Beruntungnya Orang Jujur...

Sep 3, 2012

0 Komentar

Rasulullah SAW bersabda : "Sesungguhnya kejujuran itu mengantarkan pada kebaikan dan kebaikan itu mengantarkan ke surga. Sesungguhnya seseorang yang senantiasa berkata jujur hingga dia disebut sebagai "shiddiq" dan sesungguhnya dusta itu mengantarkan pada kejahatan dan kejahatan itu mengantarkan ke neraka. Sesungguhnya seseorang yang senantiasa berdusta dia akan dituliskan di sisi Allah SWT sebagai "kadzdzab" (sang pendusta)".
(HR. Bukhari dan Muslim)

Anas RA berkata, "Dalam hampir setiap khutbahnya, Nabi SAW selalu berpesan tentang kejujuran. Beliau bersabda,
'Tidak ada iman bagi orang yang tidak jujur. Tidak ada agama bagi orang yang tidak konsisten memenuhi janji'." 
(HR Ahmad, Bazzar, Thobroni)

Rosululloh bersabda ;" tinggalkanlah urusan yang meragukanmu, lakukanlah suatu pekerjaan yang tak meragukanmu. Sesungguhnya kejujuran itu menyebabkan ketenangan sedangkan dusta menyebabkan kebimbangan( keraguan.)" (HR.Turmudzi)

Awan Yang Random...

Sep 1, 2012

0 Komentar
Kekadang ada awan yang selalu kita harapkan buat tempat berteduh. Sebab ia selalu ada di situ untuk kita berlindung dan rasa selesa dari bahang cahaya matahari yang menyinar. Kerana terlalu selesa, makanya kita terlupa yang awan itu takkan kekal di situ. Ia akan pergi ke tempat lain pula atau mungkin berubah menjadi rintik-rintik hujan yang membasahi bumi.

Dan pada masa yang sama, kita tak pernah bersedia pun nak menghadapi keadaan tu. Tak pernah nak mempersiapkan diri langsung nak menghadapi kenyataan yang awan itu bakal pergi. Kerana terlalu selesa berteduh di bawah lindungan  awan yang selalu kita sangkakan ada itu. Dan bila ia pergi, dengan tiba-tiba pula, huru-hara keadaan kita jadinya.

Rasa takut, bimbang, gementar dan segala rasa yang tak best aku bercampur-aduk kat dalam jiwa ni. Yang akhirnya menggoncang kedudukan kita yang dahulunya stabil dek kerana terlalu selesa berlindung di balik awan itu.

Kalau ia pergi, mungkin boleh dikejar semula. Macam mana kalau ia lenyap terus menjadi rintik-rintik hujan? Menjerit meraung biar serata alam mendengar rasa derita yang tertanggung pun tiada gunanya. 

Fahamlah diri, bahawa awan itu bukan ada di situ untuk tetap kekal menaung jasad dari bahang terik mentari. Tetapi hanya sekadar tempat persinggahan sementara bagi mempersiapkan diri untuk menghadapi panasnya matahari atau kacau bilau ribut taufan yang bakal melanda yang entah bila masanya. Awan itu datang hanya untuk memberi waktu untuk kita perbetulkan diri, perelokkan prinsip, persiapkan rohani dan jasmani bagi menghadapi bala dugaan yang sedang menanti di luar daerah lindungan awan itu.

Kerna yang pasti, awan itu tak pernah kekal di situ. 

Sampai masa ia pergi, di kala waktu diri ini sedang asyik menikmati nyamannya naungan awan itu, tanpa langsung bersedia mempersiapkan diri untuk menghadapi hidup di luar lingkaran teduhannya, entahlah. Tetiba taktau pulak nak tulis macam mana nak describe rasanya itu. Sebab sepatutnya kena selalu sedar diri. Yang hidup ini tak semudah berlindung di balik awan. 

Kini aku tak tahu, sama ada mahu mengejar awan yang pergi, atau menunggu awan yang lain, atau berdiri teguh menempuh terik mentari dan amukan ribut tanpa mengharapkan mana-mana awan lagi yang membantu perjalananku untuk sampai ke destinasi yang terakhir.

p/s: im really bloody scare of entering into this coming semester. Can i just hit any fast forward button to finish off this final year and immediately get the scroll and quickly bring all these black n white student, firm, mooting whatsoever life to an end, cant i?

Cantiknya Orked...

Aug 4, 2012

0 Komentar


Tengah syok layan Karoot Komedia kat tv di kala bulan puasa ini, tetiba ja mak aku panggil suruh bersiap. Bersiap? Nak pegi mana? Dah dekat pukul empat petang ni. Mata pun rasa nak terlelap sesangat pula. Rupanya mak mintak tolong aku teman pegi nursery jap. Bukan nursery tempat jaga budak-budak tu. Nursery tempat jual pokok bunga lah.

Terfikir jugak. Apsal perkataan ‘nursery’ tu ada dua maksud yang tersangat lah berbeza. Satu kedai pokok bunga, yang satu lagi tempat menjaga bebudak umur yang tak masuk tadika lagi. Cam takde kena mengena langsung je dua tempat tu nak disatukan dalam satu perkataan. Weird gila. Tah penjajah yang mana la yang pegi define perkataan nursery tuh sampai jadi dua maksud yang sesangat berbeza.

Nursery? Halamak. Dah konfem-konfem mak nak pegi beli pokok bunga dan lepas tu aku lah yang nak kena mengangkat segala pokok-pokok bunga dari nursery ke keta, dan dari keta turun ke halaman rumah. Adeh! Tengah bulan puasa ni. Tak larat arh. Badan ni dah rasa lesu gila ni nak menunggu waktu berbuka. Cuaca kat luar pulak lain macam je teriknya. Kang tak pasal-pasal pengsan aku ni achaner?

Sebenornya, obsesi mak aku ni memang terarah pada pokok bunga. Halaman rumah aku tu dah macam nursery kot sikit punya banyak pokok-pokok bunga mak aku susun.

Tak pernah jemu langsung mak aku nak mengadap pokok-pokok bunganya tu tetiap hari. Dari pagi bawak ke petang, dari petang bawak ke senja dan dari senja bawak ke tengah malam kot. Serius! Kalau tak ada apa nak buat dalam rumah, memang duduk luar rumah je la mak tu mengadap, menyusun dan menghias garden rekaannya kat halaman rumah.

Aku tak kisah pun sebab sebenarnya mak tak harap pun aku nak menolongnya menengok-nengokkan gardennya tu sebab abang aku sebenarnya lebih boleh diharap nak tolong beliau. Asal aku tolong je, mesti ada je pasu bunga mak aku yang pecah, jari aku yang berdarah luka terkena duri pokok bunga kertas dan bunga mawar, dan macam-macam lagi tragedi yang tak diingini berlaku andai aku cuba masuk campur dalam soal pengurusan halaman rumah tu. Naik tensen jugalah mak itu hendaknya.





So, terpaksalah aku turutkan sahaja kehendak mak aku tu yang meminta aku menemannya pergi ke kedai pokok bunga yang sebenarnya agak jauh juga tempatnya. Dah lama jugak aku tak bawak mak aku tu pergi kedai pokok bunga ni sebab selalunya mak pegi dengan abang aku je. Dah semalam abang aku keluar pegi mana tah, terpaksalah aku ni ganti tugas abang aku nak meneman mak pegi beli pokok bunga.

Maka pegilah aku dengan muka toya macam aku sorang je yang posa kat atas muka bumi ni, meneman mak pegi beli pokok bunga. Bawak keta pun muka serius ja. Mak aku bercakap punya la banyak sebab nak ajak bersembang. Aku jawab sepatah dua ja konon penat nak bercakap la kan.

Jauh gak tempat nursery yang mak aku nak pegi tu. Sebabnya ada bazar Ramadhan yang dibuka berhampiran dengan nursery tu dan mak teringin benar nak pergi ke bazar tu sebab tak pernah pegi lagi kat situ. Aku ikutkan je la sebab kot mana pun nak mencari rezeki nak sumbat masuk dalam perut aku ni jugak kan. Dalam kepala hotak ni dah terbayang dah air jagung, tembikai, asam boi. Argh! Jam masih pukul empat petang. Lambat lagi nak berbuka ni!

Maka sampailah kami ke tempat yang nak dituju. Mak terus berjalan masuk ke nursery tu meninggalkan aku sendirian sebab mak memang pantang tengok kedai pokok bunga ni. Kalau la aku ni budak umur lima tahun, memang dah kena culik dah dengan mafia Itali memandangkan aku yang dah besar ni pun comel gila, apatah lagi kalau umur aku lima tahun, memang berbalan-balan lah comelnya.

Aku pun masuk ke dalam nursery tu sambil buat gaya macam Will Smith dalam cerita Men In Black. Penuh gaya, mutu dan keunggulan. Tetiba terdengar suara maka aku memanggil aku dari jauh. Rupanya mak nak mintak tolong aku ambik salah satu pokok bunga yang terletak agak jauh darinya untuk aku ambil sebab mak nak tengok dengan lebih dekat. Aiseh! Will Smith hapa angkat pasu bunga. Fail!

Aku ikutkan je la kehendak mak aku. Harapnya Tuhan nilailah amal kebajikan aku pada mak dan dilipatgandakanlah ganjarannya berkat Ramadhan ni walaupun takde la ikhlas mana aku buat. Kejap pasu yang tu, kejap pasu yang ni, kejap pokok yang tu, kejap pokok yang ni, kejap berkenan, kejap tak berkenan. Haha! Menguji keimanan dan kesabaran betul. Aku buat jugak sebab aku sayang mak dan sebab Allah dan rasul-Nya suruh kita sayang dan hormat mak kita.

Aku ikut je la mak aku tu dekat-dekat. Senang, tak payah susah-susah beliau nak menjerit-jerit panggil aku kot-kot nak mintak tolong apa-apa lagi. Sampai lah ke bahagian rumah orked nursery tu. Pergh! Menjadi betul pokok orked kat situ. Bunga-bunga nya semua berkembang mekar dan cantik gila. Aku jadi teruja la jugak melihatkan bunga-bunga orked kat situ.

Kat rumah ada jugak pokok bunga orked, tapi jarang berbunga sebab pokok bunga orked ni kena ada rumah dia sendiri. Kat laman rumah aku tu memang tak cukup space dah nak buat rumah orked. Just buat bumbung transparen je nak bagi pokok-pokok bunga orked tu terima gak cahaya matahari yang bertapis. Tapi, tak menjadi jugak.

Aku pun tengok la satu-persatu bunga-bunga orked yang ada kat situ. Macam-macam warna. Cantik gila. Sekuntum-demi sekuntum aku cium baunya. Ada yang berbau, ada yang tak berbau. Takde bau pun takpe la. Kecantikannya tu pun dah mendamaikan jiwa yang melihatnya.

Dalam bebanyak pokok bunga orked yang aku tengok tu, ada satu yang aku betul-betul berkenan. Warnanya unik sangat. Ada lima kelopak, empat darinya semua warna putih, tetiba satu jadi warna purple lak. Oh uniknya! Lama mata aku tak beralih dari bunga orked tu. Aku belek-belek sikit tengok warnanya. Cantiknya!.

Aku pun tanyalah mak, apasal pelik sangat kaler bunga yang ni. Semua kelopak warna putih kecuali satu je yang warna purple. Apek kedai tu pegi spray kaler purple ke kat satu kelopak ni? Mak jawab simple je. “Haa, ni la kuasa Allah. Dia yang ciptakan bunga ni bagi nampak macam tu.”

Satu perkataan je aku sebut dalam hati sebagai respon kepada kata-kata mak aku tu yang mana aku terlupa langsung nak sebut selama aku asyik terpegun dengan kecantikan bungan orked tu. “Subhanallah!”

Pelan-pelan aku urut dada sambil istighfar. Punya la lama aku terpegun tengok kecantikan bunga tu, sekali pun aku tak teringat yang kecantikannya tu adalah dari kehendak Allah. Dia lah Yang Maha Pencipta. So, aku pun tenung balik bunga orked tadi sambil tersenyum kambing sorang-sorang lalu hati ni pun berkata, “Subhanallah, cantiknya bunga yang Kau ciptakan ni.”

Aku pun teringat akan sifat Tuhan yang selalu aku dengar dari penceramah-penceramah dan ustaz-ustaz. Allah tu cantik dan sukakan kecantikan. Sesuai sangatlah dengan apa yang diciptakan-Nya ni. Dan aku yakin, Allah lebih cantik lagi. Dia lebih cantik dan lebih indah dari apa yang Dia ciptakan. Sebab Dia kan Zat Yang Maha Suci. Suci dari seberang kecacatan, kelemahan dan kejelekan. Suci sebenar-benar suci. Tak langsung macam makhluk-makhluk yang dia ciptakan.

Bunga yang cantik pun lama-lama akan pudar warnanya, sungai-sungai yang mengalir jernih pun boleh keruh atau kering kontang, flora dan fauna yang indah pun boleh terhapus dengan sekelip mata dengan kehendak Penciptanya, even keanggunan wanita dan kehenseman serta kesasaan tubuh laki-laki pun akhirnya akan menjadi makanan ulat bila ditanam masuk ke dalam liang lahad nanti.






Tuhan tidak begitu. Tak akan binasa langsung, dulu, kini dan selamanya. Dia yang Maha Suci, Yang Maha Cantik. Namun, hakikatnya keindahan dan kecantikan Zat-Nya tu hanya layak dan boleh dilihat oleh insan yang memiliki mata dan hati yang suci dan baik. Aku koreksi diri balik. Setelah apa yang aku dah buat pada mata dan hati yang Allah beri ni, memang tak layak langsung nak diberi kesempatan nak melihat-Nya dengan mata kepala sendiri di Akhirat nanti.

Jauh di sudut hati ni memang aku tersangat menyimpan harapan nak berjumpa dengan-Nya. Tapi, aku kira diri aku ni amatlah tak layak nak diberi kesempatan yang paling berharga tu. Tersangat-sangat berharga. Menjadi harapan setiap insan yang menyembah Dia di sepanjang hidupnya.

Memang aku tak layak and it makes me really sad. Tapi, mengenangkan Rahmat Allah yang Maha Luas dan Maha Indah itu, harapan aku kembali subur. Buat aku kembali bersemangat serta tidak putus asa. Aku akan terus berharap dan berharap kepada Rahmat dan belas kasih sayang Tuhan sehingga hela nafasku yang terakhir. Takkan pernah berputus asa.

Tambahan pulak berkat Ramadhan ni. Kan Nabi SAW pernah bersabda, ada dua kegembiraan yang diberikan kepada orang yang berpuasa. Satu, kegembiraan ketika berbuka dan yang kedua, kegembiraan ketika bertemu dengan Tuhannya.

Dengan Rahmat Tuhan, serta berkat puasa yang aku buat ni, aku berharap sangat-sangat Allah izinkan aku untuk bertemu dengan-Nya sebagai nak menggapai kegembiraan yang paling indah dan paling berharga bisa aku rasai yang takkan mungkin aku rasai dalam hidup di dunia ni walau diberikan segala macam kesempurnaan sekali pun.........

Tiga Jenis Manusia...

Jul 8, 2012

0 Komentar

Settle subuh di pagi itu yang agak atas pagar juga waktunya, segera aku merebahkan diri kembali ke tempat tido. Seperti mana remaja-remaja akhir zaman yang biasa, sudah menjadi kebiasaan juga sebenarnya lepas-lepas subuh ni pegi sambung tido. Bukannya tak tahu Nabi SAW larang akan hal tersebut, tapi, sebabnya hanya akan kita tahu di penghujung entry ni.

Belum sempat mata ini hendak terpejam, tetiba henpon berbunyik la pulak tanda ada mesej baru masuk. Bila aku check tengok mesej siapa yang pepagi buta masuk inbox aku ni, rupa-rupanya satu mesej dari seorang kawan. Mesej yang berbaur nasihat jugalah sebenarnya. Bunyiknya macam ni.

““Jika ingin membaiki dunia, kita perlu baiki manusia. Dan untuk baiki manusia, kita perlu baiki hatinya. Untuk membaiki hati, kita mesti bermula dengan memperbaiki solat.”-Imam al-Ghazali-“

Ok la. Aku consider ia sebagai kuliah subuh secara tak langsung la kiranya. Walaupun kuliahnya pendek yang amat. Kira ok la dari takde langsung kan. Aku pun reply la balik,

“Thanks bro...:)” *Smiley taleh belah, padahal mata nak terpejam dah ni*

Tetiba berbunyik lagi ringtone phone aku tu tanda ada mesej masuk.

“Free tak hari ni bro?”

Hari tu hari Ahad. Memang konfem la member aku tu nak ajak pergi berjimba-jimba ke mana-mana. Aku pun terus reply, “Free je... Asal...? Ada projek ke...?”



Aku pun menanti dengan harapan member aku tu ajak turun KL. Lepak jalan-jalan tengok wayang dan sebagainya. Lagipun memang banyak filem-filem yang teringin gak aku nak pergi tengok tapi tak tengok-tengok lagi. Bosan pulak kalau nak duduk rumah je sepanjang hari cuti ni. Tetiba berbunyik lagi henpon tuh. Segera aku check mesej yang masuk.

“Jom pegi masjid Shah Alam petang ni, ada diorang buat rakaman 60 Minit Ustaz Don. Sempena karnival Cinta Masjid. Ustaz Don tuu.”

Alamak! Ajakan apakah ini? Berlainan benar dari yang aku harapkan. Pegi ceramah la pulak. Aiseymen. Macam mana ni. Tadi dah cakap hari ni free. Takkan tetiba nak kata tak free lak. Kang nampak benor menipunya. Nak tak nak terpaksa lah aku setuju nak ikut member aku tu. Dan member aku tu pun membalas.

“Ok bro, Zuhur nanti jumpa kat masjid eh.”

Ok la. Aku sendiri pun dah lama tak join majlis-majlis ilmu ni. Sekali-sekala dah member ajak pergi, apa salahnya nak pergi kan. Lagipun, Ustaz Don tu beb. Siapa tak kenal. Aku pun pernah tengok gak cerita 30 Minit Ustaz Don tu kat TV al-Hijrah. Memang best pun. Gaya penyampainnya sempoi gak la.

Tapi, yang bestnya pasal Ustaz Don ni, aku memang jadikan beliau ni modal bersembang dengan member-member sebenarnya. Bila member-member aku sebut je pasal Ustaz Don, secara automatik aku dengan penuh bangga dan riaknya akan bagitahu diorang yang sebenarnya Ustaz Don tu dulu senior aku masa sekolah menengah. Ya! Ia memang fakta. Ustaz Don tu memang senior aku kat sekolah menengah dulu.

Then aku pun goreng habis-habisan la kononnya aku ni rapat gila dengan Ustaz Don masa sekolah dulu. Macam abang dengan adik. Kira aku kenal gila la dengan beliau kononnya. Padahal, sebenarnya, masa aku masuk form 1 sekolah menengah dulu, Ustaz Don tu dah abeh SPM dua tahun dah.

Tak pernah bersemuka langsung pun. Pernah la sekali beliau datang sekolah buat program dengan adik-adik junior masa aku form 1 dulu. Tu pun cuma jadi penceramah undangan je. Tapi, masa tu memang dah nampak dah bakat dia dalam berucap depan orang.

Tapi, still aku tetap berbangga sebab bekas pelajar sekolah aku dulu sekarang dah jadi public figure. Ustaz pulak tuh. Tapi, sedih jugak sebenarnya. Asyik berbangga atas pencapaian orang je. Pencapaian sendiri bila lagi. *touching kejap*





Makanya, fast forward sikit, aku pun bersegeralah pergi ke masjid negeri memandang waktu zohor pun dah nak masuk. Mulanya aku bercadang nak buat kelakar untuk pergi ke masjid dengan memakai baju perhimpunan Bersih 3.0 yang aku curik dari locker member aku. Tapi, mengenangkan nasib yang bakal aku terima andai aku berbuat perkara demikian, iaitu dihalau oleh pengawal masjid atau diburu pihak polis, lebih baik aku batalkan sahaja niat nak buat kelakar yang tak kena tempat tu. Jadinya, adalah lebih baik kalau sekiranya aku mengenakan pakaian yang lebih kemas, bersih dan sopan.

Sampai je aku kat masjid, fulamakatak! Ramai gila orang. Dah macam nak solat Jumaat je ah. Bezanya, kaum hawa pun ada sekali. Settle solat Zuhur tu jenuh gak la aku dok berkoling-koling dengan member tu untuk mencari di manakan posisinya di waktu itu. Tu dia Ustaz Don punya aura.

Tapi sebenarnya takleh lawan gak aura Ustaz Azhar Idrus. Tiga kali beliau datang masjid Negeri Selangor, tiga-tiga kali sebesar-besar masjid tu penuh dengan manusia. Asbab Rahmat betullah para pendakwah ni.

Lama gak sebenarnya nak tunggu diorang start rakaman. Taktau apa masalahnya. Dari pukul dua aku dengan member aku tu tunggu, pukul tiga lebih baru nak start rakam. Nasib baik la ada teman nak diajak bersembang. Kalau tak, memang dah pergi layan movie kat Pavillion dah aku ni.

Yang aku hairan sangat ni, sikit punya lama nak kena tunggu, orang dalam dewan solat tu bukan makin berkurang, malah makin bertambah pulak. Makin sesak pulak jadinya. Semuanya kerana nak menonton Ustaz Don secara live. Style lah Ustaz!

Bila bermulanya rakaman rancangan tu, aku pun jadi makin excited la pulak. Seronok pulak rasanya dapat berada dalam rakaman televisyen ni. Untung-untung gambor aku masuk tv bila rancangan 60 Minit Ustaz Don tu ditayangkan kat tv nanti.





Rupanya hari tu Ustaz Don na bincang pasal Isra’ dan Mi’raj. Ye lah, tak silap aku, semalam ke dua malam yang lepas tarikhnya 17 Rejab. Memang timing yang baik la nak cerita pasal kisah yang agung tu. Kata ustaz Don, beliau nak cerita suatu perkara tentang Isra’ Mi’raj ni yang rasanya jarang sangat diceritakan di setiap kali datangnya tarikh 17 Rejab ni.

Dah dua puluh tahun lebih aku hidup ni, memang banyak dah kisah-kisah tentang Isra’ Mi’raj ni yang aku dah pernah dengar. Tentang sebab baginda SAW dijemput Tuhan naik ke langit. Mengimami para Nabi di al-Aqsa. Siapa yang baginda SAW jumpa di setiap langit. Apa yang yang baginda SAW lihat di Syurga dan neraka. Apa yang Allah beri pada baginda SAW melalui Isra’ dan Mi’raj tu. Rasanya, semuanya aku dah tahu. Ye lah, hampir setiap tahun mesti akan terulangkaji balik je kisah agung ni di setiap kali datangnya 17 Rejab.

Menurutnya, kisah ni disampaikan oleh tuan guru Ustaz Haron Din. Begini ceritanya. Kata Ustaz Don, antara pengajaran paling crucial sekali boleh kita peroleh dari peristiwa Isra’ Mi’raj ni adalah, kita boleh kenal jenis manusia yang macam mana yang boleh kita classified kan sebagai true believer, believer yang tak berapa nak true dan jenis yang tak senang langsung dengan Agama Allah yang disampaikan melalui lidah baginda SAW ni.

Di pagi itu, yang mana semalamnya Nabi SAW pergi ke al-Aqsa kemudian naik ke atas langit, baginda SAW termenung sorang-sorang di sekitar Kaabah. Baginda SAW memikirkan, macam mana la nak cerita pada penduduk Makkah akan peristiwa yang Baginda SAW alami semalam.

Nak ke diorang percaya? Selama ni pun berapa ramai yang tak habis-habis perangi baginda SAW. Ni kalau nak cerita akan peristiwa yang begitu hebat dan agung tu, orang Makkah ni, depan mata diorang Nabi SAW belah bulan pun diorang still tak percaya jugak, apatah lagi nak diceritakan lebih dari tu.

Di keseorangan baginda SAW sedang termenung, tetiba mata Abu Jahal berjaya menangkap keberadaan baginda SAW yang tengah bersendirian tu. Apa lagi, Abu Jahal ni pun memang jenis nak cari peluang je nak bagi orang benci dengan Nabi SAW, tambahan pulak orang yang paling kuat protect baginda SAW selama ni pun dah meninggal. Iaitu Abu Talib dan Siti Khadijah,terus Abu Jahal datang terpa baginda SAW. “Ni Muhammad! Termenung sorang nampak. Ada cerita ka?”

Disclaimer: Dialog-dialog yang seterusnya ni pun akan disampaikan secara santai sesuai dengan bahasa yang kita guna. Namun tetap tak menghilangkan maksud asal dari hadis. Ustaz Don yang kata. Alah, santai Ustaz Don masa sampaikan cerita ni hari tu lagi melampau. Selamba ja Abu Jahal cakap loghat Penang, pa de hal. Harap pembaca boleh menerima hal ini dengan berlapang dada.

Sambung cerita balik. Lantas, Nabi SAW pun jawab ringkas, “Ada.”

Dengar-dengar je macam tu, tiba-tiba Abu Jahal jadi excited. “Ya ka? Tunggu sat Muhammad, tunggu sat. Aku nak panggil semua penduduk Makkah mai berkumpul datang dengar kau nak cerita.”

Apa lagi, cepat-cepat Abu Jahal panggil sebanyak mungkin penduduk Makkah datang berhimpun di Kaabah supaya boleh dengar cerita Nabi SAW pergi ke al-Aqsa serta naik ke langit. Bila dah berhimpun seramai yang mungkin, Abu Jahal pun menjerit, “Hah Muhammad! Kami semua dah berhimpun kat sini, cerita la cepat apa yang kau nak ceritakan tu.”



Melihatkan orang ramai pun dah berhimpun nak mendengarkan apa yang hendak disampaikan oleh baginda SAW, baginda SAW pun terus memberitahu, “Semalam aku pergi ke Baitulmaqdis...”

Belum sempat baginda SAW nak habiskan ceritanya, tetiba Abu Jahal pegi potong. “Woi Muhammad! Apa ni? Kau panggil kami ramai-ramai berhimpun sebab nak cerita perkara yang tak masuk akal langsung ni. Semalam kau pergi ke Baitulmaqdis, tiba-tiba pagi ni kau dah ada di Makkah. Tahu tak, kalau naik unta sekalipun, nak pergi sahaja ke Baitulmaqdis dah makan dua tiga bulan. Ini, kamu cerita kamu boleh pergi ke Baitulmaqdis dan pulang semula ke Makkah hanya dalam satu malam. Cerita apa ni?”

Nampak sikit punya tak guna punya Abu Jahal. Dia yang panggil orang datang berhimpun pastu tuduh Nabi SAW pulak yang panggil. Lepas tu, bercakap langsung tak ada adab. Sengaja je dia nak bagi Nabi SAW diperlekehkan orang ramai. Lantas dia ajak semua orang sama-sama gelakkan baginda SAW kononnya baginda SAW bawak cerita yang mengarut.

Padahal satu Makkah dah tahu sejak lahir lagi baginda SAW tak pernah langsung cakap bohong. Diorang sendiri yang bagi gelaran al-Amin tu kat baginda iaitu jujur serta tidak memungkiri janji yang mana memang satu-satunya diberi kepada baginda SAW. Tak ada orang langsung yang pernah dapat gelaran tu sebelum baginda SAW atau selepas baginda SAW.

Abu Jahal belum puas lagi. Dia lihat dalam keramaian manusia tu, satu kelibat manusia pendokong kuat baginda SAW tak ada iaitu Saidina Abu Bakr. Dia tak puas hati. Baginya, inilah peluang nak bagi Abu Bakr hilang kepercayaan dengan Nabi SAW lantas join pakatan memerangi seruan Nabi SAW yang diketuai olehnya.

Terus dia pergi ke rumah Abu Bakr. Jumpa sahaja dia dengan Abu Bakr, terus dia kata, “Abu Bakr, tak ada dengar cerita apa-apa ke pasal kawan kau Muhammad tu?”

Abu Bakr yang baru keluar dari rumah tu pun jawab, “Tak ada pun. Cerita apa? Sebelum tu, kau perlu tahu, Muhammad itu bukan kawan aku, dia adalah utusan Allah yang mulia, dan aku adalah pengikut baginda.”

Abu Jahal jadi makin excited, “Ah! Apa saja lah. Ni, kau tahu tak. Kawan baik kau Muhammad tu. Semalam dia pergi ke Baitulmaqdis. Tiba-tiba pagi ni dah ada kat kota Makkah. Apa ke tak logik la kan.”

Abu Bakr rilek je. Terus beliau tanya balik, “Kau biar betul. Jangan nak buat cerita. Siapa yang cakap macam tu?”

Abu Jahal jadi lagi syok la bila Abu Bakr tanya macam tu, “Siapa lagi. Kawan kau tu sendiri la yang cakap macam tu. Muhammad.”

Abu Bakr pun terus jawab dengan tegas, “Kalau Muhammad, utusan Allah lah yang cakap, lebih daripada tu pun aku percaya Abu Jahal oi.”

Memang termalu la jawabnya si Abu Jahal tuh. Ingatkan Abu Bakr boleh timbul rasa sangsi dalam jiwanya bila dengar cerita yang luar biasa tu. Sekali mudah pula jiwanya yakin kalau perkara tu datang dari mulut baginda SAW sendiri.

Aku pernah dengar dulu masa sekolah kalau tak silap. Ada riwayat cerita Abu Bakr kata kalau Nabi Muhammad SAW cakap baginda SAW pergi naik ke bulan dan balik semula ke bumi dalam satu malam pun beliau akan percaya. Tapi, Ustaz Don tak cakap pulak pasal ni. Sejak dari hari tu la Abu Bakr dapat gelaran as-Siddiq tu iaitu selalu membenarkan kata-kata Nabi SAW.

Di masa yang sama, di keramaian orang yang berhimpun di Kaabah yang baru lepas dengar Nabi SAW cerita pasal kejadian pergi ke Baitulmaqdis dan balik dalam satu malam tu, tetiba datang seorang Muslim mengadap Rasulullah SAW. Terus dia kata pada baginda SAW, “Aku boleh percaya kata-kata engkau kalau kau boleh buat apa yang aku suruh ni.”

Nabi SAW pun jawab, “Baiklah.”

“Baiklah, aku minta kau angkat kaki kanan kau sekarang.”

Baginda pun ikut kehendak orang tu lantas mengangkat kaki kanan baginda Saw yang mulia. “Baiklah, aku sudah angkat, kemudian?”

Orang tu pun kata, “Kemudian aku nak kau angkat pula kaki kiri kau sekarang, tapi kaki kanan jangan jatuhkan.”

-Lihat akhlak Nabi SAW. Baginda SAW tahu darjatnya di hadapan Allah yang diletakkan di tempat yang tertinggi sekali melebihi semua makhluk yang ada di langit dan di bumi, tapi still layan jugak kehendak orang yang ntah sapa-sapa tu. Konon mengaku baginda SAW tu utusan Allah, tapi belagak letak syarat itu dan ini pada baginda SAW.-

Nabi SAW pun jawab, “Mana boleh macam tu. Terjatuhlah aku nantinya.”

Orang tu pun terus kata, “Kau nak terapung sedikit pun tak mampu, ini kau cerita kau boleh pergi ke Baitulmaqdis dan balik semula ke sini dalam satu malam. Macam mana aku nak percaya?”

Nabi SAW pun jawab, “Kalau kau tidak percaya, cubalah tanyakan kepada Umar.”

Kalau pegi tanya saidina Umar al-Kahttab, memang silap banyak la. Orang paling digeruni penduduk Makkah tu. Di kala umat Islam memeluk Islam dalam keadaan takut-takut dan sembunyi-sembunyi, Umar selamba je declare dirinya Muslim depan semua penduduk Makkah. Tapi, pemuda yang tadi tu tetap tak percaya dan tetap mahu pergi tanya Umar.




Dia pun pergilah berjumpa dengan Umar di rumahnya. Sebaik Umar keluar dari rumah, pemuda tersebut pun menyatakanlah akan hasratnya berjumpa dengan Umar tu. Diceritakan apa yang diceritakan oleh Nabi SAW di tengah-tengah keramaian penduduk Makkah tadinya dan Nabi SAW minta pergi tanya pada Umar kalau masih tak percaya. Umar pun suruh pemuda tu tunggu kejap, beliau nak masuk ke dalam rumah.

Keluar-keluar je Umar dari rumah, siap dengan pedang terhunus cantik, sekali libas je. Terputus terus kepala pemuda tu dari badannya. Settle.

Tak puas hatilah family pemuda tu, terus diorang datang ramai-ramai ke rumah Umar untuk tanya akan justifikasi tindakannya tu. Orang datang baik-baik nak tanya dia, dia pegi cantas pulak kepala orang tu apa hal.

Kata Umar, “Nabi SAW yang pergi sendiri ke Baitulmaqdis tu ceritapun dia tak percaya. Inikan pulak aku yang tak pergi ni nak cerita. Lagi la dia tak percaya. Daripada dia terus hidup dalam keadaan tak berapa yakin dengan Islam tu, lebih baik aku tamatkan terus riwayatnya. Senang, matipun dalam keadaan Islam.”

.........

So, dapatlah diconcludekan dari cerita kat atas, dalam nak melihat Islam tu, ada tiga macam orang. Pertama, yang jenis macam Abu Jahal, kedua yang macam pemuda yang bertemu Saidina Umar tu dan yang ketiga yang macam Saidina Abu Bakr as-Siddiq.

Jenis yang macam Abu Jahal ni yang paling tak senang sekali dengan Islam. Bila segala perkara tentang Islam tu, ada je yang tak kena dalam hatinya. Mesti dia akan komplen dengan macam-macam alasan nak bagi nampak yang Islam tu tak betul.

Mengamal Sunnah tu kolot la, menutup aurat tu tak style dan fashionable la, al-Quran tu tak sesuai la, hantar anak pegi belajar agama tak jamin masa depan la, dan macam-macam lagi alasan yang akan dikeluarkan nak menampakkan hatinya yang tak pernah senang dengan Islam.

Jenis yang macam pemuda tadi tu pulak, dia yakin Allah tu Tuhan, Muhammad tu utusan-Nya, tapi dia akan mintak macam-macam rasional sebagai syarat untuk dia percaya. Kalau tak, dia akan ragu-ragu dan mungkin semakin dekat dengan golongan yang pertama.

Oh Solat tu menyihatkan tubuh badan, baru nak solat. Oh puasa tu dapat melancarkan sistem dalam badan, baru nak puasa. Oh Quran itu benar selepas dibuktikan oleh beberapa bukti-bukti saintifik, baru nak percaya. Oh pakai tudung tu boleh pelihara kecantikan rambut, baru nak pakai.

Orang macam ni pun berpenyakit jugak hatinya. Yakinnya dengan Islam bersyarat, perlukan rasional. Orang macam ni kalau letak di zaman nabi SAW dulu memang mampuih la nak percaya nabi SAW pergi Baitulmaqdis dan balik semula hanya dalam satu malam je. Mana ada rasionalnya tindakan tu di waktu tu. Kalau zaman dulu dah ada sistem pesawat Fly Emirates ke mungkin la baru dia nak percaya.

Habis tu, cerita nabi naik ke langit dan turun balik hanya dalam satu malam macam mana pulak? Nak ke dia percaya? Nak pergi ke bulan naik space shuttle tu pun lama jugak masa yang nak diambil, ni kan pulak nak pergi ke langit tertinggi dan pulang semula ke bumi hanya dalam satu malam. Tobat la golongan kedua ni nak percaya. Tu pasal Umar al-Khattab pancung terus je orang macam ni. Daripada dia hidup dalam keadaan ragu-ragu terus, lebih baik bagi tamat je riwayatnya. Untung-untung tetap mati dalam Islam.

Golongan yang terakhir ni la golongan yang terbaik. Golongan yang jenis macam Saidina Abu Bakr ni. Golongan ni, datanglah apa sahaja keterangan-keterangan atau info-info kepadanya, kalau sumbernya al-Quran, betul! Kalau sumbernya sunnah baginda SAW, terbaik! Kata-kata baginda SAW, percaya! Tak ada banyak-banyak soal dah. Rasional-rasional semua tolak tepi. Apa yang penting, yakin dengan Allah, yakin dengan Rasulullah SAW.






Islam gemilang dulunya sebab ramainya umat Islam yang memiliki hati macam golongan yang ketiga ni la. Memiliki iman gaya Saidina Abu Bakr. Yang percaya hanya Islam yang terbaik, Islam yang nombor satu, yang lain pada Islam semua hanya sampingan.

Aku tunduk kepala sambil mengeleng-geleng mendengarkan kisah ni. Sedih betul. Rasa terpanah sangat hati ni. Sebabnya hanya satu. Aku bukan antara golongan yang melihat Islam seperti cara Saidina Abu Bakr. Itu yang pasti di ketika ini. Dan yang paling menyedihkan, aku tak tahu nak masukkan diri aku ni dalam golongan yang pertama, atau golongan yang kedua. Boleh jadi hati aku ni macam hati pemuda tadi, atau lebih teruk lagi macam Abu Jahal tuh. Allahu Robbi!

Tersentap betul la. Aku hanya boleh konfemkan diri aku selamat di alam barzakh dan di Akhirat nanti hanya kalau diri aku ni termasuk dalam golongan Abu Bakr. Kalau tak, aku tak reason langsung untuk rasa bahagia hidup atas muka bumi ni. And yet, aku masih lagi hidup berseronok, bersenang lenang, bergurau senda, bergelak ketawa macam tak ada apa-apa yang patut aku fikirkan. 

Aku fikirkan pasal ni hanya bila dengar orang ingatkan atau bila sedang menulis ni je lah. Nanti bila dah masuk balik dalam dunia aku, dalam masyarakat aku, kembali lah aku lalai dan leka seperti biasa. Risau tu memang lah risau. Takut tu memang lah takut. Tapi, mungkin sebab hati ini berpenyakit seperti hati golongan yang pertama dan kedua tu kot yang akhirnya tetap kembali hidup secara lalai dan leka.........





"Kau, yang mengaku cinta kepada Nabimu,
Kau yang mengaku merindukan Nabimu,
Jika kau benar-benar cinta dan rindu,
Kepada Muhammad Nabimu,
Buktikan...

Taati perintah-Nya,
Tinggalkan larangan-Nya,
Teladani akhlaknya,
Nescaya kelak kau akan berjumpa dengan Rasulullah,
Nescaya kelak kau akan berkumpul dengan Rasulullah."
-Rindu Muhammadku, Hadad Alwi-

Hatinya Yang Damai...

Jun 10, 2012

0 Komentar
Diamnya orang mu'min adalah dzikir, tafakkur & muhasabah.
Kalaupun bicara, bicaranya santun, mulia & dakwah.
Hatinya baik sangka, husnudzon & Doa.
Melihat suami isteri berjalan, dia doakan semoga rumahtangganya sakinah.
Melihat orang tuanya, ia doakan semoga hunul khotimah.
Melihat pemimpinnya, ia doakan semoga menjadi pemimpin amanah.
Melihat faqir miskin setelah ikhtiar menolong, ia doakan semoga Allah hiasi dengan kesabaran & Allah balas kesabarannya dengan redha dan syurgaNya.
Mendengar dirinya diperlekeh/dihina, ia balas dengan doa kasih sayang semoga Allah memaafkannya.
Melihat yang berbeza pendapat dengan keyakinanya, ia doakan semoga hidayah Allah untuknya,
Melihat saudaranya dianiaya di Gaza Palestin, di Afghan & di Iraq, hatinya perih, ia pun menggandakan jihadnya, engan doa air matanya di penghujung malam,
"Ya Allah, tolong lindungi selamatkan saudara-saudara kami, menangkan para mujahidin, muliakan mereka yang wafat sebagai syuhada."
Tanpa ia melupakan mendoakan keberkahan negrinya, sahabatnya juga sahabat FBnya & keluarganya.
Sungguh dunia ini menjadi 'Taman Syurga' bagi hamba yang sungguh-sungguh TAAT, BERDOA & SELALU BERBAIK SANGKA...

-K. H. Muhammad Ariffin Ilham-