
Astro ada menyiarkan saluran Astro Aruna yang mana saluran ini hanya memaparkan rancangan sinetron-sinetron indon semata-mata. Aku memang tak minat langsung channel ni. Namun, oleh sebab fitrah mak aku yang suka sangat menceritakan sinopsis-sinopsis cerita Indon yang ditontonnya melalui channel Aruna itu tanpa kupinta, makanya aku juga turut terambil tahu sedikit sebanyak sinetron yang terdapat dalam saluran tersebut. Dalam banyak-banyak sinetron yang diceritakan oleh mak aku, terdapat sebuah sinetron yang secara disengajakan, telah menarik perhatianku. Tajuknya, ‘Nyonya-nyonya Sosialita’.
Secara ringkasnya, cerita ni mengisahkan sekumpulan kaum isteri yang cun-cun belaka, yang cuba untuk memastikan yang suami mereka tu tak cari perempuan lain. Tak kisah la, buat isteri nombor dua ke, perempuan simpanan ke, ataupun sekadar seorang geisha. Macam-macam cara la yang telah dilakukan oleh kumpulan wanita ini hasil daripada perbincangan yang telah dilangsungkan untuk memastikan objektif mereka itu dapat dicapai dengan jayanya.
Buat pembedahan plastik la, sedut lemak la, dress up seksi-seksi la, memang cun habis wa cakap lu. Aku pun ada tengok satu episod gak ari tu sebab dah boring sangat tak tau nak buat apa. Memang cun giler pelakon-pelakon yang dipilih untuk memainkan peranan sebagai isteri-isteri vogue itu. Tak terkedip gak la mata aku yang liar ni melihatkan kejelitaan mereka. Last-last, laki diorang cari perempuan lain jugak. Alasannya, walaupun isteri diorang tu dah cun habis, shape badan pun macam supermodel, tapi, diorang dah tua. Suami-suami ni semua nak cari yang muda.
Cilake betul. Dah cantik giler macam tue pun nak cari lain ke, bisik hatiku. Tak syukur nikmat betul, bini dah penat-penat buat itu ini semata-mata nak menyedapkan pandangan diorang, sardin je diorang boleh terpikat jugak dengan perempuan lain. Aku yang dah naik geram ni, terus menyuarakan rasa tidak puas hatiku kepada mak aku terhadap jantan-jantan tak guna tu. Mak aku pun segera berkata, “Inilah yang dinamakan nafsu.” Terdiam aku tatkala mendengarkan penerangan mak aku tu. Betul jugak apa yang dikata. Semuanya kerana nafsu.
Terus aku teringatkan balik dialog-dialog ilmiah antara aku dengan beberapa orang member yang sebaya dengan aku berkenaan dengan macam mana nak atasi masalah remaja lelaki sekarang ni terhadap masalah-masalah seperti suka tengok video porn, kuat mel****p, suka melayan hawa nafsu dengan ringan-ringan bersama awek mahupun pelacur-pelacur tambang murah dan sebagainya. Kebanyakan daripada mereka menyatakan bahawa kahwin je la jalan penyelesaiannya.
Dulu, aku memang setuju dengan jalan penyelesaian itu, tapi, lepas aku tengok cerita sinetron terbabit, aku mula sedar yang kahwin, bukan jalan penyelesaian pada masalah nie semua. Takkan nafsu shahwat nie terbatas hanya sampai kahwin je? Kalau tak, takkan la banyak sangat kes-kes jenayah rumah tangga berlaku di dalam masyarakat hari ni.

Salah satu contoh darinya, suami-suami banyak yang nak berpoligami kerana nafsu. Hasilnya, poligami itu langsung tidak praktikal dari objektif asalnya untuk membela nasib wanita. Akhirnya rumahtangga yang pertama jadi porak peranda. Penceraian di kalangan pasangan yang baru kahwin, jangan cakap la. Tengok je la artis-artis kat Malaysia ni punya perkahwinan. Banyak yang tak kekal lama. Ada yang tak sampai setahun, ada yang tak sampai sebulan, paling best sekali, ada yang tak sampai seminggu. Gila betul, entah-entah hutang majlis kahwin pun tak settle lagi.
Sekarang nie pulak, tambah kacau lagi dengan isu pasangan yang masih lagi bergelar isteri orang mahupun suami orang tapi tetap mahu mencari pasangan yang lain yang tidak halal baginya untuk dicampuri. Ada jugak kes suatu ketika dulu, ibu yang dah ada lima orang anak boleh pulak ditangkap khalwat dengan jantan lain.
Ape kejadahnye semua ini? Sepatutnya perkahwinan perlu lebih praktikal untuk mengawal hawa nafsu pasangan. Last-last, ini pulak yang jadi. Kat Malaysia ni, Alhamdulillah la benda-benda nie semua masih dipandang sebagai absolutely celaka. Tapi, kalau kat barat, benda-benda ni semua dah kira biasa la.
So, berbalik kepada sinetron tadi, pokoknya lelaki masih lagi nak kan wanita yang lain biarpun isterinya dah cun giler dan itulah fitrahnya. Teringat aku lirik sebuah lagu yang dipopularkan oleh kumpulan Samsons yang berjudul Naluri Lelaki. Liriknya camni, “Naluriku sebagai lelaki, membuatku menginginkan, berjuta wantia di sisiku.” Hah! Memang kena sangat la atas kepala jantan-jantan di dunia semua. Memang naluri lelaki, bukan takat nak beristeri empat, tapi kalau boleh nak lima, enam, tujuh, kalau boleh semua la wanita yang ada kat atas muka bumi ni.
Itu sebenarnya naluri lelaki, sentiasa tertarik dengan wanita Semua macam tu. Benda pertama yang Allah swt sebut sebagai yang memikat hati lelaki pun wanita. Dan nafsu pulak akan push kehendak tersebut menjadi ganas dan tidak terbatas. Aku pun macam tu la. Kehendak hati nak kan wanita macam Cindy Crawford sebagai teman. Di sudut lain nak pulak wanita macam Charlize Theron. Kekadang nak yang macam Diana Danielle pulak. Hmm, kesan dari nafsu dan mata yang tidak terjaga, jadilah kehendak gila yang sebegini.
Atas kehendak yang sebeginilah pelacuran dianggap sebagai benda yang relevan di sesetengah negara yang diperintah raja yang bukan Islam. Sebab memang jelas fitrah lelaki itu inginkan wanita yang pelbagai sebagai teman. Bukan statik je pada wanita yang seorang. Hari ni dengan perempuan yang ini, esoknya dengan perempuan yang lain, kepuasan namanya tu. Isteri-isteri memang tak boleh kata apa la sebab kalau mengamuk, lagi la suami diorang nak cari perempuan lain.
Maka, sistem masyarakat pun huru-hara jadinya. That’s why di barat, kalau tak kahwin pun lelaki dan perempuan yang bukan mahram dah boleh duduk serumah dan buat apa-apa yang sepatutnya suami isteri je boleh buat, kalau kahwin pun nak buat apa, buat susah je.
So, Islam tu kiranya menyekat fitrah manusia ke? Ye lah, zina tu kan dosa besar, maksudnya dalam Islam, nak menyempurnakan kehendak nafsu tu hanya selepas kahwin, takde perzinaan, takde pelacuran, dan sebagainya. Tersekat la kiranya fitrah tu. Kan ke Islam tue agama yang universal? Kena la sentiasa sesuai dengan fitrah manusia.
Benda yang paling penting sekali yang perlu kita ingat adalah Islam datang dengan medium Iman. Dengan Iman, sekecil-kecil kelompok pertama Muslim di Makkah dulu mampu bertahan. Dengan Iman, jiwa Muslim jadi teguh dan kuat. Dengan Iman, adanya keyakinan pada kebesaran dan keesaan Tuhan. Iman tu sendiri dah menyempurnakan fitrah manusia yang paling utama ada pada semua manusia, lelaki dan perempuan, iaitu, fitrah rasa bertuhan.
Apa yang kita tahu, yang paling jelas sekali, hakikat diri manusia ada hati, akal dan nafsu. Akal tu tapak jatuhnya hidayah dn taufik yang akan membina Iman di hati dan nafsu pulak musuh kepada Iman. Iman tak bermusuh kepada nafsu, tapi Iman gunanya untuk mendidik nafsu agar sentiasa kena dengan kehendak Tuhan. Iman dan nafsu kedua-duanya berfungsi menggalak akal untuk formulate idea. Dan Islam lah yang memberi garis panduan bagaimana nak menyuburkan keimanan di dalam jiwa.
Dengan Iman, nafsu dan fitrah lelaki yang inginkan teman itu tetap dapat dilayan, tapi dibatas agar selari dengan kehendak Tuhan. Dengan Iman jugaklah keterbatasan yang ditetapkan itu langsung tak membuatkan tuan punya jiwa rasa fitrahnya disekat. Sebab dengan adanya Iman, hati akan mudah faham dengan kehendak Tuhan.
Begitulah tugas lelaki yang sepatutnya untuk mengawal nafsu agar tidak terlalu biol nak menyempurnakan fitrah dirinya secara membabi buta. Suburkan Iman di jiwa, nescaya nafsu tue dapat dikawal. So, kahwin bukan jalan penyelesaian masalah kaum Adam yang suka memuaskan nafsu dengan mata, tangan dan sebagainya. Sebab kahwin merupakan salah satu cabang dalam Islam yang cukup luas sebenarnya, bukan sekadar nak memuaskan nafsu semata-mata. Ia merupakan satu tanggungjawab yang cukup besar.
Jadi, di masa remaja lah lelaki sepatutnya menyuburkan Iman di hati dan mendidik nafsunya. Sebab time remaja ni la nafsu akan memberontak tahap extravaganza. Kalau mampu dididik dan dibentuk di masa ni, dengan Iman dan jalan yang betul, mesti masa yang ke depan nanti jiwa takkan mudah tertawan dengan pujuk rayu nafsu lagi. Maka, takdelah masalah nak cari perempuan lain tak tentu pasal masa dah kawin nanti. Secara tak langsung perkahwinan tu akan jadi lebih kena dengan kehendak Tuhan dan didikan Rasul saw.
Kuatkan mujahadah melawan nafsu, usaha jauhkan diri dari perkara yang boleh mencampakkan kita ke lembah maksiat, bergaul rapat dengan orang-orang soleh, last sekali jangan la pernah gembira dan bangga dengan dosa-dosa yang pernah dilakukan.
Ancaman nafsu amatlah merbahaya dan mampu membuatkan jiwa yang kurang menghayati perasaan bertuhan untuk menjadi kucar-kacir. Matlamat yang jelas pun akan menjadi kabur, prinsip hidup akan tercela, tambah merosakkan, hati dan jiwa boleh jadi buta. Demikianlah fitrahnya nafsu, macam seekor singa yang ganas. Kalau dibendung dia kan meronta, kalau dilepas dia kan menggila, kalau dididik pun dia tetap akan mencari jalan untuk keluar dari sangkarnya dan mengganas semula………

3 Komentar:
bagus karya ini , cuma mengapa kalau perkara sebegini hanya dikaitkan dengan artis?semestinya alasan bahawa ramai artis yang bercerai....namun realitinya pada hari ini...........fikir-fikirkanlah
As-salam,
Auntie ni sama gak ngan mak aimi yg suka bangat sinetron ini, mmg mengasyikkan sanggup tunggu episod ulangan ditengah malam kerna ceritanya dan pelakon jelitanya.. tapi sayang channel aruna dah diberhentikan hari ini, kenapa ye? Tak boleh lagi nak tengok sakratul maut yg juga beri pengajaran pada kita...
haha...mak pn da bising kt umah sbb astro da terminate dat channel...b4 dis slalu berebut channel ngan mak...namun kini...mgkin tdk lg...x dinafikan cerita2 dlm channel tue byk yg mmberi pgajaran trutmany 'sakaratul maut'...tp na wat cmna...auntie ngan mak ley tgok cerita Munajah Cinta kt tv9 je laa...kui23...
betul,.msalah pnceraian mmg makin meruncing d kalangan masy cik hidayah...cumanya sya x dpt research finding yg tepat nk mnggambarkn keadaan itu...i'm not a reasearcher...just a blogger who like observing people n hav a proper awareness upon their behaviour...sya amik artis sbb kisah2 mreka yg byk dijaja di segala mcm jenis media kt Malaysia ney n rsany kisah2 tu boleh myakinkn kot...hehe
Post a Comment