Atas alasan bangang yang demikian, maka aku tak pernah langsung mematuhi seruan mak aku untuk itu. Tapi mak aku tetap mengingatkan benda yang sama hampir setiap malam-malam yang mana aku menginap di rumah. Time cuti la selalunya. Dan hampir setiap malam jugalah aku memekakkan telinga dan buat-buat tak dengar akan pesanan mak aku itu.
Walaubagaimanapun, pesanan tersebut terpaksa aku praktikkan sewajarnya seandainya pada pagi esoknya ada game bola sepak yang mana team favourite aku yang main iaitu Chelsea FC. Selalunya UEFA Champions League punya game la sebab liputan secara langsung selalunya memang berlangsung pada pukul tiga empat pagi. Kalau ada game, awal je aku tido malam dengan harapan esok pun dapat gak bangun awal. Giler kalau miss, rugi ooo.Dan sememangnya pesanan mak aku itu benar-benar berlaku. Tido awal, maka bangun pun awal.

Tapi, aku tak pernah mempraktikkan tips dari mak aku tu dengan berobjektihkan untuk melaksanakan apa-apa ibadah sunat mahupun sekadar Zikir Fatimah. Akan tetapi, semuanya kerana Chelsea. Yang bestnye tu, kadang-kadang game habis dalam pukul lima. Ada lagi masa untuk aku siapkan diri untuk buat Solat Sunat Tahajjud. Malangnya, hati ini lebih berkenan untuk sambung balik tido seterusnya menggajahkan waktu Subuh seperti mana biasa.
Aku betul-betul tak paham dengan rasa jiwa ini. Kenapa aku rasa sangat berat nak bersusah payah kepada sesuatu perkara yang boleh mendatangkan faedah kepada aku, tetapi aku rasa sangat ringan untuk nak bersusah payah kepada sesuatu perkara yang hanya sekadar hiburan kosong dan tak mendatangkan apa-apa faedah langsung kepada aku.
Bila Chelsea menang, aku yang terlebih hepi berbanding Frank Lampard mahupun Nicholas Anelka. Padahal, aku tak dapat apa-apa pun kalau Chelsea menang. Kalau Chelsea kalah pulak, mau seminggu aku moody tak tentu pasal. Akal aku jadi macam tak betul la dengan benda-benda nie semua.
Sebenarnya aku tahu, aku boleh je nak bangun tengah-tengah malam buta di kala orang lain semua sedang asyik dibuai mimpi, merempit, clubbing dan sebagainya. Tapi aku betul-betul tak paham, kenapa kerana nak tengok bola je yang aku sanggup, tapi untuk beramal ibadat aku rasa culas sangat. Padahal prinsipnya sama je, tido awal, set jam, bangun tiga empat pagi, remain until subuh. Namun, bila nafsu yang command akal dan jiwa pun senang dengannya, Iman pun jadi tersisih la.
Yang nak menimbulkan rasa sanggup untuk bangun untuk beramal Ibadat di tengah malam adalah kerana rayuan Iman yang mendambakan kasih sayang Tuhan. Bila Iman disisihkan oleh hati dan akal, dah elok-elok bangun pun, ada lagi masa untuk bersiap untuk Tahajjud, sanggup tido balik. Kuat betul ransangan nafsu ni, sampai tak bagi langsung ruang untuk Iman. Kekadang nyesal gak tak join kem ESQ dulu sebab orang kata, kem tue mampu meransang Iman.
Mungkin sebab tak nampak secara nyata dosa, pahala, syurga dan neraka kot yang jadi macam tu. Kalau dah nampak, comfirm tiap-tiap malam aku sanggup bersengkang mata demi mencari Redha Tuhan. Tapi, masalahnya, bila dah nampak semua yang ghaib tu, time tu dah takde can dah nak bertaubat, beramal apa semua. Tinggal boleh nak menyesal je. Hmm, sesungguhnya sesalan di Akhirat adalah sesalan yang tak berkesudahan. Boleh tau sendiri la macam mana rasa menyesal tu kan.
Terseksanya jiwa, macam dulu time dapat result SPM, sikit punya menyesal aku sebab tak belajar rajin-rajin time nak exam dulu. Menyesal giler, tensen, bengang, malu, semuanya bercampur baur dan ini benar-benar membuatkan jiwa jadi terseksa dan tak tenang. Tapi, sesalan tue tak selamanya dan ianya berkesudahan sebab ianya sekadar penyesalan di dunia dan sekarang perkara tersebut tak menghantui lagi jiwa aku nie.
Berbeza di akhirat, penyesalannya tak berkesudahan, malah lebih memeritkan. Ditambah pulak dengan rasa nak dicampak masuk ke dalam api neraka. Pastilah jiwa akan lebih terseksa. Namun, apa nak buat, dah begitu perjanjiannya. Masa di dunia diguna sewajarnya, maka di Akhirat kelak hepi la kita. Tapi kalau kat dunia kita asyik lalai je, dengan bola la, awek la, enjoy sana sini la, mana boleh nak dapat bahagian kat Akhirat. Kat dunia kita dah enjoy habis, cukup laa.
Semoga penulisan kali nie dijadikan pengajaran buat semua, terutamanya AKU………

1 Komentar:
Sangat rugilah orang muda yang mensia-siakan usia mudanya dengan dunia semata-mata.
Semakin lanjut usia, makin banyak tanggung jawab, makin sibuk, dan semakin kurang masa untuk memperbanyakkan ibadah.
Apatah pula kalau zaman mudanya dah banyak bergelumang dengan dosa, entah sempat atau tidak nak bertaubat kesemuanya ketika usia makin menginjak.
Itupun kalau ada rezeki umur panjang dan saki baki kesihatan yang masih mengizinkan. Kalau Allah panggil sebelum sempat berat neraca kanan, atau kalau Allah tarik nikmat kesihatan, apalah nasib kita di negeri baqa' di sana.
(peringatan untuk diri sendiri juga)
p/s: Nice entry! :-)
Post a Comment