Tiga Jenis Manusia...

Jul 8, 2012


Settle subuh di pagi itu yang agak atas pagar juga waktunya, segera aku merebahkan diri kembali ke tempat tido. Seperti mana remaja-remaja akhir zaman yang biasa, sudah menjadi kebiasaan juga sebenarnya lepas-lepas subuh ni pegi sambung tido. Bukannya tak tahu Nabi SAW larang akan hal tersebut, tapi, sebabnya hanya akan kita tahu di penghujung entry ni.

Belum sempat mata ini hendak terpejam, tetiba henpon berbunyik la pulak tanda ada mesej baru masuk. Bila aku check tengok mesej siapa yang pepagi buta masuk inbox aku ni, rupa-rupanya satu mesej dari seorang kawan. Mesej yang berbaur nasihat jugalah sebenarnya. Bunyiknya macam ni.

““Jika ingin membaiki dunia, kita perlu baiki manusia. Dan untuk baiki manusia, kita perlu baiki hatinya. Untuk membaiki hati, kita mesti bermula dengan memperbaiki solat.”-Imam al-Ghazali-“

Ok la. Aku consider ia sebagai kuliah subuh secara tak langsung la kiranya. Walaupun kuliahnya pendek yang amat. Kira ok la dari takde langsung kan. Aku pun reply la balik,

“Thanks bro...:)” *Smiley taleh belah, padahal mata nak terpejam dah ni*

Tetiba berbunyik lagi ringtone phone aku tu tanda ada mesej masuk.

“Free tak hari ni bro?”

Hari tu hari Ahad. Memang konfem la member aku tu nak ajak pergi berjimba-jimba ke mana-mana. Aku pun terus reply, “Free je... Asal...? Ada projek ke...?”



Aku pun menanti dengan harapan member aku tu ajak turun KL. Lepak jalan-jalan tengok wayang dan sebagainya. Lagipun memang banyak filem-filem yang teringin gak aku nak pergi tengok tapi tak tengok-tengok lagi. Bosan pulak kalau nak duduk rumah je sepanjang hari cuti ni. Tetiba berbunyik lagi henpon tuh. Segera aku check mesej yang masuk.

“Jom pegi masjid Shah Alam petang ni, ada diorang buat rakaman 60 Minit Ustaz Don. Sempena karnival Cinta Masjid. Ustaz Don tuu.”

Alamak! Ajakan apakah ini? Berlainan benar dari yang aku harapkan. Pegi ceramah la pulak. Aiseymen. Macam mana ni. Tadi dah cakap hari ni free. Takkan tetiba nak kata tak free lak. Kang nampak benor menipunya. Nak tak nak terpaksa lah aku setuju nak ikut member aku tu. Dan member aku tu pun membalas.

“Ok bro, Zuhur nanti jumpa kat masjid eh.”

Ok la. Aku sendiri pun dah lama tak join majlis-majlis ilmu ni. Sekali-sekala dah member ajak pergi, apa salahnya nak pergi kan. Lagipun, Ustaz Don tu beb. Siapa tak kenal. Aku pun pernah tengok gak cerita 30 Minit Ustaz Don tu kat TV al-Hijrah. Memang best pun. Gaya penyampainnya sempoi gak la.

Tapi, yang bestnya pasal Ustaz Don ni, aku memang jadikan beliau ni modal bersembang dengan member-member sebenarnya. Bila member-member aku sebut je pasal Ustaz Don, secara automatik aku dengan penuh bangga dan riaknya akan bagitahu diorang yang sebenarnya Ustaz Don tu dulu senior aku masa sekolah menengah. Ya! Ia memang fakta. Ustaz Don tu memang senior aku kat sekolah menengah dulu.

Then aku pun goreng habis-habisan la kononnya aku ni rapat gila dengan Ustaz Don masa sekolah dulu. Macam abang dengan adik. Kira aku kenal gila la dengan beliau kononnya. Padahal, sebenarnya, masa aku masuk form 1 sekolah menengah dulu, Ustaz Don tu dah abeh SPM dua tahun dah.

Tak pernah bersemuka langsung pun. Pernah la sekali beliau datang sekolah buat program dengan adik-adik junior masa aku form 1 dulu. Tu pun cuma jadi penceramah undangan je. Tapi, masa tu memang dah nampak dah bakat dia dalam berucap depan orang.

Tapi, still aku tetap berbangga sebab bekas pelajar sekolah aku dulu sekarang dah jadi public figure. Ustaz pulak tuh. Tapi, sedih jugak sebenarnya. Asyik berbangga atas pencapaian orang je. Pencapaian sendiri bila lagi. *touching kejap*





Makanya, fast forward sikit, aku pun bersegeralah pergi ke masjid negeri memandang waktu zohor pun dah nak masuk. Mulanya aku bercadang nak buat kelakar untuk pergi ke masjid dengan memakai baju perhimpunan Bersih 3.0 yang aku curik dari locker member aku. Tapi, mengenangkan nasib yang bakal aku terima andai aku berbuat perkara demikian, iaitu dihalau oleh pengawal masjid atau diburu pihak polis, lebih baik aku batalkan sahaja niat nak buat kelakar yang tak kena tempat tu. Jadinya, adalah lebih baik kalau sekiranya aku mengenakan pakaian yang lebih kemas, bersih dan sopan.

Sampai je aku kat masjid, fulamakatak! Ramai gila orang. Dah macam nak solat Jumaat je ah. Bezanya, kaum hawa pun ada sekali. Settle solat Zuhur tu jenuh gak la aku dok berkoling-koling dengan member tu untuk mencari di manakan posisinya di waktu itu. Tu dia Ustaz Don punya aura.

Tapi sebenarnya takleh lawan gak aura Ustaz Azhar Idrus. Tiga kali beliau datang masjid Negeri Selangor, tiga-tiga kali sebesar-besar masjid tu penuh dengan manusia. Asbab Rahmat betullah para pendakwah ni.

Lama gak sebenarnya nak tunggu diorang start rakaman. Taktau apa masalahnya. Dari pukul dua aku dengan member aku tu tunggu, pukul tiga lebih baru nak start rakam. Nasib baik la ada teman nak diajak bersembang. Kalau tak, memang dah pergi layan movie kat Pavillion dah aku ni.

Yang aku hairan sangat ni, sikit punya lama nak kena tunggu, orang dalam dewan solat tu bukan makin berkurang, malah makin bertambah pulak. Makin sesak pulak jadinya. Semuanya kerana nak menonton Ustaz Don secara live. Style lah Ustaz!

Bila bermulanya rakaman rancangan tu, aku pun jadi makin excited la pulak. Seronok pulak rasanya dapat berada dalam rakaman televisyen ni. Untung-untung gambor aku masuk tv bila rancangan 60 Minit Ustaz Don tu ditayangkan kat tv nanti.





Rupanya hari tu Ustaz Don na bincang pasal Isra’ dan Mi’raj. Ye lah, tak silap aku, semalam ke dua malam yang lepas tarikhnya 17 Rejab. Memang timing yang baik la nak cerita pasal kisah yang agung tu. Kata ustaz Don, beliau nak cerita suatu perkara tentang Isra’ Mi’raj ni yang rasanya jarang sangat diceritakan di setiap kali datangnya tarikh 17 Rejab ni.

Dah dua puluh tahun lebih aku hidup ni, memang banyak dah kisah-kisah tentang Isra’ Mi’raj ni yang aku dah pernah dengar. Tentang sebab baginda SAW dijemput Tuhan naik ke langit. Mengimami para Nabi di al-Aqsa. Siapa yang baginda SAW jumpa di setiap langit. Apa yang yang baginda SAW lihat di Syurga dan neraka. Apa yang Allah beri pada baginda SAW melalui Isra’ dan Mi’raj tu. Rasanya, semuanya aku dah tahu. Ye lah, hampir setiap tahun mesti akan terulangkaji balik je kisah agung ni di setiap kali datangnya 17 Rejab.

Menurutnya, kisah ni disampaikan oleh tuan guru Ustaz Haron Din. Begini ceritanya. Kata Ustaz Don, antara pengajaran paling crucial sekali boleh kita peroleh dari peristiwa Isra’ Mi’raj ni adalah, kita boleh kenal jenis manusia yang macam mana yang boleh kita classified kan sebagai true believer, believer yang tak berapa nak true dan jenis yang tak senang langsung dengan Agama Allah yang disampaikan melalui lidah baginda SAW ni.

Di pagi itu, yang mana semalamnya Nabi SAW pergi ke al-Aqsa kemudian naik ke atas langit, baginda SAW termenung sorang-sorang di sekitar Kaabah. Baginda SAW memikirkan, macam mana la nak cerita pada penduduk Makkah akan peristiwa yang Baginda SAW alami semalam.

Nak ke diorang percaya? Selama ni pun berapa ramai yang tak habis-habis perangi baginda SAW. Ni kalau nak cerita akan peristiwa yang begitu hebat dan agung tu, orang Makkah ni, depan mata diorang Nabi SAW belah bulan pun diorang still tak percaya jugak, apatah lagi nak diceritakan lebih dari tu.

Di keseorangan baginda SAW sedang termenung, tetiba mata Abu Jahal berjaya menangkap keberadaan baginda SAW yang tengah bersendirian tu. Apa lagi, Abu Jahal ni pun memang jenis nak cari peluang je nak bagi orang benci dengan Nabi SAW, tambahan pulak orang yang paling kuat protect baginda SAW selama ni pun dah meninggal. Iaitu Abu Talib dan Siti Khadijah,terus Abu Jahal datang terpa baginda SAW. “Ni Muhammad! Termenung sorang nampak. Ada cerita ka?”

Disclaimer: Dialog-dialog yang seterusnya ni pun akan disampaikan secara santai sesuai dengan bahasa yang kita guna. Namun tetap tak menghilangkan maksud asal dari hadis. Ustaz Don yang kata. Alah, santai Ustaz Don masa sampaikan cerita ni hari tu lagi melampau. Selamba ja Abu Jahal cakap loghat Penang, pa de hal. Harap pembaca boleh menerima hal ini dengan berlapang dada.

Sambung cerita balik. Lantas, Nabi SAW pun jawab ringkas, “Ada.”

Dengar-dengar je macam tu, tiba-tiba Abu Jahal jadi excited. “Ya ka? Tunggu sat Muhammad, tunggu sat. Aku nak panggil semua penduduk Makkah mai berkumpul datang dengar kau nak cerita.”

Apa lagi, cepat-cepat Abu Jahal panggil sebanyak mungkin penduduk Makkah datang berhimpun di Kaabah supaya boleh dengar cerita Nabi SAW pergi ke al-Aqsa serta naik ke langit. Bila dah berhimpun seramai yang mungkin, Abu Jahal pun menjerit, “Hah Muhammad! Kami semua dah berhimpun kat sini, cerita la cepat apa yang kau nak ceritakan tu.”



Melihatkan orang ramai pun dah berhimpun nak mendengarkan apa yang hendak disampaikan oleh baginda SAW, baginda SAW pun terus memberitahu, “Semalam aku pergi ke Baitulmaqdis...”

Belum sempat baginda SAW nak habiskan ceritanya, tetiba Abu Jahal pegi potong. “Woi Muhammad! Apa ni? Kau panggil kami ramai-ramai berhimpun sebab nak cerita perkara yang tak masuk akal langsung ni. Semalam kau pergi ke Baitulmaqdis, tiba-tiba pagi ni kau dah ada di Makkah. Tahu tak, kalau naik unta sekalipun, nak pergi sahaja ke Baitulmaqdis dah makan dua tiga bulan. Ini, kamu cerita kamu boleh pergi ke Baitulmaqdis dan pulang semula ke Makkah hanya dalam satu malam. Cerita apa ni?”

Nampak sikit punya tak guna punya Abu Jahal. Dia yang panggil orang datang berhimpun pastu tuduh Nabi SAW pulak yang panggil. Lepas tu, bercakap langsung tak ada adab. Sengaja je dia nak bagi Nabi SAW diperlekehkan orang ramai. Lantas dia ajak semua orang sama-sama gelakkan baginda SAW kononnya baginda SAW bawak cerita yang mengarut.

Padahal satu Makkah dah tahu sejak lahir lagi baginda SAW tak pernah langsung cakap bohong. Diorang sendiri yang bagi gelaran al-Amin tu kat baginda iaitu jujur serta tidak memungkiri janji yang mana memang satu-satunya diberi kepada baginda SAW. Tak ada orang langsung yang pernah dapat gelaran tu sebelum baginda SAW atau selepas baginda SAW.

Abu Jahal belum puas lagi. Dia lihat dalam keramaian manusia tu, satu kelibat manusia pendokong kuat baginda SAW tak ada iaitu Saidina Abu Bakr. Dia tak puas hati. Baginya, inilah peluang nak bagi Abu Bakr hilang kepercayaan dengan Nabi SAW lantas join pakatan memerangi seruan Nabi SAW yang diketuai olehnya.

Terus dia pergi ke rumah Abu Bakr. Jumpa sahaja dia dengan Abu Bakr, terus dia kata, “Abu Bakr, tak ada dengar cerita apa-apa ke pasal kawan kau Muhammad tu?”

Abu Bakr yang baru keluar dari rumah tu pun jawab, “Tak ada pun. Cerita apa? Sebelum tu, kau perlu tahu, Muhammad itu bukan kawan aku, dia adalah utusan Allah yang mulia, dan aku adalah pengikut baginda.”

Abu Jahal jadi makin excited, “Ah! Apa saja lah. Ni, kau tahu tak. Kawan baik kau Muhammad tu. Semalam dia pergi ke Baitulmaqdis. Tiba-tiba pagi ni dah ada kat kota Makkah. Apa ke tak logik la kan.”

Abu Bakr rilek je. Terus beliau tanya balik, “Kau biar betul. Jangan nak buat cerita. Siapa yang cakap macam tu?”

Abu Jahal jadi lagi syok la bila Abu Bakr tanya macam tu, “Siapa lagi. Kawan kau tu sendiri la yang cakap macam tu. Muhammad.”

Abu Bakr pun terus jawab dengan tegas, “Kalau Muhammad, utusan Allah lah yang cakap, lebih daripada tu pun aku percaya Abu Jahal oi.”

Memang termalu la jawabnya si Abu Jahal tuh. Ingatkan Abu Bakr boleh timbul rasa sangsi dalam jiwanya bila dengar cerita yang luar biasa tu. Sekali mudah pula jiwanya yakin kalau perkara tu datang dari mulut baginda SAW sendiri.

Aku pernah dengar dulu masa sekolah kalau tak silap. Ada riwayat cerita Abu Bakr kata kalau Nabi Muhammad SAW cakap baginda SAW pergi naik ke bulan dan balik semula ke bumi dalam satu malam pun beliau akan percaya. Tapi, Ustaz Don tak cakap pulak pasal ni. Sejak dari hari tu la Abu Bakr dapat gelaran as-Siddiq tu iaitu selalu membenarkan kata-kata Nabi SAW.

Di masa yang sama, di keramaian orang yang berhimpun di Kaabah yang baru lepas dengar Nabi SAW cerita pasal kejadian pergi ke Baitulmaqdis dan balik dalam satu malam tu, tetiba datang seorang Muslim mengadap Rasulullah SAW. Terus dia kata pada baginda SAW, “Aku boleh percaya kata-kata engkau kalau kau boleh buat apa yang aku suruh ni.”

Nabi SAW pun jawab, “Baiklah.”

“Baiklah, aku minta kau angkat kaki kanan kau sekarang.”

Baginda pun ikut kehendak orang tu lantas mengangkat kaki kanan baginda Saw yang mulia. “Baiklah, aku sudah angkat, kemudian?”

Orang tu pun kata, “Kemudian aku nak kau angkat pula kaki kiri kau sekarang, tapi kaki kanan jangan jatuhkan.”

-Lihat akhlak Nabi SAW. Baginda SAW tahu darjatnya di hadapan Allah yang diletakkan di tempat yang tertinggi sekali melebihi semua makhluk yang ada di langit dan di bumi, tapi still layan jugak kehendak orang yang ntah sapa-sapa tu. Konon mengaku baginda SAW tu utusan Allah, tapi belagak letak syarat itu dan ini pada baginda SAW.-

Nabi SAW pun jawab, “Mana boleh macam tu. Terjatuhlah aku nantinya.”

Orang tu pun terus kata, “Kau nak terapung sedikit pun tak mampu, ini kau cerita kau boleh pergi ke Baitulmaqdis dan balik semula ke sini dalam satu malam. Macam mana aku nak percaya?”

Nabi SAW pun jawab, “Kalau kau tidak percaya, cubalah tanyakan kepada Umar.”

Kalau pegi tanya saidina Umar al-Kahttab, memang silap banyak la. Orang paling digeruni penduduk Makkah tu. Di kala umat Islam memeluk Islam dalam keadaan takut-takut dan sembunyi-sembunyi, Umar selamba je declare dirinya Muslim depan semua penduduk Makkah. Tapi, pemuda yang tadi tu tetap tak percaya dan tetap mahu pergi tanya Umar.




Dia pun pergilah berjumpa dengan Umar di rumahnya. Sebaik Umar keluar dari rumah, pemuda tersebut pun menyatakanlah akan hasratnya berjumpa dengan Umar tu. Diceritakan apa yang diceritakan oleh Nabi SAW di tengah-tengah keramaian penduduk Makkah tadinya dan Nabi SAW minta pergi tanya pada Umar kalau masih tak percaya. Umar pun suruh pemuda tu tunggu kejap, beliau nak masuk ke dalam rumah.

Keluar-keluar je Umar dari rumah, siap dengan pedang terhunus cantik, sekali libas je. Terputus terus kepala pemuda tu dari badannya. Settle.

Tak puas hatilah family pemuda tu, terus diorang datang ramai-ramai ke rumah Umar untuk tanya akan justifikasi tindakannya tu. Orang datang baik-baik nak tanya dia, dia pegi cantas pulak kepala orang tu apa hal.

Kata Umar, “Nabi SAW yang pergi sendiri ke Baitulmaqdis tu ceritapun dia tak percaya. Inikan pulak aku yang tak pergi ni nak cerita. Lagi la dia tak percaya. Daripada dia terus hidup dalam keadaan tak berapa yakin dengan Islam tu, lebih baik aku tamatkan terus riwayatnya. Senang, matipun dalam keadaan Islam.”

.........

So, dapatlah diconcludekan dari cerita kat atas, dalam nak melihat Islam tu, ada tiga macam orang. Pertama, yang jenis macam Abu Jahal, kedua yang macam pemuda yang bertemu Saidina Umar tu dan yang ketiga yang macam Saidina Abu Bakr as-Siddiq.

Jenis yang macam Abu Jahal ni yang paling tak senang sekali dengan Islam. Bila segala perkara tentang Islam tu, ada je yang tak kena dalam hatinya. Mesti dia akan komplen dengan macam-macam alasan nak bagi nampak yang Islam tu tak betul.

Mengamal Sunnah tu kolot la, menutup aurat tu tak style dan fashionable la, al-Quran tu tak sesuai la, hantar anak pegi belajar agama tak jamin masa depan la, dan macam-macam lagi alasan yang akan dikeluarkan nak menampakkan hatinya yang tak pernah senang dengan Islam.

Jenis yang macam pemuda tadi tu pulak, dia yakin Allah tu Tuhan, Muhammad tu utusan-Nya, tapi dia akan mintak macam-macam rasional sebagai syarat untuk dia percaya. Kalau tak, dia akan ragu-ragu dan mungkin semakin dekat dengan golongan yang pertama.

Oh Solat tu menyihatkan tubuh badan, baru nak solat. Oh puasa tu dapat melancarkan sistem dalam badan, baru nak puasa. Oh Quran itu benar selepas dibuktikan oleh beberapa bukti-bukti saintifik, baru nak percaya. Oh pakai tudung tu boleh pelihara kecantikan rambut, baru nak pakai.

Orang macam ni pun berpenyakit jugak hatinya. Yakinnya dengan Islam bersyarat, perlukan rasional. Orang macam ni kalau letak di zaman nabi SAW dulu memang mampuih la nak percaya nabi SAW pergi Baitulmaqdis dan balik semula hanya dalam satu malam je. Mana ada rasionalnya tindakan tu di waktu tu. Kalau zaman dulu dah ada sistem pesawat Fly Emirates ke mungkin la baru dia nak percaya.

Habis tu, cerita nabi naik ke langit dan turun balik hanya dalam satu malam macam mana pulak? Nak ke dia percaya? Nak pergi ke bulan naik space shuttle tu pun lama jugak masa yang nak diambil, ni kan pulak nak pergi ke langit tertinggi dan pulang semula ke bumi hanya dalam satu malam. Tobat la golongan kedua ni nak percaya. Tu pasal Umar al-Khattab pancung terus je orang macam ni. Daripada dia hidup dalam keadaan ragu-ragu terus, lebih baik bagi tamat je riwayatnya. Untung-untung tetap mati dalam Islam.

Golongan yang terakhir ni la golongan yang terbaik. Golongan yang jenis macam Saidina Abu Bakr ni. Golongan ni, datanglah apa sahaja keterangan-keterangan atau info-info kepadanya, kalau sumbernya al-Quran, betul! Kalau sumbernya sunnah baginda SAW, terbaik! Kata-kata baginda SAW, percaya! Tak ada banyak-banyak soal dah. Rasional-rasional semua tolak tepi. Apa yang penting, yakin dengan Allah, yakin dengan Rasulullah SAW.






Islam gemilang dulunya sebab ramainya umat Islam yang memiliki hati macam golongan yang ketiga ni la. Memiliki iman gaya Saidina Abu Bakr. Yang percaya hanya Islam yang terbaik, Islam yang nombor satu, yang lain pada Islam semua hanya sampingan.

Aku tunduk kepala sambil mengeleng-geleng mendengarkan kisah ni. Sedih betul. Rasa terpanah sangat hati ni. Sebabnya hanya satu. Aku bukan antara golongan yang melihat Islam seperti cara Saidina Abu Bakr. Itu yang pasti di ketika ini. Dan yang paling menyedihkan, aku tak tahu nak masukkan diri aku ni dalam golongan yang pertama, atau golongan yang kedua. Boleh jadi hati aku ni macam hati pemuda tadi, atau lebih teruk lagi macam Abu Jahal tuh. Allahu Robbi!

Tersentap betul la. Aku hanya boleh konfemkan diri aku selamat di alam barzakh dan di Akhirat nanti hanya kalau diri aku ni termasuk dalam golongan Abu Bakr. Kalau tak, aku tak reason langsung untuk rasa bahagia hidup atas muka bumi ni. And yet, aku masih lagi hidup berseronok, bersenang lenang, bergurau senda, bergelak ketawa macam tak ada apa-apa yang patut aku fikirkan. 

Aku fikirkan pasal ni hanya bila dengar orang ingatkan atau bila sedang menulis ni je lah. Nanti bila dah masuk balik dalam dunia aku, dalam masyarakat aku, kembali lah aku lalai dan leka seperti biasa. Risau tu memang lah risau. Takut tu memang lah takut. Tapi, mungkin sebab hati ini berpenyakit seperti hati golongan yang pertama dan kedua tu kot yang akhirnya tetap kembali hidup secara lalai dan leka.........





"Kau, yang mengaku cinta kepada Nabimu,
Kau yang mengaku merindukan Nabimu,
Jika kau benar-benar cinta dan rindu,
Kepada Muhammad Nabimu,
Buktikan...

Taati perintah-Nya,
Tinggalkan larangan-Nya,
Teladani akhlaknya,
Nescaya kelak kau akan berjumpa dengan Rasulullah,
Nescaya kelak kau akan berkumpul dengan Rasulullah."
-Rindu Muhammadku, Hadad Alwi-

0 Komentar:

Post a Comment