Menunggu Bas
Sudah menjadi kebiasaan bagi aku ketika belajar di Sungai Petani suatu ketika dahulu untuk menggunakan khidmat bas Transnasional tersebut bagi memudahkan perjalanan pulang ke kampung halaman dari Butterworth ke Parit Buntar. Dari Sungai Petani ke Butterworth pulak aku akan menggunakan khidmat Bas City Liner yang masa hujung-hujung semester last aku kat Sungai Petani tu, diorang dah guna bas baru. Bau air-cond pun still bau-bau kedai lagi.
Namun, hari tersebut bukanlah hari yang elok bagi aku. Aku dirundung beberapa masalah kecil yang sengaja diperbesarkan, dah la earphone henset tetiba rosak, nak dengar mp3 pun tak boleh, ditambah pulak dengan schedule bas yang tak menentu, sikit punya lama aku menunggu kat perhentian Butterworth tuh. Ntah apa-apa, sediakan la bas banyak sikit, takde la nak nyusahkan aku berdiri lama-lama kat depan tangga nak pegi ke jeti feri tuh.
Sekonyong-konyong aku melabuhkan punggung ke atas seat bas yang kelihatannya seperti seat yang dah lima belas season tak bertukar, meter ketensenan aku ditambahkan lagi dengan sikap driver bas yang nak menunggu sampai bas dia dah betul-betul penuh baru nak jalan. Aku cuba sedaya upaya untuk menenangkan kembali jiwa aku ni dengan menutupkan mata dan menyanyikan dua tiga buah lagu yang aku ingat liriknya dari mula sampai habis dalam mode senyap.
Nak masuk lagu yang ketiga, aku bukak la balik mata ni sebab boleh tahan lenguh jugak la nak memejamkan mata ni deliberately. Mangkuk tingkat betul! Tak jalan-jalan jugak bas ni. Yelah, penumpang pun aku tengok rasanya tak sampai sepuluh orang pun. Tensen! Aku potong wayer brek tue kang, tak pasal-pasal dengan aku-aku sekali masuk paper muka depan akhbar Utusan esoknya. Apa lagi yang boleh aku buat, duduk dan diam sambil buat muka kerang busuk je la.
Sesekali problem yang aku baru je hadapi sebelumnya datang menyapa pemikiran aku. Jiwa kacau betul la time tue. Tak senang duduk betul dibuatnya. Nak mereleasekan tensen aku tu, aku pun mulalah berkhayal tak tentu pasal. Bermimpi seakan-akan Nasha Aziz dengan Intan Azura bergaduh tak tentu pasal sebab berebutkan aku. Syok gak la, pergaduhan mereka itu mendapat liputan luas media tanah air. Masuk Melodi, Galaksi, URTV, Mangga dan sebagainya. Tengah aku asyik melayan mimpi yang agak tak matang tu, tiba-tiba ak tersedar yang ada seorang kanak-kanak perempuan yang naik ke atas bas itu.
Gayanya tak macam nak tumpang bas tue pun. Dengan kusut-masainya, rambut pun tak terurus, muka pun macam baru lepas kena kena marah dengan bapak dia. Aku usha la budak tu dari belakang. Tiba-tiba dia terus menerpa ke arah salah seorang penumpang di bahagian hadapan dan menghulurkan tangannya kepada penumpang itu. Laa, pemintak sedekah rupanya. Biasa la, kekadang ada je budak-budak naik bas sekejap nak mintak sedekah kat para penumpang dalam bas tu.
Budak yang tak terurus
Aku punya mintak la sangat-sangat dalam hati ni, mintak jangan la budak tue datang dekat aku. Dah la otak aku tengah serabut ni, amatlah tidak sesuai jiwa yang begini melayan kerenah kaum yang kurang bernasib baik semacam itu. Aku saja-saja buat tak nampak kat budak tu dan memalingkan wajahku ini ke arah tingkap, muka aku ni pun muka tingkap, sesuai la sesangat.
Namun, aku ternampak jugak telatah budak tersebut. Nampak gayanya hasil pungutannya di dalam bas ni kurang memberansangkan. Hampir kesemua penumpang di dalam bas buat tanak layan dekat budak tu. Kesian la pulak. Tapi, ketensenan di jiwa ini sedikit sebanyak menghapuskan rasa kesian itu. Dan hati terus merayu supaya jangan la budak tu datang kat aku. Dan akhirnya, rayuanku itu sia-sia belaka. Budak permpuan itu datang jugak padaku.
“Bang, duit sikit,” kata budak tu ringkas. Aku sekadar mengangkat tangan dan menunjukkan isyarat ‘takde duit’ kepada budak tu, bukan isyarat lucah mahupun isyarat mencarut ek. Sekali budak tu taknak blah la pulak. “Tolong la bang, sapa pun taknak bagi duit kat saya hari ni,” kata budak tu penuh dengan kejujuran. Aku yang masih menurutkan amarah jiwa ni segera membengiskan sedikit raut wajah ini dan menggelengkan kepala namun aku masih membisu seribu bahasa, bimbang kalau aku bersuara di tengah ketensenan ni, aku tak mampu nak berbicara dengan hikmah dan sabar.
“Tolong la bang, seringgit ja,” kata budak tu. Kali ni, nadanya tersekat-sekat. Aku tengok matanya dah macam dah berair sikit. Alamak, jangan la nangis pulak. Kat orang lain ko tak nangis pun, mana aci camni. “Nak minum air je bang,” katanya dengan nada yang comfirm macam nak nangis. Kesian la pulak tengok keadaannya macam tu. Tapi, aku tak tau kenapa, kuat betul hati ni memujuk supaya jangan mengendahkan budak tu. Setelah apa yang aku lalui hari ni, dengan segala ketensenan, aku memang takde mood nak buat apa-apa kebajikan.
“Aku kata takda, takda laa!” kataku sedikit meninggi suara. Terkejut budak tu dibuatnya. Terus aku memalingkan wajahku darinya dengan muka yang teramat bengang. Dan caraku ini berjaya membuatkan budak tersebut blah dari pandangan aku. Puas hati aku. Tapi, aku ternampak budak tu berhenti sekejap di muka pintu bas. Dia memandang semula ke arahku dengan wajah yang cukup……… Cukup membuatkan aku menyesal dengan apa yang telah aku perlakukan kepadanya. Kejap je dia pandang aku, kemudian segera dia turun dari bas tu sebab driver bas pun dah siap sedia nak jalan.
Bengang!!!
Dan bas pun jalanlah dengan jayanya. Aku pulak terus melayan rasa bengang tak tentu pasal di sepanjang perjalanan yang memakan masa hampir sejam itu. Tiba-tiba, datang seorang pakcik konduktor bas kepadaku meminta tiket bas untuk di’verified’kan. Aku pun tercari-cari di poket yang mana aku letakkan tiket bas ni. Kedua-dua belah tangan aku liar mencari-cari tiket tersebut. Dan sememangnya tiket tersebut berada di salah satu poket seluar aku. Namun, aku agak terkejut bila mendapati di poket yang satu lagi terdapat sehelai wang kertas bernilai RM1. Secara spontan, daripada not satu ringgit itu aku terbayangkan renungan mata kanak-kanak peminta sedekah yang aku dah sound masa kat perhentian Butterworth tadi.
Renungan mata yang penuh dengan harapan, kesedihan dan kekecewaan. Ya Allah! Apa yang aku dah buat ni? Rasa bersalah yang teramat sangat tiba-tiba menyelubungi jiwaku. Di kala itu juga aku teringatkan alunan bacaan ayat ke sepuluh Surah Ad-Dhuha yang sering aku baca masa Solat. Ayat yang melarang manusia mengherdik orang-orang yang meminta. Ayat tersebut benar-benar menghentam jiwaku, macam batu besar yang tiba-tiba turun dari langit jatuh tepat ke atas dadaku.
Segala masalah yang menyelubungi aku tadinya hilang begitu sahaja dan kini pemikiranku hanya tertumpu kepada kanak-kanak perempuan yang meminta-minta itu. Apa yang susah sangat sekadar nak memasukkan tangan ke dalam poket untuk mengambil wang seringgit dan memberikannya kepada budak itu? Dan kenapalah bangang sangat aku menggantikan perbuatan yang mulia itu dengan meninggikan suara kepadanya?
Bukan begini sifat seorang hamba. Bukan begini sikap umat Nabi saw. Sesusah-susah Nabi saw dulu pun boleh berkongsi semangkuk susu dengan 70 orang fakir miskin. Inikan pulak aku yang hidup lengkap serba-serbi. Boleh pulak aku bersikap sombong dengan makhluk Tuhan yang lain yang kurang bernasib baik. Dekat seminggu jugak la aku menyesali akan perbuatan celaka aku tu. Sedih yang teramat sangat. Kalau la hati yang suka mengikutkan amarahnya yang begini yang aku mahu bawa berjumpa dengan Tuhan kelak, pasti hancurlah aku.
Ya Allah, Kau lindungilah kanak-kanak itu. Belalah nasibnya kerana tiada pembelaan yang lebih baik daripada pembelaan-Mu. Amin…
“Dan terhadap orang-orang yang meminta-minta maka janganlah kamu mengherdiknya.”
Ad-Dhuhaa:10
2 Komentar:
Mukmin, akak pun biasa juga dengan bus station Butterworth tu. Boleh kata tiap-tiap kali naik bas, mesti ada budak yang tak terurus macam tu naik minta sedekah. Buat muka sayu dan kesian, merayu-rayu. Sometimes diorang agresif juga, bawa pelekat, paksa kita beli.
Jangan tak tahu, sebenarnya budak-budak peminta sedekah kat stesen bas Butterworth ni ada mak bapa. Tapi mak bapa diorang tak bekerja, sebaliknya suruh anak-anak pergi minta sedekah. Ada juga yang memang anak yatim, tapi penjaga diorang paksa pergi minta sedekah. Kalau kutipan hari tu tak mencukupi, budak-budak ni kena pukul, tak diberi makan.
Kita memang kesian. Kalau bagi sedekah, duit tu sampai kat mak bapa or penjaga budak tu. Diorang ni memang hampas nak kena laknat dengan Tuhan sebab malas bekerja dan perlakukan anak kecil macam tu. Kalau tak bagi sedekah, balik rumah nanti budak tu kena belasah.
TV3 pernah buat special report pasal budak-budak peminta sedekah kat bus stesen Butterworth tu. Tapi tak tahu apasal pihak berkuasa pejam mata aje sampai sekarang.
Itu la pasal kak..kejam tak kejam nya saya ni...
dah la saya tak bagi langsung barang seringgit dua kat budak tu...saya pegi sound dia pulak...ntah-ntah dia balik rumah kena sound pulak dengan mak bapak/penjaga diorang yang takde hati perut tuh...
...tensen gak sebenarnya...memiliki hati yang tak mampu melawan rasa marah dan bebal/moody...bila benda-benda camtu dah control hati...susah sangat nak buat kebaikan...
Tuhan dah terang-terang ingatkan supaya jangan berkasar dengan orang-orang camtu...hati ni tak nak jinak jugak/....nie la akibatnya kalau hati dah jauh sangat dari Quran & Sunnah...
Post a Comment