang tak terlalu keterlaluan, nampak budi bicaranya seperti wanita yang mengenal Tuhan, benar-benar membuatkan Mael seperti tak mampu lagi untuk mengalihkan pandangannya dari wanita tersebut.

“Mael! Kau buat apa dok tercegat dekat meja tu, pegi la ambik order akak-akak tu cepat,” jerit Makcik Semah yang bertugas sebagai cashier di kedai tersebut. Terkejut Mael serentak keluar terus dari lamunannya. Geli hati Mael bila mendengarkan Makcik Semah menggelarkan awek-awek tue semua sebagai ‘akak’. Adakah Makcik Semah tak sedar diri yang dia tue nampak lebih old skool kalau nak dibandingkan dengan wanita-wanita yang baru diushanya tadi. “Ok Makcik,” jawab Mael ringkas.

Berdegup-degup jantung Mael tatkala berjalan menuju ke arah meja di mana sekumpulan wanita tadi duduk. Lebih kencang degupannya pabila melihat awek yang di’admire’nya tadi turut memandang ke arahnya. “Makan apa cik?” tanya Mael dengan selamba sambil mengawal emosinya. Seorang demi seorang daripada mereka meminta order masing-masing. Namun, tumpuan Mael lebih kepada wanita yang menarik perhatiannya sebentar tadi. Walaupun tangan Mael lancar menulis semua order daripada semua awek-awek itu, namun telinga Mael lebih tak keruan menanti wanita yang diminatinya itu untuk bersuara meminta order.


Wanita itu sahaja yang dalam pandangannya...

Tambah perit penantian Mael melihatkan wanita tersebut yang terakhir sekali untuk meminta order. “Kita semua dah order, awak nak makan apa?” tiba-tiba salah seorang dari mereka menegur wanita itu. “Bagi saya lontong dengan milo tarik,” pesan wanita itu ringkas kepada Mael. Punyalah terpegun Mael tatkala mendengar alunan suaranya yang baginya begitu lunak sekali. Tiba-tiba dia termasuk ke dalam dunia yang lain yang mana langit bertukar menjadi kaler pink, burung-burung berkicau riang di sana sini, terdengar jugak deruan bunyik air sungai meniti di bawah jambatan kasih yang baru hendak dibina Mael menghubungkan hatinya kepada hati wanita itu.

“Bang, dengar tak apa dia mintak!” Belum sempat projek pembinaan jambatan itu siap sepenuhnya, tiba-tiba sahaja Mael terpaksa keluar dari lamunannya secara terpaksa apabila suara salah seorang dari kawan wanita itu memecah damai mimpi indah Mael. “Ye, saya dengar. Lontong, milo tarik kan?” tanya Mael kepada wanita itu dengan harapan wanita tersebut bersuara sekali lagi mengiyakan pertanyaannya. Namun, wanita tersebut sekadar menganggukkan kepalanya tanda setuju dengan order tersebut.

Mael pun beredar dengan perasaan sedikit kecewa kerana tak dapat mendengarkan alunan suara wanita itu buat kali yang kedua. Namun, Mael tak berputus asa. Dia segera memberikan order tersebut kepada tukang masak, Makcik Kamaliah, seraya berkata, “Makcik, order yang nie biar saya yang hantar tau.” Makcik Kamaliah diam tanpa berkata apa-apa dan terus menyiapakan apa yang tertulis di dalam kertas order itu. Bagi Mael, dia terpaksa refer kepada kata orang tua-tua, ‘diam tu tandanya setuju’.

Nak buat macam mana, Makcik Kamaliah tu memang misteri sikit. Tau buat kerja je, tapi tak pernah bercakap. Nak tak nak, Mael terpaksalah menunggu sendiri Makcik Kamaliah menyiapakan segala order semua tu. Namun, panas yang diharap sampai ke petang, rupa-rupanya hujan di tengah hari. Tiba-tiba je perut Mael buat hal. Nak melepas bom la pulak. Time-time kritikal macam nie la perut nak buat hal. Baru Mael teringat, sesampainya dia di kedai itu pagi tadi, terus dia membedal nasik lemak free yang disubsidisekan oleh Pak Harun buat semua pekerjanya.

Dah lah dua pinggan, penuh dengan sambal, ditambah pulak dengan teh o kaw, memang tak hairan lah secara spontan je perut Mael memulas tanpa mengeluarkan sebarang isyarat kecemasan. Serba salah Mael dibuatnya, kalau nak pergi ‘bank’ untuk melabur kompom miss punya nak hantar order tadi kepada wanita yang diminatinya itu. Kalau nak ditahan dulu niat qada hajat tersebut, mau terseksa batin Mael dibuatnya. Angin yang terhasil dari perutnya pun dah cukup dah nak mengungkap berapa banyak telur yang Mael dah telan bersama nasik lemak dua pinggan tu.

Mael terpaksa mengalah, sebelum lebih banyak lagi perkara-perkara yang memalukan bakal terjadi, lebih baik dia melepaskan segala apa yang terbuku di dalam perutnya yang tak berapa besar tu. Cepat-cepat Mael menuju ke arah jamban yang disediakan di belakang kedai Pak Harun dengan harapan sempat jugak laa nak jumpa lagi sekali wanita yang diminatinya itu. Akan tetapi, dua pinggan nasik lemak yang ditelannya itu merupakan suatu fakta yang amat menyedihkan. Punya la lama Mael terpaksa terperuk di dalam bilik termenung tuh. Namun, harapan Mael tak pernah luntur.


Bila dah tahan hajat, tau sendiri la seksanya...

Setelah settle segala-galanya, Mael segera berjalan menuju ke hadapan. Alangkah terkejutnya Mael apabila semua awek-awek tadi termasuk wanita yang spesel itu telah pun lesap dari pandangannya. Yang tinggal hanyalah pinggan serta cawan dan sisa-sisa makanan yang nampaknya baru tak sampai lima menet berjaya dihabiskan. Betapa menyesalnya Mael kerana terlalu menurutkan sangat hawa nafsunya pagi tadi yang sanggup membedal dua pinggan nasik lemak tanpa memikirkan langsung akan akibat jangka panjangnya.

“Kau tercegat apa lagi, pegila kemas meja tu,” herdik Makcik Semah yang datang secara tiba-tiba dari arah belakang. Ikutkan hati, nak je Mael lempang muka Makcik Semah tuh. Orang dah la tengah tensen, bengang dan menyesal, tak pasal-pasal pegi sound pulak, cari nahas la tu. Kalau tak memikirkan nasib Makcik Semah yang ditinggalkan suaminya itu, takdenya Mael nak membatalkan niatnya untuk melempang Makcik Semah.

Malam itu, Mael melepak sekali lagi bersama teman akrabnya, Amin, dengan niat hendak menceritakan perihal wanita tersebut. “Ko tau tak Min, pagi tadi, aku rasa aku dah jumpa puteri idaman aku tau,” kata Mael memulakan discussion. Amin yang memang pantang mendengar orang bercerita pasal perempuan, segera menunjukkan minatnya, “Iye ke? Cerita la sikit.”

Mael menceritakan segala apa yang berlaku pagi tadi dengan penuh teliti tanpa meninggalkan sebarang point pun. “Nak kata dia cantik, seingat aku dah banyak dah perempuan yang lagi cantik dari dia aku dah pernah tengok. Tak tau la apsal dia nie betul-betul menarik minat aku,” kata Mael menghabiskan ceritanya. “So, ko mintak tak nombor dia?” tanya Amin. “Giler ko, segan ah. Tak pasal-pasal nak mintak nombor dia apa kes? Dah la aku tak kenal dia, dia pun tak kenal aku. Buat malu je. Kang, free-free aku dapat pelempang,” terang Mael.

“Itu la masalah ko. Segan tak bertempat. Ko dah jumpa yang teristimewa tu, rembat je la. Jangan segan-segan, nanti ko jugak yang menyesal. Aku kekadang naik tak paham ngan ko ni. Ko bukannya tak hensem, kalau tak, takkan la sikit punya ramai secret admire ko kat sekolah dengan kampus nie. Yang tak secret pun banyak gak kan. Anisah yang cun nak mampos tue pun syok kat ko dulu before dia dah ada boyfriend, selamba je ko bolayan kat dia. Sekarang nie, ko dah jumpa yang berkenan pun still tanak ambik peluang. Tak jantan la ko ni,” terang Amin panjang lebar.

“Alah, fitrah lelaki la ada perasaan minat kat perempuan. Tak semestinya aku minat kat seseorang tu aku nak kena tackle dia terus. Itu bangang namanya, kenal apa pun tidak terus nak propose je. Benda-benda camni, bukan sekarang la masanya untuk aku fikirkan. Dah sampai masanya nanti, baru la aku nak pulun. Anisah? Yang suka pakai baju ala-ala supermodel tu? Ko gile nak suruh aku kapel ngan dia. Aku tengok dia dari jarak seratus meter pun aku rasa dah macam aku nie suami dia sebab shape dia tu aku dah boleh agak dah. Dah la….” Terang Mael kepada Amin.


Discussion yang seterusnya tak dapat nak disiarkan secara detail oleh sebab nak menjaga maruah dan kehormatan Anisah itu sendiri. Mael sudah cukup matang sebenarnya untuk menentukan hal-hal yang sedemikian. Baginya, masa sekarang amatlah tidak sesuai untuk mencari pasangan hidup. Banyak masalah yang bakal dihadapi di hari muka. Bimbang masalah itu bakal berlaku, lebih dia mengelakkan diri sahaja.

Di suatu hari, di kala Muadzin melaungkan azan menandakan masuknya waktu Zuhur…

Bersambung…

0 Komentar:

Post a Comment